Demam seminggu!

Salam 26 Syawal kawan-kawan!

Ini kisah throw back lagilah ya. Cerita terkini macam kena queue pulak nampaknya ~_^ Throw back pun throw backlah janji masuk juga blog ^_^

Hari Selasa sebaik aje menghantar my mother in law ke airport, I dah rasa tak sedap badan....

You all ni..... asal keluar statement begitu jerk mesti nak komen kata kita merindui mak mertua sampai demam-demam. You all tu kalau mak mertua balik dari menjenguk, pernah ke demam? 

Takdakan... melompat gembira dan lega  (tak payah berlakon jadi menantu mithali kerap sangat) adalahkan.... ~_^

Ini bukan disebabkan rindu dendam sebenarnya. Sejak hari Ahad I dah terasa tak sedap badan tapi bertahan ajelah selagi boleh. Malam Rabu tu dah mula kelubung satu badan. Dah mula gigil-gigil tak tentu hala. I ni kalau demam memang tak boleh tersentuh air. Sejuknya menusuk sampai terasa tapak kaki dan tangan bagai ditusuk-tusuk dengan jarum. Boleh kelihatan titik-titik merah (terasa pedih) di tapak tangan dek bagai tertusuk jarum tu (tapikan bayangan aje, bukan betul pun kena tusuk jarum....) 

Walaupun terasa sejuk beku macam tu, dalam badan panas membahang macam kena bakar aje kekdahnya. Terasa muka ni dah merah menyala dek panas membahang. Sampailah ke pagi Khamis, tak kebah-kebah juga demam. Ingatkan nak ambil MC aje tapi disebabkan hari Selasa dah cuti, malaslah pulak nak cuti lagi. Lagipun cuti tinggal berapa kerat aje lagi. MC banyaklah, itu pun tetiba aje malas nak ambil MC ~_^

Pergi jugalah kerja pagi Khamis tu tapi lebih banyak berehat daripada buat kerja! Dahlah badan sejuk kaku di luar, panas di dalam sampai berdenyut-denyut kepala membahang, dengan aircond yang sejuk sungguh (tak sejuk pun sebenarnya tapi dah I yang demamkan terasalah tetiba aircond sejuk sangat!) memang tak larat nak buat kerja. My colleague suruh ambil cuti setengah hari aje tapi I pulak malas nak drive balik. Nak pergi klinik tengahari buta lagilah I malas. Lagipun rugi cuti sebelah petang sebab masa bekerja pendek sangat! Makanya bila lunch time teruslah I terbongkang tidur bertelekung dalam surau.

Balik aje dari kerja, terus lompat atas katil. Badan kejap panas, kejap sejuk sampailah ke malam begitu. Bila sejuk datang, 2,3 pasang stokin I sarung. Pakaian tak payah cakap, 3,4 helai juga I pakai. Sampai baju lengan panjang HD pun I sauk pakai juga. Selimut tebal aje sampai dua helai kelubung badan! 

Bila tiba-tiba panas datang, habis semua I campak buang ke lantai. Memang tak tahan betul panasnya. Dek kerana tak sanggup menahan lagi dan panadol pun dah tak jalan, I pun pergi klinik pagi Jumaat dan dapatlah MC sehari. Sebab dah tiga hari demam dan doktor kata 'ambil ajelah darah sebab bukan awak pun yang bayar, insuran coverkan...' makanya kenalah cucuk lengan ambil darah! 

Balik dari klinik memang berkelubung lagilah macam biasa. Tak kebah-kebah juga walaupun dah ambil ubat yang doktor beri. Apalagi, cik akak ni kalau dah gitu gayanya memang tak tahan dugaan. Mulalah air mata laju aje mengalir, sedihlah kononnya sakit macam ni terasa sangat sendirian walaupun ada keluarga disisi, terasa sedih pulak bila mengenangkan anak-anak terbiar, entah apa makan, entah buat apa pun kita dah tak peduli. 

