Salam 5 Zulkaedah kawan-kawan!
Pagi tadi on the way nak ke pejabat dengarlah FlyFM macam selalu. Bila tiba bab krappycall ni memang tak boleh tahanlah nak gelak sorang-sorang dalam kereta. Pedulilah apa orang nak kata bila tetiba ternampak kita gelak ketawa dalam kereta. Kita happy, kita rasa macam dicuit-cuit hati maka kita gelak ajelah ~_^
Tiba-tiba teringat kata-kata ini yang selalu kena pasak di telinga masa mula-mula belajar erti sebuah pekerjaan dalam kehidupan (chewahhh....) ~ Customer is always right!
Walaupun adakalanya pelanggan ada silap 0.01% dalam sesuatu hal yang diperdebatkan, tetap juga kita kena jaga hati pelanggan sambil minta maaf berulang-kali dan menerangkan dengan penuh lemah-gemalai dan bersopan-santun tentang peraturan-peraturan yang ditetapkan (walaupun dalam hati menyumpah-seranah bagai nak rak...)
Manalah I tak rasa kelakar pagi tadi bila si Ben (the FlyFM deejay) yang menyamar jadi pelanggan wanita suruh si penjual (mangsa krappycall) bagi soalan Matematik untuk membuktikan yang si Ben memang clever padahal ceritanya berkisah tentang pemulangan barang yang baru dibeli tapi tak muat dipakai (dah beli seluar pi pakai ikut kepala siapa suruh, memanglah 'I amnot stupid kekdahnya..)
Soalannya ~ 2 + 2 berapa?
Jawapan yang Ben beri ~ 22!
Terus si penjual menjawab ~ You're clever!
Nak ambil hati customer katanya walaupun memang terang lagi tak payah suluh jawapan tu salah!
Oh, well... macam selalu I bukan nak bercerita pasal si Ben & Hafiz ni; walaupun bila mereka buat krappycall rasa nak pecah perut dok rasa pathetic alahai si mangsa yang terpaksa ikut aje perbualan tanpa mengetahui mereka kena prank!
Selingan dalam blog MD memang macam ni. Selalu aje berlaku sebelum masuk tajuk ^_^
Ni nak bercerita tentang salah seorang si penglipur lara, perawat duka nestapa dan penyuluh cahaya kebahagiaan dalam my family. Siapa lagi kalau bukan my superheroes cilik si Adik Cute.
Si kecil ni hari-hari dok cakap sorang-sorang sambil hafal dialog Upin Ipin. Bukan setakat dialog Upin dan Ipin yang dihafalnya, dialog Mail, Ehsan, Kak Ros dan Opah pun boleh juga.... Cakap aje dialog siapa, ligatlah dia meniru!
Ni contohlah yerk....
Kenapa kau jalan macam tu? Kau sakit ke?
Taklah.. aku baru sunat!
I pun tanyalah kat dia siapa yang kena sunat, si Ehsan ke?
Selamba aje menjawab tanpa tengok kita ~ Taklah, Mail..... dan terus sambung dialog dalam episod yang lain pulak ~_^
Kalau rumah terbakar, dial nombor apa?
999
Kalau rumah terbakar, nak buat apa?
Ambil kain, basahkan, letak kat muka dan selamatkan diri!
Oleh kerana itu, Adik Cute kata dia nak jadi fire fighter, minta I belikan lego fire fighter dan lori bomba juga.... I tak ikut kata tapi my niece pulak yang dok layan si kecil ni... Setiap minggu pun ada lego baru tetiba masuk rumah! Kedekut pulak tu tak mahu kongsi dengan abangnya!
Inilah aksi Adik Cute selepas raya ....
Itulah sepasang kasut pertama yang Adik Cute nak pakai. Selalunya pakai sandals aje. Ini pun dia sendiri pilih ya. T-Shirt pun dia sendiri yang ambil, katanya dah cantik sangat kalau dia yang pakai. Kita nak pilih warna lain, dia tak mahu pakai!
