Hobi baru Bubbly Abang

Salam kawan-kawan!

Dari pagi tadi I asyiklah bergelak ketawa dengan rakan sepejabat. Dari cerita The Return of Superman (Oh, ini bukan cerita tentang superman ya tapi Korean reality show tentang keletah budak-budak yang dijaga oleh bapa masing-masing. So cute! Tak percaya tontonlah!), Jurassic World, Chris Pratt, David Beckham sampailah ke bab nak masuk Ramadhan minggu depan! Pendekata, semua topik kita cover pepagi lagi! At least baguslahkan, kami ni tak mengumpat pasal orang di pagi hari ~_^

Okey, okey tak mahu membebel perkara lain. Marilah kita cepat-cepat masuk ke tajuk sebab hari ini hari Jumaat. Kerja kena selesai semua sebelum berhujung minggu dengan penuh gembira. Kalau tidak, hari Isnin nanti kerja jadi double triple pulak...

Seperti tekaan Acik Erna yang berpengalaman lama membaca entri-entri MD ni, kalau dah semalam bercerita tentang keletah Adik Cute, memang hari ni khas untuk Bubbly Abanglah. Katanya mahu adil dan saksama. Nasib baik jugalah anak dua orang aje. Kalau macam LM, memang tak kering blog dengan entri anak-anak sebab nak 'adil dan saksama' katanya...

Bubbly Abang ni memang kegemarannya duduk di depan komputer. Tak kiralah main game ke, menggoogle ke, 'belajar' ke, memang kalau boleh dia nak duduk depan komputer 24jam sehari. Lain-lain tak buat takpa kecuali makan memang tak boleh tinggallah. Itu lagi penting sebenarnya dari duduk depan komputer.

'Buat apa tu, Abang?' tanya Mommy. 'Tengah baca pasal Megalodon, Mommy!' (padahal tengah main game macam Mommy tak tahu!)


Abang ni memang 'terang hati' sikit bila tiba bab komputer. Dia belajar guna Powerpoint, Word dan sebagainya sendiri aje. Tak pernah Daddy ajar. Kecuali bila dah tau serba-sedikit dan ada benda tak reti nak buat, barulah refer kat Daddy. Bak kata Abang suatu petang ketika dalam kereta dengan Daddynya,

Uh, my computer teacher doesn't know that I am a hacker, Daddy! She thinks that I don't know anything about computer....

Yalah tu, Abang.... Hackerlah sangat kononnya! Entah apa yang dia pernah hack pun tak tahulah!


Disebabkan ketaksubannya yang teramat, bila dia duduk aje kat meja komputer, I pun mulalah 'memekak'. Daddynya pun sama naik! Dan selalunya pesanan penaja dari pihak Daddynya ialah,

Daripada main game, lebih baik fikir macamana nak buat game baru!

Dok kerana diasak-asak dengan kata-kata yang sama setiap kali Bubbly Abang pegang keyboard komputer, makanya mungkin Abang ni tercabarlah! Tak banyak, sikit pun ada jugalah kot...
 
Makanya, dia pun berfikir macamana nak buat game baru! Makanya, setiap hari bila siap satu 'game' baru, terkinja-kinja bawa laptop nak tunjuk Mommy. Tak kiralah masa Mommy tengah sibuk mengemas rumah ke, memasak ke, nak mandi ke, tak sabar-sabar nak tunjuk hasil kerjatangannya tu kononnya...

Ini di antaranya...  (sepatutnya I kena ambil video, barulah nampak macam game!)



Yang ini game kereta. Nampak tak button 'Home' dan 'Play' tu? Kalau  tekan akan bawa ke next step untuk pilih kereta ikut kemahuan. Boleh pilih apa kereta nak, janji ada 'duit'. Di antara kereta yang ada...


Dan ini yang paling mahal...


Setakat ni limited jenama kereta yang ada sebabnya bukan mudah nak buat satu persatu kata Abang (Mommy pun kalau suruh tak pandai buat nih...) Tapi, tak kisahlah apa kereta yang telah dipilih, bila game bermula kereta ini aje yang 'memecut' berlumba ~_^

 
Hahaha....

Tak kisahlah,  Abang! Cuba lagi sehingga berjaya buat game yang jauh lagi baik ya, sayang ^_^

Ini pulak game untuk adiknya si Adik Cute,

Tekan 'Install' barulah game boleh 'installing....' Lepas tu barulah keluar perkataan 'Download Successful' macam di bawah ni... 
 


