Salam kawan-kawan!
Bertemu kembali di hari Isnin yang sentiasa terasa begitu panjang nak sampai ke penghujung minggu ~_^
Entahlah kenapa, sekarang ni mood mengukur jalan kurang membuak dalam diri. Tapi ada baiknya juga. Kalau I duduk rumah sahaja pada hujung minggu, banyak kerjarumah boleh selesai. Berbakul-bakul baju boleh basuh, lipat dan gosok siap-siap. Boleh main masak-masak bagi keluarga tercinta merasa air tangan yang begitu 'mewah' ni! Demam rajin memasak pun tak kebah-kebah tetiba! Itu kita cerita kemudianlah. Beri laluan dulu kepada JJCM versi MD ^_^
Apalah you ni, MD... baru jerk kata takda mood mengukur jalan bagai, dah rajin masaklah, apalah.... tetiba buat entri JJCM pulak.... Cakap tak semaniskurma ayat yang tertaip dalam entri tau!
Alahhhhhh.....ni sebab bangun pagi otak belum berputar ligat lagi nak masak apa. Mood memasak ni tak sama macam mood menulis entri dalam blog. Kalau tulis entri memang tak kering idea. Kalau memasak, kadang-kala idea tu kering kontang berminggu-minggu lamanya!
Maka, oleh kerana itu kami pun pergilah ke Wak Dol Kitchen di Setia Alam ni. Wah, jauh tau dari rumah I nak ke Setia Alam tapi kugagahi juga duduk dalam kereta sambil main Soda Crush! Chewah, cara bercakap macam MD jerk yang pandu kereta padahal yang memandunya macam biasalah my beloved Hubbydearie ~_^
Kalau I yang pandu, sampai hujung tahun pun tak jumpa lagi Wak Dol Kitchen ni, asyik sesat sampai ke Penang nun *_*
Pepagi lepas bersiap terus roger my sister kalau-kalau mereka nak join sekaki bersarapan di sini. My sister tu kalau diajak, mana pernah kata tidak. Huahaha...
I pun siapkan my superheroes cepat-cepat supaya lagi cepat kita dapat nyah keluar dari rumah. Si Adik Cute pulak bila I suruh mandi sebab kita nak keluar bersarapan teruslah tanya,
Mommy, kita nak sarapan kat Wak Doyok eh?
Yalah, Dik...Wak Doyok pun Wak Doyoklah! Tapi setahu Mommy Wak Doyok ni belum ada restoran lagi ler....
Kalau HD yang memandu, memang kita tidak perlu khuatir sesat jalanlah ya. Walaupun tak pernah sampai ke sini, tetap juga sekali jalan dah jumpa. My niece yang sesat barat sebab salah petunjuk ~_^
Wak Dol Kitchen ni dekat dengan Setia City Mall. Berhampiran Tesco Setia Alam dan betul-betul di belakang station Petronas.
Ini alamat restoran ni ya ~_^
Dibuka dari pagi sampailah malam. Kalau tetiba rasa lapar lepas sesat kat kawasan ni, bolehlah singgah sekejap menghilangkan lapar dan dahaga di sini ya ~_^
Meh, tengok gambar-gambar dulu bagi up sikit mood di hari Isnin yang penuh dengan cerianess ni yerk *_*
Mari kita 'makan' sarapan bersama-sama ya... Inikan dia punya kenyang sampai ke malam baru makan balik tau ~_^
My sister and the team sudah sesat-barat makanya mereka tiba lewat sikit. HD ajak kami tunggu dalam kereta sampai my sister tiba tapi kata Bubbly Abang,
Tak bolehlah, Daddy! Dah lapar sangat ni....
Makanya kita rasmikan dululah restoran ni. Bila my sister sampai, my niece pun tanya,
Aunty, apa yang sedap kat sini?
Tak tengok JJCM TV3 ke? I is sibuk makan sekarang nilah, tak kuasa nak story mory apa yang sedap....
