Sehari sebelum berpuasa...

Salam Ramadhan kawan-kawan!

Ini kisah semalam, selepas masuk waktu Maghrib.

Tapi macam biasa, marilah kita corner baring siap-siap. Buat beberapa lap barulah kita masuk tajuk ya ~_^ Bulan puasa tak menghalang idea MD dari ketandusan. Sebab tak boleh makan dan tak boleh bercakap banyak makanya memang menulis entrilah lagi best *_*

Balik aje rumah petang semalam berfikir juga apa nak masak. Untuk makan malam tak kisah sebenarnya tapi disebabkan hari ni bermulanya puasa, naklah juga bagi si Abang makan puas-puas supaya takdalah mengeluh lapar hari ni.

Tapi ketika ambil superheroes, I diberitahu mereka dah kenyang makan McD. Seorang satu set. Kira mewahlah tu masing-masing makan. Tengok dalam peti sejuk di rumah, baki lauk-pauk kelmarin tak berusik pun. Terus terjunam niat nak memasak petang semalam. Tanya pada Bubbly Abang katanya tak mahu dah makan lagi! Tanya pada Adik Cute kenyang memanjang jawabnya! Mommy susah hati anak-anak tak mahu makan lagi! (tapi sebenarnya dalam hati lega tak payah masak ikut citarasa masing-masing ^_^)

Dan, yang lebih penting, my sister dah bekalkan sayur bayam masak air (untuk Adik Cute katanya tapi Daddy yang makan dan hirup kuah sampai licin), daging masak kicap (untuk Abang pulak katanya tapi I dan HD yang dok mengerjakan sampai hampir licin ~_^) sambal tumis  (yang ini mesti khas untuk adiknya...) dan nasi putih cukup-cukup untuk dua beradik tu. Mak dan bapaknya kalau nak tumpang makan pandai-pandailah masak nasi sendiri! 

Bila tanya anak-anak semua tak mahu makan, maka kami suami isteri pun meratah lauk yang ada. Hubbydearie habiskan sayur bayam dan I dok cicah roti dengan sambal tumis. Gilir-gilir kami suami isteri dok celup tangan dalam lauk daging masak kicap (kering) dok makan daging begitu aje (Hodoh betul suami isteri ni tau!)

Anak-anak sibuk bermain terjerit terpekik macam biasa. Sambil makan, sambil berborak dengan HD hal ehwal semasa. Sambil tu dok tanya juga nak makan apa masa sahur nanti. HD kata bab sahur tak perlu susah hati. Janji bangun sahur, minum air dan makan apa adanya sudah. Takda siapa pun teruja nak makan berat-berat. Tapi pertanyaan itu sebenarnya lebih merujuk kepada Bubbly Abang. Kami suami isteri tak kisah pun *_*

Selesai makan dan dah kenyang perut, I pun suruhlah anak-anak mandi. Macam biasa Adik Cute minta 'postpone' mandi petang sampai dia bersedia gitu.... Selesai mandi, Abang tetiba kata rasa macam nak makan pulak. Aduhai.... 

Nasib baik ada nasi putih. Daging masak kicap pun ada berbaki sikit. Tanya Abang cukup tak kalau begitu aje atau nak minta Mommy top up lagi dengan ayam goreng? Katanya okeylah cukup - malam-malam tak boleh makan banyak! Hehehe... pandai pun!

Bila I dah sediakan semua untuk Abang makan, tengok-tengok dia tak makan juga. Katannya nantilah lepas Maghrib sebab malas nak batalkan wuduk selepas solat Asar. Okey, tak kisahlah! Janji makan! Tapi lepas Maghrib, sebab dia teruja nak ikut Daddynya pergi solat tarawikh di masjid, terus tak jadi nak makan. Tak lapar lagi pun... Aduhai, anak! 

Bubbly Abang yang teruja nak pergi solat tarawikh bersama Daddynya sehingga menimbulkan kecemburuan pada Adik Cute yang tak dapat ikut serta ^_^

Si Adik Cute pulak bila dengar abang dan Daddy nak pergi solat kat masjid, terkinja-kinjalah nak mandi sebab nak ikut sekali. Okey, jom kita mandi! Lepas mandi, tempek bedak kat muka, sisir rambut elok-elok, terus pergi cari spek hitam dan songkok. I kata dia tak boleh ikut. Maybe tahun depan dah besar sikit bolehlah kot. Si kecil ni pemalu di khalayak ramai terutama kalau nampak budak-budak lebih kecil daripadanya. Pengsan Daddy 'terjatuh air muka' bila anak terbelit-belit celah kaki kiri-kanan main hide and seek nanti!

