Wednesday, May 13, 2015

Uncle Jack Fried Chicken

Salam Rabu kawan-kawan!

Yeah Haaaaaaa!

Hari ni hari Rabukan? Bestnya alahai! Lepas ni mesti waktu berlalu pantas tau-tau aje dah sampai hujung minggu. Tapikan, esok dan Jumaat I akan sibuk kerana 'one man show'. My colleague kena travel ikut bos ke Kota Bharu. Makanya tinggallah I sendirian, lonely-lonely meratap hiba kat pejabat sambil kunyah popcorn ^_^

Ni nak buat kisah sambungan semalam ~_^ 

Betullah tu kata Diana, I ni kalau kena puji walaupun tak melambung sebab berat mesti akan dok ulangtayang berpuluhkali sampai I bosan. Orang lain bosan, I tak kisah. Hahaha....

So, semalamkan I ada habaq pasai pa I punya ikan goreng tu pucat lesi macam takda kunyit? Sorang pun tak apa yang penting kerjasama membawa berkat.

Hanya Ibuk Diana aja yang baca dengan teliti kotnya, makanya dia udah beri jawa-ban cumanya enggak tepat, mbak! Sipi-sipi lagi baru betul.... (Eh, ni Bahasa Indonesia dari planet Marikh ke Musytari, I pun lupalah belajar kat mana!)

My superheroes termasuk HD tak suka ikan goreng bubuh kunyit. My rumah pulak memang takda kunyit hidup tu (Aha....simpati tak? Kalau simpati, hantarlah kunyit sebagai hadiah menang GA Simpati-Simpatu gitu....) So, alkisahnya tersebutlah dalam hikayat 1001 malam, kalau I  goreng ikan, memang enggak guna kunyit. I guna tepung yerk....Jadilah ikan goreng tepung namanya... Hehehe!

Kalau nak tahu, bab menggoreng ni HD lagi hebat. Orang Uzbek kot memang gitu. Ikan biasanya mereka goreng gitu ajek. Yang pelik takda pulak bau hanyir. Banyak kali I skodeng mak mertua den goreng ikan gitu-gitu aje. Mulanya bila dia tak  nampak jerk  I pun doklah kembang-kuncup hidung ni mencium mana perginya bau hanyir. Lama-lama malas dah nak investigate! Pelik bedooh... tapi tak juga minta petua sebab semangat kemelayuan tebal dalam diri, nak lawan dalam diamlah tu yang Melayu terbaik, bukan Uzbek terbaik!   

Oh, ya...bukan ke I kata sekarang ni I rajin masak? Baru je sepakat dengan HD. Katanya kalau hari ni makan di luar, esok kena masak. Kalau hujung minggu ada exemption, ikut sedap hati I lah nak masak ke tidak. Kalau tak sedap hati nak bermain api di dapur, sebelum tidur malam sebelumnya tu silalah beritahu agenda nak makan kat mana. Oh, I love you, darling vavaboom ~_^

Tapi semalam patutnya turn memasak di rumah tetiba jerk HD telefon kata nak ajak pergi Giant, pi borong aiskrim RM1.29 *_* Apalagi, pucuk kau beri, kubuat ulam! Lega ^_^ Huhuhu....peribahasa, rasa macam nak tampar-tampar jerk pipi mungil kiri-kanan tau! Tak mesra bahasa langsung!

Kebetulan masa di pejabat, sebelum balik tu masing-masing kebuluran balik. Yalah setakat makan 8 keping biskut cicah air teh tarik masa lunch, memanglah.... Makanya dalam pada dok bercerita, tetiba dok cerita pasal Kluang Stationlah, chicken choplah, KFC Fried Chicken flavor baru tulah... Pendekata, perbualan memang terarah kepada topik 'ayam'lah (Kita orang ni kalau time nak balik memang sibuk 'memekak' sambil terbahak-bahak gelak dalam BM. Bosses memang tension jerk kat dalam bilik masing-masing! Jeling ler, who cares! Gitulah nasib kalau dapat semua gegirls dalam satu section!) So my two kawans ni pun beritahulah kat Uncle Jack (hanya di selected Giant) ayamnya sedap.... I pun apalagi, mulalah terliur. Eh, bukan... tetiba jerk teringat anak bujangku yang suka ayam goreng tu!