Hahaha...dasar Aunty yang tak boleh harap, ala-ala peribahasa moden harapkan pagar besi, pagar besi pun dimamahnya!
Okeylah, itu aje JJCM kali ini. Kalau nak turut serta, sila drive kereta sendiri, bayar tol sendiri dan makan pun bil asing-asing okey ~_^ (Dasar kedekut betul si MD ni ingatkan pemurah....)
Bertemu kembali di hari Isnin yang sentiasa terasa begitu panjang nak sampai ke penghujung minggu ~_^
Entahlah kenapa, sekarang ni mood mengukur jalan kurang membuak dalam diri. Tapi ada baiknya juga. Kalau I duduk rumah sahaja pada hujung minggu, banyak kerjarumah boleh selesai. Berbakul-bakul baju boleh basuh, lipat dan gosok siap-siap. Boleh main masak-masak bagi keluarga tercinta merasa air tangan yang begitu 'mewah' ni! Demam rajin memasak pun tak kebah-kebah tetiba! Itu kita cerita kemudianlah. Beri laluan dulu kepada JJCM versi MD ^_^
Apalah you ni, MD... baru jerk kata takda mood mengukur jalan bagai, dah rajin masaklah, apalah.... tetiba buat entri JJCM pulak.... Cakap tak semanis
Alahhhhhh.....ni sebab bangun pagi otak belum berputar ligat lagi nak masak apa. Mood memasak ni tak sama macam mood menulis entri dalam blog. Kalau tulis entri memang tak kering idea. Kalau memasak, kadang-kala idea tu kering kontang berminggu-minggu lamanya!
Maka, oleh kerana itu kami pun pergilah ke Wak Dol Kitchen di Setia Alam ni. Wah, jauh tau dari rumah I nak ke Setia Alam tapi kugagahi juga duduk dalam kereta sambil main Soda Crush! Chewah, cara bercakap macam MD jerk yang pandu kereta padahal yang memandunya macam biasalah my beloved Hubbydearie ~_^
Kalau I yang pandu, sampai hujung tahun pun tak jumpa lagi Wak Dol Kitchen ni, asyik sesat sampai ke Penang nun *_*
Pepagi lepas bersiap terus roger my sister kalau-kalau mereka nak join sekaki bersarapan di sini. My sister tu kalau diajak, mana pernah kata tidak. Huahaha...
I pun siapkan my superheroes cepat-cepat supaya lagi cepat kita dapat nyah keluar dari rumah. Si Adik Cute pulak bila I suruh mandi sebab kita nak keluar bersarapan teruslah tanya,
Mommy, kita nak sarapan kat Wak Doyok eh?
Yalah, Dik...Wak Doyok pun Wak Doyoklah! Tapi setahu Mommy Wak Doyok ni belum ada restoran lagi ler....
Kalau HD yang memandu, memang kita tidak perlu khuatir sesat jalanlah ya. Walaupun tak pernah sampai ke sini, tetap juga sekali jalan dah jumpa. My niece yang sesat barat sebab salah petunjuk ~_^
Wak Dol Kitchen ni dekat dengan Setia City Mall. Berhampiran Tesco Setia Alam dan betul-betul di belakang station Petronas.