Baik kasut mahu pun T-shirt, si kecil ni pakai saiz budak 7-8 tahun walaupun umurnya baru nak masuk 4 tahun awal November nanti.
Dah sibuk sangat mulutnya nak pergi school next year. Tiap-tiap malam berpesan suruh kejutkan bangun pagi dan make sure sediakan ayam goreng dan plain water sebagai bekal serta masukkan baju, seluar, spek dan topi dalam beg galasnya ~_^
Oh.... teruja sangat dah tu nak sekolah tapi Mommy pulak yang terasa sedih. Anak-anak dah membesar, nampak gaya tak lama lagi Mommy kembali 'solo', dapatlah peluang dating berdua-duaan dengan Daddy semula walaupun keterujaan dah tak hangat macam dulu-dulu masa dating sebelum kahwin. Keh3x....
Pagi tadi on the way nak ke pejabat dengarlah FlyFM macam selalu. Bila tiba bab krappycall ni memang tak boleh tahanlah nak gelak sorang-sorang dalam kereta. Pedulilah apa orang nak kata bila tetiba ternampak kita gelak ketawa dalam kereta. Kita happy, kita rasa macam dicuit-cuit hati maka kita gelak ajelah ~_^
Tiba-tiba teringat kata-kata ini yang selalu kena pasak di telinga masa mula-mula belajar erti sebuah pekerjaan dalam kehidupan (chewahhh....) ~ Customer is always right!
Walaupun adakalanya pelanggan ada silap 0.01% dalam sesuatu hal yang diperdebatkan, tetap juga kita kena jaga hati pelanggan sambil minta maaf berulang-kali dan menerangkan dengan penuh lemah-gemalai dan bersopan-santun tentang peraturan-peraturan yang ditetapkan (walaupun dalam hati menyumpah-seranah bagai nak rak...)
Manalah I tak rasa kelakar pagi tadi bila si Ben (the FlyFM deejay) yang menyamar jadi pelanggan wanita suruh si penjual (mangsa krappycall) bagi soalan Matematik untuk membuktikan yang si Ben memang clever padahal ceritanya berkisah tentang pemulangan barang yang baru dibeli tapi tak muat dipakai (dah beli seluar pi pakai ikut kepala siapa suruh, memanglah 'I am
Soalannya ~ 2 + 2 berapa?
Jawapan yang Ben beri ~ 22!
Terus si penjual menjawab ~ You're clever!
Nak ambil hati customer katanya walaupun memang terang lagi tak payah suluh jawapan tu salah!
Oh, well... macam selalu I bukan nak bercerita pasal si Ben & Hafiz ni; walaupun bila mereka buat krappycall rasa nak pecah perut dok rasa pathetic alahai si mangsa yang terpaksa ikut aje perbualan tanpa mengetahui mereka kena prank!
Selingan dalam blog MD memang macam ni. Selalu aje berlaku sebelum masuk tajuk ^_^
Ni nak bercerita tentang salah seorang si penglipur lara, perawat duka nestapa dan penyuluh cahaya kebahagiaan dalam my family. Siapa lagi kalau bukan my superheroes cilik si Adik Cute.
Si kecil ni hari-hari dok cakap sorang-sorang sambil hafal dialog Upin Ipin. Bukan setakat dialog Upin dan Ipin yang dihafalnya, dialog Mail, Ehsan, Kak Ros dan Opah pun boleh juga.... Cakap aje dialog siapa, ligatlah dia meniru!
Ni contohlah yerk....
Kenapa kau jalan macam tu? Kau sakit ke?
Taklah.. aku baru sunat!
I pun tanyalah kat dia siapa yang kena sunat, si Ehsan ke?
Selamba aje menjawab tanpa tengok kita ~ Taklah, Mail..... dan terus sambung dialog dalam episod yang lain pulak ~_^
Kalau rumah terbakar, dial nombor apa?