So bila balik kerja semalam HD tanya nak makan apa dan di mana, laju aje I jawab,

Jomlah try ayam goreng Uncle Jack dah terlanjur nak borong aiskrim kat Giantkan!

Senyum kambing Abang bila dengar nak makan ayam goreng. Asal ayam goreng jerk, dia senyum. Asal dia senyum jerk, memang nak makan ayam goreng!



Kami tak pernah sekali pun cuba makan di sini. Tapi dek kerana teringin, duduk ajelah senang. Takda pelanggan lain pun. My superheroes aje yang memekak di sini. Ingat nak  try set seorang satu. Harga pun tak mahal. Tapi bila nampak apa katanya family set, makanya I terus beli. Total cost RM32.

Nak tahu apa ada dalam set ni?



8 ketul ayam goreng, 8 mangkuk kecil nasi, 8 sup dan 8 carbonated drinks! (Eh, 4 kali 8! Bertuah ni! Apek! Apek! Tolong wa beli nombor ekor boleh? Huahahaha....)

Mewahlah tu kiranya ahkak dan family melantak ~_^

Tapi kita cuma makan empat set jerk - 1 set seorang! Adik Cute buat tabur-tabur atas meja jerk. Jirus sup dalam pinggan kertas tu pun gagal! Kita nak buatkan, tak bagi. Kononnya dia dah besar sangatlah tu....' Dah boleh kahwin' kata si Bubbly Abang ~_^ (Ni Daddylah ni yang mengajar entah apa-apa!)

Lepas kenyang kita sambung cari aiskrim pulak..... 

And then balik rumah.....

So, hari ni turn I kena masak di rumahlah. Nanti sat lagi I dok tengok segala resepi yang I dah saved tu. Kadang tu masa tengok bukan main lagi. Siap jot down apa barang yang rasa takda stok kat rumah, petang kang nak pi cari kat supermarket kesayanganku. Tapi bila dah sampai rumah, balik-balik menu sama gak dibantai masak! Tak kreatif langsunglah MD nih....

Eh, okeylah.... cukup-cukup sudah untuk hari ini!

Esok kalau sempat autopublish, kita keluarlah satu entri. Kalau tak sempat, tak payahlah singgah mai bila tuan rumah guna padlock sebesar penumbuk Manny Pacquiao ^_^



















 





64 comments:

  1. ohhh memang MD goreng ikan tanpa kunyit erk.. orang Uzbek pun mcm tu.. baru tau hari ni.. hehe.. tak kisah lah kan janji tak hanyir.. kena ikut jg selera anak2... kat sini ayam Uncle Bob je ado...Uncle Jack non hado...hahaha..so blm pernah merasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keraplah. Tapi ikan terpilih ajelah. Kalau dah memang ada trademark hanyir berleluasa, takdalah kuasa saya tak mengkunyitkannya. Hahaha....

      Betul tu, belah suami saya memang goreng ikan tak jumpa kunyit. Tapi itulah macam saya kata kenapa takda hanyir. Peliklah barang setahun, lepas tu dah malas nak pelik-pelik nih!

      Dah lama saya tak pekena Uncle Bob tau. Itu pun sedap juga (saya kata bukan si Bubbly Abang yang kata). Tempat yang saya selalu beli dah takda jual. Ingatkan dah tutup francais Uncle Bob nih...

      Delete
    2. mungkin cara diorang basuh ikan tu kot??tu pasal tak hanyir..

      Delete
    3. Pandai pun Dik Sal meneka. Ini mesti expert bab basuh membasuh ikan/ayam ni *_*

      Delete
  2. wah MD kat sini ada ayam goreng uncle jack ya, nampak sama lah kita hari ni, jom tengok ayam goreng aunty noor pulak ni hahaha kita layan sapa menang uncle jack ke aunty noor hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaaa.... Kak Noor! Kalau lawan dengan chef Kak Noor ni mestilah kalah ayam goreng Uncle Jack tu. Deko-deko Eric Leong atas ayam goreng Kak Noor tu jerk nanti dah boleh menang tanpa bertanding gitu. Hehehe....