Makanya tinggallah Adik Cute dengan Mommy di rumah. Dek kerana I tak bagi pakai spek mata memalam, dia sibuk nak pakai topi pulak minta ambil gambar. Konon-konon dia pun nak pergi masjidlah. Adik, mana ada orang pergi solat pakai topi dan seluar pendek macam nih...

Dah bersiap-sedia nak ikut Daddy pergi solat tarawikh semalam. Dalam beg sandang tu penuh toys dan blocks sesaja! Manalah ada orang pergi solat gaya gini, Adik!

Bila kata tak boleh ikut, mulalah buat muka kenapa dia tak boleh pergi pulak sebab dia pun pandai solat dan dia pun nak puasa esok!

Pinjam hat Bubbly Abang pulak. Ni bukan gaya nak pergi masjid ni Adik, ni macam nak pergi bercuti di safari gitu ~_^

'Ambil satu lagi gambar, Mommy!' kata Adik Cute ~_^ Siap duduk bersilang kaki lagi tapi gambar dah kena crop *_*


Bila tinggal berdua dan Adik main bersendirian diam-diam aje, maka sunyi-sepilah rumah. Itu pun sekejap aje. Lepas tu kecoh suara Adik bergelak-sakan sorang-sorang sambil main, sambil tengok tab, sambil tengok kartun kat TV! 

Yang paling best, dia siap peluk I sambil kata,

Mommy jangan takut eh! Adik ada. Adik jaga Mommy! 

Masa dipeluk tu I pun sesaja nak dengki, 

Adik! Ko-coachlah! (cockroach yerk...)

Terus Adik lepaskan pelukan dan serta-merta lompat naik sofa!

Hehehe....macamanalah dia nak jaga Mommy nih... Baru kata ada cockroach dah lintang-pukang lari menyelamatkan diri!

Hubbydearie dan Bubbly Abang pulang dalam pukul 10 malam. Masing-masing letih padahal 8 rakaat aje pun.... Kata HD, bukan main Abang ajak balik cepat sebab dia tak tahan lama sangat berdiri, rapat sangat masa nak sujud. Hahaha...

Sebenarnya HD sejak pagi semalam dah mula rasa tak sedap badan. Entah berapa kali bersin. Suara pun dah semacam. Balik aje dari masjid, HD kata nak  tidur. Tak tahan sangat dah rasa nak demam. Masa tidurkan anak-anak, tetiba I dengar berdengkung-dengkung bunyi batuk si Abang. Kejap-kejap berdehem. Kejap-kejap hidungnya macam berbunyi. Aha, sahlah nak demam juga ni. Abang pun mengadu sejak tengahari tekaknya terasa sakit dan perit. 

Bila I sentuh dahi dah mula nak panas. Nasib baiklah dia baru baik demam bulan lepas dan adalah ubat batuk, selsema dan demam dari doktor. I pun terus bagi. Letak Vicks di dahi dan hidung. Selalunya tak pakai selimut kalau nak tidur, tapi malam semalam dia siap-siap tarik selimut sampai ke kepala. First time minta tutup aircond, Daddy pun sama berkelubung sampai ke kepala!

Bila tengok semua dah jatuh sakit, Adik Cute pun cemburu dan nak minta perhatian lebih juga. 

Mommy! Adik pun rasa tak sihatlah.....

Sakit mana?

Kat sini.... (tunjuk perut)

I pun ambillah Vicks sapu kat perut dia juga....

Okey dah?

Ahhh...dah okey dah....

Nampak sangat penuh kepalsuanlah, Adik!

















Comments

  1. Selamat berpuasa,MD. Panjang lebar entry ni,sudahnya SB baca gak sampai habis. Selalu lah kalau bab masak2 ulang tayang lauk semalam,mmg senang keja mak.Asalkan tak membazir bagi tong sampah kenyang,kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kalau tak baca habis nanti MD tau! Kena 'tangkap' susah nanti. Keh3x. Gurau jerk. Tak kisahlah nak baca habis ke tidak. Baca tajuk aje pun tak kisah, SB *_*

      Itulah time masak bukan main macam nak buat kenduri. Padahal yang makan empat beranak aje. Lepas tu baki sumbat masuk peti sejuk. Anak-anak bila dah kena sumbat dalam peti sejuk tu, re-heat pun mereka tak suka makan! Itu masalahnya... Sudahnya, makpak kena jadi DBKL. Sekarang bapaknya pulak tengah diet rakus, tinggal mak sendirian melahap ~_^

      Delete
  2. Selamat Berpuasa MD..
    Semoga diberi kesihatan yang baik untuk melakukan amal ibadah dibulan yg mulia ini..

