JJCM Berulang ^_^

Salam kawan-kawan!

Hujung minggu baru ni kami takda apa-apa plan nak berjalan cuma sibuklah mencari tempat makan untuk aktiviti JJCM. Hubbydearie sibuklah dok nak makan tomyam. Mengalahkan orang mengidam je tau. I dulu pun mengidam tak teruk macam ni.

Kebetulan sebelum tu my sister ada datang rumah. Siap bawa artikel suratkhabar lagi. My sister ni pantang nampak artikel tentang restoran sedap, mulalah digunting dan simpan. Dek kerana tau adiknya ni rajin JJCM tempat baru, my sis pun tunjukkanlah pada I beberapa artikel yang dibawanya ~_^ I pun snap alamat restoran dalam artikel tu simpan dalam handphone. Senang nanti kalau nak JJCM.

I bacalah satu restoran ni, nampak macam so tempting jerk nak dicuba. Makanya selepas buat grocery shopping, kami pun meninjaulah tempat ni. Mana tau untung sabut timbul katanya... 


Sampai aje kat depan pintu restoran, bergrill bagai ya. Dan paling best sekali, siap ada papan tanda di atas pintu restoran - 'For Sale' ~_^ 

Oh, kasihannya kami empat beranak! Patah balik rumah dengan perut berkeroncong. Kebetulan dah nak Maghrib, makanya kita balik solat dulu lepas tu baru fikir the next JJCM punya destination untuk mengcover kekeroncongan perut masing-masing!

So malam tu kami 'meracau'lah dalam kereta mencari tempat makan. Senarai yang ada semuanya jauh-jauh belaka. Tengok keadaan jalan yang jem, I pun cadang makan di Kluang Station jelah senang. Lepas makan, boleh balik and terbongkang kekenyangan. Jimat lemak dalam badan nak diproses ~_^

Tetiba dah nak sampai kat Kluang Station @ Tesco Ampang, Hubbydearie beri cadangan untuk ke Ampang Point. Okey, takpa! I turutkan ajelah. I know, I know, HD kepingin tomyam tu ^_^

Masa membelok di Ampang Point, kami ternampak sebuah restoran baru tak-pernah-singgah, 'Kampung Thai'. Asal nampak nama 'Thai' je makin kuat kemaruk tomyam Hubbydearie. Asalnya kita nak ke restoran lain, ulang tayang live dari sana *_*

Maka turutkan ajelah keinginan suami tercinta. Masuk dalam restoran, siap nak pilih tempat duduk lagi. Semua tempat yang kita nak, penuh tak pun ada yang dah reserved. Akhirnya kami diberi satu tempat di luar restoran. Datanglah waitress bawa menu dan sepinggan keropok. Belek-belek menu, hati I dah lain macam. Hubbydearie pun lain macam juga.

I susah hati nak kata taknak makan di situ sebab Hubbydearie macam beria-ia nak cuba. Makanya I diam ajelah... Tetiba Hubbydearie tanya, okey ke nak makan di situ. Si Bubbly Abang pun menyampuk macam tak seronok sebab lepas tengok menu, ayam 'kesayangan'nya takda dalam menu!

Maka kita teruslah beredar tinggalkan restoran. Lantaklah dilihat, dipandang orang atas bawah. Kita buat derk jer ~_^

Makanya kita makan di tempat ini sekali lagi. Kalau kali pertama dulu kita cuba di Sentul tapi kali ni di cawangan Ampang Point. I've been there before, years ago sebelum kahwin. 




Oh, yes! Kita ke Naili's Place sekali lagi tapi berlainan cawangan ya ~_^

Ini pula yang kami order malam tu...

Passion Fruit untuk Hubbydearie dan Rootbeer Float untuk Bubbly Abang. Mommy dan Adik Cute order minuman biasa-biasa aje ^_^

Tomyam ayam dah separuh baru sempat snap gambar. Kami duduk di tengah-tengah restoran, ramai mata yang memandang makanya I jadi penyegan, pemalulah!

