Tuesday, February 17, 2015

Bowling time!

Salam kawan-kawan!

Alahai sunyi sepi office hari ni! Rasa macam nak  turut serta bercuti sempena CNY je tau! Tak syoklah kalau datang kerja tapi pejabat sunyi-sepi macam ni. Takda feeling nak work hard gitu ~_^

Si Bubbly Abang dah lama merengek nak ajak main bowling. Selalunya kalau main bowling ni, kami pergi bersama-sama dengan my niece and  nephews. Barulah best sikit. I rasa dah lama sungguh kami tak jejak ke tempat bowling ni, sejak Abang berumur 5 tahun dan selepas Adik Cute lahir. Memang tak ada jejak kaki ke sini. Congak-congak dah lebih 4 tahun ya! Memanglah lamakan....


Adik Cute pun teruja sama nak pergi walaupun dia takda pengalaman. Setakat tengok gambar je dah teruja kononnya... Macam pandai main jer padahal tak pernah sampai lagi sejak lahir. Makanya, minggu lepas mereka pun pujuk-pujuk manja sepupu-sepupu kesayangan mereka  tu untuk bermain bowling. I on aje walaupun tak main. Tukang tengok superheroes macam biasa...

Janji Melayu nak pergi pukul 10 pagi. Maklumlah hari cuti tentu ramai orangkan. Tapi biasalah, janji je pandai. Pukul 10 lebih baru keluar rumah. Kena cari 'sarapan' dulu sebab masing-masing lapar. So kita pergilah ke Kayu Nasi Kandar nearby Petronas belakang Ampang Point tu (Nasib baik tak jumpa budak Sal ni, dia pun sibuk skodeng maklumlah 'kawasan Parlimen' dia!)

Mula-mula kami ke Flamingo Hotel, rupanya dah tutup tempat bowling di situ. Tak pasal-pasal parking kereta 5 minit kena bayar RM5 per entry. Padanlah muka! So, kita main bowling kat Ampang Point ajelah (Ampang Point ni pun dah lama kaki I tak jejak lantai kat sini tau ~_^) 



Sebab ada tournament entah apa, kenalah tunggu dalam 15 minit. Tunggu pun tunggulah janji dapat main. Kasihan sungguh superheroes sebab dah lama teringin.... Ini juga first time buat Adik Cute ya!

Kami tak dapat lane yang boleh tutup longkang tu sebab penuhkan, so again takpa. I kata kat my niece, tutup ke tidak longkang tu kita memang dah tahu apa yang akan berlaku bila sampai turn Adik ~_^ Dulu-dulu masa first time bawa si Bubbly Abang pun macam tu juga kekdahnya!









Memang over teruja ya si Adik Cute. Asyiklah melompat kegembiraan setiap kali lepas baling bola. Sementara nak menunggu bola bowling tu nak sampai ke penghujung, kami boleh kuak lentang, posing berpuluh kalilah. Pun bolanya tak sampai-sampai juga. Kalau sampai pun langsung tak jatuh ~_^ Banyak kali juga pekerja kat situ kena tolong alihkan bola yang dah tak mampu nak gerak-gerak sampai ke penghujung dek kerana kelemah-longlaian ya ~_^

Setiap kali juga Adik 'letak' bola kat lane nak bagi guling, dia akan melompat sambil kata, 'Yeah!' Kita semua pun sama-samalah tolong sorak, ' Yeah!' juga sambil gelak....


Kalau masa Bubbly Abang kecil dulu, dia akan hempas bola bowling ke lantai sampai gegak gempita kami semua gelak, takut pulak kena repair lantai tempat bowling ni dikerjakannya ^_^ Bila tiba turn Adik Cute lagi alahai...dibawanya bola bowling ke lane dan letak di lantai elok-elok. Lepas tu, tunjal dengan sebelah tangan je suruh bola bergerak. Manalah tak lama masa menunggu ~_^ 


Abang pula sebab ini aktiviti memanaskan badan selepas 4 tahun tak main bowling, agak slow juga. Asyik mengereng ke longkang aje bola bowlingnya. Setiap kali berlaku, setiap kali itulah mukanya masam sebab tension. Takut kalau 'dikalahkan' oleh Adik Cute dengan score 'kosong'. Hahaha.... Selalunya si Abang ni boleh tahan juga kalau main bowling. Kali ni berdebar-debar dia takut 'kalah' dengan Adik yang first time main *_*

Tengok gambar ajelah ya... I tengah tahap bosan kat pejabat ni, malas nak menulis. Mood cuti dah sampai tapi tak tahu nak pergi mana. Dok rumah diam-diamlah gamaknya!



