Adik Cute, hero filem Tamil yang separa Uzbek *_*

Salam kawan-kawan!

Peninglah fikir nak ke mana CNY ni nanti. Bubbly Abang dapat cuti seminggu. Jari-jemari I pun dah gatal nak buat booking tapinya ada urusan keluarga di tengah-tengah minggu cuti tu. Kalau nak jenjalan jauh sikit keluar KL ni, sehari dua manalah best.... 

Plan dah ada, empat penjuru semua dah ada lokasinya cuma masalahnya entah boleh pergi ataupun tidak. Lagipun jalanraya masa cuti CNY ni sungguhlah 'menggugat kesabaran' rasanya. Tak sanggup nak berjam-jam duduk dalam kereta. Paling senang, yang tak perlukan reservation untuk penginapan dan makan-makan of courselah balik kampung, rumah my second sister ^_^

Okeylah, lupakan dulu kegusaran sebab tak dapat nak ke mana-mana cuti CNY nanti. Ada je 'tempat lepak' yang muncul dalam kepala last minute... Bab JJCM pun boleh juga. Banyak restoran boleh terjah, makanya banyaklah entri berderet untuk dipublish, dengan syarat rajinkan diri nak watermark gambar diambil ~_^

Ini nak bercerita tentang si 'anak bongsu' (auw, macam ramai anak padahal dua jer...) Lama dah tak berkongsi keletah si Adik Cute, kan. You all tak merinduinya tapi I rindu nak borak-borak sharing is caring dalam blog, buat tatapan selepas Alzheimer nanti (nak sangat ni agaknya, asyik dok cakap benda sama jerk!)



Bulan ini, Adik Cute dah berusia 3 tahun 3 bulan ya. Muda lagi rupanya my superheroes cilik ni. Sejak masuk tahun baru, kalau ada yang bertanya umurnya laju je I menjawab, '4 tahun!' Bagus juga kalau anak masih kecil, lama lagi dia nak 'bergantung hidup' pada MommyDaddynya. Itu yang buat I senyum lebar. Kalau anak-anak dah besar, buat hal sendiri selalunya. Ibubapa pandai-pandailah nak merawat kesunyian di hati. Okey, I ada blog. Nanti-nanti boleh ulangkaji blog, mengimbau kisah silam bersama superheroes. Selamat ~_^

Walaupun Adik Cute belum bersekolah, I dah mengalami masalah 'dalaman' jiwa raga yang maha hebat. Kalau dia tak buat I ketawa, of course akan buat hati I ni sedih! Pandai bersenda-gurau dan 'mengenakan' orang si kecil ni!

Semalam dia sibuk nak mandi sama dengan si Bubbly Abang. Tahulah kalau dua-dua dah masuk bilik air. Selagi tak jerit keluar, selagi tu mereka main air. Hiruk-pikuk suara mereka berdua, terjerit terpekik kadangkala nyanyi. Macam biasa, kesemua superheroes dalam rumah kalau nak mandi, masuk bilik air terus. Kalau 'bibik' terlupa gantung towel masing-masing, memang tidaklah mereka kisah. Tau-tau je ada suara menjerit dari dalam bilik air minta towel. Berlarilah 'bibik' ambilkan  towel. Tak kira yang kecil mahupun yang 'besar panjang' tu ya!

Masa I ambilkan towel, terdengar suara Adik dalam bilik air....

Eh, jangan cakap bodoh! Nanti Mommy marahlah! Eh, sorry, sorry! Tercakap pulak!

Sambil giggle bukan main....

I pun jerit dari luar nak bagi towel, si Adik pun keluar...

Mommy, Adik dah siap mandi! 

Yalah dah siap mandi dengan badan tak basah, rambut pun kering jerk kena titis-titis air padahal dah dekat setengah jam dalam bilik air! Kenalah masuk balik. Kalau Mommy tak mandikan si kecil ni, memang ginilah gaya lepas mandinya!

