Left Handers Day

Salam 28 Syawal kawan-kawan!

Oh, my.... macamana boleh lupa nih!

Nasib baik tadi terdengar 'kekecohan' di Fly FM. Barulah teringat yang rupanya hari ini merupakan hari penting untuk si 'pengkidal' semua termasuklah ah kak ni ~_^



Orang kidal ni katanya tulisan cantik, pandai, bijak, cerdik, IQ tinggi dan seangkatannya dengannya. Eh, bukan ke semua perkataan tu sinonim jerk? Erkk! Hehehe....


Sekarang marilah kita berkongsi fakta tentang si kidal ni... 

1. 13% daripada populasi dunia adalah si kidal. Sebab musababnya tak pasti tapi berkemungkinan besarlah disebabkan oleh faktor genetik. Kalau you ada gene tu, berkemungkinan besarlah akan diperturunkan kepada anak, maka dapatlah geng kidal satu generasi ^_^ Lepas tu kan, setiap generasi you ada peluang dapat anak tangan kidal ni (Macam sayalah... si Adik Cute tu kidal macam Mommynya... confirmlah tulisan cantik tu nanti, bijak pun bijak... cerdik pun cerdik...opppss....melatah pulak over-over!)

2. Tangan kiri kita ni (the right hemisphere) mengawal antaranya emotional expression (laa...patutlah I ni penuh beremosi, tengok cerita 'Koya' (direct translation dari bahasa Adik Cute bermaksud 'Korea') pun boleh nangis sama-sama dengan pelakonnya kalau adegan sedih!), spatial awareness, creativity,  imagination (Oh, patutlah I ni imagination selalu aje runs wild tau!)  and music! 

3. Disebabkan kedominanan brain sebelah kiri kita nilah yang menjadikan kita ni lebih kreatif dan visual thinkers berbanding dengan si tangan kanan. Oh, ho... awak janganlah marah! Ketap bibir nampak tahan geram ~_^

Meh, kita test drive pulak samada betul ke kita ni ia-ia ohhhhh ngaku kidal sesangat katanya... (Psstt... hanya untuk orang kidal, kalau hang pa tak kidal, tak payah susah payah ambil test ni. Buang masa jerk ~_^)

1.  Bayangkan tetiba gatal kat tengah-tengah belakang badan. Tangan mana yang laju aje nak scratch belakang tu?

2. Beranganlah konon nak tepuk tangan. Tangan mana yang sibuk benar clapping-clapping tu?

3. Cuba pulak kenyit kat imaginary friend kononnya terpacak kat depan tu. Mata mana yang mengenyit?

4. Bayangkan ada orang menjerit kat depan kita tapi kita tak dengar. Cuba tutup sebelah telinga dengan tangan. Opppss... tangan mana yang tutup telinga belah mana?

5. Kira sampai tiga bermula dengan jari telunjuk. Jari mana yang terangkat-angkat dok kira 1,2, 3 tu?

6. Cuba sengetkan kepala ke bahu. Senget ke belah mana tu ~_^

7.  Tunjuk kat satu objek kecil dengan jari telunjuk. Tutup mata sebelah. Lepas tu buka, dan tutup mata sebelah lagi. Cuba tengok, mata sebelah mana yang bila tak ditutup, jari telunjuk akan kekal sebaris dengan objek tadi?

Mehlah, akak bagi jawapan. Kalau tutup mata kanan, jari akan nampak sebaris dengan objek. Tapi kalau tutup mata kiri, jari telunjuk seakan bergerak ke kiri sedikit!