999
Kalau rumah terbakar, nak buat apa?
Ambil kain, basahkan, letak kat muka dan selamatkan diri!
Oleh kerana itu, Adik Cute kata dia nak jadi fire fighter, minta I belikan lego fire fighter dan lori bomba juga.... I tak ikut kata tapi my niece pulak yang dok layan si kecil ni... Setiap minggu pun ada lego baru tetiba masuk rumah! Kedekut pulak tu tak mahu kongsi dengan abangnya!
Inilah aksi Adik Cute selepas raya ....
Itulah sepasang kasut pertama yang Adik Cute nak pakai. Selalunya pakai sandals aje. Ini pun dia sendiri pilih ya. T-Shirt pun dia sendiri yang ambil, katanya dah cantik sangat kalau dia yang pakai. Kita nak pilih warna lain, dia tak mahu pakai!
Baik kasut mahu pun T-shirt, si kecil ni pakai saiz budak 7-8 tahun walaupun umurnya baru nak masuk 4 tahun awal November nanti.
Dah sibuk sangat mulutnya nak pergi school next year. Tiap-tiap malam berpesan suruh kejutkan bangun pagi dan make sure sediakan ayam goreng dan plain water sebagai bekal serta masukkan baju, seluar, spek dan topi dalam beg galasnya ~_^
Oh.... teruja sangat dah tu nak sekolah tapi Mommy pulak yang terasa sedih. Anak-anak dah membesar, nampak gaya tak lama lagi Mommy kembali 'solo', dapatlah peluang dating berdua-duaan dengan Daddy semula walaupun keterujaan dah tak hangat macam dulu-dulu masa dating sebelum kahwin. Keh3x....
laaaaaaaaaaa adik hapal dialog upin ipin kak??/ terbaikkkk laaaa...bagus daya ingatan die...tu laa kak kene anta sekul awal2 nie...cepat die belajar nanti.....sebulan anta sekul semua doa2 dah dlm kepala otak die....bagus betul adik..... jenis cepat ingat....
ReplyDeletekak mcm kurus sikit jek adik.... makan memilih gak ke ni...tu dok mintak ayam goreng tu...penangan upin ipin letu kan ekekekeek
Habis semuanya dia hafal, mana yang dia sukalah. Kalau dia duduk atau main sorang-sorang, mulalah dia baca dialog!
DeleteNak hantar school tahun ni tapi awal tahun hari tu diaper tak lepas lagi, Lieya! Ni pun masih lagi pakai diapers tidur malam ^_^
Dia ni memang tak kuat makan. Kalau makan pun 4,5 suap dah kenyang. Kalau ada sup tu laju jugalah dia makan lagi-lagi ada fishball, memang favorite dia... Ayam goreng tu penangan Upin Ipin aje. Yang sebenarnya dia bukan hantu ayam goreng. Makan seketul pun tak habis. Dia buat cuit-cuit isi je lepas tak nak dah...
Eh adik! kalau nak pergi school mana boleh nak bawa baju, seluar, spek dan topi bagai tu. Bawa bekal ayam dgn air bolehlah:)
ReplyDeleteBetul-betul nak buat auntie gelaklah adik ni tau.
Itulah setiap malam yang dipesannya kat Mommy. Maklumlah dia tak tahu lagi pergi school kena pakai uniform ^_^ Ayam goreng bukan dia makan sangat kak, setakat tiru dialog Upin Ipin aje tu....
DeleteHehe siap bawa cap sekali ye? Acik masukkan sluar dan baju je utk syafiw ke sekolah takut dia terbabas adalah baju spare.
