Habis dah cerita raya .... ^_^

Salam 24 Syawal kawan-kawan!

Okeylah, okeylah! 

Ini betul-betul habis dah cerita raya. Malas dah nak sambung-menyambung cerita raya lagi lepas ni. Kita tutup cerita raya 2015/1436H dengan gambar-gambar my superheroeslah yerk ~_^

Of course, gambar kuih raya (yang takda), gambar juadah raya, gambar tuan punya blog dan suami tercinta dan lain-lain gambar larangan  tak mungkinlah masuk dalam blog. Dah katanya tidak oleh pak ketua keluarga, tidaklah jawapannya yerk! 

Meh layan gambar-gambar yang ada. Ini ajelah yang dapat diabadikan di sini ~_^

Montelkan si Bubbly Abang! Lepas raya ni kena jogging tiap-tiap petang dan berkawal makannya. Adik Cute jugalah yang maintain ceria dan gembira di pagi raya ^_^
Si Bubbly Abang, Adik Cute dan sepupu mereka Cik Dayyenne bersama baby Chipmunk ~_^

Gembira mereka berdua ni bila baru pakai baju raya. Lepas beberapa jam, mulalah rimas!
Susah betul nak syncronise mimik muka my superheroes ni. Nak suruh posing pun siksa. Berpuluh gambar yang kita ambil, 1,2 aje yang elok. Ada aje yang tak kena! Tengok apa tu, Adik!

Betul tak kata I tadi... Adik okey, Abang pulak tutup mata!
Adik Cute masa ni baru lagi baik dari jangkitan kuman sakit mata tu. Aduhai, sepet betul matanya! Apalah Adik ni dah macam orang Kazakh jerk mata sepet! Sekarang Adik dah kembali ceria dan melatah eh menceceh macam biasa!

Eh, eh.. .tak payah buat air Milo nak cicah biskut gula, dah habis dah entri ni. Pendek je kan I mengarang entri kali ni ~_^ Semangat raya dah jauh dimamah waktu gitu ^_^ 

Nah belanja satu lagi gambar eksklusif @_@


Nah, gambar the latest my mother in law. Memang kurus kali ni bila datang ke Malaysia. Hati pun tak ceria sebab banyak perkara tak boleh buat dah planningnya last minute datang masa bulan puasa. Rileks je mak mertua den bergambar di pagi raya pakai baju basahan duduk rumah jerk ~_^ Manalah Mami tau kat Malaysia ni memakai baju baru (dan sedondon) sangat sinonim dengan hari raya ^_^



Comments

  1. Wah. Lawanya mami.. patutla cucu2nya hensem dan comel belake....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru Mami, belum Mommy mereka lagi. Hahaha...

      Gurau aje. Mommy mereka mana ada lawanya semua dah diperturunkan kat anak-anak. Dah kertu dah pun ~_^

      Delete
    2. haha.. Mommy tu tau dah pasti lawo.. kalau idak, takkan mamat uzbek tu sanggup tinggalkan mami dia dan menetap kat sini !!!!

      Delete
    3. Yalah tu, AN. Pandai-pandai aje. Ni imaginasi tinggi sangat ni. Cuba turunkan sikit level imaginasi tu :)

      Delete
  2. yay...ada gambar buvijon!hehehe..sempoi je dia di pagi raya. Abang makin sihat nampaknya..kena diet pas raya ni. Alhamdulillah, mata Adik sembuh sebelum raya, kalau tak pakai ray ban la jawabnya. Eh..pendeknya entry.Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruja betul si Sal ni nak tengok gambar BuviJon. Ada maksud tersirat ke apa ni? Oppss.. .maaf ya, anak-anak lelakinya semua dah habis kahwin. Dan beranak pinak dah pun. Kalau nak level anak-anak saudara akak, lama lagilah Sal baru dapat kahwin. Semuanya minor ~_^

      Lega tau takda apa-apa yang serius. Itu pun tengoklah kesepetan matanya. Daddy kata dah macam orang Tajiklah, Kazakhlah... maklumlah kalau ikut bangsanya mata cantik-cantik belaka. Uikkk...aha tengoklah, isteri sendiri pun nak muntah mendengarnya! Kah3x.

      Delete
    2. eh, orang Kazakh memang cantik-cantik. Saya kalau tengok bola, memang cuci mata kalau tengok team belah-belah sana..hehe.eleh, muntah konon..kui kui..

      takde maksud tersirat, saja suka, kot-kot jalan-jalan kat Tashkent, terserempak boleh tegur! Hahaha..berangan!

      Delete
    3. Sal, kalau dok tanya kat HD memang jawabnya senang aje ~ Mana ada dia orang lawa! Uzbek yang paling lawa/handsome tau!

      Ada aje yang tak kena dengan bangsa lain yang serumpun. Akak ni sebab dah nama suamikan, akur ajelah walaupun kadang-kala nak termuntah juga dengar puji-pujian terhadap bangsanya sendiri. Hahaha!

      Delete
  3. Lepas raya kita diet sama sama ye abang. Hehehe. Sekarang ni tak boleh nak start lagi diet sebab open housee di sana sini. Kalau diet kang rugi, sebab makanan semua sedap sedap. Hahahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas Syawallah senang cerita ya, Nani ~_^ Si Abang dah start pulun jogging keliling taman dan kurangkan makan tapi itulah, baru lagi... tak nampaklah lagi kilo yang hilang. Harapnya hilanglah, kalau tidak susah hati juga...