Lepas mandi memang tak mahu kita towelkan dia... Dia nak ambil sendiri towel. Terkial-kial melompat nak capai towel. Lepas tu nak 'belit' sendiri towel keliling badan sebab 'malulah orang nampak....' ~_^

Ada suatu hari tu I gantung beg Ikea di ampaian. Dia nampak lalu ditanyanya...

Mommy, ni apa?

Ikea bag ler....

Mana Mommy tau?

Hai, Mommykan pandai baca!

Oh, macam tu.... (sambil berlalu sambil menjeling tersenyum sinis kat Mommynya ni, cair hati okey!)

Sebelah malam, kalau I mengajar Bubbly Abang, dia pun menyibuklah ambil 'beg sekolah'. Dalam beg sekolahnya bukan ada buku pun, penuh dengan lego jerk. Bila Abang belajar, dia pun sibuk keluarkan buku lukisan nak belajar sama. Bila Abang baca buku cerita depan Mommy, dia pun sibuk suruh Mommy bacakan buku cerita untuk dia pulak! 

Setiap malam, I masih lagi kemaskan buku sekolah Abang. Dia dah boleh buat sendiri tapi knowing me nikan, tak percayakan kebolehan anak. So, I check time table dan kemas buku sekolahnya. Datanglah nanti si kecil ni dengan 'beg sekolah' suruh I buat perkara yang sama. Pandai tu kadang-kadang dia beritahu I,

Mommy, teacher suruh bawa buku, color baru tapi masalahnya takda kedai jual color baru! Macamana ni?

Cakaplah kat teacher, color baru takda. Guna color lama!

Alaaa... tak bestlah macam tu! 
 
Dik, esok pukul berapa nak bangun?

Kenalah tidur awal. Besok nak bangun pagi pi school!

Nanti Mommy hantar pi school, Adik jangan nangis tau. Mix around with friends, okey!

Mestilah! Adik tak nangis pi school!
 
Siap kemas 'beg sekolah'nya, Adik suruh letak beg tu depan beg sekolah Abangnya, senang nak ambil esok pagi nak pi school lepas tu terus nak  tidur katanya. Padahal setiap pagi terbongkang lagi tidur masa  I dan Bubbly Abang keluar rumah!

Tapi yang paling kelakar in my life as his mother, 'insiden' terbaru ni lah....

Suatu malam Abang sibuk buat kerjarumah dan  I pun bagilah sepenuh kosentrasi pada Abang. Adik pun datang bawa buku kononnya nak suruh Mommy ajar. I pun suruh dia keluar tengok TV. Terus merajuk okey. Campak 'buku latihan' atas lantai dan berlari keluar sambil menangis. Melambak-lambak air mata kalau Adik ni buat 'drama'. 

I pun keluarlah nak pujuk. Oh, tak sayang Mommy katanya! Terus lari nak dapatkan Daddy. I pun pujuk lagi panggil-panggil sayang, suruh datang pada I. Oh, melawan! Tak mahu sayang Mommy. Tak mahu dekat Mommy. Paling best dia kata dalam esakan tangisan rintihan bagai (macam kena dera okey),

Tak mahu Mommy! Nak Mommy 'yellow'! (Adakalanya bila dia merajuk dia akan kata nak Mommy lainlah, nak Mommy gewin(green)lah, yellowlah...gitulah...)

So, I pun pura-pura merajuk nak lari dari rumah! (dengan Adik Cute ni tak 'jalan'lah taktik lari pi batu belah batu bertangkup, tak macam dengan Abang, memang haru jiwanya kalau I merajuk...) I ambil kunci kereta dan buka pintu depan. I suruh Abang tutup pintu kononnya ya, ya, oh je Mommy nak lari. Siap Abang tanya pulak tu,

Mommy, ni T-I-P-U ke atau betul-betul?

Eksyen jelah, Abang! Tutup pintu cepat!

I pun mengendap belakang tingkap. Wah, bukan main kuat si Adik 'merintih'. Dengar Abang menasihati si Adik...

Itulah, kan Mommy dah lari! Siapa suruh Adik nak Mommy yellow?

Adik nak Mommy! Adik taknak Mommy yellow! Mommy tak sayang Adik.... (merintih-merintih gitu....)