ReplyDeleteEhem... Acik dah nmpk dah cap dia. Comelnya dia bergaya dgn cap dan spek:)
MD.. Bukan semua org anggap pelanggan tu betul. Aritu sy order mutabak tokey tu merusuh2 tebar roti canai . Mcm takmo berniaga je. Siap pesan kat pekerja jgn ambik order klu org nk roti canai banyak. Kita yg dah order ni mcm bersalah pulak order kat dia. Roti canai anak2 dah abis sy punya murtabak tak juga dpt2. Bila kita tny lg la dia merungut2. Padahal kita tny kot la dia lupa ke...
Tiap-tiap malam berpesan, LM. Macam betul-betul ajelah dia nak pergi sekolah keesokan harinya!
DeleteAda memang penjual salah dan adakalanya memang pelanggan tu banyak hal. Pendekata memang dua-dualah banyak songeh. Hahaha... Saya pun pernah jadi pelanggan dan kena melayan pelanggan, so adakalanya kita faham situasi tapi ada masanya memang tak boleh faham macamana sesetengah orang ni berfikir!
Kalau kes macam itu, lain kali jangan datang lagi makan kat kedai dia.... Tak menghargai pelanggan tu namanya!
Tapi tak semua orang yg praktikkan rule tu... siap kena marah lagi si customer bila tak jadi beli.... huhuhu
ReplyDeleteAgaknya kalau terjumpa adik cute kat mana2, mesti dia lagi besar dari Danish sbb walau dah umur 5 tahun lebih, tapi masih pakai baju saiz 3-4 yrs.. Tu pun baru jer upgrade saiz.... huhuhu
Banyak juga kes begitu, Nur. Saya pernah sekali tau kena dengan pelanggan masa tu kerja kat bank. Saya cakap cukup lembut ni kata terserah pada si pelangganlah mana yang lebih baik pada pandangannya tapi penerimaannya berbeza. Dikatanya kita tak menghargai dia sebagai pelanggan. Bila bos ulangkaji kejadian tersebut, dikatanya saya 'tak cukup lembut', 'tak cukup persuasive' ketika mengendalikan kes ini! Duh!
DeleteOh ya ke? Adik Cute memang kalau bab baju T-shirt 7-8 tahunlah. Seluar tu 5-6 tahun. Kalau kasut pun kakinya besar juga, kalau size budak 4 tahun memang dia tak muat!
Bila kita berniaga pun kena guna terma ni walaupun macam2 pancaroba yang dihadapi
ReplyDeleteBijak nya adik cute boleh hafal semua dialog tu hehe
Okay juga cita2 dia tu MD..
Memang cute li si adik ni
Abang pun cute..
Teringin nak tengok mama meke :)
Kalau berniaga tu HT memang kena layan elok-elok pelanggan walaupun kita tahu adakalanya, memang salah pelanggan. Kecualilah sampai main pijak kepala sesuka hatikan. Yalah rezeki kita datang dari mereka, kalau kita tak menghargai pelanggan macamana nak berjualan!
DeleteHahaha... permintaan yang macam itu memang tidak akan dilayan ~_^
Kekadang pun kita sebagai customer pun byk gak songeh :)
ReplyDeleteAda jer nak complain ..
Terbalik pulak dengan si Nabil anak CH..
Walaupun umur dah 8 tahun .. kena cari size 6-7 tahun..
Kalau tidak memang longgar lah baju nya.
Satu lagi nak cari seluar.. sebab dia tinggi kena cari umur 8-9 tahun..
Semakin cute pulak adik tu :)
Betul tu. Pendekata memang adakalanya salah si penjual, ada masanya salah pelanggan. Memang saling berpaut antara satu sama lain. Tak boleh lari ke mana :)
DeleteSaiz badan Nabil kecil ni. Anak-anak saya memang semua pakai saiz lebih besar daripada umur. Si Bubbly Abang tu sejak tahun ni dah pakai saiz S orang dewasa. Kasut pun kalau ikut kaki saya, sama saiz 6 orang dewasa. Bab seluar memang kena ambil saiz setahun lebih besarlah....
tak dengar flyfm la MD..adik cepat membesar..