      Kejap lagi saya sampailah....nak melelehkan air liur tengok gambar makanan. Manalah tau kotnya boleh buat resepi Kak Noor tu di rumah. Ni tengah rajin bedooh ni tau memasak ~_^

      Delete
    2. wah best lah kaknoor menang lawan uncle jack hahaa
      esuk lusa boleh buka satu lagi cawangan kat Brunei aduhhhh berangan kemain lagi si aunty ni ...

      Delete
    3. Kalau KakNoor bukan cawangan ayam goreng Aunty Noor, terpaksalah saya beli tiket kapalterbang pi Brunei setakat nak makan ayam goreng sedap katanya ~_^

      Hari ni menu apa pulak tu KakNoor?

      Delete
    4. mestilah ayam goreng Auntie Noor..

      Delete
    5. Dah ada dua supporters ni KakNoor, bolehlah buka cawangan di KL pulak ~_^

      Delete
  3. rasanya macam tak de cerita kenapa tak habiskan makan kan MD..kata kecik je..boleh kenyang ke.
    tapi acik pun baru tau ada uncle jack tu kat giant..tu pun sebab baca disini..
    sedap ke tak MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja je tu, Acik. Manalah tahu kalau takda benda nak dikelentong, bolehlah buat sambungan Part 2. Hehehe...

      Biasa jerk rasanya tapi sebab dah selalu sangat makan ayam goreng KFC, muak dah. Rasa memang sedap jugalah Uncle Jack Fried Chicken ni tapi takdalah sampai bawa masuk mimpi!

      Sesetengah Giant jerk yang ada Uncle Jack ni, Acik...

      Delete
    2. yang kak MD pergi ni Giant mana?

      Delete
    3. Ish, nak skodenglah tu... Akak pi kat dengan Alam Damai, Dik Sal....

      Delete
  4. uncle Jack tu mmg bagi saya, berbaloi la beli...nasi ada, ayam goreng dia pun sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka pulak murah. Kata kawan saya sosnya sedap tapi saya tak sempat nak cari sos. Dah lapar sangat masing-masing :)

      Tekak saya ni bila makan fried chicken, terus jadi tekak Melayu yang mendambakan ayam goreng ala-ala spicy :) Okeylah rasa ayam goreng Uncle Jack ni tapi kalau MamaZZZ pandai masak, saya rasa MamaZZZ goreng ayam lagi sedap :)

      Delete
  5. Bunda pernah pegi makan kat sini..masa balik kampong...adek2 belanja... pergi 2 kereta ...penuh 3 meja kat situ anak beranak kami jer....riuh rendah...

    Biasanya pegi KFC... dah tak larat....ramai sangat...nanti lagi macam2 naknyer...kat sini jimat sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya makan tu pun takda orang lain kecuali keluarga saya, Bunda... Anak-anak sayalah yang buat riuh rendah bagi semua orang tertoleh-toleh :)

      KFC ni dah terlalu biasa sangat sampai naik muak tengok ayam. Tak boleh nak telan lagi dah. Tapi memang betul, kat Uncle Jack ni murahlah. 8 ketul ayam dengan nasi, sup dan air baru RM32. Cuba pi KFC, mahu gigil bayar dengan note RM100. Hahaha!

      Delete
    2. murah tapi sedap ye...kena try ni.

      Delete
    3. Memang berbaloilah, Sal. 8 ketul siap dengan minuman, nasi dan sup baru RM32. Kalau yang set biasa untuk individual tu tak silap dalam RM6.90 kot. Kira murahlahkan...bolehlah orang Sepanyol nak buat alas perut sebelum main bola katanya....