Pergilah pujuk Mommy. Say sorry to Mommy!

Mommy tak sayang Adik!

I pun pura-puralah masuk. Bila nampak I, masih teragak lagi tu nak peluk Mommynya! Memang keras hati betul si kecil ni, tak macam si abang. I pun pujuklah.... banyak kali pujuk, barulah nak peluk Mommy. Melimpah ruah air mata okey!

Lepas tu yang paling tak tahan. Dalam esakan tangisnya dengan airmata melambak-lambak membasahi pipi, Adik kata...

Mommy, ambilkan tisu!

I pun bangun ambil tisu dan bagi dua helai padanya.

Si Adik teruslah lap hingus kat hidung okey! Lepas tu tengok muka kat cermin,

Eh, ada lagi!


Ambil satu lagi  tisu dan lap hidungnya.

Itulah, siapa suruh nangis melambak air mata? Kan dah berhingus!

Mommy....

Apa lagi?

Tolong buangkan  tisu!

Oh, alah.... budak ni! Drama king betul ler! Hero Tamil hilang girlfriend pun tak macam ni tau!

Rugi betul I tak snap drama banyak babak malam tu ~_^

 
 
 





 

 





Comments

  1. alololo. boleh menang award pelakon air mata terhebakkk ni si adik. hehehe. amboii nak mummy yellow. kemain tau adik. hahaha. abang pun pandai dah nashat adik. bagus bagus ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama sebabak bukan saja milik production house Mommy. Adik Cute juga rajin produce drama sebabak kat rumah *_* At least Mommy kalau berlakon, berpura-pura je lebih kalau Adik ni memang sepenuh jiwa raga, meronta-ronta kesedihanlah!

      Delete
  2. alolo sweetnya adik.. boleh ganti Shah Rukh Khan nanti. Paling2 pun Jalaluddin Hassan. Sakan nangis kalau tadah boleh bagi kat puteri gunung ledang dah ni.. Tapi nak tanya jugak mana datang istilah mummy yellow gewin bagai tu.. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan nak suruh ganti Rajnikanth. Alah, Suria...pilihlah aktor yang lebih umpph sikit macam abang Aaron ke, abang sado ke.... Pak Jalal nak buat apa ^_^

      Kalau tengok dia menangis, memang membanjiri pipi betul airmatanya. Kalah Neng Yatimah ke, Rose Yatimah, ratu airmata filem Melayu dulu-dulu :) Bab istilah Mommy tu, sebenarnya kadangkala di terpelat tak habis lagi, so dia cakap lain kita dengar lain. Akhirnya tertranslatelah satu perkataan tu kepada yellow gewin bagai sebab itu yang paling dekat translationnya :)

      Pernah juga dia merajuk dengan Daddy dan nak cari 'Daddy lain'. Tak ke naya Mommy! Hahaha....

      Delete
  3. Gigih i mengkhatamkan entri u mummy...macam2 drama boboys mummy ni haha
    Alzheimer? hoho..mintak dijauhkan ya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena gigih kalau ke sini, Syida. I tak reti tulis pendek-pendek walaupun you bagi hint sebabak jerk.... Hahaha!

      Baru dua dah kecoh. Kalau penuh satu rumah, I pun tak tahulah apa nasib I ni *_*

      Delete
  4. Hahahahahahahaahahahahahahah ! Nampak tak panjang gelak ni. Tolonglah jangan comel sangat perangai tu adik oiii. Boleh pengsan aunty kalau macam ni. Nak mommy yellow la nak mommy gewin la. Mommy black tamo ? Ekekeke. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ni tak tahu masuk kategori lelaki yang macamana. Kalau datang cengengnya alahai, hiba sungguh tau! Kalau datang semangat beraninya, habis seisi rumah kena letuk *_*

      Selalu kalau dia 'marah' dengan akak memang dia nak Mommy lain. Sampai hati tau. Tapi Mommy yellow, Mommy gewin tu akak pun tak tahu nak cari kat mana. Pasar malam ada jual kot? Hahaha!

