Gembiranya dalam hati...

Salam 11 Zulkaedah kawan-kawan!

Hehehe...ada orang tu kan... baru aje keluar dari gua, terkejut agaknya toleh kiri dah tak nampak dinosaur, toleh kanan dah tak nampak anak bulan Syawal lagi, terus beri salam Zulhijjah... Keh3x...

Hari ni I terlebih happy. Nak tahu kenapa?

Tak nak?

Tak nak sudah, I tetap juga nak cerita mengapa.... ~_^

Ingat tak tentang my ex-boss yang kepulangannya ke Jepun menyebabkan I berantakan menangis dalam bilik air? 

Aha...itu bos ada holidaying di Malaysia bersama isterinya sekarang ini!

Pepagi tadi sampai pejabat tengok dah dapat souvenir daripadanya. I tak buka lagi tapi I syak mesti dia beri prawn crackers Jepun yang menjadi pujaan hatiku....  



Tengok logo pun dah tak syak apa lagi ~_^

Terharu sungguh dengan keprihatinan bos ni walaupun dah 3 tahun pulang ke Jepun dan sejak itu  I dah berganti dua orang bos pun! Setiap kali hari jadi I selama dia menjadi bos sehinggalah ke tahun ini, dia tak pernah lupa pun hantar email untuk ucap selamat harijadi!

Apa-apa pun hari ni takda mood nak makan prawn crackers, makanya esok-esoklah kita buka ye.. 

Tak dapat nak bersemuka kerana dia cuma berholiday sampai Jumaat ni (katanya sebelum Bersih 4.0 kena balik Jepun dah...hehehehe!)  tapi sempatlah berbalas-balas email ~_^ Dia kata Englishnya dah teruk lepas balik Jepun. I kata..... my Japanese pun masih di takuk lama ~ Eh, tak belajar-belajar pun!

Dalam 8 boss yang I pernah bekerja bersama, bos inilah yang paling I suka. Sangat memahami dan fleksibel. Kalau tak jumpa jalan pulang dalam parking KLCC tu sampai terlewat balik lunch pun dia tak kisah ~_^ 

Bukan itu sahajalah, dia memang seorang bos yang bagus. Sangat mudah bekerja dengannya. Hati pun senang aje hari-hari nak pergi kerja ^_^

Oleh kerana gembira tak terkata dapat tau ex bos yang kusanjungi ada di sini, makanya I terlupa nak taip entri untuk hari ini.

Hehehe....

P.S. Maka, dengan itu terpendeklah entri hari ni ~_^

Comments

  1. Oooo oooo...

    Alamak...takpelah...asalkan MD ceria dengan sesungguhnya. Tapi sayang juga tak sempat berjumpa, kan?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira bukan main bila dengar bekas bos datang makan angin kat KL ni. Dia tu setiap kali email saya mesti nak gelak dulu besar-besar sebab katanya dia walaupun dah tua, tetap muda!

      Bos lain saya tak kisah sangat tapi yang ini, kalau tak jumpa memang ralat. Suka sangat bekerja di bawahnya suatu masa dahulu ~_^

      Delete
  2. Ex boss dah penuh itinerary berholiday di Malaysia ni. Suruh dia datang ke pejabat, dia tak mahu sebab geng-gengnya dah lama balik Jepun. Lagi pun bos besar saya yang ada ni, tak berapa ngam dengan dia dulu. Yang tinggal di pejabat cuma saya dan seorang lagi rakan Jepun. Nak set pertemuan pun susah juga sebab masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Maklumlah masa dia dalam kapal terbang baru saya tahu dia nak datang Malaysia!

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak jumpa tu MD..
    Lebih tiga tahun tu..
    Kalau dapat jumpa lagi best kan..
    Sharelah sikit prawn crackers tu dgn CH :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terujalah CH bila tau ex-boss ada di sini. Yang sebelum-sebelum ni takdalah pulak teruja macam ni. Memang he's the great boss lah!

      Nak ke? Nanti saya tolong makankan, boleh? ~_^

      Delete
  4. eh..pendeknya entry. Nak makan pun kena ada mood ke? Tu kalau makan, sorang-sorang ke share dengan HD?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood ceria hari ni sampai terlupa makanlah, Sal. Eh, yang sebenarnya tetiba rasa tak lapar ^_^ Boleh gitu...

      Sat eh, nak fikir dulu mana yang elok! Nak makan sorang-sorang bawah meja ni ke, nak share dengan kawan-kawan ke atau nak bawa balik rumah.... Hehehe!

      Delete
  5. Itulah org kata kalau jadi boss bukan jadi boss yg ditakuti tapi biar yg dihormati.
    Sampai bila pun org sayang dan akan dikenang kan..kan..
    Tapi jadi staff pun biar yg tak peningkan kepala boss jadi sampai bila pun boss akan ingat (macam MD itulah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Macam bos saya nilah. Dah lama balik Jepun pun masih lagi kalau dapat jumpa dia rasa nak kesat air mata aje mengenangkan saat-saat dia menjadi bos!

      Delete
  6. ohoiiii syok kan ada boss yang macam tu. memahami dan tak banyak songeh. kita nak kerja pun selesa. takde rasa menyampah bosan etc etc. hihihi

    akak meh emel kira alamat akak. nk pos something ;)
    syakira.yaakub@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat bos yang bagus, memang suka hati ni, Kira. Sekarang ni pun akak dah bekerja untuk 8 bos. Satu aje bos perempuan :)

      Yalah, nanti akak email yerk. Kelmarin lepas approve komen terus terlupa! Sorry yerk!

      Delete
  7. selesa bekerja bila dapat bos yang sporting kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ema. Kalau dapat bos yang kekwat, rasa nak cepat-cepat aje habis kerja!