      Delete
  6. Dulu kat kampung saya ada sorang makcik ni dia goreng ikan ke ayam ke guna rempah kari..dia kata kalau kunyit tu anak2 dia pun tak suka sebab rasa kunyit kan hujung2 dia macam sesuatu sikit..hahhahh..

    Eh..keluarga MD ni makan kari ke tak?tak pernah cerita lagi rasanya yang MD ni masak kari..(saja la tu nak cabar MD masak kari pulak.)


    hahhahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kat kampung Diana aje tau...acik yang ini pun selalu juga goreng ayam pakai rempah kari. Anak-anak suka ~_^

      Oh, kita makan karilah awak .... Ni belum cerita lagi kita mengkari dua hari berturut-turut tau ^_^ Nantilah eh kita keluar entri mengkari pulak lepas nih ....

      Delete
  7. Wei.. ni intai jawapan peribahasa anak2 saya ke apa? Tanda bahagian peribahasa boleh pecah perut tau.. pernah saya bagi soalan buah dan tapak tangan gambarnya, antara jawapan yang saya dapat ialah bagai tangan dengan buah.. dan rasanya ada yang jawab ada tangan ambil buah.haha.. pecah perut sebelum habis tanda jawapan..

    Nanti saya baca entry semalam ya.. penangan kena perli tak siap tanda karangan, maka saya pulun la menanda karangan beberapa hari ni.. bila dah biasa, jadi ok je semuanya ya.. makan sama2 dengab keluarga sedap je semuanya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, setakat buah dengan tapak tangan tu...macam-macam peribahasa moden saya boleh bagi. Hahaha! Elok juga tanda kertas ni kan, AN. Boleh 'exercise mulut'. Kalau tak mendatangkan stress lah...

      Oh, tengah rajin menanda karangan rupanya... padanlah senyap! Mehlah bagi sikit kat saya. Saya tanda lagi cepat. Maklumlah bukan cikgu yang tanda. Lantaklah korang nak tulis berapa peribahasa, syair, sajak bagai... Hahaha....

      Bolehlah Uncle Jack Fried Chicken ni. Kalau ada yang spicy, lagi best rasanya. Dah biasa ke KFC, muak sungguh sekarang!

      Delete
    2. Kak ton..mana entry baru ni.. ha, baru 6 je? Xdapet la 30 entry nampaknya..

      Delete
    3. Laaa... rasa macam dah berpuluh entri keluar bulan ni. Check kat sidebar baru 8 aje rupanya. Menang patah perkataan jerk rupanya.... Hahaha!

      Delete
  8. Kakak goreng ikan dgn rempah ikan goreng yg ada jual siap-siap tu MD. Senang aje. Tabur campur dgn sikit garam terus goreng. Tapi memang style org sana-sana memang goreng plain aje sama macam di Turki dan Arab. Betullah tak hanyirlah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ada rempah ready made ke, kak? Langsung saya tak tahu. Anak-anak tak suka sangat rasa kunyit ni. Dah lama tak goreng ayam dan sesetengah ikan dengan kunyit. Selalunya saya bantai letak rempah kari lagi :)

      Mami selalu goreng siakap tak guna rempah apa pun. Setakat tabur garam jerk. Tapi sedapnya kak..... sampai sekarang teringat. Tapi yalah, dah nama mak mertua, tak akanlah datang dari jauh sekali sekala menantu perempuan nak suruh masak selalukan... Memanglah nak kena hemps dengan HD nanti :)

      Delete
  9. laaaa kak,...ingat lieya jek suke borong sekerim giant tu...rupenye akak pun yeak ekekekekeek...ade geng laaa....mujur kite tak borong kat giant yg same kak kalo tak belaga bahu berebut2 dibuatnyer heheeheheh...umah lieya ni antu aiskrim kak...selagi tak batuk selsema mmg tak insap2....dah sihat...bedal balik heheehehehehe

    ooo org sane goreng ikan mcm tu ajek kak yeak....ikan plak fresh2 kot kak tu takde bau....kite kan sini nasib2...ikan dah berhari2 dlm tong ais.... kalo tak lumur betul2 mauu hanyir tu....mcm lieya ni stok serbuk kunyit mmg byk ler....budak2 ni suke ayam goreng kak....