This is mine, ada udang ya walaupun katanya nasi goreng kampung! Slow and steady je I makan mengasingkan sayur-sayuran hijau dan kubis tanpa banyak komplen macam Bubbly Abang *_*

Hidangan Hubbydearie takda dalam gambar kerana tak sempat nak snap. Beliau ambil nasi goreng kerabu berserta tomyam ayam yang kami kongsi berempat. Adik Cute dan Bubbly Abang makan nasi putih dengan ayam goreng manakala I pulak ambil nasi goreng kampung.

Kesimpulannya sungguh berbeza dengan yang sebelum ni di Sentul. Kali ni Hubbydearie tak sudah-sudah memuji kesedapan tomyam di sini. Sampai nak datang lagi dan lagi katanya. My nasi goreng kampung pun bukan main berasa pedasnya, memang kena dengan my tekak versi Melayulah ~_^

Kenyang makan, kita pulang ke rumah. Minggu ni memang minggu menternak lemak dan kolesterol dalam badan ~_^





Comments

  1. mcm2 rintangan plak nak dpt makan kak....gi kedai tgk2 kedai dah bankrup...bankrup la tu kot kan sampai for sale....pastu masuk plak kedai yg name jek thai tapi menu nye tak thai ye hehehehe...akhirnye mujur dpt jumpe tempat yg kene dgn selera hubby akak...tu le kak kalo sedap n berase mmg kite akan hepi n plan nak dtg lagi kan kak.... pada lieya kedai makan ni asalkan ko bersih, order cepat sampai...makan berase mmg jadi pujaan laa hati pengunjung.......

    kak nasi goreng kampung skrang dah moden..takde ikan2 bilis dah...udang die bagi hah heheheeh.... tgh le harga kan mau rm5-6 sepinggan heheheheeh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...itulah pasal. Bukan main lagi kami berdiskus dalam kereta kenapa kedai makan tu tutup. Kalau tengok artikel suratkhabar bukan main alahai best je nampaknya!

      Akak pun macam tu, Lieya. Kena bersih, kena sedap, servis kena bagus. Cukup pakej ni memang ada yang datang berulang juga!

      Itulah, siap dok tengok kat Hubbydearie. Kotnya tersilap pinggan. Kita order nasi goreng kampung je tapi mana pi semua ikan bilis goreng takda dalam pinggan? Hahaha!

      Delete
  2. memang rajin MD..memang jodoh ngan HD yang rajin jugak melayan nak JJCM..acik ngan suami memang sepesen tak rajin nak keluar cari makan..kecuali la pi jalan2 jauh dari rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan rajin apa, Acik... malas nak masak sebenarnya. Semalam pun kita JJCM tempat yang dah pernah pergi juga. Pendekata kalau poket tebal, memang pagi,petang, siang, malam kami habiskan untuk JJCM dari Utara ke Selatan Malaysia ni rasanya. Hahaha!

      Delete
  3. Adehhhh terliur pulak tengok. jap lagi bukak puasa nak cari tomyam lahh. hahahah. air tuu macm wow aje akak. hehehe. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi lah buat tomyam seafood, Nani. Tak pun cari jer perencah instant :) Nasib baik akak tak ambil gambar masa makan kat Sukhumvit kelmarin. Kalau tidak, aduhai...kesian kat orang puasa nih!

      Delete
  4. restoran ni dekat ngan rumah saya..hati-hati, kang terserempak..hehehe. amboi, Abang kalau takde ayam tak nak makan ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... masa akak masuk restoran ni pun akak dah teringat kat Sal sebab akak memang tahu Sal duduk area Ampang. Mode berjaga-jaga on tau. Manalah tau tetiba je orang tepuk bahu dari belakang. Tak dan akak nak sembunyi bawah meja tau *_*

      Delete
    2. Sal..kalau terserempak tepuk bahu dia kuat2,..Biaq dia melompat kat situ..ahhaahah...dia kan suka sorok HD dia tu..jangan lupa ambik gambar ye...ekekekek

      Delete
    3. Hahaha...kang dibuatnya melatah dek terkejut sangat, siapa nak tanggung malu? Sal and the gang jugalah, Diana *_*

      Bukan setakat HD je nak sorok, isteri mithalinya pun nak menyorok sama tau ^_^ Lainkali kena pakai penuh nampak mata ajelah ya!

