Kisah gulai keladi (dan MD) .....

Salam Khamis kawan-kawan!

Eh, dah Khamis rupanya! Sekejapnya masa berlalu. Dek kerana sibuk, sampai tak sedar dah hampir penghujung cuti sekolah. Anak bujang kat rumah tu pun bukan main enjoy duduk depan komputer macam selalu. I dah pasang password kesemua gadget yang ada. So, kalau Mommy takda di rumah, jangan haraplah dapat main apa-apa. Tapi memanjang je dia kata dia sibuk google macamana nak buat game baru. Bila kita jeling, dia tengah sibuk main game yang sebenarnya! Dengan Mommy memang takda istilah bohong sunat ni....

Eh, I nak cerita topik apa tadi ek? Tetiba pulak lupa bila dapat menaip kat keyboard ni....

Oh, ya... minggu lepas I pergi supermarket berhampiran rumah (kena cerita juga salasilah tajuk ni, nanti tak faham pulak...) Tetiba I ternampak keladi. Dah lama tak makan gulai keladi. Kalau dulu-dulu, gulai keladi maklah yang paling sedap. Sampai sekarang kesedapannya tak hilang di anak tekak walaupun mak dah pencen memasak dekat 4 tahun sudah! (Melampau weyh ni, MD. Kalau ya pun nak menyedapkan ayat, takkanlah sampai gitu sekali... ~_^)

I ni pulak bukan macam PK yang rajin campak baling hempas henyak masuk periuk belanga tetiba je dah terhidang atas meja. Bodo-bodo pun nama menu diberi tapi nampak menjadilah. I pulak bukan setakat nak campak baling, masuk dapur pun rare. Okeylah, I terpaksa mengaku sebabnya my mood memasak ni datang macam period. Tak menentu jadinya ~ kadang awal bulan, kadang tengah bulan, kadang akhir bulan, kadang tak datang langsung *_*

Itu yang kawan-kawan dok update entri masakan I pun terjebak sama. Tapi I pulak semuanya main tunjuk kat kedai, kawan-kawan punya of courselah mereka berhempas pulas memasak kat dapur. Nak buat macamana, I tak serajin mereka. Tapi bila rajin dah mai, PK pun kalah! (Eh, apasal asyik dok sebut nama besan yang ini, nanti besan yang itu merajuk pulak....Opsss....pecah rahsia pulak dah! Mulut ni, nak kena laser baru terkatup agaknya tau!)

Sorrylah besan(s) to be, anak-anak dara mu comel belaka tak tahu bakal mak mertua ni nak pilih yang masa satu.... Kongsi boleh? Mak mertua izinkan... Hahahah..... (Aduh, sakitlah awat ketuk dengan sudip kat kepala ni.... melampau dapat besan macam ni tau!)

Okey, mehlah brek mengejut balik ke pangkal story semula ~_^

Tadi kita cerita pasal nampak keladi kat supermarket kan.... 

So, I ni honestly speaking Londonlah, memang tak pernah beli keladi. Masak lagilah.... padahal gulai keladi tu my favorite sepanjang zaman tau. Itu pun I tak terliur nak mencuba kat dapur sendiri. Makanya ini dianggap kali pertama I beli keladi. Macamana nak pilih I pun tak reti. I main rembat satu yang agak sedang besar teruslah bayar.

Well, you all fikir I nak masak gulai keladi eh......

Sampai je rumah my kakak, I terus 'hadiahkan' sebiji nenas, sebiji tembikai dan last sekali keluar plastik berisi keladi sambil tersengih,

Ngah, nanti tolong masak gulai keladi!

Daun kesum beli tak?

Alamak! Lupa ah! Tak letak tak boleh ke? Janji jadi....

Tak sedaplah....

My mak ada sama duduk sambil mendengar perbualan si kakak dan adik ni. Kakak  terus  tanya kat mak,

Mak, mak ingat tak dulu mak selalu masak gulai keladi?

Mak  tengok terkebil-kebil. Lepas tu angguk. Oh, lupa nak habaq coz I memang tak pernah cerita di blog, my mak dah nyanyuk sebenarnya. Tiada penyakit secara fizikalnya tapi mentally memang ingatan mak  tak berapa bagus, banyak perkara mak dah lupa.... Oh, tak mahu sambung kisah sedih ini nanti menangis pulak John Grisham membacanya!