    wow kak...ni azam suku tahun pertama ke ape kak..... takpe kak, lame2 nanti dah selalu masak sure terra nanti hehehheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pi Petronas beli aiskrim RM1. La ni dah pindah tempat ke Giant. HD pun boleh tahan, ada satu aiskrim tu suka betullah membelinya. Akak ni kurang sikit. Tak suka manis-manis sangat tapi bab Solero tu akak boleh bantai sampai meleleh hingus selsema!

      Yalah, masa first time mak mertua datang tengok akak goreng ikan guna kunyit, sibuk disuruh anak tersayang tolong translate apa ke bendanya yang akak tabur tu. Manalah tahu tabur kasi sayang kat anak menantu ke.... Hahaha!

      Rumah akak ni pun stok ayam tak pernah takda, Lieya. Ada pencinta ayam katanya... Habis dah segala rempah dan cara akak cuba goreng ayam. Asal ayam, mereka telanlah...

      Nak kata azam tahun depan lama lagi. Nak kata azam tahun ni, macam dah terlambat pulak. Sebenarnya mood rajin tengah mencanak naik dalam tubuh, itu yang rajin masak. Kalau tidak, jangan haraplah gas kat rumah tu kehabisan!

      Delete
  10. sy yg Katanga rajin masak pun MD tak pernah beli kunyit hidup..pakai kunyit serbuk je padahal tau kebaikan kunyit hidup tu.nak senang punya pasal.hehe..bakar ikan klu tak letak kunyit lg sedap tau MD..dulu sy taktau,pastu adik ipar la, time picnic kt pangkor dia letak garam semata.,rasa fresh betik ikan tu tanpa serbuk kunyit.,org Uzbek mmg suka rasa ikan fresh kot, tu yg tak letak kunyit kan

    menu western ni nmpk biasa2 je.nasi ayam Goreng tu nmpk macam KFC je kan..berapa ketul bubbly Abang belasah ayam Goreng?katanya peminat ayam Goreng tegar,senyum lebor la dia kali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tak sangka sama pulak kita ni ya, PK! Sayakan bila takda kunyit hidup, teruslah tak leh bega resepi kreatif sebab kurang bahan kononnya (sebenarnya malas!) Semalamkan kita dok buka tutup pintu peti sejuk lepas tu puas dok fikir 'Kalaulah aku ni PK, dia buat apa kalau ini jer bahan ada ek...' Takda juga keluar mentol dalam kepala, PK. Punyalah tak kreatifnya. Last-last masak sardin, goreng kacang panjang dengan kentang, goreng ayam dan rebus telur masin jerk... Sebelum balik rumah, bukan main lagi teliti resipi orang tau!

      First time makan kat sini. Bolehlah, sedap juga ayamnya. Sup macam biasalah sup air jerk tapi berasa jugalah dah kata sup bukan air kosong!

      Abang makan dua ketul jerk. Masing-masing seketul sorang tapi Adik Cute tak habis. Daddy tolong habiskan sebab Daddy kata hari itu Daddy macam nak pitam sebab tak makan dari pagi sampai ke malam! Hehehe....

      Delete
  11. Huh ....nyampah....bagi jawapan tak tunggu org komen, lain kali tunggulah mak komen dulu, mana tau jawapan mak betul hihi....

    Alahhhh..... tau lah bizi, tapi jengah jerlah blog ni barang seminit dua untuk hilang boring.....hihi....
    Dah tentu mereka tu bukan Melayu Kak Ton....memanglah tak kenal kunyit....

    Selalu gak gi Giant nampak Uncle Jack tu, tapi tak teringin pulak nak try.... Tapi lepas Kak Ton promote macam dapat elaun dpd Uncle Jack jer gayanya, mak jadi teringin pulak hihi....Habis yang 4 set lagi tu buat apa? Bungkus eh? Sedap ke tidak Kak Ton? Kekadang ayam goreng lain ni lebih sedap dpd KFC pun ada....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu Mak yang salah... menyepi diri lama sangat. Rindu Kak Ton jadinya tau. Sebut-sebut nama pun tak muncul! Nyampahlah.... Mak dah nak pencen blogging ke apa ni?