Ini alamat restoran ni ya ~_^
Restoran Wak Dol Kitchen
No.24, Setia Murni AGU13/AG
Setia Alam
40170 Selangor
Dibuka dari pagi sampailah malam. Kalau tetiba rasa lapar lepas sesat kat kawasan ni, bolehlah singgah sekejap menghilangkan lapar dan dahaga di sini ya ~_^
Meh, tengok gambar-gambar dulu bagi up sikit mood di hari Isnin yang penuh dengan cerianess ni yerk *_*
Muka glamor yang jenis asal kena aircond kereta jerk tertidur lepas tu mengamuk! Kesian alahai nak pergi sarapan kat Wak Doyok katanya... |
Adik Cute yang tetiba jadi malu bila pekerja lalu-lalang depannya sambil minta RM5 sekali snap photo depan ni ^_^ Terus masuk jari ke dalam mulut! |
Mari kita 'makan' sarapan bersama-sama ya... Inikan dia punya kenyang sampai ke malam baru makan balik tau ~_^
Suami tersayang bukan main lapar nampaknya. Kami sampai sini pun dah pukul 11 lebih. Nama aje sarapan tapi kalau tengok dah macam makan tengahari *_* |
Adik Cute makan mi sup. Portion besar memanglah tak habis. Adik mengerjakan ayam, fish cake dan mi sikit. Selebihnya ada wakil dari DBKL yang tolong langsaikan ^_^ |
My sister and the team sudah sesat-barat makanya mereka tiba lewat sikit. HD ajak kami tunggu dalam kereta sampai my sister tiba tapi kata Bubbly Abang,
Tak bolehlah, Daddy! Dah lapar sangat ni....
Makanya kita rasmikan dululah restoran ni. Bila my sister sampai, my niece pun tanya,
Aunty, apa yang sedap kat sini?
Tak tengok JJCM TV3 ke? I is sibuk makan sekarang nilah, tak kuasa nak story mory apa yang sedap....
Hahaha...dasar Aunty yang tak boleh harap, ala-ala peribahasa moden harapkan pagar besi, pagar besi pun dimamahnya!
Okeylah, itu aje JJCM kali ini. Kalau nak turut serta, sila drive kereta sendiri, bayar tol sendiri dan makan pun bil asing-asing okey ~_^ (Dasar kedekut betul si MD ni ingatkan pemurah....)
owh, kalau kat banting ni ada wak dol soto, agaknya tokey yg sama gaknye kot... hehehehe
ReplyDeleteAdik-beradik punya bisneslah tu nampaknya. Nanti kalau saya pi lagi sarapan kat sini, saya tolong tanyakan kat Wak Dol yerk :)
Deletewak doyok..hehe..wak dol rupanya
ReplyDeleteNama lebih kurang sama. Adik Cute konpiuslah tu ~_^
DeletePehh lontong tu tolong lah mengancam betul. Hari tu sampai meleleh air liur tengok kat JJCM. Hari ni tengok kat blog akak pulak. Grrrrr. Ni yang rasa nak pegi cari jugak. Hahaha :D
ReplyDeleteHahaha....akak pun meleleh sebab lontonglah ni. Itulah sebab akak gigihkan diri memaksa HD memandu ke sini. Lepas tu biasalah soalan cepu emas HD bagi - 'Lontong tu sedap tak?' Mahulah sengih sambil tunjuk jari 'best'. Kalau tidak, mahu kena tazkirah tengahari tau!
Deletemujurlah Setia Alam tu jauh, kalau tak memang dah sampai dah ke restoran Wak Doyok, eh Wak Dodol ni..nampak sedap lontong tu.kalau betul sedap rasa 'kejawaannya', nak jugak try..
ReplyDeleteAlaaa... Sal, suruh ajelah Oscar tu (pemain boleh sepakkan dia ni?Hahaha) tak pun Pele bawa pi makan kat Wak Dol ni masa datang Malaysia nanti :)
DeleteLontong tu pekat likat, dengan tempenya, dengan sotongnya, dengan kuahnya yang duh.....harus kena gigih pergi cari Wak Dol ni, Sal ~_^
saya nak suruh Gerrard belanja, tapi keji tak dia bersara sebelum sempat datang Malaysia. hahaha.
DeleteItu tandanya dia nak minta putus ler. Asal datang Malaysia jerk kata nak bersara. Asal nak bersara jerk time nak datang Malaysia.
DeleteLain-lain boipren hang yang main bola dah takda ke nak dibawa berdating kat Wak Dol ni, Sal?