      Delete
  5. sama lah ngan anak2 saya..kalau dapat masuk bilik air, ntah apa yg dorang buat...tak basah mana pun...mmg kena masuk balik lah...ntah apa je la projek dorang kt dlm bilik air tu...hahaha...sabo je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak ni memang sawan air tau :) Kalau masuk bilik air nak mandi, tak keluar-keluar selagi kita tak jerit suruh keluar. Dah tu bila keluar, memang confirmlah mandi tak basah!

      Delete
  6. yang penting adik dah besar!!! dah boleh panggil abang ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Adik Cute paling bongsu, Mar. Percayalah *_*

      Delete
  7. Tapi kakak rasa memang adik sedikit keras berbanding abang. Ego dia tinggi tu MD jgn main-main. Ini baru 3yrs+ kena usia macam siabang dah tak boleh TIPU-TIPU lagi. Nak eja macam mana kalau dia punya pick-up punyalah cepat. Sayang tu sayang tapi nama mengalah jam itu juga macam ambil masa. Dia nak org dulu jumpa dia. Hebat adik ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Memang Adik ni hatinya keras sikit tak macam Abang. Abang tu lembut sangat alahai jiwa. Kalau Mommy kata apa-apa, dengan dia-dia sekali menangis hiba. Adik ni maybe tak begitu faham lagi apa kata kita tapi kalau tengok gitu, memang ada keras sikit hati. Kalau dia merajuk saya nak pujuk, memang berkali-kali kita nak rapat pun dia tak mahu! Kita pulak yang jadi sedih tengok anak tak mahu dipujuk!

      Delete
  8. hehehe...nangis tak ble la jadi hero...comel je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau merajuk, memang kaki merintih ni :) Cubalah time dia tengah bersuka-ria, tak kisah pun dengan kita ni!

      Delete
  9. Haha.. adik ni ikut perangai MD lah ni. Kan? Ai.. jenuh mak dia layan masa kecil2 dulu nih...

    Pengubat hati Mommy ni cepatnya dah 4 tahun ya. Haha.. tahun mmg empat ya. Saya pun sama, ornag tanya nazif umo berapa dah mula cakap umo 3 tahun.. lepas tu mulala ditanya lagi kecilnya 3 tahun, jenuh nak jawap balik, eh dia lahir bln 8..

    Ini baru dua kan.. lain2 dah paelnya.. MD kelaur rumah tu lama ke amik sesaat dua je? Saya tak buat lagi gitu dgn nazif ni.. kalau.naim dulu ada saya buat gitu, cepat2 dia stop nangis.. entah nape dengan azif ni saya malas nk merajuk gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keras hati dan degil memang ada sikap sayalah tu.... Pandai AN meneka ya! HD pulak memang terlebih berani dan berdikari masa kecil. Bab Abang hati lembut pun ikut Mommy juga, terlebih emosi. Aduhai...semua perangai saya yang anak-anak ikut. Susah juga ni nanti, tentu kena 'libas' balik kalau menegur!

      Saya keluar sesaat dua je... Tapi selalunya dia tak kisah tau kalau dia tengah merajuk. Kita pulak yang tak tahan duduk belakang pintu. Tapi bila kita masuk, dia startlah merintih balik kata kita tak sayang dia....Itu yang tak sampai hati terus pujuk tapi susah dia ni nak 'menyerah diri' :)

      Delete
    2. itulah pasal .. dengan anak2 mana kita sampai hati nk merajuk betul2.. diorang pulak tahu aje cara nak ambil hati kita ni

      Delete
    3. Selalu pun tertewas bila berlawan emosi dengan superheroes ni, AN. Sampai HD pun dah boleh baca 'babak' seterusnya *_*

      Delete
  10. hahaha..melampau2 la pulak..siap suruh ambik tisu buang tisu..hahaah..aih..adik ni..memang suka berdrama betul...jenuh nak memujuk pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suruh ambil tisu lepas tu 'sembur hingus' kat tisu, sambil merintih-rintih komplen kenapa Mommy tinggalkan Adik, kenapa Mommy tak sayang Adik. Penuh emosi si hero Tamil ni tau!