      Delete
    4. kita nak tangkap gambar dengan HD je..hahaha.tak yah risau kak, saya jarang keluar malam-malam melainkn gi mamak tengok bola.rasanya orang tak tengok bola kat Naili's.hehehe

      Delete
    5. Amboi, terus-terang nampaknya nak bergambar dengan HD. Takpa-takpa, orang macam ni akak suka. Senang kalau nak main tarik rambut dikhalayak ramai. Outspoken gitu. Hahaha....

      Eh, takda orang tengok bola kat Naili's eh? Kalau gitu bolehlah akak pergi Naili's lagi *_*

      Delete
  5. Yang ni baru betul entri minggu ni yeh hihi....
    Sadis sungguh baca cerita karangan bila tetiba kedai nak dijual hihi.....Tak pelah....gitulah hidup namanya, tak selalu cerah ....

    Tak pernahlah gi Naili's ni....area Cheras tak de ke? Kalau dah area belah seberang tu mmg tak akan sampailah mak ....mmg makan ajelah tomyam belakang rumah gamaknya hihi....

    Mommy ni mmg ngalahkan budak kecik tau, makan nasi habis dikirai sayur tu lain kali makan nasi putih dengan seafood goreng kunyit jerlah kak Ton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Jumaat sampai semalam kita JJCM je, OKje. Kalau keluar dengan kakak ni, adalah sifat malu sikit. Tak dan nak suruh anak-anak posing dan snap gambar makan-makan. Kalau empat beranak tu adalah 'freedom' sikit *_*

      Puaslah kita dok fikir kat Cheras mana nak makan! Takda satu pun keluar mentol dalam kepala. Ada idea ke kat mana nak pergi? Tu hah yang belakang Maluri tu, punyalah tempting baca dalam artikel suratkhabar tetiba pergi betul-betul dah kena grilled pintunya!

      Tomyam kat Naili's baru kita perasan, RM17 rupanya OKje. Tapi okeylah HD kata sedap. Kata HD, kalau lapar dan teringin, nak pergi Naili's sendiri dan tapau. Punyalahkan....

      Hahaha...anak borek mak rintik...Eh, eh... terbaliklah!

      Delete
    2. Gi ar Nasi Arab Baradah tu...naknoergi jangan lupa cakap .....kita nak skodeng hihi....
      Cerana tak pernah try ke? Ada live band jugak ...

      Delete
    3. Itu yang dok tanya bila Mak nak nyah dari area tu? Kalau Mak balik kampung beritahulah, nanti kita pergi terjah Baradah tu ya *_*

      Delete
  6. haippppp!
    Sila makan sayur okeh!!!

    ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haipppppppp! Barulah tahu si Bubbly Abang tu ikut siapakan :) Saya memang dari kecil tak jamah sayur tapi dah banyak improvements berbanding dulu-dulu. But then, saya tak pernah ajar anak-anak jangan makan sayur. Saya sumbat sayur dalam mulut mereka masa mereka kecil-kecil dulu. Bila dah petah dan pandai makan sendiri ni, mereka pulak yang memilih. Hahaha.....

      Delete
    2. Doktor sekentut jer komen dia, tuan blog bukan main lagi membalas hihi....

      Delete
    3. Siapa tak kenal tuan blog? Tak mainlah balas komen sepatah perkataan jerk :) Mak jealouslah tu sebab dia selalu takda idea. Ni dok 'merantau' kat sini tu mesti nak cari idea update blog, tak pun idea nak mengomen *_*

      Delete
    4. doktor ayat pendek, tapi kena ikut tau nsihat dia..hehe

      Delete
    5. Hahaha....dah lama akak dengar kata nasihat macam tu, Sal tapi sampai sekarang akak buat dunno jerk *_*

      Delete
  7. selamba je kan ko main tinggal2 jer restoran tu walau pun dah sogok ngan keropok tuh...errr nak masuk mulut ke keropok tu? nasih dia tak kejor kata kena bayor... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kita orang nak tempat duduk esklusif sangat-sangat tetiba baru nak duduk dah kena reserved. Pastu kena hantar dok kat luar restoran. Baru nak belek menu mereka dah hidangkan keropok. Kita orang tak makan pun. Makanya, takpalah kita orang keluar gitu jerk. Hahaha!