U for Adik Cute, A for Bubbly Abang and S for kakak sepupu ~_^

P.S. Sila jangan salah sangka. Yang di dalam gambar itu bukan akak MD ya. Kalau Akak MD keluar blog, memang dunia hampir nak kiamat gamaknya ~_^ Hahaha....



 


52 comments:

  1. Hahahahah. larat ke adik cute nak angkat bola bowling tuu. lamanyaaa tak jejak tempat main bowling ni,hahaha. tapi raya cina ni rasa nak pegi main ice skating gituu. hahahah. entah jadi ke tidak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, dia kuat! Dia angkat bola paling ringan lepas tu warna pink jerk. Satu-satunya bola bowling warna pink milik Adiklah *_*

      Ya ke nak pergi iceskating? Nanti ambillah gambar yang tergolek tu, akak nak tumpang gelak sekali ^_^

      Delete
    2. Hahahhaha. tak pe jatuh ada orang sambut. ehhhh. lalalalala :P

      Delete
    3. Bab jatuh bersambut tu yang akak nak tengok sangat. Maklumlah nak kenal lebih rapat lagi bakal adik ipar lain makpak nih! Wakakah....

      Delete
  2. akak MD x join main ke? hehe

    adik cute mcm anak sy, zarif..jenuh nak tggu bola sampai ke pin..lemah longlaii tahap dewa! ;p

    best main boling ni..cuti2 raya cina nak ngajak en hubby lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... macam biasalah jadi 'penunggu' harta pusaka *_*

      Aduhai, dulu pun dah ada pengalaman yang sama masa Abang sebaya si Adik ni. Tapi masa tu sekali dia baling bola ke lantai, sekali kita mengucap panjang. Macam tempat main bowling tu makpak dia punya, biarlah lantai nak retak ke apa, peduli apa dia...

      Bab Adik ni ada baik sikit. Dia angkat bola, dia letak kat lane lepas tu tunjal dengan tangan kidalnya *_* Aduhai, kesian tengok staff kat situ dok tolong tolakkan bola yang tak sampai-sampai!

      Delete
    2. Ni pun sorang lagi....suka betul jadi penunggu tau....cukup cukuplah bagi hantu raya jadi penunggu tu hihi...
      Takut sangat harta karun kena kebas...
      Takut macam adik cutelah .....baling bola golek separuh jalan je hihi

      Delete
    3. Siapa lagi yang segeng dengan penunggu ni, Mak? Pandai je Mak ni kata kita ada ramai kawan penunggu tau!

      Harta karun banyak Mak... Kalau handbag Kak Ton tu, hilang duit seposen pun Kak Ton tak perasan sebab banyak sampah sarap. Dahlah ke mana Kak Ton pergi semua harta karun Kak Ton bawa!

      Adik Cute baling bola lagi better daripada Mak. Kalau Mak separuh jalan, Adik Cute baling terus sepanjang jalan ke longkang tau! Lurus jerk bola dia baling dalam longkang tu!

      Delete
  3. Guess what?

    Saya tak pernah main boling!
    Hahahaha..

    Okeh...baca entry ni, terasa nak ajak wife gi main..at least dia boleh tunjuk ajar..kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... main golf pernah? Ni spesies 'hartawan' ni, DZ ni. Kita tolak bola bowling je yang mampu, nak main golf rasa macam sengal pulak pukul bola masuk lubang sorang-sorang *_*

      Pergilah bawa ZZZ tu main bowling. Sure meriah. Paling meriah dah tentu masa MamaZZZ ajar DZ macamana nak main. Jangan lupa kuak lentang atas lane pastu ambil gambar ya! Oh ya, sebab DZ tak pernah main juga silalah ambil lane yang tutup longkang. Kang seri dengan ZZZ malulah pulak!

      Delete
    2. Nama jer gen Y kononnya.....tp apa mainan pun tak pernah try hikhikhik...

      Delete
    3. Siapa tu, Mak? Kak Ton ke DZ yang Gen Y? Hahaha....

      Delete
  4. Kakak sejak tinggalkan sykt golf resort tempat kakak kerja dulu sampai sekarang tak pernah pergi main bowling lagi. Tengok dua hero MD main terkenang pulak.

