Salam 10 Zulkaedah kawan-kawan!
Ni nak cerita perihal peluang dapat pergi dating berdualah tu ~_^
Sudah lama sebenarnya teringin nak makan sate tapi memandangkan anak-anak tak suka makan sate, makanya kita pendam dalam hati ajelah niat tu. Kalau keluar berjalan dengan anak-anak, tentulah keinginan mereka perlu dipenuhi berbanding dengan diri sendiri.
Kebetulan pula hari Ahad lepas Ngah bawa my superheroes pergi makan dan jalan-jalan, tetiba aje idea nak pergi makan sate ni timbul kembali. Mulanya nak jalan-jalan dengan HD aje. Kalau lama mereka keluar dengan MakNgah, ada juga peluang tengok wayang berdua-duaan tergedik-gediks kat seat paling depan (lepas kahwin dok seat depanlah, sebelum kahwin cari seat kat belakang...opppss..... ini bukan cerita sebenar!)
Macam I selalu cerita, kami ni kalau nak pergi makan memang selalu aje tak tetap pendirian. Dari rumah nak makan sate, baru start enjin kereta tetiba teringat nasi ayam kampung kat Velodrom Cheras tu. Baru sampai depan traffic light tetiba teringat ikan bakarlah pulak!
I ajak HD pergi jauh sikit ke Putrajaya boleh cuba makan kat restoran Arab pernah ternampak dalam rancangan JJCM TV3 ( tak serik-serik Tipah ni tertipu berkali-kali ~_^) tetapi inilah jawapan HD,
Kena bawa anak-anak, barulah best pergi makan jauh sikit!
Kalau macam tu kita pergi makan kat Restoran Santai di Tesco Ampang ajelah.... eh, eh....silap! Kita nak pergi makan satekan, bukan di sini tempatnya ~_^ Hati ni suka betul berubah-ubah tau, pantang kalau perut lapar ^_^
Nak makan sate sebenarnya ada aje Satay Station di belakang rumah tapi itulah, dekat sangat. Tak puas pulak nak berdating. Lagi pun dah biasa makan di situ. Kenalah pergi jauh sikit supaya dapat berlama-lama berduaan bertikam lidah menggedik-gediks dalam kereta! Maklumlah anak-anak takda yang nak jadi saksi kegedikan makpaknya kan....
I terlupa nama satu lagi restoran jual sate sedap jadinya kenalah pergi makan sate Hj Samuri tu...
Sampai di restoran, tak ramai pun orang. Lagi pun dah pukul 2 lebih. Kami pun duduklah makan mengadap satu sama lain. Wah, lain macam rasanya ~_^ Tapi bak kata jiran sebelah I, 'karen' dah tak kuat menyengat sampai kena electric shock!
Bila tengok menu yang ada mulalah....
La... ada mi suplah, dear! Kalau Adik ada ni mesti dia suka hirup sup!
Ayam goreng pun ada. Takdalah Abang masam muka mogok kalau kita ke sini!
Walaupun suami tercinta di depan mata, anak-anak kesayangan juga yang hangat di dalam hati ~_^ Membara-bara kerinduan. Padahal baru beberapa jam aje tak jumpa! Kalau tak jumpa suami beberapa jam, alright lagi kalau tak jumpa sehari suntuk barulah terbit rasa rindu ~_^
Sebenarnya dah lama kami tak makan sate di restoran ni. Sejak ada Satay Station. Walaupun sate di Satay Station lebih mahal, rasanya lebih sedap. Sate di Hj Samuri ni murah-murah aje, tak sampai RM1 pun.
I pun tak tahu yang ada lain-lain menu untuk dijamu. Ingatkan jual sate aje. Oleh itu, kami pun orderlah Mi Bandung (again!), 5 lidi sate ayam dan teh tarik untuk mem gediks, Nasi Goreng Padprik, 5 lidi sate daging dan air teh-o ais untuk HD.
Mula-mula of courselah sate sampai dulu tapi kuah sate dalam mangkuk makhai... macam nak makan 10 orang. Banyak betul. Kalau letak dalam mangkuk kecil-kecil tu lagi bagus. Takdalah membazir. By the way, kuah satenya tak umphhh lah!