ReplyDeleteHahaha... prank ni hampir semua stesen radio pun buat. Tapi janganlah ditunggu kat radio IKIM pulak, Mar...
DeleteAdik memang cepat membesar, itu yang Mommy semakin sedih anak dah besar. Huhuhu...
Nani selalu jugak dengar flyfm ni. Hari tu dia kenakan orang suruh mengira dari satu sampai 20 kalau tak silap. Sampai tengah2 dia cakap orang tu salah kira , pastu kena start kira balik dari satu. Hahahah. Hiburan di pagi hari kann. Hensem adik cute :D
ReplyDeleteSakit jiwalah kalau dengar si Ben & Hafiz ni. Bila bab dia menyamar jadi French guy ke, Japanese ke, perempuan tua ke, memang aduhai.... Nasib baik pepagi tu gelap orang tak nampak sangat kalau kita gelak terbahak dalam kereta sorang-sorang...
DeleteKenapa Nani? Nak buat menantu ke? Hahaha....
hahaha..cute giler kan..penangan upin ipin tu yg x menahan..bikin saya sengih sorang2 je..ahhahaha
ReplyDeleteYang ni memang minat Upin Ipin. Abangnya dulu tak suka kartun Melayu sebab dia asyik kata dia Uzbek. So tengok kartun omputih semuanya....
Deletehahahhaaha.. dengar jugak pagi tadi..sengal betul ben ni
ReplyDeleteSakit hatikan tengok si Ben & Hafiz ni. Kalau depan mata rasa nak tumbuk jerk. Hari ni dia menyamar jadi bos pekak pulak. Sakit betul jiwa mendengarnya ~_^
DeleteComelnye adik dalam gambar tu. Memang selalu juga dapat cstmr yang agak banyak songeh...tapi nak buat camne lagi...cstmr always right. Jadi....sabar je laa..
ReplyDeleteBetul tu, kalau kita bekerja di barisan hadapan yang kena melayan pelanggan, memang iyakan ajelah apa pelanggan kata walaupun dalam hati dok ngata macam-macam. Pernah melalui saat tu masa bekerja di bank dulu ~_^
DeleteTak pernah dengar flyfm. Hihi
ReplyDeleteHehehe.... kebanyakan radio station ada prank call ni. Kalau light-light okeylah tapi ada juga yang melampau sangat nak kenakan orang!
DeleteTambah shomellah adik.....sesuai sgt ngan suit biru dari kepala sampai kaki....
ReplyDeleteKekonon comel ler tu ketawa sesorang dlm kereta....eleh....
Tambah lew sorang lagi nanti abg sekolah ada sorang yg tolong uwek....uwekk.....hihi
Cukup-cukup sudah katanya... Semalam HD kata sepupunya ada 4 anak nak masuk 5. So sepupunya tanya kenapa HD ada 2 anak je? Isteri tak bagi ke? Rasa nak bagi penumbuk jerk. Saya tanya HD, nak lagi ke?
DeleteCukup-cukuplah. Bayar duit hospital mahal oi sekarang ^_^
Beranak jerlah kat GH..... nak gak beranak kat Prince Court hihi....
DeleteAmboi... senang-senang aje suruh orang beranak. Awat yang mengomen tu tak nak beranak lagi? Dah lebih umur ke apa? Apa nak takut, Che Ta yang lebih tua pun boleh, tak akanlah Mak tak boleh ^_^
DeleteCheq mana boleh beranak lagi.......Cheq kan ada darah tinggi masa mengandung, kang cheq punya darah naik tetiba camna??? Dan lagi hang nak suh mak pi operate bukak ikatan ka?.....