    Happy mereka. Balik main Abang tak complaint sakit tangan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga Abang mengadu tangannya sakit. Lepas tu bagi alasan tak boleh nak belajar malamnya. Main game je boleh. Ada yang kena hempuk nanti *_*

      Delete
  5. Ohh dah tutup eh dekat Flamingo tu , kita pun dah lama sangat sangat tak main bowling ni. Last main pun dekat Flamingo tu jela. Hahahaha. Comel je adik main bowling , memang lapan tahun nak tunggu bola tu sampai hujung. Ekekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tutup dah tapi akak tak tahulah bila ditutup tempat tu sebab dah lama sangat tak pergi main bowling. 8 tahun pun belum tentu sampai bola bowling tu, Nadia. Anak sedara akak tak sabar ditolaknya dengan another bola tapi kena sound dengan pekerja di situ. Makanya pekerja tu standby je tunggu Adik punya turn. Memang sah-sah dia banyak kerja nak ambil bola tu dek kerana si Adik nih!

      Delete
  6. baru2 ni pun kami main bowling kat ampang point...
    anak2 saya suka main bowling ni walau mengadu sakit tangan...ekekek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, si Abang tu pun mengadu tangan sakit tapi si Adik rileks jelah dah bola bowlingnya paling ringan :)

      Delete
  7. acik pun main bowling jugak MD,,bowling yang guna satu jari je..hi hi..hero acik la download kat tpn acik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi AE...terer jugak buat lawak yer hihi

      Delete
    2. Hahaha... Acik ni memang buat joke tau! Bab tu saya dah pencen, Acik sejak he-ho asyik hang lantas kena marah dengan HD. Saya uninstalled semuanya!

      Delete
    3. OKje, sesekali Acik buat lawak kelakarkan! Kalau kita ni dah tak terlawak lagi, jadi bahan lawak adalah. Hahaha!

      Delete
  8. lama dah tak pegang bola boling...mesti seronok kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali seronoklah tapi saya ni dok jadi pemerhati bebas jerk!

      Delete
  9. layan anak-anak main bowling memang best..comel je diorang tu kan..
    awat dengan pesanan tu?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila anak dah besar, boleh bawa pergi main bowling ya, Mar *_* Laa...pesanan tu penting takut disalahtafsir ^_^

      Delete
  10. Mak pun dah lama tak main bowling tak Ton
    ....Tengok aban main ni teringin pulak nak buat exercise jari hihi...

    Nape tak gi Mines jer nak main bowling. Punyalah jauh menyeberang ke barat daya sana tu. Takut jumpa mak lew tu.....hihi

    Alah ....kalau ye pun kak Ton dlm gambar tu bukan kitaorang tau pun. Lain kali buh jer gambar kak Ton pas tu cakaplah ....dlm gambar tu my niece ...hehe....kitaorang bukan tau pun...

    HD tak pergi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak kan memang suka aktiviti orang muda macam ni.... Mak tak pergi iceskating lagi ke sekarang? Dah pandai ya? Ambillah satu gambar wefie dengan Pakjilap masa dia tengah paut pinggul Mak dek kerana nak tertonggeng kat situ. Tentu jadi viral among friends alam maya!

      Hahaha...ni yang nak nyanyi lagu Percayalah ni..... Kalau Kak Ton tak mengaku pun bukan orang taukan Mak... tapi serius, itu bukan Kak Ton. Kak Ton bukan sekeding itu ya, Mak *_*

      HD ada... Masuk golongan pemain professional dengan my nephews. Tak mainlah satu lane dengan anak-anak. Apa kelaskan....

      Delete
  11. kena kerap pi la MD..Abang dah ada minat tu .diaorang kan kecik lagi sempat lagi nak latih bagi pandai main..mana tau besar jadi atlit...boleh juga kami tumpang2 banggaa..ekkekeek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dah okey masa kita selalu pergi buat aktiviti ni. La ni dah lama tak pergi, skil pun dah menjunam. Lompat katak si Abang bila markah lebih sikit daripada si Adik. Yang tak tahan tu ingatkan Adik akan champion dengan all zeronya rupanya ada juga sangkut markah sikit-sikit. Kalau Adik buat strike, mahu semua yang ada terkujat pitam kat situ pulak, ya tak?

      Delete
  12. Hahahaha... Comelnya aku tgk score masing2. (kalo i yg main, lebih kurang itu juga la scorenya).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan Adik nak dapat straight zero gitu rupanya ada juga markah. Malulah Lyd kalau you main satu lane dengan mereka dua beradik. Lepas tu score lebih kurang jerk. Sbb itulah I tak main sama. Hahaha!

      Delete
  13. Dah lama tak main bowling. Rindu plak rasanya. Dulu jaman belajar ada gak masuk tournament. Dapat gak lah medal. Tapi entah kemana perginya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah 4 tahun lebihlah tak jejak bowling centre ni. Sejak Adik lahir lagi. Itu yang Abang punya skil pun dah kedaung. Kesian tengok scorenya. Mengetap bibir gitu. Tapi yang penting mereka puas main. Ajak pi lagi ni. Entahlah, tak cukup geng pro HD memang tak mahu pergi!