Hati pun cuak, manalah tahu kalau-kalau ujian darah dok kata denggi pulak. Lagi haru-biru kena masuk ward. Dahlah ah kak ni penakut betul nak masuk hospital katanya... Bertambah-tambahlah sedih di hatikan padahal demam panas aje pun! Propa ajelah lebih ~_^

Petang tu staff klinik telefon. Kali pertama telefon I tak angkat sebab takut sangat. Bila tengok missed call, dah bantai menangis siap-siap. Padahal belum tahu pun apa keputusan ujian darah. Memang ngengada sangat tau! Taulah awak tu demam setahun sekali. Itu yang nak minta manja berlebih-lebihan! Nasib baik juga mak mertua dah balik, kalau tidak jangan haraplah dapat bermanja!

Kali ketiga missed call barulah I called the clinic semula....

Wah, wah, wah....

Nasib baik bacaan semua NORMAL!

So ini bukan demam denggilah tapi demam ngengada je kot... (tapi seriously, memang I demam teruk tau, tak ingat dah dunia sebenar....anak-anak pun bertempiaran kekdahnya... suami apatah lagi, pandai-pandailah nak bawa diri cari makan dan sebagainya ~_^)

My superheroes lebih banyak menghabiskan masa di rumah my sister. Hujung minggu tu I suruh mereka tidur di rumah MakNgahnya. Apalagi, happylah mereka. Sampai hati tau.... boleh mereka happy jerk tinggalkan Mommy yang tengah sakit! Lagilah nak melalak kan... lagilah tak kebah demam kan ~_^

Petang Sabtu dah mula elok tapi malamnya jadi balik kejap panas, kejap sejuk. Tension jugalah HD sebab dengan HD sekali tak dapat tidur dengan lena dah I asyik nak merengek aje di sebelah ^_^ Kes minta perhatian lagilah ni....

Nasib baiklah pagi Isnin minggu berikutnya dah kembali elok seperti sedia kala. Makanya wajiblah halaukan diri keluar dari rumah pergi kerja. Takkan nak cuti lagi kot.... 

Mulai hari Isnin itu jugalah rutin dah kembali seperti sedia kala. Tak mainlah nak minta perhatian lebih-lebih. Ada kang kena siku. My hubby ni perhatian pada isteri ada batasnya, bukan macam perhatiannya pada ibu sendiri ~_^

Eh, I tak jealouslah! I menyatakan fakta sebenarnya! Dalam erti kata lain nak menegaskan lagilah betapa my hubby ni memang anak yang baik sangat tau tapi status suami yang baik tu, okeylah. Nak kata baik sangat tidaklah. Oppsss.... 

Hahahah!

Kata sakit tu penghapus dosa kecil. Ni baru baik sakit, dah mengata suami. Dahlah pagi raya sampai terlupa bermaaf-maafan, tambah lagi dosa ...

Phewwiittt....Dear! I'm sorry ek! (Kalau HD sibuk menggoogle dan terlepas masuk my bloglah....)

Curlass tak ah kak minta maaf dengan suami? ^_^

 



 


Comments

  1. amboi, mintak maaf kat blog je..mana aci.kena nangis-nangis macam drama raya Rashid Sibir.

    semoga cepat sembuh kak MD..take care.jangan minum ais banyak sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal, serius... akak terlupa bersalam-salaman memohon maaf dengan HD di pagi raya. Sibuk teruja bermaafan dengan seisi keluarga lupa pulak nak tarik suami dan anak-anak masuk bilik untuk sesi bersalaman secara eksklusif katanya....

      Oh, Sal.. ini cerita lepas balik raya! Akak dah sembuh sepenuhnya sekarang :)

      Delete
  2. hahahaha.. takut nak tau result sampai tak berjawab call dari klinik. Ingat saya je spesis penakut rupanya ada lagi yg se geng dengan kita. Bak kata orang cerita hantu gedebuk gedebak dalam blog alih2 nak ngadap doktor, jarum & result darah pun takut hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, itulah pasalnya! Kalau berborak pasal hantu, champion bukan main. Macam takda hantu di dunia ni yang digeruni tau. Tapi baru demam panas dah meleleh air mata. Dok teringat kena masuk ward, lagi meleleh air hingus. Bila kata nak dapat keputusan darah, lagilah melolong tak ingat orang disekeliling. Hahaha!