2, 3 hari juga I tunggu-tunggu bilalah my kakak ni nak masakkan gulai keladi. Langsung takda cerita. Rupa-rupanya kakak beritahu keladi yang I beli  tu cantik di luar tapi busuk di dalam. Makanya kakak tak boleh nak masak gulai keladi tersebut. Uhuh, 'hancur' juga harapan si adik ni! Nak suruh si adik masak sendiri, memang makan seabad baru ingat nak buat! Dah katanya malas, apa hal nak suruhkan....

Semalam, I balik kerja terus pergi rumah my kakak ambil si Adik Cute. Tetiba kakak kata tunggu kejap! 

Lepas tu keluarlah semangkuk gulai keladi. Oh, my....meleleh air liur. Tak sabar-sabar nak makan. I ni kalau gulai keladi, makan gitu pun boleh. Sedapnya terasa di tekak (lepas tu melolong minta plain water sebab kepedasan....)


Kakak pesan,

Akak tak bagi nasilah, nanti masak sendiri! Budak-budak dah makan, tak tahulah kalau lapar lagi... (Ahah, pecah rahsia...nasi putih pun nak minta kat kakak...bertuah punya adik!)

Balik je rumah teruslah tanak nasi. Tanya Abang katanya tak nak makan dah kenyang.  Tanya Adik Cute, entah apa-apa dibebelkan Mommy pun tak faham! Tanya Hubbydearie, tak nak makan juga sebab diet (Mami nak datang....) Makanya I masak sikit ajelah untuk sendiri makan! Sementara nak tunggu nasi masak tu pun, ngelat siap ambil satu, dua ketul keladi tu buat jamah katanya.... ~_^

Bila nasi masak jerk, teruslah I melantak sendirian.... Tak pandang kiri-kanan, tak peduli anak-anak dan suami. Nasiblah tadi tanya kata semua tak laparkan (termasuklah Adik Cute)! Nasi putih dengan gulai keladi pun cukuplah. Terasa macam mengimbau kenangan berpuluh tahun sudah bila teruja tengok mak masak gulai keladi. Kalau dulu pun memang I dan arwah abah yang suka. Makan tak ingat tinggalkan orang kemudian, eh, I lah tu bukannya my arwah abah ~_^

Okey, habis cerita! Nampak tak cerita pasal keladi jerk hari ni. Yang selingan tu of courselah untuk commercial break kat blog MDkan.... Eh, sebenarnya tadi nak tayang makanan yang kita beli dan makan tapi lain pulak jadinya. Biasalah, selalu pun gitu juga!

I nak pi sambung makan  tengahari ya! Biskut Hup Seng cicah air milo je lunch hari ni! Malas nak keluar, malas nak start enjin kereta. Susahlah kalau takda supir ni. By the way, hari tu masa pakai supir pejabat, I naik Lexus wokey..... tengok kelebaran tayar je dah ngeri dok fikir berapa harga satu yerk! (macamlah dia ada kereta Lexus juga yang takut sangat tu apahal...)

Okey, okey... dah MD. Cukup, cukup sudah! Kalau beri peluang, memang tak reti berhenti perempuan Melayu terakhir ni. Pi sambung cicah lagi biskut cracker tu dengan Milo ya ~_^

 



 

 




Comments

  1. Tu dia.. gulai keladi ni masak ala2 asam pedas ker? sebab kat kedai kadang2 lain pulak nama dalam surat beranak dia walau masakan yang sama tu yang jadi konpius kadang2. Dulu baru2 jadi orang bandar katanya.. banyak makanan jadi konpius sebab nama tak sama... hahahaha... Dulu2 kecik2 selalu jugak makan.. almaklum kampung girl kan.. stok keladi bersepah.. kalau tak tanam sendiri.. umah sedara mara banyak.. rasanya dah puluh tahun tak makan kot... hahaha melampau nak habaq kata lama tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah asam pedas dengan gulai keladi ni. Kadang-kadang akak pun confused sebab jarang sangat alahai memasak *_* Ada orang kata gulai ni masak kari, kan....

