Gelagat Adik Cute beriadah katanya...

Salam 29 Syawal kawan-kawan!

Dah lama tak bercerita tentang anak-anak dalam blog. Kononnya sikit hari tu, tak mahulah expose sangat tentang anak-anak maklumlah I rasa I ni macam selebriti pulak. Lepas tu terfikir pulak, dah tentu-tentu blog ni wujud sebab nak berpenglipur-lara tentang kisah mereka. Kalau dah takda cerita tentang anak-anak,  I nak cerita apa pulak?

Cerita tentang 1MDB? 

I tak minat....

Cerita tentang politik yang pening kepala I sendiri nak memahaminya?

I tak minatlah berpolitik ni. Memang takda tokoh nak jadi ahli politik. Jadi narrator rancangan kartun bolehlah kotnya ~_^ Banyak nak bercerita. Yang itu I sukalah ^_^

Cerita tentang bola?

Satu kelab bola pun I tak ambil tahu, macamana nak bercerita pasal pemainnya yang handsome handsome bola pulak?

Jadi kita lupakan segala topik yang tak boleh masuk di akal I ni ~_^ Kalau masuk juga, dah tentu tersekat tak lepas keluar jadi hasil penulisan teragung katanya *_*

So, selepas bulan puasa kami pun kembali mengunjungi taman larangan macam selalu. Kali ni lebih kerap sebab si Bubbly Abang kena berjogging. Makanya setiap kali ada masa terluang, tentulah kena kerah berjogging. Selalunya Bubbly Abang berjogging dengan Daddynya. I dan Adik Cute pulak 'bermain-main' di taman sahaja. Penat naik buai, kita main jongkang-jongket, lepas tu main gelungsur (oppss yang ni Mommy tak boleh menggelungsur lagi dah...!) Adik Cute tukang arah, I tukang ikut arahan ~_^

Si kecil ni lately memang tengah sibuk nak bertopi dan berspek mata hitam. Tak kiralah panas berdenting (itu okeylah), hujan lebat, siang mahu pun malam. Lepas mandi petang aje teruslah sibuk mencari topi dan spek mata hitamnya. Main lego malam-malam pun berspek mata!

Adakalanya time mewarna pun pakai spek hitam. Kalau berterusan habit ni sampai tahun depan, I takut pulak kalau-kalau dia nak berspek mata hitam dan bertopi pergi kindergarten nanti! Pengsanlah Mommy menahan diri dari terasa glamour; dah tentu-tentu cikgu pun boleh cam. Anak kita jerk yang pakai spek mata hitam dalam kelaskan ~_^

"Makcik-makcik boleh ke jogging kat taman pakai spek hitam macam saya? Tak bolehkan! Kalau makcik-makcik pakai, tentu orang kata 'apa ke hal orang tua tu pakai spek hitam berjogging?' "

Adik Cute ni nampak aje macam brutal. Kalau kat rumah, bukan main ajak Abangnya berlawan. Kalau kalah, menangis. Main pun sama. Kalau di pihak yang kalah, memang menangis mendayu-dayulah macam hilang girlfriend! Tapi cuba bawa di tempat awam. Orang dewasa dia tak takut. Yang ditakutinya budak-budak. Kadang-kadang nampak baby pun dia dah lari lintang-pukang 'menyelamatkan diri' . Ni mesti terasa diri glamour sangat sampai baby pun ada hati kalau nampak dia nak tackle ^_^

Bab perasan, mulut bertih jagung dan bijak memanglah ikut Mommy ^_^

Setiap kali kami ke taman, Adik Cute mesti dok tanya ada ramai 'budok-budok' tak kat taman. Bukan apa, tanah yang didirikan taman permainan tu adalah tertulis namanya di salah satu dahan pokok yang ada. Itu yang kalau nak main, mesti dia seorang jerk di situ.

Kalau ada budak-budak lain datang meluru nak main sama, laju aje dia minta tolong selamatkan dirinya! Mulalah start membebel marah-marah kenapa 'budok-budok' tu sibuk nak main kat tempat yang sama. Lepas tu yang paling letih, diajaknya kita ke hulu ke hilir pergi ke kawasan yang takda 'budok-budok'. Bila dah sampai, boleh pulak tu eh-eh, tak jadi nak main sebab tak best!