      Delete
  3. Nasib baik sempat hantar MIL balik baru MD demam... Kalau tak, naya juga... mesti HD dalam dilema... mak sakit kaki, yg si isteri pula demam2...
    Bila demam masa MIL dah balik, boleh la ngengada lebih sikit, yerk??

    Bukan setakat cara MD minta maaf jer currlass... cara "puji" HD pun curlass.... hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feeling nak demam tu daripada hari raya ke-3 tapi nasib baiklah mampu bertahan. Sebaik aje mother in law balik terus demam. Manalah orang tak kata demam rindu. Nak kata demam ngengada nak minta perhatian ya juga kot. Hahaha...

      Biasalah... puji-pujian ni ada curlass tertentu katanya ~_^

      Delete
  4. Cuba bayangkan kalau demam masa mami ada lagi haru dibuatnya
    Ujian hari rayalah ni. Kakak rasa raya kali ini ramai yg kena uji demam tau MD
    Cuma nasib baik ada kakak/adik duduk berdekatan boleh tumpangkan hero-hero tu di sana kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik jugalah, kak. Kalau tidak, menyampah pulak mak mertua tengokkan. Dugaan sikit pun tak boleh tahan. Lagilah terus dapat C- grednya :)

      Entahlah penat kot sebab cuaca panas pun ya juga. Saya ni jarang-jarang demam tapi kalau demam, memang buruk betul perangai ngengadanya!

      Delete
  5. suami acik dan anak pun demam MD sampai kena injek..2 minggu baru baik dan ada slera makan
    Alhamdulillah MD dah baik demam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minggu demam agaknya lepas raya ni, Acik. Yalah, macam-macam faktor penyumbangnya...

      Delete
  6. alhamdulillah , dah sembuh . saya klu demam mmg dok atas katil memanjang . klu ada suami pun rasanya mmg suami ler yg kena layan saya ... hahahaaa ... seorang lelak yg jaga ibunya dgn baik , dia juga akan jaga isteri dgn anak2nya dgn baik . tapi bkn senang nak cari kan . selalunya dah kahwin baru tau ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seminggu jugalah tumbang. Lega bila dah sembuh. Boleh start rutin harian macam biasa. Bila tengok rutin rasa macam bosan sangat, sama aje hari-hari. Tapi bila tak dapat buat, rindu pulak ~_^

      Betul tu. Masa berkawan memang semua nampak baik. Dah kahwin baru nampak yang lompang-lompang perangainya. Alhamdulillah, suami saya memang anak yang baik. Harapnya dapatlah perturun sikap tu kepada anak-anaknya. Lega hati saya kalau anak-anak pun begitu tau!

      Delete
  7. Teruknyaa demam kak sampai berstokin tiga empat lapis. Nani setakat ni kalo demam memang guna selimut tebal gila lah. Heheh. Ehh orang sakit memang kadang kadang emosi terganggu sikit.Nani kalau sakit cepat betul nak menangis lah apa lah. Hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila datang sejuk memang tak boleh tahan, Nani. Lagi kita selimut tebal, lagi terasa sejuknya. HD sampai peluklah konon nak bagi panas badan pun tak jalan juga. Tapi bila dah panas, aduhai.... tension sungguh!

      Sedihkan bila sakit. Emosi mulalah over-over datang menerjah. Sikit-sikit nak nangis. Ambil darah pagi, belum tau result dah fikir bukan-bukan. Dah terbayang bukan-bukan. Pastu nangis siap-siap!

      Delete
  8. Alhamdulillah.. MD dah sembuh..
    ira blum baik batuk lg.. huhu..
    Teruk jugak demam MD tu..
    Mmg patut dpt perhatian HD.. hehe..
    Bila sakit, kalau org x kisahkan kita, sedih sgt rasanya.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim raya mungkin memang beginilah jadinya. Terlebih jamuan kot *_*
      Betul tu, kalau kita rasa orang tak kisah kita sakit mulalah buat perangai. Dengan anak-anak yang tak cukup umur pun boleh merajuk. Padahal kita juga yang suruh mereka tidur dengan MakNgahnya, manalah tahu kot nanti berjangkit pulak demamnya. Bila anak-anak happy pergi rumah MakNgah, bantai sedih pulak kena tinggal anak-anak! Masalah perasaan sungguh tau!