      Cerita dulu-dulu memang banyak yang best, Suria. Kalau diimbau balik, penuhlah blog akak ni nanti dengan kenangan. Dulu memang best. Lama dah tak makan masakan Mak yang best-best, sedihlah sekarang memang takda harapan nak merasanya lagi. Harapkan pada kakak sulung yang expert sungguh, keturun pandai memasak ikut Mak akak juga *_*

      Delete
  2. CH pun dah terliur tengok gulai keladi tu MD... sejujurnya cakap CH pun tak pernah masak gulai keladi.. selalu beli kad kedai jer.. takut salah masak jadi gatal2 pulak tekak bila makan.. eemmmm nak cari jugak gulai keladi ni dah tak boleh tahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ingatkan saya je yang tak rajin masak hidangan-hidangan 'tradisional' pada pandangan mata saya ni rupanya CH yang rajin dan pakar masak ni pun ada miss juga ya!

      Sedap tau CH gulai keladi ni. Kalau makan dengan nasi panas aduhai tak larat nak teruskan ayat, dah meleleh balik air liur *_*

      Delete
  3. Perghhhh keladi ! Me like it !! Gitu. Nampak histeria siap pasal keladi. Hahahaa. Tapi kita suka asam rebus keladi. Itu memang sama pesen , kalau makan sorry tak tinggal belakang. Laju je menonong. Nak pelawa pun tak sempat. Hahahaha. Sedapnya kak oi. Jejes air liur kiteeeee. Mood masak yang period tu cam same je cam same je. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan sesekali dapat makan keladi macam ni. Rasa haven sesangat! Yalah, biasanya tekak minta yang western jerk. Hahaha....

      Akak baru makan tetiba macam nak minta my kakak buatkan sekali lagi. Kali ni tak payah beli. Beli dan masak serahkan pada my kakak aje *_*

      Delete
    2. masak asam rebus pulak kak...tu lagi sodap!

      Delete
    3. Ya ke, Sal? Masalahnya akak tak pernah rasa pun. Nak buat lagilah.... Nantilah kita tanya kat kakak tersayang manalah tahu kakak nak buatkan lagi....

      Delete
  4. Wah...kakcik kalau keladi ni buat masak lemak memang kakcik suka makan sangat2. Tapi masak asam rebus pun kakcik suka juga. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah pulak kakcik saya makan keladi masak lemak. Yang saya tau masak pesen inilah aje. Dah itu je yang mak muakan atas meja masa kecil-kecil dulu *_*

      Delete
  5. Sebenarnya MD tau ke tidak cara masak sayur keladi tu???? eceh..saya tanya macam la pandai sanagt..padahal saya tak pandai masak sayur keladi..kalau MD cakap tak pandai masak , tak la saya rendah diri ..boleh la kita dikira seri... ; p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa...dah kata tak pernah beli keladi, tak pernah masak. Haruslah tak tahu. Opocots... Hahaha... Tahulah resepi tapi tak pernah masak kiranya tak tahu masaklah senang ceritakan, Diana.

      Takpa, takpa, kalau ada kekurangan baiklah mengaku. Nanti kita boleh join sama ^_^

      Delete
    2. join sekaki jugak..kalau baling-baling campak tu, kucing pun tak nak hadap masakanku.kena buat dengan penuh kesopanan..haha

      Delete
    3. Kalau yang mudah tu bolehlah campak baling masuk periuk belanga. Kalau resipi yang complicated buat macam tu, harus terus campak baling masuk tong sampah. Tak sesuai untuk hidangan manusia sejagat. Hehehe....

      Delete
  6. saya biasa juga makan keladi ni
    sedap juga kalau masak gulai tu, campur ayam. perghhh! terbaik!
    tapi kalau saya suka rebus gitu aje makan dengan sambal
    lebih kurang macam makan ubi rebus

    nak tau cite tak, seumo hidup saya tak penah kopek keladi
    rumah mak mentua saya banyak keladi
    masa tu baru aje kawin, MIL suh tolong kopek
    awak ni tak ada pengalaman, kopeklah keladi tu cam kopek ubi kayu

    mak ai MD, GATAL gile lepas tu!
    tak tahu mana nak sorok muka, nak cover jelita
    tak tertahan kegatalan ditapak tangan time tu
    minta izin masuk bilik, lumur dengan minyak angin bagi hilang
    cettt! pengalaman yang pada sama kelakar. wahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuma tahu ini je resepi dengan keladi ni, YY. Sadis tak rasa dalam hati? Ada tak rasa macam nak menangis mengenangkan nasib MD yang serba-serbi pun dia tak tahu? Ke gelihati sampai ter'pee' dalam seluar dok gelakkan kita? Cuba cakap, mana satu yang benar?