Aduh pecah perut akak ketawa MD ..
ReplyDeleteAda patut nak beli bra utk abang size 32C terus.. hahahhaha
Abg lepas ni agak2 nak makan tau..
Nanti pakai baju ada bra pulak kat dalam tu..
lagi pecah perut aunty baca celoteh mummy abg tu :D
Bukan main 'menonjol' lagi sekarang ni. Itu yang dia takut kalau saya kata nak belikan bra. Dulu-dulu pun saya selalu kata nak pinjam bra sepupunya nak test try.... Harapnya dia berazamlah nak kuruskan... Takda jugak!
Deletehahhaa,ingat mula2 td memang Restoran Wak Doyok..haha.. rupanya wak Dol... sodap semua menu MD tu... :)
ReplyDeleteAda lagi sedap.... asam pedas ikan jenahak/pari/tenggiri/ikan merah dalam clay pot, Atie..... Nasib baik saya mengidam lontong, kalau diberi peluang nak juga ambil asam pedas lagi. Mahu kena hempuk pulak dengan tukang bayar.Hahaha.....
DeleteHuhuhu....xtahan nk tgk makanan tu semua.
ReplyDeleteBiasanya kalau mak-mak budak tak tahan tengok gambar makanan ni kak mesti tengah puasa nih....
Deleteadik cute buat lawak tu MD..ce MD google..kot memang ada restoren wak doyok tu boleh la bawak adik cute pi sarapan nanti
ReplyDeleteEntah mana dia dapat tahu pasal Wak Doyok ni pun tak tahu. Tapi mungkinlah sebab dia selalu dengar kami borak-borak and then cakap pasal Wak Doyok ni kot....
Deletewak doyok pun wak doyok la kan, janji peyut kenyang, hati manyak suka..hehehehehehe..pergghhh..meleleh ayaq liuq tgk semua makanan yg ada..fuhhhh..
ReplyDelete(sorry MD, lama x menyinggah. baru ada kesempatan nak hapdet blog ku itu..sobsob..)
Ni kena pi sekali lagilah Sue...tak boleh tahan lap air liur sebab terperasan asam pedas jenahak dalam claypot tu....
DeleteOh, meleleh lagi air liur... basah tudung dah *_*
P.S. Akak pun lama tak pi menjenguk macam selalu sebab tetiba jerk sibuk tak kenal masa bekerja tau!
Kalau MD yg cakap abang tak sentap sangat ye. Cuba HD yg cakap beli bra size tu mahu dia terus merajuk agaknya.. Sasalah abang bukan apa. Nasib baik abang ni tinggi kan. Genetik org sana kuat mengalir dlm dirinya tu MD mana ada ketot macam org kita ni...
ReplyDeleteKalau kakak pilih yg dlm pinggan HD tu. Selera betul kakak tengok:)
Dengan saya dia tak berapa nak sentap. Kalau sentap pun buat muka monyok jerk. Kalau lebih-lebih nanti Mommy pulak yang sentap tak tentu pasal *_*
DeleteHari tu dah kurang nampak 'kebenjolan' tu, kak. Saya rotate makan nasi selang sehari. Takda stok untuk snacking lagi. Ini dia dah mula balik....asyik jerk buka tutup peti sejuk kata lapar, kita pulak tak tahan sabar jadinya....
HD sekarang ni memang penuh 'kemelayuan' menunya. Saya pulak yang over. Biasalah sayakan...
Nampak sedap semua makanan2 tu..meleleh air liur hehe
ReplyDeleteHahaha...minta maaflah ya sampai meleleh air liur tapi itulah sebenarnya motif entri JJCM *_*
DeleteAsal bekfes jer mesti kak Ton order lontong ek. Fefeeling nak Raya ke ? Dah tak sabar ek! Nasib laju jer mengaku darah jaws sudah tumpah dalam itu body....Kalau tidak, mmg dah kena belasah dengan mak. Tempe sudah terang terang dlm itu kuah. Mak, walaupun jaws ,mak lagi kuat dpd kak Ton tp mak kurang suka tempe....entah kenapa...