      Alah, Mak kalau bagi jawapan mesti ada maksud tersirat. Nak mengata lebih-lebihlah tu tapi takut Kak Ton terkecil hati gitu...

      Betul, Mak! Masa first time nampak Kak Ton gaul ikan dengan kunyit, Mami dok tanya kat anaknya, bini kau tu gaul apa benda alah kuning tu? Nak bomohkan kita ke apa nih? Hahaha.... Kak Ton tipu jerk. Mami tak kata gitu tapi Mami peliklah kenapa dok sapu benda kuning tu....

      Kalau Mak suka yang tak hot and spicy, bolehlah cuba Uncle Jack ni. Katanya nasi lemaknya pun sedap! Sesekali berubah arah dari KFC pun elok juga. Mak cubalah pulak Texas Chicken. Yang itu pun tidak mengecewakan tau, Mak...

      Delete
    2. Hihi.....kelakarkan....kalau dah kawen dua benua berbeza ni. Memanjang konfius agaknya.
      Tulah kak Ton .....mak rasa byk masa terabai kalau duk ngadap blog jer....banyak keje tak siap. Tu yg menyepi je keje mak kebelakangan ni.....

      Delete
    3. Bab konpius tu memang kerap berlaku. Adakalanya buat gelak sakan, ada masanya boleh buat gaduh besar juga, Mak...

      Alahai, Mak ni.... tak akanlah dah give up buang masa depan komputer. Jadilah super-E, walaupun dok jerk depan komputer berblogging katanya, semua kerja pun jalan dan teratur ikut masa ~_^

      Delete
  12. as salam... saja datang bertandang... hehehe
    P/s: Jemput datang ke rumah and folo too ye...TQ! puterihannan.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Terima kasih sudi singgah. Insya Allah bila ada masa nanti saya terjah kembali ya ~_^

      Delete
  13. ohhhhh memang orang sana tak pakai kunyit ek? mesti ada petua masa basuh2 ikan tu yang tak hanyir tu kannnn. sekarang ni ktorg klu menggorg ikan ke ayam ke mesti letak serbuk kari sekali rasa dengan bau masa menggoreng ni memang syahduuuuuuu je haaaaa. nanti gesek2 lah mil ape rahsia dia hikhikhik

    jadinya hari ni masak ape? hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka memang tak guna kunyit. Mak mertua akak first time tengok akak goreng ikan dengan kunyit, khuatir jugalah apa ke bendanya tu. Hahaha...

      Nampaklah Mami tu rendam ikan dengan air garam. Lepas tu baru goreng. Tapi serius, memang langsung takda baulah.

      Hari ni turn makan luar kalau jadi :) Semalam dah masak sendiri kat rumah. Berpeluh-peluh den memasak tau ^_^

      Delete
  14. sesekali blh jgk try goreng ikan tanpa kunyit.. hehehe...
    ada rupanya ek org borong aiskrim.. hehe..
    kat rumah ira, yg selalu beli aiskrim en suami.. tukang makannya si aimy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok jugalah ikan jenis apa, Ira. Kalau ikan kembung nak goreng tanpa kunyit, harulah kejadiannya. Eh, tetiba teringat ikan kecil-kecil yang buat masak pais tulah. Sedapnya.... lapar terus pepagi nih!

      Kat rumah saya semua suka aiskrim tapi aiskrim yang berbeza rasalah...

      Delete
  15. Kalau Nani pun suka makan ayam goreng tepung dari kunyit. Ihiksss. Ehh Nani dah lama tak makan ayam uncle jack ni. Hahahaha. Abang dan ayam goreng berpisah tiada :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam goreng dengan kunyit ni rasa macam dah terbiasa sangat. Akak kalau goreng ayam mesti nak letak kari. Kononnya nak ala-ala hot & spicy gitu *_*

      Laaa, Nani.... akak baru first time makan kat Uncle Jack tau! Lagi kesian....