      Hahaha...banyak kenangan bila berkahwin ni kan. Kalau dengan mak sendiri bolehlah bermanja. Kalau dengan mak mentua, siaplah....yang tak tahu pun buat-buat tahu sebab nak ambil hati. Nantikan dia tak agree dengan pilihan anak lelakinya, siapa yang merana seumur hidup? Kita jugakan....

      Oh, kalau kena miang keladi lumur dengan minyak angin ke? Tak berpinar ke satu badan membahang kena minyak angin, YY? Saya tak pernah pulak kena miang keladi ni, maklumlah datang dekat pun tak pernah *_*

      Delete
  7. keladi masak asam tempoyak pun sedap...cari keladi kat pasar borong lagi elok kot terutama jenis keladi minyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahu apa lagi yang sesuai dimasak dengan keladi ni. Gulai keladi itu ajelah yang saya tahu sebab mak selalu masak masa kat kampung dulu. Itupun saya tak makan daunnya (eh, panggil daun ke batang? hahaha...)

      Oh, keladi pun ada banyak jenis ya? Saya main bantai aje asal nampak keladi saya beli tapi yalah, itu ajelah sekali saya beli keladi *_*

      Delete
  8. Asam rebus keladi atau kdg2 gulai lemak cili api mmg fav sy. Nak2 tang batang dia tu. ops zaman kecik suka isi tp zaman tua ni suka batang dia. Lembut2.. Sedapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya tak makan batang keladi, LM. Saya cuma suka keladinya aje. Eh, itu kita panggil apa ek? Takkanlah buahkan... Hahaha....

      Delete
    2. Hahahah... Isi keladi.

      Dulu masa kecik mmg LM duk ngap isi dia je.

      Delete
    3. Oh, panggil isi keladi aje ya! Still, keladi tu kategori sayur kan... Hahaha....

      Inilah padahnya bila tak pernah ke dapur dulu-dulu dan tak makan sayur. Saya selalu juga assume kentang dan seangkatan dengannya (e.g. keladi, keledek) sebagai 'buah'. Hehehe....

      Delete
  9. masak gulai keladi ni bersantan ker kak??
    my mum selalu masak gulai asam keladi campur udang. Sedap gak. Tapi Lyn kureng skit sbb selalu bila makan msti gatal kat tekak. Org lain elok je makan sampai ulang2.. kitorang mmg tak beli. kat kebun belakang rumah byk. selalu jer makcik2 lyn dtg amik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha... nama je gulai tapi ini masak pedas sebenarnya, Lyn. Akak pun dah konpius semenjak jadi orang bandar ni *_* Tak bubuh santan pun tapi gambar tak menggambarkan masakan yang sebenarnya. Maklumlah photographer tak habis belajar yang ambil gambar ni *_*

      Nasib baik akak jenis takda alahan. Semua pun hentam sajalah labu.... ^_^

      Delete
  10. Gulai Keladi? Tak pernah makan ar.... Kalau batang keladi tau ar. Batang Keladi masak asam rebus....pergh!!
    Gulai Keladi ni mcm kari ke Kak Ton?

    Senang ar orang tu ....ada kak Ngah tolong masak masak. Agak agak tekak teringin makan boleh jer order kat chef peribadi masakkan....

    Kita bab memasak ni mmg boleh kamcing Kak Ton . Sama jer moodnya cuma bezanya mak nak tak nak pun kena masak jugak hari biasa, sebab sayang lauk mentah dah beli.

    Okje pun peli camne si PK tu boleh rajin. Semuanya dibelasah buat homemade! Ceh! Plastercene pun buat sendiri.