      Delete
  14. bila tgk saiz perempuan tu , dah agak bkn MD . perempuan klu dah bersalin , btk badan ada lain sikit terutama kat punggung ... klu MD saiz lagu tu , tabiklah teman setabik - tabiknya ... heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya anak dara pun berat dah 45kg, Vee. Budak ni punya berat 36kg jerk. Of course bukan saya tapi manalah tahu ada yang dok imagine saya ni kurus melidi macam skeleton. Hahahaa....

      Delete
  15. Dah lama gila tak main bowling..
    Lenkali kalau nak main, ajak ai tau.. kita kuar with our family.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa...tak nak main dengan you. You atlet, I ni atlingkup. Nanti kalah, susahlah hati I. Hahaha!

      Delete
  16. Ohh adik cute but lawak..bola sampai separuh Jalan pun oklah pernah jugak main bowling.bakal mak mertua yg dah tuan ganyut ni langsung tak pernah main bowling seumur idup.mai gelakkan sy.muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama gila nak tunggu bola sampai ke hujungnya, PK. Penat kesep gula-gula Hacks sampai habis pun bola bowling tak sampai ke destinasi lagi *_*

      Hahaha...haruslah gelakkan! Macamlah Mommy kat sini kalau main strike memanjang!

      Delete
  17. ku fikirin tudung kuning tu omaknya..pelik gak dari belakang nampak muda je..hehe. kak MD awat tak main, kat akak ni cikgu Shalin Zulkefli..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akak kena clear the air gitu..... Dua kali niece akak punya pinggang pun tak dapat pinggang akak, Sal... Hahahaha...

      Sebab akak cikgu Shalinlah akak tak main. Maklumlah dah pencen. Tak mainlah bergaul dengan pemain amatur macam ni *_*

      Delete
  18. haha... gelak dulu tgk skornya.. tulah pasal, lain kali nak main boling sila bgtahu cikgu boling tau... bagi cikgu bawa anak2 jantan berdua ni main sama, baru leh up skor tu, tak adalah open frame lagu tu...

    tapi sukalah kan diorang main dh ada kakak sepupu temankan tu.. ye ea kak sepupu diorang tu? yalah kot, kecil je badan macam budak2 lagi tu, saya percayalah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentang-mentanglah dah jadi cikgu bowling sekarang ni, eksyen eh.... Hahaha....

      Agak-agak kalau NaimNazif plus AbangAdik ni main sekali, pukul berapa satu game tu nak tamat, AN?

      Delete
  19. lama jugak tak main bowling... nak buat tournament untuk family pun tak buat2..
    ater masing2 busy sgt. nnti2 lah ada masa free..
    CNY ni tak kemana ke kak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. CNY akak tak ke mana-mana pun, Lyn. Duduk rumah jadi surirumah mithali. Lepas tu kerja makan-makan luar jerk :) La ni anak sedara sorang tu dah takda, kemungkinan besar takdalah main bowling lagi. Kecualilah bapaknya nak syok sendiri main dengan anak-anak yang 'hebat' ni ....

      Delete
  20. seumur hidup...
    baru sekali je main boling..
    masa umo 18thn..

    malunya aunty kat adik n abg cute ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Mommy budak-budak ni pun main less than budak-budak ni, Lya. Makanya tak perlulah rasa malu *_*

      Delete
  21. bestnya lama tak main

    tak pa dik lama lama nanti pandai la..

    kena ajak mommy selalu pergi training.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang dulu masa rajin pi main ni, okeylah. Sekarang ni sama kelaut dengan si Adik. Takpa, takpa... kalau ada minat, nanti hari-hari Mommy bawa pi main!

      Delete
  22. saya tak penah main secara real bowling ni
    selalu main pun kat lappy aje...hehe
    rasanya berdasarkan score tu, kacang sangat kalahkan korang
    ooo tu bukan MD ye
    baru nak kata mak ai! slim gilerrrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, YY! Tu score si bujang berdua tu. Belum masuk score HD. MD jangan tanyalah. Tak main pun hari tu. Maklumlah bekas guru Shalin katanya *_* Malas nak tunjuk terror! HD tak main dengan budak-budak ni. HD geng dengan anak-anak saudara saya yang dua orang tu.

      Hahaha... untuk mengelakkan prasangka itulah saya berterus-terang. Tak mungkin saya seslim ini. Budak ni baru 38 kg, saya masa bujang dulu pun 42 kg tau!

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...