DeleteMacamlah tak biasa darah naik. Lepas beranak pun darah selalu naik dek kerenah anak-anakkan *_*
DeleteOpocotss.... dah ikat rupanya.... Maklumlah takut sangat nanti masuk suratkhabar dengan ayat-ayat cinta macam ni - 'Nenek lahirkan bayi kembar 4'
Kah3x.
amboii pergi school nak bawak spec segala.. pg sek dik, bkn nak jadi model hehehhe
ReplyDeleteclever btul dia..
Lyn pun suka gt krappycall tuh.. tpi hitz.fm lagi best.. kekadang ketawa sorang2 dlm kete.. hehehe
Hitz.fm sekarang siapa ya deejaynya? Dah lama tak dengar. Dulu dengar jugalah prank kat HotFM tu tapi adakalanya rasa macam keterlaluan sangat. Bab-bab minta izin nak poligami and etc. rasa macam tak sesuailah nak dibuat prank!
DeleteBen & Hafiz ni best sebab bila dia menyamar jadi Frenchguy ke, Jap ke, walla weyh...memang kelakar gila!
Dapat info baru baca ni.. huhu.. tak tahu pasal krappycall ni.. maklumla kalau pagi kat rumah tu saya ni sama ada membuta, membuat kerja rumah atau membuat kerja sekolah.. ops lupa sebut memblog.. menarik juga nampaknya krappycall ni, nati sy try2 usha ya..
ReplyDeleteHaha.. kalau kat rumah kami, naim yg jenis menghapal dialog cerita macam adik tu.. si adik ni pula tak ada pula, lebih nak menyanyi je kerjanya.. tapi seronok melayan diorang di fasa ni.. buat2 tanya pasal benda yang kita dh dengar 10 kali tapi diorang tetap nak bercerita juga.. haha.. naim 5 tahun skrg dh kurang sangat buat mcm dia sebelum ni. Elok MD rakam banyak2 masa adik bercerita tu.. nanti boleh jadikan kenangan gelak2 bila diornag dah besar.. hiburan kita..
Banyak juga ciri adik yang sama dgn naim, bab pilih baju pun sama.. nazif pulak tak apa je kita berikan apa2 baju. Kalau naim, tak kena taste dia dia mitak tukar.. tu yg geram, ada masa nk kluar patut lawa2, dia nak pakai bj yg dia suka tak kiralah dah buruk baju tu.. jd tak terkejutla kalau hari lain2 to gambar naim berbaju sama..
Banyak stesen radio yang suka buat prank ni, AN. Nama aje yang berbeza. Sekarang ni memang saya dengar FlyFM. Kadangkala dok layan juga Era dengan HotFM. Pagi tadi pun seronok dia kenakan pendengarnya - jadi bos pekak katanya.... tau ajelah Ben & Hafiz ni bila menyamar! Sampai semput dok gelak!
DeleteAbang tak berapa layan kartun Melayu. Dia layan English sitcom aje sekarang ni. Kadang-kadang saya pun terlayan sama~_^ Sekarang ni kami suka tengok Nicky, Ricky, Dicky and Dawn. Fanstastic habis quadruplet ni *_* Saya kalau lepas pukul 8.30 malam takda kerja nak buat memang menonton sama rancangan kegemaran anak-anak!
Saya bab merakam ni yang kurang sedikit. Bila ingat-ingat balik memang sayang. Bila saya tengok rakaman masa Abang kecil yang sepupu rapatnya simpan, rasa pulak alahai sayangnya saya tak simpan!
Adik ni kalau kat rumah pun memilih baju. Dia selongkar almari baju setakat nak pakai baju yang sama berulang kali jerk. Angin satu badan. Ni tengah merayu belikan almari ada gambar Upin Ipin. Hari tu dalam kereta dia ternampak kabinet tu dalam lori ^_^
dulu layan juga...tapi tak layan dah sebab rasa macam kejam plak call camtu
ReplyDeletebudaklah MD...anak-anak saya gitu. suka sangat menghafal dialog
sebiji plak tu...dah macam diorang baca skrip. tapi bukan setakat dialog aje, aksi pun tiru
semua dia sendiri pilih ke tu...wah, hebat. cam model dah ni
aisyah pun tahun depan sekolah, entah camne keadaanya
MD...tak nak tambah baby ke? hehe
Ada masanya kejam juga saya rasa. Pernah dengar kat HotFM dulu pasal izin berpoligamilah apalah, itu pada saya tak boleh dibuat prank! Hutang bank dan sebagainya pun bukan boleh buat prank. Memalukan orang secara tak langsunglah!