Setakat ni ada dua karakter aje, Oggy dan Jack walaupun katanya game Oggy and the cockroaches! Susah jugalah tu nak buat watak tiga cockroaches tu, si Joey, Marky and Dee Dee! Dah pilih watak, baru boleh tekan button 'Play' *_*
 


Dalam game ni si Oggy kena kutip coin. Oggy kena lompat sikit untuk kutip coin tapi kat sini tak nampaklahkan... Setakat ni paling banyak boleh kutip sampai 200 aje, lebih-lebih tak boleh. Penat kata Abang nak buat part by part. Banyak kerja! Apa motif si Jack ada sama pun belum dapat dipastikan juga...


Semua game ni bersambungan sebenarnya tapi I malas nak upload video, so kenalah tengok part by part macam ni.  

Ada banyak lagi 'game' yang Bubbly Abang dah buat. Game rumah berhantu, game Star Wars, game Minions semua pun ada. Cakap aje nak main yang mana!

Dan kalau boring 'belajar' depan komputer, Abang ada 'radio station' sendiri ~_^. Ini namanya....



Cuma ada dua lagu aje setakat ni. Akan ditambah lagi koleksi lagu yang ada. Sekarang kalau nak dengar radio station ni, kenalah repeat sampai muntah lagu Kelly Clarkson (untuk Mommy sebenarnya sebab Abang baru perasan yang Mommy suka sangat lagu nih...) dan Maroon 5 (By the way, jangan lupa Abang memang minat Adam Levine sebab mereka berkongsi nama yang sama ~_^) Tekanlah 'gambar' tu barulah lagu berkumandang!

Disebabkan sekarang laptop dah ada password yang Mommy tukar anytime suka, makanya Abang tak boleh duduk depan komputer ikut suka hatinya.... Terbantutlah eksperimen Abang nak buat game canggih-canggih, kena tunggu lepas Mommy balik kerja. But then, bila malam pulak kena ikut mood baik Mommy sama ada diberi keizinan ke tidak nak pegang laptop. However, Mommy memang sebenarnya prihatin dengan bakat anak-anak. Mommy kata 'Just do it!' jerk sayang! walaupun Mommy marah memekak-mekak macam petir di luar tapi dalam hati takda apa-apa pun sebenarnya. Kalau main pun tak sampai hati Mommy nak suruh berhenti mengejut ~_^
















 


Comments

  1. Cerita apa pulak superman tu? Ai..tak nak tanya, jangan jawab nanti lagi banyak masa saya tgk korea je.. penat nk jawab bila Naim cakap, " mama ni asyik tengok yang tu aje"...

    Cammana abang buat tu? Guna software apa? Wah.hebatla abang tu..8 tahun dah pandai nk mereka sendiri game..kagum betullah...

    kalau saya kena gak letak pword sb takut diorang asyik main je kan? Saja nk praktis marah2 juga baru anak jadi bijak kan? Haha.. alasan saya tu bila naim tanya kenapa mama marah naim ni... Tp tengok abang ni mcm dah bijak nk mendengar arahan. Kalau disuruh berhenti dia akan stop main kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu.... nak jawab juga! Tentang bapa-bapa yang kena menjaga anak mereka manakala mak pergi bekerja. Mereka ni selebriti. So kiranya anak-anak tu anak selebritilah. Pukul 3 petang hari Ahad di KBS Channel 392. Silalah tengok, AN. Suka tengok triplet yang dijaga oleh bapa mereka tu. Bijak betul!

      Saya pun sebenarnya tak tahu benda-benda ni semua. So bila anak dapat buat, adalah juga rasa bangga sebab dia belajar sendiri. Langsung tak minta tolong pada Daddy!

      Kalau tak letak password, memang siksa. Dulu-dulu saya kejap letak, kejap tidak. Lepas tu kerana Abang, Daddynya tak bagi saya jadi 'administrator' bersama. Kalau tidak habislah semua benda di downloadnya. Itu pun berapa kali dah komputer bermasalah disebabkan keaktifannya duduk depan komputer/lappy bermain aje!

      Delete
  2. macam menarik.. nanti send pulak dalam versi video.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, kalau rajin I ambil video pulak. Masalahnya memang selalu tak rajin *_*

      Delete
  3. terer nya abang kan MD terang hati dia pasal computer ni, anak lelaki mmg macam tu kot terer merer terlebih bab2 cenggini, entah2 masa ngandungkan abg mummy nya banyak explore game kot hahaha tu lah jadi abg sampai terer macam tu, teruskan mencipta game baru ya, kalau dapat cipta game utk orang veteren lagiii bestttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! Bab komputer ni memang dia ada sikit pandai. Mungkin pengaruh dari Daddynya. He's a quick learner sebenarnya tapi biasalah Mommy ni kalau asyik depan komputer mulalah aktiviti memekaknya. Hahaha....