      Delete
  11. Mcm biasa, tadi dah datang.....tp baca kali kedua baru paham jalan cerita hihi....dasar lemb! Hihi...

    Orang cakap anak jo 2 mmg gitu, keras sikit hatinya... Eh tp adik cute ni bongsu ek....Yelah sama jer bongsu pun mmg gitulah weyh, degil ....mak kan bongsu, mak taulah hihi...

    Jadi mak ni mmg mengalah ajelah kan walau kena buli hihi....lebih lagi dengan budak tak cukup umur mcm adik tu....
    Tp kan kak Ton ....mak kekadang ada gak geram dgn bebudak kat rumah ni, tak denya mak nak mengalah, ego jugak mak ni tau hihi

    Pandai pulak abg....bagi nasihat kat adik, nampak matang abang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan salah, Mak tapi Kak Ton memang semua pun nak tulis dalam satu entri, itulah jadinya. Pening kepala orang nak membaca, betul tak Mak?

      Maybelah. Kalau baca blog orang lain pun macam tu juga. Anak kedua ni macam keras sikit hati berbanding dengan yang sulung. Yang sulung kalau hati keras ada baik buruknya juga ya!

      Memang betul tu, Mak. Kena mengalah sesaja. Kita pulak jadi syahdu pujuk anak, anak tak mahu kat kita. Dahlah Mommy pun hati tisu :)

      Anak-anak dah besar, dah pandai fikir sendiri lagi susah rasanya ya, Mak. Kita kenalah jadi best friend mereka instead of guna kuasa veto sebagai Mak. Kalau tidak, anak-anak zaman sekarang ni memang tak makan saman. Rotan ke tidak, takda herannya!

      Delete
  12. Raya Cina gi muzium jerlah kak Ton....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Kak Ton nak juga tapi rasanya muzium pun tutuplah, Mak :)

      Delete
  13. hahaha..Mummy ngan anak-anak sama je kaki drama..drama Tamil, drama Batu Belah, semua ada..

    budak baya Adik memang suka imagine yang dia dah sekolah kan..esok dah kena gi sekolah betul-betul jangan nangis pulak ye my dear.nanti Auntie Sal kena datang pujuk.bukan pujuk awak, tapi pujuk Mummy yang dok nangis sekali.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ke mana tumpahnya kuah tomyam kalau tak ke nasi putih, Sal? Hahaha.... Itulah akak juga yang memperkenalkan drama sebabak dalam rumah ni. Akhirnya berbabak-babak pulak superheroes akak buat drama. Tak tertanggung bebanan perasaan den tau *_*

      Wah, dia bab sekolah ni memang hebat. Homework matematiklah, itulah inilah teacher dia kat sekolah minta tapi tapak sekolah pun tak tahu kat mana. Hahaha....

      Pandai, Sal. Anak tak makan pujuk, akaklah yang hiba. Mulalah terganggu emosi tau ^_^

      Delete
  14. Tu dia hero filem..hero filem Tamil tak nangis keluar hingus tau adik cute.haha

    Anak no dua ni memang keras hati sikit kot MD, sbb Abang sama macam Aiman, afia ni boleh tahan tak jugak perangainya. Selagi tak pujuk kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...hero filem Tamil ni penyedih sikit orangnya, PK. Bagilah can, takkan asyik heroin je nangis-nangis keliling pokok taugeh!

      Saya pun rasa begitu tau. Kalau baca kisah anak orang lain pun selalu je yang no.2 ni lebih-lebih sikit.

      Delete
  15. alalalalala...comeynyeee dia.....
    senyum2 sensorang bila baca entry ni..teringat gelagat si kecik kat umah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelagat budak-budak memang seronok untuk dirakamkan, ya tak RR? Sebab itulah saya suka masukkan cerita mereka dalam blog. Buat ingatan diri sendiri juga bila sayu-sayu hati teringatkan anak-anak :)

      Delete
  16. lama tak singgah sini mummydearie. baru nak panaskan enjin. rindu nak baca kisah abang bubbly and adik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah! Lama sungguh tak nampak Anim. Ni nape? Sibuk sangat ke atau merajuk panjang ni?