DeleteDia kan kalau nak keluar berjalan mesti nak pakai jeans. Jeans pendek paras lutut tak mahu. Nak yang tiga suku macam dalam gambar. Selama ni dia tak suka pakai shoes, sandal jerk memanjang tapi raya tahun ni sendiri pilih shoes sebab kita sibuk mencari abangnya shoeskan. Ni kes cemburulah tu. Akhirnya dia dapat shoes, abangnya maintain pakai sandals jerk!
Oit...soalan.... tak sesuai dah nak tanya kat saya lagi. Walaupun saya lebih muda daripada YY, saya dah tutup kilang ler...
ishh...nak juga mengaku dia muda tu tau
Deletemana adil ni...saya MUDA la. MUKTAMAD!
Minta maaf, tuan blog tumpang lalu *tolehkirikanantengokatasbawah* Rasanya ini masih blog saya. Apa-apa kata di dalam blog saya ni adalah muktamad ikut kata saya okey. Kah3x...
DeleteSudah-sudahlah tu perasan 13 tahun. Saya ni yang LAGI MUDA pun tak perasan teruk macam tu tau ^_^
Abang dulu tak suka tengok Upin Ipin. Dia tak main kartun Melayu, Diana. Dia tengok Thomas & Friends, Dibo the Gift Dragon, Timmy dan banyak lagilah. Kartun Melayu satu pun dia tak tahu masa sebaya Adik Cute ni. Sekarang ni pun kalau adik nak tengok kartun, dia sibuk nak tengok sitcom English!
ReplyDeleteBagus juga Upin Ipin ni pada pandangan mata saya. Kalau tengok Courage the Cowardly Dog tu lagilah alahai...perkataan yang diguna, takut kita kalau anak-anak tiru!
amboi pandai bergaya dah tuh ha.....ensem...muka sama macam abang
ReplyDeleteSekarang ni lebih senang suruh dia berposing daripada abangnya. Abang dah besar, tak suka berposing masuk blog lagi ^_^
Deleteheeee..so comelllllllll
ReplyDeletejemput singgah tips cantik tanpa mekap
Comel macam Mommynya ~_^ Kah3x.
Deletemy anak buah Qistina , masa umur 4 thn pun sibuk nak gi sekolah . selalu gak melalak sebab x dpt ikut mamanya dan kakak / abngnya pergi sekolah . adakalanya , my kakak bawak je pergi sekolah . oleh sbb kat sekolah my kakak ada bilik sendiri , dia melepak je lah kat dlm bilik tu main game ... kata my kakak ; " ramai yg jaga dia kat sekolah " . ada masanya dia ikut juga my kakak masuk kelas ...
ReplyDeleteWah, kakak Vee ni memang bukan guru biasa. Siap ada bilik sendiri. Pengetua ke apa ni? Paling-paling pun GPK kot ~_^
DeleteUntunglah cikgu boleh bawa anak ke sekolah tapi tak pernah pulak saya tau yang anak cikgu boleh ikut masuk kelas tengok emaknya mengajar. Sebab itulah saya rasa kakak Vee ni bukanlah guru biasa-biasa aje ni ^_^
Makin bijak setakat tengok Upin Ipin aje. Okaylah tu, sekurang-kurangnya ada juga kartun Melayu kita yang baguskan. Anak-anak boleh belajar banyak perkara dari si Upin Ipin nih...
ReplyDelete