Alkisah kononnya...

Salam kawan-kawan!

Ini entri autopublishlah ya sebab I tak boleh nak tidur semalam. Kelmarin pun begitu juga. I tertidur pukul 9 malam lepas tu tersedar pukul 3 pagi. Teruslah berjaga sampai pagi....

Nope, takda apa yang I fikirkan mahupun risaukan. Memang kadangkala jadi macam ni. Terlebih pengaruh zombie dalam Walking Dead gamaknya. Tak pun sebab berkawan dengan ketua gangster segala hantu yang ada di alam maya ni ~_^ 

Ni nak cerita sikit....

I ada berita gembira yang tak berapa gembira sebenarnya (untuk diri sendiri je bukan untuk semua). My boss kan dah nak balik Jepun makanya this coming March, a new boss akan sampai; diterbangkan khas dari Beijing, China.

Luruh terus hati I bila mengetahui bos baru nanti bukannya pretty boys ala-ala retis KPop yang-nak-kupeluk-malu-tapi-terpeluk-jua tu. Bukan juga Jepun ganteng seperti bekas boyfriend dalam mimpi si pelakon Yutaka Takenouchi, Takuya Kimura mahupun Hideaki Takizawa ya! 

Yang didatangkan khas dari Beijing ini adalah seorang wanita Jepun, lebih kurang je range umur dengan kak MD ni *ohsedihsayunyahatiku* Selama I bekerja di sini, ini bakal menjadi kali pertama I bekerja untuk seorang bos wanita. Aduhai, entah apalah nasib kalau dia cemburu kerana I lagi comel daripada perempuan Jepun yang ada di pasaran antarabangsa! Silalah percaya (sambil berimaginasi setinggi-tingginya) ~_^

Oh, don't tell me orang Jepun ni rajin! Yes, mereka memang rajin datang kerja. Seawal pagi dah sampai depan pintu besi dan selewat petang baru balik (Eh, betul ke bahasa ni? Lain macam jer bunyi!) Tapi mereka ni cepat mengadaptasikan diri dengan Malaysian working style.

Kalau kat Jepun dapat lunch 30 minit jer lepas tu terkial-kial makan bento kat mana-mana bangku yang ada. Masa lunch tak habis lagi dah sibuk nak balik ke tempat kerja. Tapi kat Malaysia ni, kita bagi 1 jam, dianjakkannya menjadi 1 jam 30 minit. Ahah, I biasalah you dengan mereka ni! Maklumlah mereka kata kat sini susah nak cari tempat makan, kena naik kereta. Jalan kat KL jem teruk. Kat Jepun pergi kerja naik bullet train takda jem. Lewat pun once in a blue moon kalau ada yang tetiba nak bunuh diri dengan terjun ke landasan!

Oh, ada juga kawan I yang dapat bos lagi cepat bercamouflage jadi Malaysian. Orang suruh datang kerja sebelum pukul 8.30 pagi, dia datang pukul 10 pagi. Alasannya LRT 'jem', train terlambat padahal hang pi kerja naik kereta! Tidakkah calon Malaysia Boleh tu namanya?

Teringat masa I mula-mula masuk dulu. Orang Jepun ni kalau senior tak balik, junior pun tercanguklah duduk menunggu. Masa tu I tak tahu. Tepat pukul 4.30 petang je, I terus angkat punggung kirim salam selamat tinggal kat bos semua. My senior masa tu tercengang-cengang, tak tahu nak turut sama atau tidak. Bos tak payah ceritalah, datang pukul 7 pagi balik pukul 7 malamlah. Itupun hanya 3 bulan pertama lepas sampai di Malaysia. Lepas tu pun dah pandai menyesuaikan diri ikut jam kat Malaysia ni ~_^

Bos pun bila first day bekerja, akan terpaku bila tengok semua staff balik on the dot -4.30 petang, tiada cepat mahupun lambat seminit pun ya *_* I dah biasa tengok situasi kena kejutan elektrik hari pertama tu. Selalunya I tolong gelakkan aje bila tengok muka terpegun mereka.  I kan dan senior citizen kat dalam office ni sekarang!