      Delete
  4. geniuslah abang. baguslah MD. kita pupuk minat dia ke arah itu. boleh jadi bill gates versi malaysia. adik bongsu saya lulusan MMU, belum konvo dah dapat kerja. lulusan komputer. kami dok push dia , jangan kerja makan gaji je,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang nampak minatnya yang ini. Harapnya dia akan terus majulah. Dia bab ini memang quick learner. Cubalah suruh buat something yang tak berapa nak suka, lambat aje jalannya...

      Saya dah 'bekalkan' dia tiga bahasa. Insya Allah jadi 4 bahasa bila dewasa nanti. Soal cemerlang atau tidak dalam pelajaran, dia kena fikir sekarang. Nak maju ke depan, belajar lebih rajin. Nak maju aje, belajarlah mana patut. Tak nak maju, buatlah apa suka! Tapi sekurang-kurangnya dia ada something to fall back kata omputihlah....

      Delete
  5. mak aii...cemerlangnya abang!!berbakat besar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-haraplah minatnya yang ini berkekalan dan makin maju supaya boleh lebih berjaya nanti... Insya Allah!

      Delete
  6. salam. hee sonoknya maen games sajeeer ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau setakat main game aje memang seronok. Apatah lagi untuk budak-budak macam Bubbly Abang ni.

      Delete
  7. Ooo pandai yea abang reka game sendiri
    Memang kretif. .
    kena asah lagi bakat dia ni MD..
    Nanti boleh ambik bidang art and design
    Eh, ada kena mengena ke yea..?? :)

    Janganlah memetir sangat ye mama comel heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya nampak dia makin maju, memang saya nak dia menjurus ke bidang ini. Buat apa nak buat benda lain kalau tak minat. Ya tak?

      Mommynya memang selalu dengar guruh dan lihat petir, itu yang sekarang jadi habit menjerit dan memekik. Hahaha....

      Delete
  8. acik tengok gambar pun tak tau nak main..abang boleh buat lagi..tahniah abang..comel dan berbakat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang dah nampak lama bakatnya yang ini. Harapnya dia bertambah maju nanti.

      Delete
  9. tu dia!dahsyatnya Abang!respect giler lah kak..minat n bakat dia ni kena nurture supaya boleh create something yang berguna di masa akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebabkan Daddylah selalu aje cakap suruh dia create game instead of main game aje. Kata Daddy, buat game walaupun jual 99 cents aje pun, banyak untung. Bila Abang dengar, mulalah dia start teruja nak create. Dia kan nak jadi bos aje! Kumpul duit hidup senang masa depan kononnya. Daddy suruh dia belajar coding bagai tapi of courselah Abang bukan ada basic pun. Ini pun kebanyakan dia belajar sendiri.

      Delete
  10. pandainya abang. kita ni pun amik masa nak godek segala tablet. budak2 skrg lebih advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini memang dah lama akak perasan. Lately memang ini ajelah kerjanya. Tapi sekarang waktu sekolah, kena access komputer guna password. So timenya dah limited sikit kecuali hujung minggu...

      Delete
  11. wahhhh wahhh wahhhh abang, aunty pun tak reti tau nak buat2 game ni haaa. memang cerdik celik betoi mata hati dia. aunty ni nk buat power point ada lagu pun kadang pp dah nak habis baru lagu keluar hahahahahahaha

    gud joob bubby abang!!!!!

    tapi part kereta tuuuu je yang memecut memang sakit perot gelak kehkehkeh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, Mommynya lagilah satu pun tak reti ~_^ Nasib baiklah anak terang hati sendiri. Kalau nak harapkan Mommy ni, memang 2020 nanti baru celik IT. Ini ikut perangai Daddylah of course *_*

      Yalah, baru belajar buat kereta katanya! Suruh pilih kereta canggih tapi bila dah teruja nak race, tengok kereta kartun ni yang keluar! Sadis sungguh!

      Delete
  12. Geniuslah abang tu MD..
    Boleh buat game sendiri..
    Esok boleh buat duit tu...
    sesiapa nak download game ciptaan abang tu..
    Kak ton kayo lah lepas ni hahhaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hajat di hati memang nak 'mempergunakan' anak di masa hadapan! Hahaha... Serius, gurau aje. Kalau pun dia pandai, untuk masa depannya jugakan, CH . Kita ni mak-mak doakan aje yang terbaik untuk anak-anak. Nak dapat ganjaran di sebalik segala apa yang kita buat tu tidaklah. Kalau ada pun kira macam bonuslahkan...