Nasib baiklah Mommy ni kalau sampai taman terus bertukar jadi pengasuh, ikut ajelah apa kehendaknya. Maklumlah di khalayak ramai tak boleh menjerit macam bini Tarzan, jatuh maruah perempuan Melayu terakhir nantikan ^_^

Meh, tengok ni salah-satu daripada hari-hari yang kami ke taman di mana dia sibuk bergaya dengan spek mata RM50nya. Cuma cap yang baru beli masa sebelum raya tu tak sempat dia nak libas turun dari penyangkutnya dan Daddy dah panggil suruh cepat, makanya tak dapatlah melaram dengan cap dan spek hitam ~_^

"Taman ni aku yang punya!" Hahahahahaha.... gelak besar  macam ' si nenek kebayan yang suka makan budok-budok'

Happy sangat kalau takda budak-budak lain di taman. Kalau Adik nampak seorang aje budak berkeliaran berhampiran dengan tempatnya nak bermain, habislah lintang-pukang dia lari menyelamatkan diri!

Mommy mesti berada di depan mata sebabnya 'Kalau Mommy hilang, macamana Adik nak cari Mommy! Hah, cuba Mommy cakap macamana!'

Oh, I know... tak payah cakap.... Memanglah comel macam Mommynya! Ke mana tumpahnya kuah dal bersambal kalau tak ke piring roti canai telurkan ~_^

Eh, kenapa hari ni level keperahsantanan I over ek?

Ni mesti ada apa-apa yang menggembirakan hati nih..... @_@

 

 


 

 













Comments

  1. mana datanglah sebutan 'budok-budok'..nak kata ada darah Kelantan, Maknya Batu Pahat, ayahnya Uzbek...tapi takpe, Adik Cute, baya ni pakai apa pun orang kata comel. Dah besar sikit pakai spek mata hitam ke hulu ke hilir orang kata poyo lah pulak.

    blog kak MD ni biarlah cerita pasal anak-anak je. Ramai orang suka baca. Saya yang baca suratkhabar hari-hari pun tak lalu nak cerita pasal Wan Emdibi..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tengok Upin Ipinlah tu agaknya. Yang kes 'nenek kebayan suka makan budok-budok' tu....

      Sikit hari tu cuak jugalah letak gambar anak-anak dalam blog. Maklumlah kalau dah masuk internet ni bukan kita boleh kawal, ya tak? Nak kata glamour tidaklah tapi dah zaman sekarang ni zaman yang penuh menakutkan, kita pun jadi cuak juga - betul ke tidak tindakan kita sebagai emak nih...

      Bosanlah Sal baca pasal Cik Wan tu. Tergugat iman akak asyik nak marah jerk ~_^

      Delete
  2. Eh... adik apasal tak ikut abang dgn daddy pergi jogging?
    Tengoklah nanti kalau abang dah susut baru adik jeles nak jogging ye.
    Abang tu kalau susut sikit aje pun dah sado sebab abang tinggi.
    Mata adik cantik buat apa tutup dgn spek hitam. Auntie suka tengok mata adik tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik nak jogging tapi mana ada kasut jogging. Adikkan tak suka pakai kasut. Tahun ni raya barulah dapat beli boot raya katanya... Kalau tidak, jangan haraplah. Selipar dan sandals aje jadi mainan kakinya...

      Nampak macam dah susut sikit tapi tak banyaklah. Dada masih 'bergetah' lagi, kak. Kawal makannya sekarang tapi tak boleh mendadak sebab kesian tengok si Abang ni kalau dia teringin sesuatu cumanya air manis memang dah kena 'ban' kat rumah!

      Delete
  3. wahh dah training abang yer..
    sabar jer lah..pasni mesti sado si abang..
    adik pakai spek ke tak pakai spek ke tetap cute..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang terpaksalah training mulai lepas raya. Takut tengok 'buah dada'. Hahaha.... Semalam pun rambut dah kena togelkan si Daddy, dah macam GI Joe aje kekdahnya. Takut nak pi sekolah pagi tadi, takut kawan-kawan panggil nickname!