      Delete
  8. Eh?..... entah sapalah agaknya orang tu ek.....hish!!! bulan Islam pun tak ingat....

    Ohhh....ni kiranya tengah mengingati boss kesayanganlah ni..... Mesti sampai mimpi ek. Untung boss tu, tak sia sia dia jadi baik kat Malaysia ni hihi....
    Tak rugi jadi majikan yg baik, sentiasa disayangi anak buah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, Mak! Tak tahulah siapa gerangannya. Tapi kalau kita yang mengumpat, memang tak lain tak bukan mangsanya adalah jiran sebelah ~_^ Hahaha!

      Yalah tu...tengah mengenang kembali sejarah silam sewaktu bekerja dengannya. Baik sangat tau OKje bos kita ni. Sebab itulah kita tak dapat menahan linangan air mata masa dia nak balik. Dah sampai kat airport pun dia masih sms kata terima kasih banyak dan tak akan lupa kebaikan dan kerajinan kita semasa bekerja di bawahnya! Tak ke syahdu gitu.... tak pernah lagi bos lain buat gitu tau!

      Tapi apakan daya, dapat bekerja selama 2 tahun aje dengannya...

      Delete
  9. mood happy lah MD hari ni kan, sampai terlupa makan segala, kalau macam ni selalu memang boleh jadi kurus mulus ni kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelmarin dan semalam memang happylah, KakNoor. Dan.... dapat jumpa dengan ex-boss tu yang lagi buat happy. Yeah!

      Hari ni dah nak balik ke Jepun ex-boss saya tu. Hmmmm.....

      Delete
  10. mesti best sangat ex boss MD tu sampai tak boleh lawan dengan boss2 yg lain, tapi rasa nya orang Jepun mmg gitu kot ambik berat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua, KakNoor. Orang Jepun ni nampak memang baik tapi pandai juga tau main tikam belakang macam kita. Hahaha...

      Bos yang ini memang sangat senang bekerja dengannya. Sangat memahami dan fleksible. Apa yang kita tak tahu, kalau tanya akan diajarnya dari A-Z. Tak pernah sekali pun dia marah pada saya, meninggikan suara pun tak pernah. Tapi, saya pernah nampak mukanya merah padam menahan marah ketika ex-colleague saya bertegang urat dengannya tentang sesuatu. Itu ajelah sekali dalam masa 2 tahun :(

      Baik sangatlah dia ni....dah macam big brother aje rasanya, KakNoor!

      Delete
  11. Boss yang baik memang akan dikenang orang. Bestnyaa lahaii kalau semua boss macam tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah semua bos macam ni, aman dunia pekerja bawahan macam kita ni, Nani.... Lama akak bekerja dengan company ni. Ini ajelah satu-satunya bos yang akak terkenang hingga kini :)

      Delete
  12. Haha.. orang yang baik sentiasa dalam kenangan kita kan.. pengajarannya kena baik2 supaya orang ingat pada kita ni.. hihi.. ai, kalau banyak sangat hadiah tu kongsila sini sikit..yum yum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis dikongsi dengan colleague di pejabatlah, AN. Selebihnya bawa balik ~_^ Lain kalilah ya kalau dapat rezeki melimpah-ruah, saya kongsi dengan kawan-kawan alam maya pulak. Doa-doakanlah rezeki saya sentiasa melimpah ruah macam air bah ~_^

      Delete
  13. Gittew kisahnya. Untung lah dapat bos macan ni. Sentiasa ingat kat staff even dah tak kerja bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dapat jumpa bos boleh kesat air mata lagi terharu! Hebat tak kita? Hahaha....

      Delete
  14. macam manalah rupanya prawn crackers tu ... utglah md , bkn sema ex boss blh ingat pekerja lamanya lagilah klu dah jauh menyeberang lautan ... mmg pendeklah . cepat je habis . blm sempat hembus nafas ... heh heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelikkan entri ni pendek. Itulah, saya pun pelik ni macamana boleh pendek macam ni. Ini memang terlebih terujalah Vee sebab tau ex-boss ada kat Malaysia ni...

      Oh, bulat-bulat macam biskut tapi nipislah! Sedap makan sampai tak ingat berhenti sebab rangup!

      Delete
  15. Kalau dpt jmp haruslah borak sakan kan? Bestnya ada bos camtu. Yg best dia tetap jaga hubungan walau x kerja sama2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dapat jumpa akhirnya, LM! Itu yang up satu lagi entri dok sembang penuh gumbira tu ~_^

      Delete
  16. klu bos baik.. sampai bila2 pun ingat..
    mcm my 1st bos dulu.. chinese. kami masih contact each other.. kadang borak2 via sms. skrg wa pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lyn. Kalau yang tak baik pun sampai bila-bila kita ingat 'kejahatan' nya tu. Hehehe...

      Delete
  17. mimpi ke apa ni...tetiba pendek aje entry
    selalu naik lenguh juga dok scroll down
    kata happy, panjanglah sikit nulisnya..ni terbalik plak

    bagusnya ada bos gitu...bos kita...emmm...
    maleh nak cite, sakit hati dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, teruja bekas bos yang baik hati dan memahami datang ke Malaysia. Lama tau tak jumpa. Terkenang-kenang zaman bekerjasama dengan bos ni 3 tahun lepas tau! Itu yang malas jerk nak taip entri. Last-last skrol draft tetiba aje teringat nak type kisah seram padahal takda dalam draft pun. Hebat tak kepala kita ni? Memanjang jerk idea merapu mencurah tau!

      Kalau bos tak bagus, jangan cerita. Rugi je kita cerita pasal diakan!

      Delete

Post a Comment