    Wah.. rezeki mummy ngan daddy nmpknye tu.. hihi..
    bestnye daging kicap.. :)

    Sayu hati kalau tgk suami atau anak sakit kan..
    Semoga kesayangan MD cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa, Ira!

      Insya Allah, semoga ibadah puasa kita tahun ini lebih baik lagi dari tahun yang sebelumnya...

      Sedap Ira meratah suami isteri lauk daging kicap tu! Kalau orang masak, memang sedap sentiasa tau!

      Delete
  3. hehe...adik jenis suka perhatian tau
    sama cam aisyah, orang picit papa dia kata dia demam
    orang urut abang kaki sakit, dia kata dia demam juga
    pendek kata, semua benda demam aje semata-mata nak suh orang pandang dia =)

    apapun, adik tetap cute walau pakai topi camtu =)
    tetiba boleh bayangkan kalau adik ke masjid pakai camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak tahan gelak, bila semua orang dah tidur saya pun jenguklah mereka dua beradik. Abang dah tidur cuma dia aje yang tak tidur-tidur. Siap merangkak tu keliling karpet. Bila saya tegur, dia siap suruh 'shhh' sambil letak jari kat mulut. Jangan bising katanya, dah malam!

      Sakit jiwa terus ~_^

      Kalau Adik ke masjid macam tu agak-agak ramai tak minta autograf? Hahaha....

      Delete
    2. ramai ajak selfie nanti...haha

      Delete
    3. Habislah solat tarawikh yerk kalau gitu gayanya... Ish, tak boleh suruh Adik pergi masjid macam ni. Mengganggu kosentrasi orang lain ^_^

      Delete
  4. Selamat berpuasa buat akk sekeluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa, Maria. Lama sungguh tak tinggal jejak di sana :)

      Delete
  5. adik tetap cute pakai topi macam tu..
    errkk cocroach.. hahaha.. boleh geng dengan dak Nuha.. penakut lipas.. wakakaka.. sangat best menyakat dak Nuha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap aje berani si Adik ni tapi kalau kita sergah, takutkan dia, memang melompat terus naik atas sofa. Pucat muka!

      Delete
  6. Amboi tak hengat dunia ye makan daging kicap dua laki bini hihi.....Sudahnya lauk semalam tu nak buat apa tu? Takkan ptg ni Kak Ton nak jadi DBKL kot? haha...

    Sudahnya hero dua org tu demam ke pagi ni? Siannya....menyambut Ramadhan demam pulak. Pak Jilap tahun ni OK....Tahun sebelumnya first Ramadhan datanglah pulak loya mcm perut masuk angin tu...muntah muntah....ngalahkan budak kecik.
    Yelah Ramadhan setahun sekalikan, mestilah memasing teruja nak ke masjid.

    Comel adik pakai topi Safari tu.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam baru Kak Ton kasi keluar saki-baki lauk kelmarin. Sambil memasak, sambil Kak Ton ngap! Cuit mana boleh pastu kuah memang terus jirus dalam sinkilah, Mak. Itulah kalau masak pun tak habis, kalau beli pun tak habis. Tak masak nanti susah pulak. Nak makan apa masa berbuka.

      HD dah kebah demam. Macam nak selsema tapi bolehlah bawa diri. Si Abang yang demam tak kebah, dengan tonsil dan alergi tetiba. Selalunya takda pulak alergi apa-apa.

      Alahai, PakJilap ni...mengalahkan budak kecil aje! Baru pertama kali berpuasa ke? Hahaha....

      Delete
  7. Replies
    1. Salam Ramadhan buat Bunda sekeluarga juga :)

      Delete
  8. dah baik ke abang MD...harap tak melarat demamnya..kesian nanti tak dapat puasa dan terawikh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi, Acik. Kaki dan tangan penuh merah-merah macam kena gata. Tapi tak timbul tebal-tebal pulak. Semalam pun dah tak puasa, Acik. Hari ni pun tak tahulah macamana. Kejut-kejut bangun sahur, dia kata tak nak makan, tak nak minum. Takut tak tahan juga hari ni. Ubat nak kena makan pulak tu...