    Kalau mak tak boleh tu makan lauk tu aje dgn nasi. Paling kurang pun kena ada ikan masin baru jalan...
    Kalau sayur aje memang tak boleh pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Mak... kita bab batang keladi tu tak suka. Kita suka isi keladi jerk (Eh, itu panggil buah ke, Mak? Kita konpius! Belajar je ke menara gading, keladi pun tak lepas lagi spesikasinya... keh3x)

      Kita kan kalau 'sesekali kurasa teringin' memang terus tuju rumah kakak tau. Kalau tetiba tak tahu nak masak apa, anak-anak termasuk kita siap makan kat rumah kakak tanpa sekelumit rasa segan terbit dalam hati tau *_*

      Eh, bukan ke Mak lagi rajin masak daripada Kak Ton? Kak Ton adakalanya tak datang bulan, eh tak datang mood sampai sebulan Mak.... Ni tengah fasa mood sebulan tak datanglah ni.... Itu yang rajin je ukur keluasan, kelebaran dan kelebaran restoran sekitar. Penatlah Mak kepala nak fikir menu apa nak masak. Ayam yang kita beli setengah bulan lepas, sampai sekarang tak gerak keluar dari freezer, Mak... Ni cakap terus terang je, takda selindung-selindung lagi dah *_*

      Itulah sebab saya nak berbesan dengan PK. Manalah tahu tetiba dia rajin hantar hidangan ke rumah. Yalah, dia takut anak perempuannya kena dera ngan mak mertua yang vogue ni. Kenalah ambil hati besan sekalikan, Mak.... Oh, termengumpat pulak! Harapnya PK tak datang balik check komenlah *_*

      Delete
    2. Yang bawah sekali tu PK cakap jangan harap haha......Tak hengin dia nak masak lebih bagi kat besan walaupun dia buat plastercene pun rajin haha...

      Yelah....yelah....mentang mentanglah dia ada kakak kat KL ni bolehlah manja manja lebih ... nyampah!

      Alah mak bab masak ni kita kan sama jer.... mood masak tenggelam timb

      Delete
    3. Eh, PK dia tak sampai hati nak mengecilkan hati orang, tak macam jiran sebelah Kak Ton ni! PK rajin masak pastu dia kata dia kemut sikit. Daripada masak dan makan tak habis takpun kena habiskan sendiri, haruslah PK hantar sikit buat besan. Huhuhu....

      Nasiblah Mak.... nasib kita memang tak serupa. Kita ada kakak yang boleh roger bila nak makan. Mak takda... Hahahaha... seronoknya alahai....rasa macam nak nyanyi nasyid jerk sambil senyum-senyum tengok Mak yang selalu kempunan lepas tu masak jer rentung. Hahaha....

      Mak, ni serius! Kita dah lama tak masak ni. Takut pulak kita skil memasak tu hilang terus. Mak mertua katanya nak datang 10 April nih *_*

      Delete
  11. ohh gulai keladi.biasanya sy màkan Adam pedas rebus. peberet sy jugak keladi ni MD..aruah mak selalu masak juga dulu2..tp sy tak reti makan dengan nasik.klu mkn mmg ratah gitu je..sy pun tak pernah masak keladi..sbb macam susah je nak jumpa benda ni..klu dulu kt kmpg lainlah..ada jiran tanam..

    smp hati nak memadukan anak Ai..klu camni cancel terus jadi besan.hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opppss... baru ngumpat rupanya komen PK kat bawah OKje rupanya *_*

      Saya tak pernah makan asam pedas rebus keladi ni, PK. Tak tahu bagaimana rupanya. Macam asam pesas cair biasa tu ke apa? Ahah...cerita pasal masakan mak ni memang sangat menyentap kalbu. Yalah, walaupun mak saya masih ada, tak dapat dah nak merasa air tangannya lagi. Kiranya sama jugalah nasib kita ni PK. Nasib baik kakak saya tu terror, keturun hebat memasak macam mak saya. Kalau nak apa pun, masih lagi dibuatkan untuk adiknya yang tak sedar diri dah tua ni *_*

      Hahaha... tanya je dulu boleh ke tidak? Kalau tak boleh, takpa,takpa, saya ada banyak calon sepupu mereka ni. Nak tengok gambar? Nanti saya hantarkan eh... Hahaha.....

      Delete
  12. acik pulak yang terliur ni..nak masak jugak gulai keladi..gulai keladi acik..dah tentu la masak lomak cili api

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik memang tak jauh dari masak lemak cili padi ya... Kata sekarang dah pencen memasak, dah serahkan tugas pada suami? Apalagi Acik... suruhlah suami tersayang masakkan untuk Acik tanda sayang till jannah namanya. Hehehehe....