ReplyDeleteSo? Camne? Best ke tidak kak Ton? Berapa bintang nak bagi ni? Walaupun mak tak tentu lagi nak pergi bila pun..
Mak, mana orang makan lontong masa raya. Itu kuah lodeh namanya, Mak. Mak ni pun kan.... kata jerk Johor sejati, Muo-rian gitu....
DeleteEntahlah kalau mimpi olio, dia nak makan lontong. Kalau mimpi lontong, dia nak makan menu omputih. Tekak ni ngengada beno tau....
Macamana Mak tak teruja tengok tempe? Mak kan pure sejati lagi asli 99.999% darah Jaws III mengalir...
Oh, rasanya bestlah, Mak. Kak Ton bagi 4 dari 5 bintang sebab Kak Ton kalau melontong memang suka ada rendang. Ni rendang takda, makanya takdalah dapat markah penuh ~_^
Kuah Lodeh ngan lontong tukan adik beradik ....apa lah kak Ton ni.... Habis tu lontong tu buat dpd apa...cer jawab mak nak dengar!
DeleteEh, Mak ni .... kuah lodeh hanya digunakan ketika raya walaupun sama jerk dengan kuah lontong. Hari-hari biasa kecuali raya kita panggil lontong. Masa raya kita makan ketupat ke, nasi impit ke, dengan KUAH LODEH. Mana pernah orang kata pagi raya makan lontong? Mak ni kannn....sesajalah sekali bersiaran di alam maya nak ajak gaduh! Ni mesti rindu sangat nak gaduh dengan Kak Ton nih!
Deletekaknoor dah lambat jenjalan sini, tengok yg dlm claypot tu waduh menggoda u, macam nampak ada sambal sutun kan fav tu alahaiiii tutup mata lah tido dulu
ReplyDeleteKalau KakNoor tengok asam pedas jenahak ke, pari ke dalam claypot, memang for sure melekat kat kerusi tak mahu balik lagi, kak....
DeleteNi saya ada intention nak pergi lagi ni. Nak pekena asam pedas tu pulak. Nampak cam power jerk, mesti nak kena cuba!
wey kakton..watpa la dok tayang lontong kat sini..dah lama tak pekena satgi chek baik she memang akan Ke dapur agak ni masak lontong.haha..
ReplyDeleteadik cute nak ke restoren wak doyok,wak doyok belum buka restoren,dia juai krim jambang je.adik nak tak jambang melentik camtu?hahaha..
bubbly Abang memang pencinta ayam Goreng sungguh!
Ni memang da-sat nih! Boleh pulak balik-balik jerk nak melontong kat rumah. Oh, pleaselah...awat hang ni rajin sangat? Tak main hide and seeklah macam nih!
DeleteLontong dia memang sedap, PK. Likat, pekat, siap tempe, siap sotong, murah dengan senyuman lepas memakannya tau! Hahaha....
Adik Cute tau jerk nama Wak Doyok tapi tak kenal dengan misai melentiknya tu. Kalau dia tengok mahu lari keliling pinggang Mommy nanti! Dia dok ingat misai kucing pulak ~_^
Yeahhhh restoran wak doyok ye adik
ReplyDeleteCute?
Abang dan ayam goreng x dpt dipisahkan.
Mana dia tahu pasal Wak Doyok pun tak tahulah!
DeleteTapi kalau kita cakap apa-apa walaupun bukan dengan dia, memang diingatnya terus masuk kepala!
Abang tu selagi ada ayam goreng di pasaran, selagi itulah dia makan! Tak jemu-jemu. Apa pun kita nasihatkan, ayam goreng juga pilihan sejatinya!
pergh jauhnya JJCM sampai ke Setia alam. Lyn pun tak sampai lagi even dkt. setakat SCM tu jer kawasan jajahanku.. hehehe
ReplyDeleteKalau dah berhajatkan...