      Delete
  16. ramai betul yang komen goreng ikan tak pakai kunyit lagi sedap..teringin pulak nak try.tapi takut tak jadi.almaklumlah anak dara sorang ni kenal lagi banyak pemain bola dari nama-nama ikan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik Sal katanya expert kat dapur. Apa kata cuba. Cari ikan yang bestlah. Barulah terasa ketepungannya. Hahaha....

      Meh, gi pasar dengan akak. Kita berkenalan dengan spesies ikan bersama-sama :)

      Delete
  17. Ooo sebab mmg bersalut tepung, ingat sbb kata kunyit hidup abis. Tekak melayu suami sy pulak klu tak kuning ikan tu dia takut nk makan. Pernah baru kawen dia takmo mkn ikan tu dgn alasan mak dia goreng biasanya kuning. Sentap giler LM masa tu sebab memang tak hanyir pun. LM guna kunyit yg sedikit muda tu yg tak kuning sgt tu. lagi lah siap letak halia dan bwg putih sket, mmg x berbau pun ikan tu tp dia xmo mkn. Sentap giler babas masa tu:(

    Uncle jack ni mmg murah. Dua mgu lepas kami pun br mencuba kat giant. Kes tak sarapan terus keluar.. Mmg la lapar giler. Siap ada jelly lagi. Harga mampu beli perut pun senang hati rasa pun tak kalah dgn jenama lain kot.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikan merah ni memang tak pernah goreng dengan kunyit. Ikan kegemaran anak-anak memang takda salut kunyitlah senang cerita, LM. Kalau ikan seekor-seekor tu tak bubuh kunyit, terasa lain macam pulak :) Saya sekarang kalau menggoreng ikan ke, ayam ke, memang suka letak serbuk kari. Kasi pedas-pedas sikit. Anak-anak pun tak kisah.

      Delete
  18. terlambat singgah jenuh scroll ke bawah nak cari kotak komen katanya hahahaha.. erkk sedap ke ayam goreng uncle jack tu? Goreng ikan takde kunyit selalu buat tapi kalau goreng ikan rebus je la. sedap hahahaha.. tapi kalau ikan mentah, tekak masih tipikal melayu kena tabur jugak kunyit tak tau kot nak try selera Uzbek pulak lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...yalah tu. Sampai mengantuklah kiranya nak scroll ke bawah cari ruang komen yerk! Dahlah entri panjang berjela, kenalah biasakan Suria kalau nak ambil akak ni jadi pembantu hantu. Hahaha!

      Mereka rendam ikan tu dengan air garam. Lepas tu terus jerk goreng. Memang takda baulah. Entah ke mana hilang bau hanyir tu. Hehehe!

      Delete
  19. Kalau tak letak kunyit kat ikan.. pucat lecun jer lah ikan tu MD..
    Lebih kurang org pompuan tak pakai lipstik..
    Tak pernah pulak tak letak kunyit..
    sebab dari kecik lagi mak kita dah ajar, kalau goreng ni letak kunyit..
    Cuba lah tanya petua MIL MD tu.. kenapa goreng ikan tak letak kunyit..
    Boleh kita kurangkan GST dari membeli kunyit hahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lesulah, CH. Kadang-kadang dah puas makan ikan goreng lesu, saya taburkan sekali kari. Barulah tak lesu sangat. Tapi kalau terlebih kari, dah legam pulak ikan/ayam gorengnya nanti :)

      Mereka rendam dengan air garam jerk. Lepas tu tak tahulah mentera apa lagi dibacanya bagi hilang hanyir ikan tu. Hahaha!

      Delete
  20. Salam sayang md
    Lamanya lah rasa tak update blog
    Hari ni nak jenguk umah md sat..

    Dulu kami ada sorang kawan ni
    Dia goreng ikan gaul dengan cili boh dan garam je..
    Ayam pun sama..Sedap pulak..