      Delete
  13. MD, "bukan setakat nak campak baling, masuk dapur pun rare..." huhu sama le kita

    eh, bebila naik lexus tu, jgn fefeeling sensorang je...kenang daku dalam doamu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, taklah! I lagi baik sikit daripada you tau, Syida! Hehehe...

      Sekarang ni tengah musim mood tak datang langsung. Dah dekat sebulan dah ni tau tak... Kalau tak datang period, mahu menggelupur pi check. Tapi kalau tak datang mood masak ni, rasa seronok lain macam pulak. Dapur pun kemas jerk. Jimat tenaga tak payah kemas dapur tau!

      Yalah, yalah, nanti kalau I naik Lexus tayar lebar tu sekali lagi, I kenang-kenangkanlah kengkawan yang senasib suka berangan macam I ni. Hahaha!

      Delete
  14. pekat nampaknya gulai keladi akak MD ni, patutla sedap ya.. wah, pandai makan makanan kampung gak ye, haha.. nape tak nak belajar buat sendiri ni? kang esok lupa nak makan payah nanti..

    seronok dan tak sabarlah HD nak berjumpa mami ya, sampai tak lalu makan ya, haha.. ai, makin berdebar tak MD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak memang selalu buat pekat macam ni. Sebab itulah saya boleh makan begitu sahaja tau. Sampai nak tersedak pedas, barulah berhenti *_*

      Eh, saya orang kampunglah AN... Bukan urban mana pun... Sesekali dapat makan menu macam ni rasa nikmat tau. Ahah, saya paling suka nasi putih+ikan bilis goreng+telur goreng+sambal belacan. Aduhai, kalau Mami ada pun saya tak pelawa makan sepinggan tau *_*

      Aduh, tak tahulah bila agaknya nak datang! Menunggu macam durian tak nak gugur je tau kita nih....

      Delete
  15. oik, dah dua calon menantu pilihan ni?? amboi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shhh....shhhhh.... yang lagi satu tu tak perasan pun kot *_*

      Hahaha.....

      Delete
  16. gulai keladi tak pernah makan kalau batang keladi penah la. tu pun kalau suh buat tobat tak reti pasal arwah mak yg masak. tak sempat nak menuntut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, tahu makan je. Kalau suruh masak, mahu habis satu dapur, jadinya tak juga *_*

      Delete
  17. Lap air liur tengok gulai keladi tuu. Homaiiii mana nak cari keladi ni kejap lagi. Hahahahah. lama dah tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... ingat Nani jerk suka buat akak lap-lap air liur eh..Ahah, sesekali nak pulak buat gitu kat Nani. Ini namanya balas dendam. Huahahaha.... Pi bangun dari kerusi depan pc tu dan cari keladi. Pi masak keladi hari ni. Petang nanti akak singgah ya *_*

      Delete
  18. bakal-bakal besan sekelian, kena ajar anak-anak dara comel u olls untuk masak gulai keladi. boleh impress mak mertua nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak tu bila nak impress 'kakak' mertua? Huhuhu.... Inilah orang pertama dalam dunia ada 'kakak' mertua tau. Kelas Dik Sal ni *_*

      Itulah, siapa nak jadi calon menantu (calon je belum confirm pun...) akak kenalah impress akak dengan makanan-makanan yang menjadi pujaan hatiku ^_^ Itu pun baru dapat satu markah daripada 100 yang akak nak bagilah!

      Delete
  19. So, kakak MD masak keladiyg MD beli tu juga atau dia beli lain demi adik bongsu terchenta? Dah kata keladi tu buruk di dalam.

    Syok giler kalo dpt makan mkanan feveret seorang diri tanpa gangguan. heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak beli lain untuk adik tercintanya yang teringin nak keladi macam mak masak dulu-dulu kat kampung!

      Sekarang ni jarang dapat makan dengan penuh syok, Lyd. Asal makan je, rasa macam nak tercekik. Budak berdua ni kalau ada bersama time makan, memang tak aman dunia Mommynya. Kenalah bertabah tahan nafsu makan yang membuas tu *_*

      Delete
  20. Tak pernah makan gulai keladi. Tak reti nak makan. Ntah pape kan kita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeylah tu, Fiza. Kalau tengok senarai I apa yang tak reti nak makan, lagilah entah apa-apa tau :)

      Delete

Post a Comment