      Delete
  13. Bagus tau idea abang ni. Esok boleh jual , kaya abang tau......sapa yg untung? Jiran sebelah mommy jugak .....hihi....abg belanja berger special pun dah syukur banget weyh ....Tp itu pun kalau mommy abg tak kena sawan kedekutlah hihi.....

    Teruskan usaha abang, jangan malas untuk memberi galakan Kak Ton....
    Nampaknya ciri ciri nak belikan keta LV tu dah ada tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Abang kaya maknanya Mommy boleh tumpang sebelah kakilahkan.... Hahaha! Itu pun kalau anak ingatkan kita, ya tak OKje?

      Kalau Mak nak suruh Abang belanja burger kena tahanlah burger daging/ayam tapi takda sayur. Walaupun belikan orang lain, dia tetap minta ikut citarasa anak tekaknya ~_^

      LV tu beg tangan ke kereta, Mak ?

      Delete
  14. Wahhhhhh! Betul2, Kalau pandai dengan excell pun boleh buat game. Mommy kena encourage minat mcm ni. Pasni boleh buat game letak kt estore. Sekali donlod 1sen pun boleh kaya. Nak upgrade ngan mcm2 lagi... Another cent. Phewwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri pun tak tahu macamana si Abang ni buat, Ida. Makanya saya kagumlah sebab dia lebih tau daripada saya. Daddynya suruh belajar coding bagai kalau nak buat game betul-betul gempak tapi yalah, Abang tu baru je belajar. Powerpoint pun dia lagi terror daripada saya tau!

      Delete
  15. huhu..bila dh terjerebak... habislah...

    bguslah abg...kecik2 dh pdai guna mc office semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia belajar sendiri makanya akak rasa dia memang minat luar biasalah dengan anything related to computer ni. Bagus juga. Boleh maju ke depan lagi...

      Delete
  16. wahhhh...hebatnya bubbly abang!
    ni kena kasi gilap bakat dia ni MD
    boleh buat duit keja gini...i pun boleh tumpang! hehe

    tapi seriously memang hebatlah untuk budak sebaya dia
    nanti kalau kena gaya apa yang dia create, GOOGLE boleh beli
    banyak duit boleh dapat dan saya boleh tumpang kaya! yeah!!! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tengah menggilap guna 'ZIP' lah ni, YY.... Kalau anak kaya, siapa yang paling beruntung? Ibu yang melahirkanlah. Dan ibu si Abang ni siapa? MDlah.... Yeah, aku kaya!

      Hmmmm...kenapa rasa semacam je ni bila orang nak menumpang kekayaan anak kita? Hehehe!

      Saya pun tak pasti level budak-budak sekarang sebaya Abang tu macamana. Mungkin ada yang lebih maju. Tapi sebab saya pun tak berapa nak maju dalam hal ni, makanya saya rasa itu sudah satu pencapaian yang cukup baik untuk level umurnya. Kita mak-mak ni memang tugasnya beri support aje. Kalau ada rezeki lebih anak-anak, kita pun tumpang gembiralahkan!

      Delete
  17. hebat MD klu ikut umur Boleh fikir nk buat game bagai...kena bagi galakan jugak selagi tak mengabaikan pelajaran..katanya hobi kan..nti klu dh kaya jangan lupa arr..walaupun tak jadi besan pun kita tetap nk tumpang.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam entah apa yang direngekkan suruh Daddy beli something online nak buat game baru. Habis komputer kat rumah tu. Lepas desktop dikerjakan laptop. Tab tak payah ceritalah. Haru-biru menengoknya. Ingatkan nak belikan dia laptop murah satulah. Sukahatilah nak buat apa!

      Hahaha...bab tu yang nak gelak. Ramai sungguh ni nak tumpang kaya. Keh3x.

      Delete
  18. kena bagi skongan sepenuhnya . blh jadi pereka muda ni ... tahap umur abang bubly tu tahap sel2 otak mmg aktif berhubung . my anak buah pun lbh cepat bila bab smartphone . kekadang mak usunya baru nak cari mrk dah dpt dulu . nak wat camna . sel2 otak kita ni dh makin berkurangan sesuai dengan peningkatan usia ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, mereka sekarang ni lebih bijak daripada kita pada zaman dahulu kala. Yalah, time kita bukan time gadgets berleluasa. Kalau ajak lawan tengteng, maybelah kita menangkan, Vee. Ni ajak lawan create game baru, kalahlah den dengan budak 9 tahun ^_^

      Delete

Post a Comment