Lama-lama bila dah terbiasa akhirnya I jadi 'jam loceng' penanda waktu balik. Asal 4.30 petang je my senior tanya kat I, 'Err, you don't want to go home?'. I angkat je punggung, reramailah angkat kaki mengekor belakang. "Pekerja contoh' rupanya I ni. Langsung tak tahu *_*

Baru-baru ni I kena 'tahan' dengan my bos. Ada kes belum selesai. Masa I nak balik, dia tengah bercakap di telefon. So I pun bagilah signal tunjuk jam kat tangan, dia boleh senyum kambing kat I. Terus terpaku kaki I di tempat duduk, serba salah nak balik. Itupun lambat 10 minit jerk. So my colleague yang lebih junior pun buat joke,

La...kenapa akak tak cukupkan 15 minit boleh claim....

Hahaha... sajalah tu nak suruh I jadi pekerja contoh lain pulak *_*

Eh, sebenarnya I tak sabar nak bertemu dan bertentang mata dengan bos baru ni!

Paling best sekali dia cuma berbahasa Jepun dan Mandarin je. 

Sama ada I suruh Abang ajar I Mandarin atau kena tanam azam belajar Bahasa Jepun. Tanam azam pun tak boleh dalam sangat, takut tak terkorek, terus lebur azam tersebut ~_^

Nah, I letak gambar my ex(es) boyfriend punya adik tiri punya anak saudara punya kawan rapat punya BFF... (Dik Sal jangan frust tau sebab akak 'rembat' mereka semua sebelum Dik Sal lahir lagi...hahaha) Kalau tak kenal, nasiblah....




Macamanalah akak tak asyik tergolek jatuh tangga masa jatuh cinta kat mereka dulu. Sebab merekalah akak terus 'say yes' nak bekerja dengan company Jepun tau! No other reason gitu ~_^ 

Kalau HD tau ni, spital akak esok pagi kena hempap dengan tangan gergasinya *_*




Comments

  1. kakkkkkkkkkkkkkkkk bior betul...hensem gitu ke bos akak dulu...ishh dan2 aku rase nak anto surat resign nie...usha2 ade kosong kat etmpat akak haahahahahaah....lieya dulu mase baru2 abis u sempat le keje kat kilang jepun....hensem mmg laa hensem bos jepun tapi dieor gni tak suke mandi pagi ....tak selera tgk.....tapi tu laa tu dulu ..skrang mamat2 jepun dah bersih kot huhuhuhu.....

    kak, bos pompuan ni kene hati2...lagi2 kalo lum kawin lagi ke andartu ke...mauu kene sembur kalo ade silap ekekekeekekekek

    tapi betul kate akak...culture keje kat jepun lain kan....on time....mcm mase lieya keje kat kilang jepun laa siap ade waktu senaman....bersihkan tempat kerja...mmg displin kuat gile la.....masuk gomen mmg totally different...tu makin naik lemak ni ...ops!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Lieya ni! Mana adanya handsome! Yang akak dapat semua ala-ala suam Milo je rupa paras. Kalau kat dept. lain tu ada jugalah handsome. Tapi masa mula-mula masuk dulu ada seorang tu macam style Richard Gere tau. Dengan bekas jambangnya warna hijau, auww... I tergoda masa tu tapi takda jodoh pulak!

      Itulah bos baru ni katanya bersuamikan orang tanah besar Cina. Sebelum ni posting di Beijing. Tak tahulah rupa paras macamana tapi perangai tu akak dah boleh agak bila kata 'perempuan' kan. Memang ada pasang surutlah anginnya nanti ikut kibaran bendera Jepun kat luar pejabat nih!

      Hahaha...ni yang nak komplen ni! Nasib baik setakat ni takda komplen untuk KKM *_*

      Delete
  2. Perghhh...kalau mcm ni handsome nya bos MD, nak kerja pon happy sebab permandangan depan mata yg indah²...hahaha...