Gambar semua tak ambil kecuali mi bandung aje ni... nak tunjuk jugalah adakah ini mi bandung atau mi dicampurkan dengan kuah sup sebab rasanya dah macam mi sup je kekdahnya di tekak I ni....
Maka makanlah kami dengan amannya tanpa gangguan anak-anak tapi dalam hati memang tak tenteram. Gatal dah tangan ni nak telefon my sister bertanya di manakah mereka!
Lepas makan, HD terus tanya nak ke mana pulak. Ingat naklah pergi KL Festival ke, tak pun ke IKEA ke tapi again kata HD, kalau nak pergi ke tempat macam tu, kena call my sister dan pergi ambil anak-anak dulu!
Akhirnya I singgah kat Aeon nearby my house ajelah sebab nak beli 'something special'. Aha, bab ni tak boleh elaborate lebih-lebih ~_^
Tapi you know what happened?
I tertinggal dompet dalam kereta! Bawa handbag jerk turun menonong while HD tunggu dalam kereta. Kata HD, I ada not more than 1 hour sementara HD berhati mulia nak menunggu dalam kereta!
Dah siap aktiviti pilih memilih, berbaris-beratur, tetiba I seluk handbag cari dompet... nah....
I pun terus keluar barisan.... ~_^
Ralat I tau !
Aduh aduh aduh...memang sad ending la akhirnya...
ReplyDeleteTercapai jugalah hajat Kakcik nak makan sate (dan mi bandung ^_^) walaupun rasa so-so aje. Lepaslah kempunan!
DeleteNi yang tak puas hati ni dah penat beratur, dah penat memilih sekali tak boleh bayar! Grrr....
Bila nak makan sate lagi ? Mak pun nak makan gak sebab mak nak skodeng sekali hihi.....
ReplyDeleteGi makan mana? Kajang ek?
Kat Hj Samuri tu mmg banyak pilihan makanan lain tp tulah...... makanan lain semuanya tak berapa nak fefeling...... kalau yg kat Kajanglah sebelah stadium tu.Tp bolehlah ......setakat nak tipu tekak adik makan sup tu hihi
Weyh kata org BPlah sangat....Yg order Mee Bandung kat KayEll ni buat apa? Dah tentu tentu rasa Mee Sos, itu pun nasib baik rasa sos.....Lagi sadis rasa mee sup haha.....
Sikitnya makan sate ...10 cucuk jer utk 2 org? Kalau mak mau 15 batang sorang...tengoklah lengannnnn hihi....
Beriya nak beli barang tu....bezday HD ek
Mak ni, orang nak feeling-feeling gediks berdua bersama, yang nak pi skodeng tu buat apa! Lepas ni tak kalau nak makan sate kena tapau bawa balik and kena belikan budak-budak makanan mereka juga. Nak pi restoran takdalah gamaknya....
DeleteEh, salah ke orang BP nak makan mi bandung kat KayEl ni? Melanggar peraturan ke? Orang Muo tu pun makan nasi beriani gam kita tak cakap apa pun tau!
Mak... kita makan sate 5 cucuk sorang-sorang dan mi bandung lagikan... Tapi mi bandung tu kita suka telur jerk... dengan minya.... Hirup kuah sikit lepas tu pas kat HD sebab sayur mayur banyakkan.... ~_^
Birthday HD dah lepaskan, awal bulan lapan. Tak masuk blog sebab dengkilah harijadi kita hari tu buat-buat tak tahu jerk depan Mami!
Haha.. 5 cucuk makan sorang dia je? Sikit lg tu MD.. si Naim kalau dia makan 15 habis.. hihi..
DeleteSebab ada order mi bandung juga, AN. Kalau makan sate aje mahu 10 cucuk seorang tak mahu kongsi-kongsi :)
Deletebab mkn x ttp xpa...jgn bab iman..hehehe
ReplyDeleteHahaha... betul tu! Saya setuju sepenuhnya ~_^
DeleteMacam mana boleh tertinggal pulak dompet tu....HD perasan tak....abis tu HD tak membebel ke tengok MD balek dengan tangan kosong?