      Delete
  9. gelak abang tak mau makan sebab tak nak batalkan wuduk asar untuk solat mahgrib. Awat MD tak habaq..makan jelah. tak batal posa tu..hihi..sabarnya dia..
    seronok dapat bawa anak2 berterawih. saya miss hari pertama n nampaknya kedua ni sebab saya tak sihat. nak suruh depa p sendiri, jauh masjid...kena hantar. paksa solat di rumah. hari ni kalau pak depa tiba rumah sebelum isyak, dapatlah sama2 p...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya dia lambat solat Asar. Dah nak dekat pukul 6 baru solat. Lepas tu terus sambung main game. Tanyalah tadinya beria-ia nak makan, tetiba katanya malas nak batalkan wuduk. Malas nak pergi bilik air semulalah tu...

      Saya belum berpuasa lagi sebenarnya. Makanya memang banyak 'lubang' lah tahun ni. Harap-harap dapatlah bertarawikh juga nanti tapi rasanya di rumah saja sebab si Adik Cute ni tak boleh lagi bawa ke masjid. Kecoh jadinya nanti....

      Delete
  10. Salam Ramadhan MD...
    tabah je layan anak... last2 tak jadi makan ye...hihii..
    pandai adik cute naik ikut terawih..siap nak bawa beg lagi..haha..comell...
    musim demam jg skrg ni ye MD... kesian anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan, Atie...

      Ingatkan betul-betullah dah kenyang. Habis aje kita meratah, tetiba nak makan juga. Nasib baik ada lagi saki-baki daging kicap. Itu pun last-last tak mahu makan sebab teruja nak pergi tarawikh.

      Nak ikut pergi masjid tapi beg berisi toys, cap semua tak mahu tinggalkan. Berseluar pendek lagi. Ajaran manalah ni agaknya ~_^

      Delete
  11. bab mkn lauk pauk cmc gitu je , saya mmg dah biasa MD sbb saya krg mkn nasi . klu lapar saya lbh suka ratah lauk pauk je . diet katanya ... heeee ... 8 rakaat klu surah2nya panjang , mmg penat berdiri MD ... demam berjangkit tu rasanya . kat sini dah biasa . klu seorg demam , lepas tu ada lah yg ambik turn ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah kami ni selalunya lauk-pauk yang kering aje, Vee. Nak meratah pun tak sempat. Sekali makan kadang-kala dah habis, kalau minat semualah. Adakalanya berlebihan sangat sampai takda siapa nak makan, terutama yang berkuahlah. Oh, saya pernah kenalah solat tarawikh dengan surah panjang-panjang, memang tergeliat kaki tapi itulah, setahun sebulan aje. Itu pun tak larat. Punyalah terukkan...

      Mungkin juga. Selalu pun memang HD yang mulakan lepas tu anak-anak berjangkit. Dan yang paling istimewa, selalu jugalah saya aje yang kekal sihat. Tapi kalau saya yang demam, teruk juga. Demam saya tak main ringan-ringan, terus tumbang tak ingat dunia!

      Delete
  12. macam2 hal awak adik cute ya..tunggulah besar sikit baru ikut abg daddy p teraweh..nak pi solat pakai hat n cap..kemain awak...awek awk Afia ni bogel pun solat...lagi canggih...tunduk sujud nmpk lubang bontot..la ni apa pesen ntah cari alasan ja takmau baju n seluar..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...itu lagi melampau, Cik Pia oooi.... Mana punya ajaran ni solat berbogel. Habis semua orang keliling nampak aurat.

      Cik Pia jealous tengok ibunya berkemban di rumah, abah dan abangnya berlenggeng aje, tak pakai baju. Itu yang Cik Pia pun nak join sekaki tunjuk body ~_^

      Delete
  13. assalam mommy
    ha tu diaaa mcm mcm

    sudahnya lauk pauk habs diratah oleh hd n md j la ye.
    alahai sian abang
    nape mommy crop kaki kn dh x nmpak adik cute ddk silang kaki ?

    adik cute mmg cute. sudah terang lg bersuluh..
    gerammmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki Adik seksilah *_ *

      Kalau ditinggalkan pun bukan Abang makan akhirnya. Membazir jugalah kalau dah masuk dalam fridge! Nasib baik MommyDaddy jumpa kaedah terbaik untuk menghabiskan lauk yang MakNgah bagi *_*

      Delete
  14. Entry ni kenapala dengki dengan saya.. ini dah kali ke 4 rasanya cubaan saya nk komen entry ni. Pagi jumaat hari tu stress saya masa tunggu subuh, komen sini 2 kali ada saja salah tekan yang menyebabkan komen dah hilang. Tadi pun sama. Kenalah taip lagi ni.. takkan tiba2 jari saya jadi besar, padahal selalunya saya komen dengan hp juga.. entry yang tadi ok je sempat tulis abis dan publish.. haha..komen ni je dah berjela.. letih nak fikir apa saya dah taip sebelum2 ni..