      Delete
  8. aduhai...kalau sayalah...nak kena musing makan, alamat balik rumah goreng nasi sendiri...haha
    itulah untung org dok kl...pusing sana sini byk tempat makan nak tuju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kami memang macam ni. Dah masuk kereta pun boleh berubah fikiran. Ada kalanya dah sampai depan restoren, kita berubah hati *_* Tak tetap pendirian ni namanya. Senang benar ditiup angin malam :)

      Delete
  9. Okay boleh masuk dalam listla Nailis ni , selama ni duk lalu je singgahnya tak juga. Hahahaha. Dengan recommendation akak , mungkinlah boleh jadikan pit stop. Hehehehe.

    p.s : tomyam memang sedap ohoiii hoiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naili's yang kat Sentul tu tak sedap sangat, Nadia tapi yang kat Ampang Point ni bolehlah diterima tekak. Servis pun laju....

      Akak takdalah mengidam tomyam sangat-sangat, 'orang rumah' tu yang tetiba nak makan tomyam sesaja!

      Delete
  10. tgh membygkan mummydearie jd penyegan di tgh2 restoren, smbil cover line utk amik gambo makanan haha (i feel u :p)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....lagilah segan bila yang di depan kita spesies mak-mak dengan kawan-kawan seangkatan tengah bermeet up bagai. I buat derk je tapi dalam hati tak keruan. Hahaha!

      Delete
  11. Awat yang nak makan pun sudah sangat,byk betul halangan explorace Malaysia.haha..ohh bubbly abang menurun perangai mommy rupanya.cmna nak ajar anak makan sayur klu maknya pun tak makan sayur?mmg kena bahan la dengan anak klu cuba nak ceramah khasiat sayuran semua.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... takda rezekilah tu.... Ya, Allah! PK baru tau ke? Memangnya perangai tak makan sayur tu dapat dari Mommylah..... Itulah pasai dah macam ketam mengajar anaknya berjalan mengereng! Eh,bukan... jalan lurus! Haruslah tak lurus-lurus juga sampai akhirkan *_*

      Delete
  12. Mmg sedih i baca riwayat mencari makan u ni MD. Dah la mula2 kedai pertama tu dah tutup. Yang kedua tu pulak takde yg berkenan di hati. Tapi berbaloi la sebab finally dpt tempat makan yg betul2 serve makanan yg kena dgn selera anak-beranak ye dok? Dah HD tu nape suka sgt tomyam? Betul2 tak sia2 kawen dgn org asia tenggara. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai yang kedua tu, I tengok menu ada bahasa Cina, I terus rasa nak pitam kat situ. Nak kata tak mahu, takut HD kecik hati. HD yang nak pergi restoran tu kononnya mencari tomyam. Tomyamnya betul-betul siput, eh seafood, suami I tak makan seafood-seafood ni semua! Lepas tu I tinjau dapur, I dah rasa nak tumbang pulak. Lepas tu mereka letak I dekat dengan dapur pulak. Lagilah I tak suka tau. Makanya dengan separa selamba, kita orang keluar je dari kedai tu sambil I sengih sikitlah kat cashier yang dok pandang 'Apa hat ini pompuan pindah sana pindah sini lepat tu keluar! Cis!' Hahaha....