ReplyDeleteSebelum tu ada singgah di 7-11. Bawa purse aje. Malas nak bawa handbag pi 7-11. Lupa nak masukkan dalam handbag baliklah tu. Saya ni memang kalut sikit kalau bagi masa pendek untuk buat sesuatu :)
DeleteSaya lagi takut HD marah kalau saya berlama-lama sangat. HD nampak aje purse saya tu dalam kereta punyalah tak telefon kita! Sukalah tu kita tak dapat beli apa-apa!
aduhaiiii potong stim betul nak shopping kak woiiii..huhuhuhuhu
ReplyDeleteKorek-korek dalam handbag, adalah saki-baki duit main campak masa makan kat Hj Samuri tu. Dapatlah beli epal sebungkus dengan roti. Apa yang dihajati tu terpaksalah lupakan aje. Hehehe...
DeleteTapi takpa, esoknya akak datang kembali ~_^
benda yang sama pernah jadi kat saya... tapi kat guardian shopping bio essence bagai. siap baris.. nasib baik belum sampai turn perasaan wallet takde. sah2 kerja anak saya sebab sebelum keluar dia sibuk mengeledah bag. time tu pulak anak dengan bapak ntah pergi mana merayap dalam Mall.. letak balik keluar dengan muka naga asap keluar kat hidung. Jumpa je dua beranak tu terus takde mood dah nak masuk balik guardian membeli belah.. hahaha
ReplyDeleteTensionkan! Kita dah penat memilih lepas tu kena beratur panjang lagi. Nasib baik sempat seluk handbag! Kalau tidak, bikin malu aje!
DeleteBapaknya tau dompet tertinggal saja tak nak call. Nak tengok laju tak langkah kita. Tapi takpa, esoknya kita pi lagi melenjan. Kali ni kita minta izin aje pastu pergi sorang-sorang! Barulah lega perasaan terbuku dalam hati! Hahaha!
Meluat tau klu dpt mee bandung rasa cam air telaga kuahnya. Tak reti buat ckp je x de kan senang.
ReplyDeleteAlahai camne dompet blh terkeluar dr handbag tu MD?
Walaupun masih tak dapat yang sedap di tekak, tetap juga saya order mi bandung bila pekena makanan Melayu ni, LM....
DeleteRasa kuah macam mi suplah walaupun katanya mi bandung. Ni mesti mi bandung special ni mereka buat untuk saya, sesuai dengan harga RM4.50 ~_^
Masuk 7-11 sebelum tu bawa dompet aje. Lupalah tu nak masuk dalam handbag bila kalut kena bagi kata dua dek HD suruh dok 1 jam jangan lebih kat Aeon!
HD tau saya tertinggal dompet saja aje tak nak call tau!
Nampak macam sedap mee bandung tu tak sangka pulak rasanya kureng menyengat. Heheheh :D Erkkkk. boleh pulak tertinggal purse dalam kereta akak ni.
ReplyDeleteAkak ni kalau mi bandung mesti nak aim telur separuh masak kat atas tu ~_^ Oh, nikmatnya... Itu yang walaupun tak pernah dapat mi bandung sedap kat KL ni, tetap juga akak sanggup cuba order mi bandung kalau ada dalam menu!
Deletealoh, bygkan kalau beli bnyak2 brg aduh..
ReplyDeleteIni sebab beli banyaklah tu, PB sampai terpaksa keluar barisan. Tak mampu dah nak bayar. Campak duit dalam handbag pun kira-kira bukan cukup pun....
DeleteMemang pun mi bandung, Diana. Tapi bila makankan rasa macam kuah mi sup aje. Kotnya dicampurkan sekali tak?
ReplyDeleteSaya memang suka mi bandung. Yang paling hangat hati tengok telur separuh masak atas mi bandung tu! Gigil perut terus lapar!
Dah lama akak tak beli satey samuri ni MD..
ReplyDeleteKuah kacangnya kurang ummphh macam dulu..
Tak boleh bayangkan muka MD masa keluar barisan beratur tu :D
Saya ni bab kuah kacang tak berapa suka sangat tapi bila tengok kuah kacang Hj Samuri ni nampak tak umpphlah - dari segi rupa dan rasa juga!
DeleteKeluar barisan senyap-senyap, CH. Bayangkan kalau dah sampai depan cashier, dah scan tetiba nak bayar dompet takda! Haru-biru dah tentu.
Nasib baiklah ada duit RM20 baki makan kat Hj Samuri. Boleh lagi tu beli epal sebungkus dan roti. Hajat di hati tu kita lunaskan keesokan harinya. Meriah saya jalan sorang-sorang tau, CH ~_^
mesti asyik teringat kat anak-anak.tu yang purse pun lupa..huhuhu.kalau HD ada, bolehla pinjam duit dulu..