    Selamat bekerja dengan bos pompuan. Faham² lah kalau bos pompuan kan ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam ni handsome, I sangguplah jadi kekasih gelap. Hahaha.... Realitynya, bos-bos yang I dapat semuanya takdalah handsome pun. Ada seorang tu, bos No.7 sangat baik and very understanding, memang suka sangat kat dia. Sampai sekarang kami saling wish birthdays and so on. Bukan apa, orang baik ni susah nak dapat! I nangis you masa tu, masa bos I tu nak balik. Selain daripada dia, I tak peduli pun mereka nak balik ke apa.... Hahaha...

      Delete
  3. Current boss kita Chinese aunty , lol ! Hahahaha. Tahun ni retire , minta minta dia tak minta extend. Naye. Bayangkanlah aunty aunty. Alamakhaih. Salah sikit lapanbelas kilometer dia bebel kak oii. Belum lagi hal dia tak ingat dan nyanyuk. Migrain jah oii. Hahaha. All the best kak.

    p.s : kenapa ada muka ex bf kita juga kat situ. lol !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kalau dapat tahap aunty-aunty tu nasiblah, Nadia. Takda puting beliung pun kita rasa macam berputing beliung sesaja *_*

      Ahah, kalau ikut umur, memang akak lagi layak jadi kekasih gelap ex(es) semua tu. Nadia muda lagi....

      Delete
  4. amboiiii akakk. nak yang hensengg gantengg aje. hahahaha :P dah nanti dapat yang perempuan pulak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akak rasa macam nak meronta meraung je bila tau siapa bos baru. Sure 2 tahun akan datang hidup bekerja akak tak keruan. Nak montenglah macam ni. Hahaha....

      Delete
  5. rasa la boss perempuan MD..bukan sama pun..dia jepun..kot orang kita acik dah rasa 3 kali selama 35 tahun bekerja ni..
    tapi tak mau ceita la..tak best kan...nanti macam acik kata bos je salah pulak..macam diri sendiri baik..tapi pengalaman yang tak boleh dilupakan sampai dah nak pencen ni ha..
    tapi..serius MD..kain baju..kasut pun semua salah dimata bos permpuan masa tu..kalau salah kerja je..acik bila2 boleh terima..rasa nya acik ni jenis pemalu..tutup aurat hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melampaulah tu Acik sampai kain baju dan kasut pun dia ambil peduli. Kalau kita jenis serabai sangat takpalah menegur sekali sekala demi kebaikan kerja bersamakan :)

      Saya tau susah bekerja dengan bos perempuan ni. Ada turun naik mood ikut bulan Jepun kan. Hampir semua colleagues satu dept. ni pun merungut. Kami ni banyak perempuan kan...

      Kita tengoklah nanti macamana gayanya. Yang pasti, saya dan dia dah tentu tak berapa ngam sebab berlainan bahasa. But then, dia kena bergantung hidup sekali sekala dengan saya sebab saya paling lama bekerja di dept. ni. Nantikanlah kalau ada entri mengamuk tapi sebenarnya saya tak suka mengamuk dalam blog ni. Hilang keceriaan pulak *_*

      Delete
  6. maknanya budaya org jepun ni kena hormat senior lah . blh je klu nak mendengki junior ni ... heh heh heh . amboi MD , agak - agak lah . sekali tangkap trus 3 . meh pass sini satu . dapat yg last pun ok pe ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah ceritanya. Tapi bab cakap belakang tu pun bolehlah tahan hebatnya :)

      Nak yang last tu ambillah, Vee. Ni semua bekas-bekas kekasih jerk. Hahaha....

      Delete
  7. Kalau dapat bos macam tu.. eemm.. memang hari2 ai cuci mata jelah.. tapi keje tetap keje.. sekadar pembakar semangat bagi lagi rajin buat kerja.. bijak tak otak ai bekerja.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tempat duduk bos depan I, haruslah hari-hari I sopan santun ngadap komputer walaupun tengah blogwalking yang sebenarnya. Hakikatnya, selama ni memang takda pun I dapat bos yang handsome. Yang baik adalah....