      Delete
  17. mcm tu lagu adik merajuk ya . saya x pernah tgk my anak buah merajuk lagu tu . cuma ada lah beberapa orang tu nak pindah umah kawan sbb umah mamanya tak cantik . menyingalah my kakak sbb rumah tak cantik pun dek kerana tangan gatal mereka . masa tu my kakak lah yg merajuk gila ... hahahaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... nak pindah rumah? Itu lagi hebat. Cakap pasal pindah rumah ni, teringat kat HD. Masa umurnya dalam 9-10 tahun dulu, pernah berpakat dengan si abang dan adik-adik perempuannya nak lari dari rumah sebab Mami marah. Makanya mereka empat beradik lari ke sungai. Cuba nak tangkap ikan tapi tak dapat. Sampai bulan dah nak mengambang, mereka balik sebab bukan takut tapi lapar. Mami dah siap buka pintu rumah sebab dah tau perangai anak-anaknya. Kelakar tau bila saya dengar HD cerita pada saya dulu :)

      Delete
  18. Aww so sweet.. betul tu.. pura pura merajuk kekadang tak jalan
    and adik is so comel!!

    Salam perkenalan saya Aula penulis di aulawrites.blogspot.com
    semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat kepada Mummydearie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki merajuk ni walaupun hati keras.

      Thanks sudi singgah sini ya, Aula :)

      Delete
  19. Ok. I dah faham bakat berdrama tu dia kutip drpd siapa. Hehehe... Siapa lagi kalo bukan mummy kan? Sbb mummy pun buat drama nak lari dr rumah siap amik kunci kereta. Hakhak...

    Dah la ada hingus dia suruh mummy amikkan tisu. Lepas dah lap hingus, dia suh mummy lagi yg buangkan. Haihhh... budak kenit ni. Geram je bila imagine.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan bakat memang dapat dari Mommylah, Lyd *_* Takkanlah you tak tahu lagi by now. Dari HD memang very rare bakat-bakat terpendam macam ni tau!

      Wah, kalau you ada masa tu memang double gelaklah! Serius, dalam pada menrintih sayu komplen kena tinggal bagai tetiba dia minta tisu. Ingatkan nak buat apa, rupanya nak lap hingus kat hidung. Sebiji macam dalam drama Melayu versi sedih tapi kelakar tau!

      Delete
  20. Ekekeke...bukan man lagi adik yerp. Sambil nangis amik kesempatan. Soh amik tisu...soh buang tisu...Tapi anak kedua memang agak keras hati sket lah MD. Sama macam anak dara saya tu.

    Amboi...yg 'besar panjang' tu pon mandi tak bawa towel ker...haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul macam hero filem Tamil tapi yang ini versi sedih merintih macam girlfriend kena kidnap dengan penjahat. I masa tu memang gelak besar. Tak tahan tengok acting drama nya tu...

      Yalah, I rasa memang gitu kot. Sebab semua yang I baca pun anak kedua yang lebih-lebih, over-over lasakkan...

      Ya...... semua mengharapkan bibik. Tahulah memang kat rumah tu semua kerja bibik. Lintang pukang kadang-kadang bibik sediakan towel tau!

      Delete
  21. hahaha.. dak Adik memang superb lah.. mama pun terkena juga akhirnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelakon berwibawa si Adik ni. Selalu je tertewas dengan dia!

      Delete
  22. Replies
    1. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ya tak? *_*

      Delete
  23. mak ai adik cute...pamdai juga ko berdrama ye
    ni kalah aisyah camni
    kalau aisyah mama dia pura-pura nangis, lagi dia lepuknya mama dia
    sabo ajelah tau...

    eh...tak boleh nak sambung komen lagi ni
    besoj sambung bom lagi ye MD
    chow cincau =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik Cute pun kalau merajuk memang tak akan datang kat saya kalau dipujuk. Asyik kata tak sayang Mommy. Oh ho, nampak je gelihati tapi dalam hati saya ni sedih tau. Menitik air mata ^_^

      Delete

Post a Comment