    Goreng teungbpun sedap
    Tapi saya kalau goreng tepung pun nak letak kunyit jugak hihi..

    Nampak macam best jer ayam tu..
    Sedap dari kfc tak..

    Saya rasa ada satu menu dari uzbek yang saya minat sangat nak try...nama dia shaslik kut..
    Entah ke salah eja..
    Kambing panggang ala kebab
    Dimakan w bawang..
    Betul tak md?
    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alololo.... macam lama pulak tak nampak kat sini. Sibuk gamaknya di Juventus yerk :)

      Saya kalau dah puas menepung ikan, saya tabur gak sikit serbuk kari. Kunyit ni memang rasanya dah lama tak guna pakai kat rumah. Masakan pun kalau ada kena letak kunyit hidup, boleh saya abaikan aje ~_^

      Oh, pandainya... memang betullah tu namanya shashlik! Sedapkan. Saya pernah makan tapi mak mertua yang buatkan. Menantunya ni nama je lama dah jadi menantu tapi malas nak belajar. Nanti-nantilah yerk kalau dah belajar sampai habis, saya share dalam blog pulak :)

      Delete
  21. ermm dah biasa klu goreng ikan guna kunyit & garam. Klu tak, tak tau lah camne rupanya..
    org yg tak kisah, oklah kot.
    uncle jack ni mmg semua kan giant erk.. pernah try sekali jer. Harga pun tak mahal sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikan sepotong-sepotong tu okeylah lagi rasanya. Sedap juga tau Lyn kalau goreng dengan tepung atau bubuh serbuk kari aje. Tapi jangan ada bau hanyirlah. Memang tak lalu nak makan...

      Katanya tak semua Giant ada. Tapi nasib baiklah dekat dengan rumah akak ni ada Uncle Jack ni. Bolehlah try. Takdalah mahal mana pun kalau dibandingkan dengan fast food restaurant yang lain.

      Delete
  22. Assalam sis,
    tu laaaaaa
    nengok regenya memang murah kan3
    tapi iols dok tak sempat nak try lagik
    ater my boboboy peberet dia kfc jejugak he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam!

      Harga memang cukup murah kalau nak dibandingkan dengan fast food yang lain. Kalau ada masa, bolehlah pergi mencubanya ~_^

      Hahaha...kalau ada anak ni, memang bila nak makan kena ikut selera anak. Kalau tidak, kita aje yang syok sendiri melantak. Anak-anak dok tengok kelaparan ajelah *_*

      Delete
  23. sedap juga ayam uncle jack nih,murah pun murah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh lebih murah berbanding dengan KFC. Kalau compare dengan KRR, lagilah macam langit dan bumi harganya ^_^

      Delete
  24. Nak try lah goreng ikan tanpa kunyit. Nak tau rasanya macam mana.

    Dah beberapa kali makan kat Uncle jack ni. Harga pon murah. Ayam dia pon boleh tahan sedap. Kalau tak der budget nak makan KFC, boleh lah makan dekat UJFC nih ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pilih ikan yang sesuailah, Fiza. Kalau tidak, tak tahulah terliur nak makan ke tidak. Setakat ni tekak separa Melayu saya boleh terimalah sesetengah ikan yang digoreng tanpa kunyit.

      Bolehlahkan rasa ayam goreng dengan harganya yang murah tu. Kalau teringin sangat nak ayam goreng tapi tak sempat masak ataupun dah muak dengan KFC, bolehlah ke Uncle Jack pulak!

      Delete
  25. Part masak.. ai hanya rajin bila hb xde kat rumah.. kalau hb ada.. automatik memasak akan bertukar tangan.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kira dah tak boleh nak buat apalahkan suami takda rumah. Untunglah you ada suami boleh tolong masakkan yang sedap-sedap, yang teringin di tekak ^_^

      Delete

Belajar

Salam kawan-kawan! Hari ini dah masuk hari kedua peperiksaan UPSRkan. Walaupun my anak tidak menduduki peperiksaan besar tahun ni, rasa...