      Delete
  4. CH baru nak tanya ada tak gambar BuviJon.. abang sado sedih sangat bila nak balik Kazakh..
    Lawa rupanya Ibu mertua MD tu..
    Apa nak kesah baju belasahan bila raya..
    Dah menantu tak beli baju raya utk MIL tu hahhaha..
    Jangan marah ye MD.. gurau jer.. hihihi
    ehhh lupa pulak nak ucap 'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN " dari CH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Istimewa ni kali kedua saya keluarkan gambar mak mertua. Sebenarnya dulu pernah keluar sekali ~_^ Dululah...

      Hahaha... CH, lawak tu mendalam maksudnya. Kah3x... Bukan tak mahu beli tapi yalah mak mertua datang mengejut. Nak buat baju kurung last minute mana dapat. Nak beli tak diberinya. Lagi pun mak mertua saya ni tak suka membazir. Benda yang tak perlu, jawabnya tak perlulah. Jangan membazir....

      Mami bawa banyak baju baru kali ni bila datang tapi lagi sedap baju basahan duduk rumah. Ni kira awal pagi di hari raya. Apa disarung, itulah yang saya snap *_*

      Raya belum habis lagi, CH. Selamat Aidil Fitri juga yerk ~_^

      Delete
  5. MasyaAllah lawanya mertua MD. sempur a sungguh wajahnya. Manis . Muda lagi ye?

    Gmbr dgn nenda dia jugak yg paling sweet budak dua beradik tu. yg lain tu abg okey adik tertoleh2.. Betul kata MD.. Hihi. Ank LM ni lg la.. Dua okey tiga x okey klu bergambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah muda. Dah lama pencen dari jadi guru besar!

      Mak mertua saya ni khabarnya masa muda memang cantik sangat orangnya. Sampai anak-anaknya kata macamanalah emak mereka boleh berkahwin dengan bapa mereka. Hahaha... Bukannya bapa mertua tak handsome orangnya tapi takdalah berharta orang kata... Dah jodohkan, bukan kita boleh lari ke mana pun kalau dah memang itu jodohnya *_*

      Delete
  6. wah , dpt gak tgk mak metua md . siap tenung lama - lama . cantik dan manis je gitu . rasanya hd pun lbh krg je wajahnya dgn mami ni ... hehehee ... raya ni dah sinonim dgn juadah raya . harap gak dpt tgk meriahnya juadah raya kat kg md , tapi hampa . sob sob sob ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kali kedua keluar blog tau ~_^ Kalau tengok in person, memanglah lawa mak mertua saya ni. Itu memang tak ditambah tokok :) Anak lelakinya aka suami saya dan adik perempuan HD di US tu pun memang sebentuk ikut rupa emak. Bab hidung dan mulut tu memang sebiji macam emak mereka!

      Uhuh... tahun ni tak sempat nak letak juadah raya sebab sibuk melayan suami, anak-anak, mak mertua dan anak tekak aje ~_^

      Delete
  7. lawanya mami... patutlah abg & adik ade iras2 wajahnya..
    mami mesti seorang yg baik... untung akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uzbek ni sebenarnya bangsa yang susah nak terima bangsa lain. Mereka lebih selesa dengan bangsa sendiri. Pergi jauh mana pun kalau boleh nak berkahwin sebangsa aje. Mereka rasa sukar nak adapt adat bangsa lain dan yang pasti bangsa lain pun sukar nak adapt adat mereka. Akak memang very lucky sebab HD tu sangat mudah menyesuaikan diri dengan suasana sekitar dan begitu juga Mami yang tak terlalu banyak kerenah walaupun bermenantukan bangsa asing. Kalau kena pada makbapak Uzbek yang lain, matilah tak diterimanya!

      Delete
  8. Hahaha... kecantikan nenek turun kat cucu-cucunya yerk :)

    ReplyDelete
  9. yeke makin montel si abang? nampak cam sebelum ni aje
    comel aje pada mata saya...adik cute tak usah katalah...hehe =)

    wah...ada gambar exclusive lah! bukan senang dapat tengok ni
    memang ada iras muka dua beradik tu dengan nenek diorang
    agaknya HD tak jauh juga rupa dia
    MD tak dapat bayang, tapi comel juga ni...
    idak tak akan jejaka uzbek tergoda kan? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin montel, YY. Bahagian dada aje dah seksi. Kalau tengok memang telan air liur. Hahaha....

      Saya kawal makannya. Nak tak nak, kenalah buat. Kalau makin membesar bagai juara kampung, lagilah kita yang susah hati akhirnya. Sebelum ada penyakit, lebih baik kawallah. Kejap badannya nampak susut, kejap nanti tetiba part dada tu 'berombak' balik... Yalah, budak-budakkan... bukan senang nak kawal nafsu makan kalau nafsu makannya memang bagus!

      Oh, ini kali kedua kita keluarkan gambar mak mertua ^_^ Muka HD memang sebijik rupa emaknya, YY. Part hidung dan mata tu sama jerk. Adik perempuan bongsunya pun sama juga. Saya selalu sakat HD kata yang HD dan adik perempuannya tu macam kembar- dua-dua nampak seiras betul dengan Mami cuma seorang lelaki dan seorang perempuan ^_^

      MD mana ada comelnya. Semua dah diperturunkan pada anak-anak. Kalau zaman ganteng dulu yalah jadi rebutan. La ni zaman malap dah....

      Delete
  10. Comel mami..... macam menantu dia jugak ......
    Betullah Kak Ton...abg mmg nampak montel pipi dia tu.....sekarang dah turun lum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, macam tahu aje kita ni comel? Comel bab mana pun tak tahulah... Hehehe...

      Kejap naik, kejap turun. Makan dah berkawal sekarang ni. Ayam memang tak wujud lagi di rumah. Tapi adakalanya bila dia tak tahan, dibaham juga segala apa ada dalam petisejuk. Cumanya dah banyak kuranglah makannya sebab makanan pun dah terhad kewujudannya di rumah!

      Delete

Post a Comment