    Terbalik dengan kes ahmads dalam rumah ni. Si kecil yang beriya nak ikut papa, yang besar jaga mama katanya. Tapi bila mama amik peluang berehat, dia bukan jaga mama pun, asyik main game je.

    Ai adik cute, awk kan dah putih, tak pakai bedak pun tak pe.. haha.. ni mesti jenis suka bergaya ni.. sampai besar la jenis bergaya ni..

    Syokla ada kakak tinggal dekat.. bolehla MD makan sedao2 sokmo gitu. Bulan2 puasa ni agaknya akak ajak makan je kat rumah dia atau dh bg lauk siap2 ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen guna handphone biasalah, AN. Bukan sebab jari makin besar bulan puasa ni ~_^ Anyway, terima kasihlah banyak-banyak cuba juga nak mengomen walaupun sampai 4 kali. Bukan senang tulis komen panjang-panjang lepas tu hilang. Memang stress sampai sakit kepala datang tau! Kalau sayalah...

      Adik Cute bukan main alahai setiap kali Daddynya keluar solat, suruh saya jangan takut sebab dia ada. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap. Dengar bunyi sikit aje dah laju lari nak selamatkan diri yang ketakutan!

      Abang siap serik nak pergi solat tarawikh sebab solat sampai demam katanya.... Tunggulah dua, tiga hari lagi bila serik dah hilang mungkin akan ikut Daddy semula ~_^

      Si Adik ni ikut mood memanjang. Kalau suka cap, cap ajelah dicari. Suka spek, spek juga nak dipakai ke mana-mana; tak kiralah siang ke malam. Janji ada gaya gitu...

      Ni nak cerita... kakak saya hari-hari bekalkan lauk untuk berbuka tapi adiknya ni malulah nak pulang bekal dengan air tangannya sendiri! Ini bukan kali pertama berlaku tapi dah berkali-kali tau. Punyalahkan tak tahu malu punya adik...

      Delete
  15. haaha, mesti comel gaya silang kaki tu..adoilah Adik, makin lama makin cute!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia kalau bergambar ikut suka hati dia aje nak style apa. Kalau Mommy suruh memang tidaklah dibuatnya. Buat muka tak tahu aje. Ni kalau nak upah jadi model, siksa oi melayan kerenah!

      Delete
  16. Dah mula nak demam lah tu anak beranak ye MD..
    CH anak beranak mula demam minggu sudah..
    Kakak nabilah jer nak lagi waktu tu..

    Seronok ye MD, balik ada ajer makanan yg dibekalkan oleh kakak MD tu..
    Penyudahnya, siapa yg makan nasik Bubbly abang tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya HD yang demam. Lepas tu macam biasalah menjangkit pada si Abang. Kebetulan pulak ada tonsil. Saya ni selalu aje jadi yang terakhir tak kena jangkitan kalau bercerita kisah dalam rumah. Tapi kalau saya yang sakit, memang teruk tapi takdalah pulak menjangkit kat anak-anak.

      Hari-hari pun ada bekalan. Naik malu pulak. Nak pulang mangkuk kosong ajelah sebab seganlah nak suruh kakak rasa air tangan kita yang tak pernah keluar dari rumah sendiri ni *_*

      Sayakan tak puasa.... masa sahur saya makanlah walaupun tak tertelan tekak ni makan nasi ketika sahur!

      Delete
  17. Takpe adik, nnti dah besar skit boleh ikut abg & daddy pergi solat terawikh. Klu pegi nnti dia sendiri tak larat, bak kata abg, lama berdiri.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik ni memang auta aje lebih. Cubalah tanya dia puasa ke tidak, jawabnya puasa! Menahan lapar dan dahaga katanya. Lepas tu dia dulu yang buka peti sejuk cari air sedap!

      Delete

Post a Comment