      Delete
  9. Lamanya lahai demam. LM
    Dah mula gigil ni lps kena hujan ambik ank2 sekolah td:(

    Haaa demam tu mmg tahap nk manja2 gak kot. Alang2 mood honeymoon tu kan? (Maaf gurau je MD).LM ni demam payah nk telan ubat. Selalu sentap klu laki suruh telan ubat. Huhu

    Rasanya kan.. Hari2 suami MD baca blog MD kot ? Dia je yg x bg tau. Dorang ni mesti nk tau apa kita taip. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jarang demam, LM. Kalau setahun tu mungkin sekali dua. Tapi kalau demam macam nilah jadinya. Lembik betul sampai dok nangis-nangis sedih konon...

      Mood honeymoon tengah demam ni memang teruk betullah, LM. Bertepuk sebelah tangan jerk ~_^ HD kata silalah jangan demam lagi sebab kalau demam buruk sungguh perangai *_*

      Tak juga. Kadang-kala aje kalau nak tease saya mulalah HD buka and baca. Habis komen pun dibaca lepas tu sound saya kaw-kaw, kalau tak pun adegan kutuk mengutuk terjadi sampai merah muka kita nih!

      Delete
  10. sweet betul demam ngada2 MD ni..nasib baik demam biasa je kan...org yg jrg demam tp sekali dia demam mmg cengginilah kekdahnya..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kalau sesekali demam memang tahap mengada-ngadanya over sungguh. Sikit-sikit nak nangis. Sikit-sikit nak emosi. Padahal demam panas jerk pun!

      Delete
  11. assalamualaikum MD
    alolo sakit ke ni
    biasa lah tu ALLAH syg tu makna nya kan
    banyak sabo ek jgn bwa bersedih tak manis nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Kak Noor!

      Dah baik dah kak. Itu cerita raya keempat *_* Allah baru duga sikit dah tak tahan. Bila dah sihat, buat balik dosa. Hehehe....

      Delete
  12. akak pun demam gak yer.. musim agaknya.
    Alhamdulillah dah sembuh.
    Lyn pun demam selepas seminggu raya. Masuk office dua hari, weekend then sambung MC dua hari. Punya lah lama tak demam kak. sekali demam mmg tak bgn. Fever gone after 2 days, cuma flu & batuk jer tak sudah2. Ni dah ok dah. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul tak tahan. Lepak habis. Tak peduli dah apa berlaku di rumah. Nasib baik my kakak tinggal berdekatan, bolehlah hantar anak-anak. Makan minum semua kakak yang tolong tengok-tengokkan. Akak dah terlantar atas katil dok syahdu ajelah kerjanya...

      Delete
  13. Saya langsung tak boleh kena air, Diana! Kalau cicah tangan kat air, bisanya sampai keluar macam bintik-bintik kat tapak tangan. Sakit betul. Saya pun jarang demam tapi kalau demam memang macam nilah gayanya. Siksa betul. Siap lengkap pakej tangisan bulan madu bagai. Hahaha...

    ReplyDelete
  14. tak minta maaf masa rasa pun takpe asalkan hari-hari minta ampun (yeke)..kihkih..
    lama MD demam ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapikan rugilah... pagi raya tu! Sibuk minta maaf seisi keluarga sampai lupa anak beranak tak bermaaf-maafan ~_^

      Delete
  15. Cuaca sekarang tak menentu MD..
    Mudah sangat demam..
    Kena minum air kosong banyak2..
    dan elakan minum ais batu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga sebab cuaca, CH. Mungkin juga terlebih makan musim-musim raya macam ni. Nasib baiklah dah berlalu. Kalau tidak, parah juga rasa hati menahan sakit. Maklumlah tak tahan dugaan katanya. Nak bermanja ya juga ^_^

      Delete
  16. kan.. sama lah dengan ai.. kalau sekali tak sihat, memang teruk sebab jenis jarang sakit.. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik..
    Moga MD dan kita semua sihat selalu hendakNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu memang macam tu. Kalau sekali demam, terus tak ingat dunia sebenar. My hubby pesan tolonglah jangan demam. Kalau demam buruk sungguh perangai katanya. Hehehe...