      Delete
  8. ambooii... nk keje ke nk skodeng.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skodeng lebih, kerja kurang sikit. Hahaha....

      Delete
  9. Ohhh.....baru tau gitu ghupernya orang Jepun ni. Yelah mereka pun manusia biasa, ada gak teringin nak ngulau hihi....Hanya Jauhari yg mengenal Manikam, dah katanya dah bertahun bekerja dengan Jepun, kalau kak Ton masih tak kenal Manikam mmg tak patut takkan asyik nak kenal Potamayo jer hihi

    Mak doakan moga kak Ton serasilah dengan bos baru tu, biar senang sikit kak Ton nak bw kalau tak mak jugak yg rindu komen kak Ton nanti,...

    Sapa ke dia gambar tu, tak kenal weyh maklumlah....kilauan kan.....Lagi pun tak pernahlah tgk cite Korea ke Jepun ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually kalau mereka tak kena posting ke sini, mereka tak faham mengular tu apa. Maybe mereka sangka mengular tu sejenis snake gitu *_*

      Kak Ton dulu pernah kerja ngan omputih. Separuh jiwaku pergi bila kena bom tau :) Tapi orang Jepun ni ada juga beralas walaupun mereka juga suka cakap direct jerk. Mungkin masalah bahasa menyebabkan sikap mereka takdalah ketara sangat. Yang biul pun banyak juga, jangan tak tahu!

      Mak, bos baru Kak Ton 4hb ni jejak kaki kat tanah Malaysia. Kak Ton tak tahulah rupa bentuknya macam mana. Yang Kak Ton tahu umurnya 47 tahun, ada seorang anak lelaki 10 tahun dan suami orang Cina mainland gitu....

      La... yang dalam gambar tu bekas kekasih Kak Ton 1) Takenouchi 2) Kimura 3) Hideaki Takizawa lah, Mak.... Itulah dari kecil asyik dok mimpi dengan PakJilap jerk!

      Delete
  10. Bis tu dah tau akan kena hempap dengan tangan gergasi lagi mau letak gambar depa kat blog! Lain kali letak le pelakon Arab ke Uzbek ke apa so tak delah lari jauh sangat mukabumi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu alkisahnya Kak Ton memang minat sangat dengan orang Jepun sebab itulah Kak Ton beria-ia nak kerja dengan Jepun. Tapi dah katanya takdir itu kuat (chewah) jodoh Kak Ton rupanya bukan dengan Jepun tetapi dengan orang Uzbek. Kah3x.

      Delete
  11. Boss perempuan ni tak semua yg tak bagus,tp klu dh namanya perempuan kan,faham2 je la,apa pun doa2 la semoga ur future boss ni bley dijadikan kawan.huhu…

    Ohh mamat jepun yg 1st tu ja I kenai.yg lagi dua tu tak berapa pemes kot.aku yg buta Retis sebenaqnya.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah namanya perempuan samalah macam kita, mood ada turun naik ikut tinggi rendah kibaran bendera. Ya tak? Hahaha....

      Bertabahlah saya lagi dua tahun ni kalau dapat bos perempuan yang banyak ragam. Haruslah penuh entri blog dengan luahan perasaan *_*

      Yang first tu jangan usik. Cinta pertama alam mayaku itu :) Yang kedua tu Kimura dan ketiga tu Takizawa.

      Delete
  12. hahaha...patutlah tersedak-sedak, namaku disebut.hideaki takizawa tu conform malam ni masuk mimpi..hehe.

    kadang-kadang orang ni terpengaruh dengan keadaan sekeliling.kita pun kalau kerja kat Jepun mau tergolek terlentang nak ikut stail diorang..haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal, kat sini kalau 3 jam 59 minit lambat (sepanjang tahun) memang kena potong gaji/cuti setengah hari tau tapi tak mampu mereka nak buat sebab local Malaysians ni tahu ajelah.... memang suka tengok punch card kaler-kaler tau.