8. Sila berpeluk tubuh! Tangan mana di atas tangan belah mana? Cer cerita sikit jerk... 

Hahaha... I pun buatlah semua yerk. Nampak gaya I ni memang pure tangan kidal gitu ~_^

Ini pulak yang biasa dibuat oleh si kidal tapi ada di antaranya nampak macam tak sopan pula pada pandangan orang lain ^_^

1. Bila bertembung, selalu kita mengelak ke kiri

2. Selalu terlepas ambil sesuatu guna tangan kiri

3. Bila membayar sesuatu, selalu aje hulur tangan kiri untuk ambil baki duit

4. Pakai stokin dan kasut selalu kiri dulu instead of kanan

5. Lagi selesa duduk di sebelah kiri apa-apa pun

6. Susun pakaian dalam almari dari kiri ke kanan

7. Baca majalah dari belakang ke depan

8. Ikat tali kasut

9. Bila susun file selalu dari belakang ke depan

10. Bila greet people with a kiss, selalu mula dengan pipi kiri instead of kanan, makanya selalulah berlaku adegan tak diingini (ini omputihlah selalu buat, kita salam tangan jerk...)

Jom tengok famous people yang kidal pulak yerk...

1. 5 out of the last 7 US Presidents are left handed  termasuklah Bush, Clinton dan Obama ~_^

2. Leonardo da Vinci

3. Bill Gates

4. Henry Ford

5. Marie Curie

6. Albert Einstein

7. Alan Turing

8. Brad Pitt (ohhh... akak suka!)

9. Mark Wahlberg

10. Angelina Jolie (uhuh...kita satu geng.. akak suka!)

Phewwww.... banyak sebenarnya I nak habaq tentang orang tangan kidal ni takut semua yang membaca dan pengguna tangan kanan terbelahak pulak muntah. Minta maaflah kita orang ni memang cerdik, bijak, panjang akal, pandai dan seangkatan dengannya...

Silalah muntah dalam bucket yerk... takda siapa nak tolong mop ~_^

P.S. Sumber-sumber fakta boleh didapati di sini ^_^


 

 

Comments

  1. Ooo kidal MD ni rupanya. LM tak kidal tp x kuat tgn kanan. Kanan cuma masak tulis mkn tp bab angkat berat kendong ank baai mmg tgn kanan x mampu buat. Kiri je yg blh. Syafiq pulak sama kot cam ummi,kiri tu kuat agaknya.tulis kanan klu letih dia tukar tgn kiri. Selalu je tulis kiri walau ayah dia marah. LM biarkan je. Dah klu dia selesa kiri takkan nk paksa juga kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syafiq kiranya dok atas pagarlah tu, kiri tidak, kanan pun tidak ~_^ Saya memang kidal. Kalau menulis, buku tu memang 90 darjah sengetnya ^_^ Tangan kanan memang tak kuatlah. Tapi yang sebenarnya tangan saya memang tak kuat pun angkat berat, baik kanan mahupun kiri :)

      Delete
  2. Info menarik...tak pernah tahu info ni... Thanks share...

    ReplyDelete
  3. I'm right-handed, sincerely wish you happy Left-Handers' Day.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ, TQ! ~_^

      Tengahari semalam terdengar perbualan DJ radio dengan seorang perempuan ni. She is right handed tapi husbandnya left-handed. So dia bengang sangat dengan orang tangan kidal ni sebab mereka selalu fikir mereka bijak (actually the husband always thinks that he is bijaklah... tu yang bengang gila tu...) ^_^

      Delete
  4. selamat hari tangan kidal sis MD! ayah saya tangan kidal, tapi tak terturun pulak kat saya.saya pernah kenal sorang lefthanded ni, makan pun tak reti pakai tangan kanan. Sentiasa makan pakai sudu. Dahsyat tak! harap kak MD tak macam tu.

    bab kiss-kiss pipi tu I loike!hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam perangai. Sebenarnya bukan kita suka-suka aje nak guna tangan kiri tapi dah itu tangan kita yang bagi response laju gila untuk setiap aksi, nak buat macamana. Macam akak ni kadang-kala laju jerk hulur tangan kiri nak ambil duit baki tapi selalunya sempat pulak berfikir dan siap cakap lagi - Maaf yerk guna tangan kiri ~_^

      Kiss-kiss apa? Bukan main lagi...suka jerk benda-benda intim macam ni yerk! Kah3x.