      Delete
  4. Ensemnye adik cute..
    bkn main ber'spek' hitam tu.. macho la tu.. hehe..
    Biar la nk perasan pun MD.. xde hal la.. haha..
    apa la yg menggembirakan tu ye.. :)
    seronok bwk anak main kat taman, tapi tak larat nk kejar la.. kalau ayah dia, dibiarkan je bdk tu main, kita ni yg risau.. da mcm pengawal keselamatan pulak jdnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni siang malam dengan spek mata. Kalau takda, kecoh satu rumah. Nak mewarna memalam buta pun pakai spek. Risau pulak dah... Nasib baiklah masa makan tak nak berspek ~_^

      Saya ni kan memang kaki perasan. Kalau sehari tak perasan, rasa macam tak complete jerk hidup seharian. Hihihi....

      Delete
  5. adik nak privacy tu.. maybe asyik kena ngorat tu fobia nak main dengan budak2.. anak saya dulu ada jugak kena penyakit nak berspek mata macam ni.. tapi dah abis musim sekarang. sekarang ni gigih suka pakai headphone pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik memang kuat perasan tau, ikut Mommynyalah tu. Hahaha...lebih baik ngaku sebelum orang lain tebak siapa punya gene yang diperturunkan pada Adik ~_^

      Dia memang perasan semua budak-budak nak rapat dengannya. Padahal budak-budak tu tak hairan pun dengan kewujudan dia kat taman tu setiap petang ^_^

      Delete
  6. Hehehehe..kelakar pulak baca...macam2 perangai anak2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Level anak-anak macam ni memang seronok dilayan. Bila dah besar nanti, sedihlah kita emak-emak ni. Tak dapat nak mengulit anak-anak lagi!

      Delete
  7. Kat rumah ni memang polisi tertutup aje, Diana. Kalau saya ada, barulah dapat keluar. Tapi kat area rumah saya pun tak banyak budak-budak sebayanya. Geng Upin Ipinnya siapa lagi kalau bukan Ehsan aka Bubbly Abang yang selalu jerk kena buli dan membuli!

    ReplyDelete
  8. ai dah tahu.. lepas ni ai nak bawak dak Nuha jumpa dak Adik..
    nak tengok berapa jauh dia larik.. dak Nuha pulak confirm berkepit kat celah peha ai.. wakakaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Dak Nuha pun sama ke level keperahsantanannya macam Adik Cute? Asal orang tahu dia wujud je, orang nak cuba tackle dia... Hahaha...

      Anak bujang I ni sopan-santun orangnya. Menjaga adab lagi. Dengan 'budok-budok' tak mainlah beramah-mesra, takut terpegang aurat gitu ^_^

      Delete
  9. Makan budok!!! Siap lari kalo tgk baby tu yg musykil tu. SUkar sikit la laluan mummynya nak bagi adik baby kat adik cute ni nnt. Hehe.

    Ok, adik mmg cute with or without sunglasses. Tapi mummynya tak cute. hakhak. Jgn maraa ye. Sbb tak pernah tgk mummy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius, Lyd. Ada parents tu dukung baby mereka menuju ke gelungsur, dia dah bersiap sedia nak larikan diri. Lepas tu membebel kata baby tu kecil lagi pun nak sibuk main kat tempat dia... Maklumlah tuan punya taman permainankan...

      Oh, bab itu tidaklah. Kan dah kata kilang dah ceased operation. Ringgit menjunam jatuh ~_^

      Yalah,yalah... tapi ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke pinggan. Faham tak ni? Huhuhu....

      Delete
  10. Comelnya adik!!!

    Eh x nanges pulak dia tak sempat capai cap tu.

    Rasanya 'angin' pki spek dan cap tu kejap je kot. Esok lusa angin nk pki baju super hero ke apa kot. Hehe

    Jelesnya tgk MD g taman. Lama betul LM x bawa ank beridah. Hujung2 tahun ni mood exam melanda. Maka ank yg kecik2 pun kena kuarantin sama. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik memang comel sebab ikut Mommylah! Huahahaha....