DeleteNi JJCM TV3 punya pasallah. Nasib baik kali ni bernasib baik. Takdalah indah khabar dari rupa. HD dengan penuh konfiden memandu ke sini. Rupa-rupanya belakang SCM jerk....
Wah dia punya lontong tu nampak menyelerakan sungguhla.. MD ni kan, tahu aje tempat makan sedap..
ReplyDeleteYang dalam pinggan HD tu ikan ye? Ikan apa tu? Saya tak cam spesis ikan sangat.. tapi itu pun nampak sedap juga.. sesuqi snagat tempat ni nampaknya, semua nampak menyelerakan
Haha.. banyak betul peribahasa moden.. kreatif sungguh.. haip.. potong markah karangan ni baru tahu!!
Yang ini saya tahu daripada JJCM TV3lah, AN ~_^
DeleteYalah tu, ikan. Saya tanya HD ikan apa, tak dijawabnya. Saya nampak macam tenggiri tapi tengok tepi macam bukan. Nak kata bawal, besar pulak. Eh, entahlah.... bukan saya punya portion, saya tak kisah *_*
AN, ada satu lagi ni saya tengah terliur. Asam pedas dalam claypot. Meleleh air liur saya setiap kali tulis menu ni tau!
Agak-agak, boleh lagi saya jadi cikgu ganti? Relakah? Saya takut cikgu-cikgu BM yang ada jadi cemburu sangat dengan saya ni. Banyak betul peribahasa moden, anak-anak murid pun lebih suka saya daripada depa semua. Macamana tu?
Hahaha!
hahahahaha samalah saya dengan adik cute. baca tajuk tadi. ehhh wak doyok dah upgrade bukak restoran pulak ke. dah insaf ke design baju kahkahkah
ReplyDeletelontong tu onomnomnom meleleh air liur tengok pekat dan likat, percaya ke dorang pelancong sorang ni datang dari philiphines? ekekekekekekeke
Entah macamana dia tahu Wak Doyok buka restoran agaknya! Bila kita kata nak pi breakfast kat Wak Dol, terus teringat 'idola'nya Wak Doyok kot....
DeleteLontongnya memang sedap tapi akak tak puas hati sebab dengar orang kata ada lontong sedap kat Klang. Ini yang nak pi merasa juga nih....
Haah ada lontong sdp kt klang. Dulu masa praktikal kt MPK selalu mkn situ. Tp tu cite 10 tahun sudah. Kalau masih buka teringin nk pegi lg. Tp tu lah dpt laki tak suka JJCM. Maka hari2 la kena bersilat di dapur dgn linangan air mata =) yelah masak hari2 pn boring juga. Teringin org pulak masakkan utk kita ye dak.
DeleteAlaa... selalu ada orang kata lontong sedap kat Klang tapi tak beritahu kat mana! Ni yang akak tension nih... Nanti nak pi googlelah lontong sedap kat Klang ni part mana kekdahnya...
DeleteSaya nak baca cepat tadi
ReplyDeleteSaya pun terbaca wak doyok hok2
Sedap2 makana dia
Saya kurang gemar lontong
Saya paling gemar soto dan mee kari
Mee kari ada tak?..
Mee kari saya tak perasanlah ada ke tidak tapi soto tu of courselah ada. Dah mi soto, soto ayam dan mi sup bagai semuanya ada.... Kat sini pun ada nasi ayam legend tapi saya tak sempat nak rasa semua macam si Naz buat dalam JJCM tu...
DeleteAssalam sis,
ReplyDeleteantara semua menu2 'bekpes' itu, yang paling win adalah lontong he3
slurp3
Wa'alaikum salam!
DeleteYes, kita serupa citarasa! Tapikan lontong kat Wak Dol ni memang sedap!