      Kalau kat Jepun ni dah kena buang kerja! Hahaha....

      Delete
  13. haha..sah2 menipu ni.. orang jepun mana ada yang hensem gitu kalau bosnya.. lainla kalau jadi pelakon... haha.. saya ni tgk semua gamba ni, tak ada satu pun yang saya tahu nama.. lain kali letak gamba mamat korea ye? mana tahu ada yang saya kenal...

    haha, tengokla bini awak ni HD, ai, maam2 takleh tidur ini kerjanya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah letak dah nama pelakon tu semua di atas. Saya tak kata mereka bos saya, itu semua bekas boyfriend dalam mimpi. Hahaha....

      Mamat Korean saya minat yang ganteng aje. Yang pretty boys saya tak berapa berkenan, AN *_*

      Shhh...janganlah beritahu kat HD! Nanti kena hempap dengan tangan gergasi terus tak dapat menulis entri ^_^

      Delete
  14. kang klu bos hensem gamaknya rajin lah dtg kerja.. tapi rajin buat keje ke tidak tak tau lah klu duk kerja nya duk menenung bos jer. hehhee.
    Lyn mmg fobia dpt bos perempuan. selama ni mmg tak pernah.. sbb bos perempuan cerewet gamaknya. tu yg tak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gini gayanya muka bos, memang MC dan cuti akak tak akan berkurang walaupun sehari. Sakit sampai berstretcher pun akak masih sanggup pergi kerja. Ada 'ubat' di pejabat. Hahaha....

      Delete
  15. Replies
    1. Tak tahulah CH macamana gayanya. Kena tunggu hari Khamislah nanti bila dia memperkenalkan diri. Katanya dah berusia 47 tahun. Haruslah dia terlebih makan garam laut daripada saya ^_^

      Delete
  16. klo dpt bos ensem camni,.. serius blh jd pekerja y paling berdedikasi ni.. hehe.. semangat msuk ofis n siapkan kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah. Hari-hari termasuk Sabtu dan Ahad nak datang kerja walaupun bos takda. Nak juga duduk-duduk kat kerusi dia. Hahaha.... Ni dah tahap melampau ni. Harus kena hempuk dengan HD *_*

      Delete
  17. selamat bekerja dgn bos pempuan pulak kak ton.jaga jaga ada dok perati nanti.hihi

    mesti dh sampai kan..

    kalau encem mcm tu.. wow, seronok le kot pepagi nk bgn gi kerja.ye dok :)

    xpa soh abg ajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dah sampai pun bosnya, CikSu! Tengok muka macam boleh 'makan' jerk tapi tak tahulah macamana gaya bekerjanya. Mereka ni lepas 3 bulan baru nampak taring berbisa biasanya!

      Delete
  18. saya memula nak komen lain tapi bila tengok gambo last tu
    adeh, tetiba datang keloyaan pada tekak
    camtu handsome katanya...sungguh memang rabun MD ni
    mychintahati yang dikatakan bangla tu much more handsome tau! hehe

    pasal budaya jepun ni, dah lama tahu
    tunggu sat lagi yang dari china tu ye, lebih kurang aje tu
    nak betul okay, cer bos mat salleh...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, YY... ni versi Jepun tau! Semua tu ex saya masa umur 20-an. Itu belum masuk bekas-bekas boyfriend dari Hollywood. Alah setakat Mychintahati YY tu, YY sorang jerk minat. Saya ni memendam perasaan tau terpaksa share dengan ribuan peminat mereka! Hahaha....

      Yang dari China tu dah kemaruk cakap Mandarin instead of Jepun. Pelik pulak dengarnya. Saya pun belum cakap sepatah lagi dengan bos. Ada chance lah rasanya nak guna bahasa isyarat lepas nih....

      Delete

Post a Comment