      Delete
  13. Kesiannya MD.. sesampai kat restoran tu tulis FOR SALE.. nampak lama sangat simpan keratan akhbar tu baru nak cuba JJCM kan..
    Kena tahan lah nampaknya keroncong di perut anak beranak ye.. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga tomyam kegemaran HD tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nama restoran pun ada 'Grills' makanya nasiblah sampai-sampai tengok pintu dah kena grilled jugak *_* Takdalah dapat merasa. Saya ada belek juga artikel tu, rasanya tak bulan Jun, bulan Oct. Tapi saya terlupa tahunlah pulak - 2014 ke, 2013 punya ^_^

      Delete
  14. Alahaiiii...siannya anak beranak ni. Tutup plak restaurant tu yerp. Boleh lah try kalau balik kampung pandan. Sebab dekat ngan umah. Weolls klo gi ampang point selalu gak makan kat restaurant Taiwan House. Sedap ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taiwan House tu tak pernah pulak sampai! Kami empat beranak ni kalau tak datang taste western, dia datang taste Melayu sesungguhnya. Ni minggu JJCM berulang tau sebab HD kepingin tomyam tak berhenti-henti. Hahaha...

      Delete
  15. suka mkn tom yam rupanya . mcm saya juga . saya ada pergi mkn kat satu restoran baru dibuka ala thai kat tpt saya di seri kembangan ni . rasa dia mmg kenalah dg selera saya . klu MD nak gi farm in the city , leh la HD gi sini isi perut . nanti saya buat entrynya . dah sebulan lebih kot saya simpan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah keluar ke belum cerita makan kat restoran yang sedap tu, Vee? Nanti kita pi ushar semua entri Vee ya *_*

      Cubalah beritahu saya nama kedai, harus saya cepat sampai, Vee ^_^

      Delete
  16. memang bergrill terus.. huhuhu..
    melting ai tengok menu yang ada dalam entry ni..
    sabar2.. dugaan je tu semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Terus nampak signboard 'For Sale' Habis cerita, tak payah susah-susah nak google lagi! Memang takda cawangan lainlah nampaknya!

      Delete
  17. haha, gelak lagi....memang hilangkan sakit gusi saya baca entry MD pagi2 buta ni.. eh tak buta sangat dah ni dah nak pukul 9.. haha... tau tak tadi, mula2 saya nak komen "eh, berdekatan dengan kawasan mak2 sedara papa N ni, lain kali saya nak try jugalah cari tempat makan MD tulis ni.."

    hek eleh, rupa rupanya dah kena tutup kedai tu ya? alahai...tapi akhirnya dapat makan yang sedap2 juga ni, kira ok la.. sesuaila dengan peribahasa yang MD guna ni... memnag untung batu dan untung sabut... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, mak saudara Papa N dok kat area Taman Maluri ke? Dekat sangatlah tu kalau nak pergi tapi masalahnya dah nak kena jual! Tengok dalam suratkhabar bukan main lagi alahai...macam-macam ada. Terliur saya dibuatnya. Bergegas cari! Malang sungguh!

      Delete
  18. wah seromoknya JJCM di merata tempat.. klu sedap mmg boleh jer repeat berkali2..
    Lyn ni tgk & baca jer lah org makan di merata2.. nafsu mkn dah kurang sgt... buat rugi jer makan kat luar.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa cuti CNY baru ni, memang banyak berlaku JJCM berulang *_* Nanti-nanti akak up entri kalau rajin sampai membuak-buak ya!

      Delete
  19. rajin sungguh MD n family JJCM ye
    kalau kamilah, dah duduk, duduk ajelah
    pantang kecuali tak puas hati...wahaha

    ayam goreng tu buat saya lapo lah
    lunch hour rupanya, patut lapo semacam

    ReplyDelete
    Replies
    1. My small family ni memang macam ni, YY. Kadang tu dah sampai depan restoran tetiba kita tukar plan. Kena sabar ajelah. Kalau HD rajin, dituruti aje. Kalau tidak, kena marah juga tapi of courselah tak masuk blog selalu bab-bab macam ni ~_^

      Saya suka datang berulang ke restoran yang menunya sedap di anak tekak saya ni. Kadang tu order menu yang sama. Adakalanya cuba jugalah menu lain pulak. Kalau yang so-so tu, memang takdalah kami jengah lagi. Buang minyak, buang duit aje!

      Delete

Post a Comment