      Delete
  5. Ohh akak tangan kidal rupanyaa. Selamat Hari Kidal Seduniaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Nani. Akak ni kidal orangnya. Sebab itulah tulisan cantik, bijak, cerdik, pandai, IQ tinggi dan seangkatan dengannya.

      Hahahaha.... silalah jangan termuntah!

      Delete
  6. Alaa, dah terlepas ke. I pun left handed yeyy... kita sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 13 Ogoslah, Lyd. Ingat dalam kepala, tahun depan kita celebrate together-gether, okey!

      Well, kita ni memang pun bijak, pandai, cerdik, IQ tinggi.... tak gitu.... ~_^

      Delete
  7. owh akak kidal rupanya... Lyn adik beradik takde yg kidal. tapi my nieces & nephews ramai plak yg kidal. Ikut gen sapa tak tahu lah...
    Puteri lagi best, dua2 tgn dia boleh. penat kiri tukar kanan pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang kidal sejati, sejak lahir. Keh3x...

      Dalam my family pun adalah wakil-wakil kidal katanya gitu... Tapi si kidal paling glamour dah tentu-tentulah... oh, tak payah sebut namalah, nanti jadi riak! Hahaha!

      Delete
  8. Nazif pun banyak benda buat guna tangan kiri, cth kalau pakai sudu garfu dia suap dgn tangan kiri, menulis lagi selesa dgn tangan kiri.. tapi saya selalu tegur. Lagi2 pasal guna sudu tu, bg saya nampak tak sesuai.. harapnya nazif bolehla ubah bila makin besar nanti..

    Menarik juga fakta tentang orang kidal ni ya.. baru tahu banyak fakta ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayakan selalu kena usik dengan HD dulu. Katanya saya 'pengotor' sebab semua guna tangan kiri. Lepas tu saya sound balik kat HD - sekurang-kurangnya saya pegang pisau tangan kiri, pegang makanan untuk dipotong tangan kanan. So siapa yang lagi bersih sebenarnya di sini?

      Hehehe... lupa pulak awak pun penyokong tangan kanan! Kita bercakap salah team ler!

      Delete
  9. Oh, janganlah jealous Kak Diana. Banyak perkara si clever lefthanded ni yang orang tak tahu. Sebab itulah kita nak bagi tahu, Nak riak sikit.Keh3x...

    ReplyDelete
  10. wah...siap buat kajian tu...hebatlah =)
    saya macam tercampur, sebab tangan kanan saya penah teralih tulang sebab main netball
    saya banyak pegang barang belah kiri, kadang makan pun terguna belah kiri
    baca pun banyak mula dari belakang...hehe
    so kira kita geng ke apa ni? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kira dua-dua pun gunalah ya. Saya ni memang kidal sejak kecil. Tangan kanan ni tak kuat mana pun lagilah bila dah tuakan ~_^ Tapikan yang paling best bila menulislah, 90 darjah kertas bergerak menyenget. Kalau tulis kat atas kertas A4 paper, boleh pulak macam turun tangga tau!

      Saya ingat lagi masa sekolah dulu teringin sangat nak pakai pen dakwat basah. Siap beli macam-macam jenama. Tapi bila tulis aje, kita 'seret' dakwat tulisan tu dengan tangan kiri pastu bercop-cop pulak buku kena dakwat. Memang messy gila! Kesian alahai bila mengenang nasib si kidal masa tu ~_^

      Delete
  11. memang sellau kagum dengan lefthanders. they are unique

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...unik yerk kami ni? Selalunya rasa macam orang pandang serong jerk bila kami selalu aje guna tangan kiri untuk buat apa-apa!

      Delete
  12. Dah sangat terlambat katanya. Tangan dah keras memang tak dapat diubah-ubah lagi. Sapu losyen pun dah tak jalan nak tukar jadi kidal yerk ~_^

    ReplyDelete

Post a Comment