      Selalunya memang melalak kalau tak dapat pakai spek hitam & cap. Tapi la ni Daddynya dah bising, dia takutlah. Kalau dengan Mommy yang macam singa betina ni, depa tak takut lagi dah... Jeritlah, peduli apa pun!

      Saya pun dah seminggu tak dapat ke taman sebab cuaca tak mengizinkan. Ingatkan semalam petang nak pergilah, ada hal lain pulak! Tetiba rindu kat taman tau. Oh, auww...... MD rindu taman, memang very rare _^

      Delete
  11. adik cute nampak tak mana gelongsor mana buaian ni..bukan main lagi bergaya hebat dengan spek hitamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kali tanya kat dia, 'Dik nampak tak ni?' Selamba aje dia menjawab, 'Adik nampaklah Mommy. Apalah Mommy ni, itu pun nak tanya!'

      Aha... sakit jiwa melayan dia ni berbual dan bermain!

      Delete
  12. Kecik2 dah pandai bergaya dn spech mata hitam. Tgk dah besar nnti sama bergaya gak ker tak..
    jgn jdi romeo sudah. Nnti mummy pelangkong plak.. hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah besar Mommy tak mampu nak pelangkung, Lyn. Anak bujang semuanya. Kang tak pasal-pasal Mommy pulak yang kena. Ish...harapnya tidaklahkan...

      Dia ni pemalu amat dengan 'budok-budok'. Insya Allah, tak sempat nak jadi romeo kalau dah nampak gegirl aje dia nak lari, macamana....

      Delete
  13. Cewah..kemain bergaya adik pakai spek hitam ni weh..kalau terus bgaya gini sampai besar, jenuhla mommy kamu nk pilih menantu nanti tu..

    haha.. ini gaya bolehla kita kawan ya dik.. pandai demo kecek kelate tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy tak susah, siapa yang anak berkenan, kita test try and bagi trial aje tengok perangai macamana. Ni takut sampai ke besar kekwat nak bergaya style gini...panaslah hati Mommy tak dapat kawal nanti ~_^

      Saya pun tak tahulah mana dia dapat pronunciation 'budok-budok' ni. Tapi Adik ni kalau dengar dia berceloteh memang buat kita gelak dengar caranya bercakap tau!

      Delete
  14. eh2 dah macam mychintahati dah dok pakai spek hitam memanjang
    sampai dalam mall pun dia dok pakai
    cam satu trademark dah dia dengan spek itam...
    boleh kata buang tebiat kalau tetiba tak pakai
    macam sesuai sangat dah jadi menantu adik cute ni =)

    MD cite pasal anak ajelah MD...kang jadi apa kalau cite topik lain
    lagipun tak kena langsung politik dengan bola sepak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni tengah musim habit gaya gini, YY. Mewarna tengah malam pun pakai spek mata hitam, jangan tak tahu. Lepas tu komplenlah tak nampak sebab lampu tak terang. Padahal....

      Saya cemburu kat Dik Sal sebenarnya. Kalau bercerita pasal bola, macam dia yang main. Macam pemain tu semuanya kawan-kawan sekolah dia. Kita yang baca ni tercanguk nongkat dagu tak faham apa pun tapi tetap juga baca sampai habis dan komen. Dah katanya kena tinggal jejak bila datang, tak best pulak kalau tak komen walaupun tak faham ~_^

      Nak cerita politik, takut nanti PM turun, saya pulak tercalon jadi PM. Maklumlah, penuh details kalau bercerita sampai menyembur-nyembur air liur. Wakakah...

      Delete
  15. Sekarang ni Abang dah pandai main kasar. Lagilah tinggi suara Mommy menjerit kat rumah :) Dia dua beradik kalau bertemu di rumah memang bisinglah alahai sampai masa tidur!

    Penghafal skrip Upin Ipin sekarang ni selalu aje kena karate dengan si kena buli :)

    ReplyDelete

Post a Comment