      Mudah-mudahan, begitulah hendaknya. Kalau sakit selalu pun susah juga. Kita kan pendokong keluarga gitu ~_^

      Delete
  17. saya pun jarang demam, tapi kalau dah demam dah macam apa ntah
    agaknya nak suruh MD berehat tu...
    orang lelaki camtu lah tau, bini sakit buat tak tahu aje
    benci tau...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau setahun tu mungkin sekali dua aje demam. Terus demam panas. Tapi kalau demam saya memang tak boleh sentuh air. Ngilu tapak tangan ni sampai macam ada bintik-bintik merah kat tapak tangan.

      HD tu layan jugalah tapi katanya kalau saya demam teruk betul perangai. Ini tak kena, itu tak kena. Ubat suruh makan bertangguh lepas tu mengerang sakit sampai nangis-nangis. Tak kuat semangat betul katanya... Tapi HD lupa, kita minta perhatian lebih sikit tu sebenarnya... ^_^

      Delete
  18. Ekekeke...... Terasa mak tau dengan statement Kak Ton atas tu..... Memang betul sangat ar tak pernah demam, mahupun lompat gembira hihi..... Psst lompat dalam hati ajelah kehkehkeh.... Padanlah muka kita sok menantu buat cenggitu ek hihi....

    Kak Ton demam teruk..... kiranya sejak berblog ni baru kali kedua Kak Ton demam kan....
    Mak tau apa sebabnya..... Tu kira penghapus dosa dengan mil tanpa sedar lew tu hahahhaha.....

    Apalah klinik tu....sepatutnya kalau tak de pape tak yah le bagi tau, menyeramkan tau....Mak pun seram hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, sampai kena scroll entry nak tahu apa Kak Ton cakap sampai Mak terasa hati juga ~_^

      Yalah, rasanyalah memang baru dua kali kot. Setahun sekali. Sekali tu masa akhir 2013 yang kena viral fever. Kali ni pun sama juga kekdahnya. Kak Ton ni asal kata ambil darah yang paling takut bukan sebab ambil darah, takut kena masuk hospital! Itu yang ngeri sampai nangis-nangis tenggelam dek air mata (tapi takda siapa yang peduli....)

      Amboi, Mak.. Kalau Kak Ton sakit aje katanya penghapus dosa dengan mak mertua. Terasa hati Kak Ton tau, yalah... Kak Tonkan menantu jahat tak macam Mak tu... dua minggu sekali melawat PIL katanya...

      Kann.... kalau takda apa-apa tak payahlah call. Eh, tapi yang tahun 2013 dulu mereka terlupa call tau nak inform platelets menurun dengan jayanya. Itu lagi parah! Kita ni fikir mereka tak call kira okeylah takda apa-apa masalah! Rupanya mereka terlupa!

      Delete
    2. Weyh...... melawat PIL 2 minggu sekali tak sama hebatnya duduk sebulan sekali dgn MIL tau....Mak mmg respect sangat dgn Kak Ton. Kak Ton mmg menantu yg baik dari ladang haha! Bagus Kak Ton.

      Delete
    3. Baik apanya Mak kalau report card dapat B- semuanya. Mak ni saja-saja nak ngumpat Kak Ton dalam statement tau ^_^ Nasib baik PIL Kak Ton tak duduk dekat satu Malaysia. Kalau tidak memanglah Kak Ton berkongsi kasih sepanjang tahun Mak oi...Hahahaa...Ini yang nak keluar novel terbaru bertajuk 'Suamiku Stranger' ~_^

      Delete

Post a Comment