ReplyDeleteHD lagi suka akak tertinggal purse. Jimat sikit belanja, tak payah nak ditazkirahkan isteri mithalinya ni :)
Deletehihihihi bila dah jadi mak pak ni selalu gitu kan. pegi mana pun ingat anak. walau lunch berdua tetap ingat anak. nak makan yang mewah2 sikit jadi tak sampai hati sebab anak takde sekali. haishhh tula kasih makpak. tapi bila anak ada sekali dah macam kapal karam nak pecah pulak hahahaha
ReplyDeletealooooo kenapa akak tak call HD mintak bawak purse naik sekali?
Betul tu, Kira. Kalau anak-anak takda, rasa lain macamlah. Kalau makan tu mereka takda, terkilan pulak mereka tak dapat merasa kesedapan makanan tu nanti! Tapi kalau mereka ada bersama, tercekik-cekik tekak kita ni nak menghabiskan makanan dek kerenah mereka...
DeleteHD bagi peluang pi sensorang jalan untuk 1 jam tu pun dah bagus. HD tau purse akak tertinggal dalam kereta. Lagi sukalah. Dok agak berapa jauh akak boleh jalan kat Aeon tu baru sedar purse tertinggal!
ramai dah cakap sate hj samuri dah kurang ummph nya... kuah sate daiorang tak umph sebab tak pedas erkh... okeylah lagi tak bawa dompet belum sampai kaunter bayar...ema bawa seringgit tapi beli dekat RM 10... seluk poket terus bg kat brother penjual...malunya keluar tengok kaler biru...nasib baiklah ada suami turut sekali...tapi balik rumah kena perli...
ReplyDeleteLama dah tak makan sate Hj Samuri ni. Teringat ada orang sebut satu lagi nama sate ni tapi lupalah pulak apa namanya... Nak pergi Satay Station macam tak best pulak sebab selalu kalau nak makan sate beli kat situ. Kali ni anak-anak takda, kita pergi jauh sikitlah. Memang betullah Ema, kuah kacangnya memang out betul!
DeleteNasib baik ada suami nak 'pinjam duit'. Kena macam saya ni, ahah...ligat keluar barisan sebelum orang perasan ^_^
Alahaiiii...sad ending story plak...hehehe....Kalau dating berdua memang akan ingat kat anak jer lah. Saya plak rasa kekok klo keluar berdua tanpa anak. Tapi sekali sekala kena spend time berdua ngan husband gak kan.
ReplyDeletePernah makan satay station. Sedap & gemuk2 satay dia. Harga pon boleh tahan. Satay hj samuri dah tak berapa sedap lah skang.
Sad endingnya sekejap saja, Fiza. Esok kita dah pergi melenjan semula ~_^ Lain macamlah feeling dating berdua ni lepas kahwin. Patutnya memang ada hari-hari tertentu kena berdua-duaan ajekan. Tapi itulah, kalau pun boleh berdua-duaan, mulut masing-masing tak henti-henti dok cakap pasal anak-anak. Kadang-kala, topik perbualan pun pasal anak-anak juga. Tak lari ke mana pun ingatan tu...
DeleteSate kat Satay Station memang gemuk-gemuk dan harganya pun boleh tahan. Kat Hj Samuri ni kecil molek, sesuai dengan harganya yang murah tapi tak umpphlah pulak!
dah biasa dgn anak anak , buat apa pun ingat anak - anak juga . dok umah pun blh dating jga md ... heheheee
ReplyDeleteDok rumah nak dating susah betul, Vee. Ada-ada aje yang mencelah. Kang kita tengah sweet talk dengan partner sejati, tetiba ada je yang menyampuk or terselit sembunyi kat mana-mana mendengar tau!
Deletebaru berapa hari tak singgah, sikit puntya banyak entry kuar
ReplyDeleteni nak penaya saya apa ke ni =)
eh kita sama, kalau nak makan berduaan tu...ingat aje kat anak
terus takde mood nak makan...anak entah ingat kat kita ke idak kan
cite last tu tragis la MD...hehe
sorry lah tergelak, can't help myself...boleh bayangkan you punya ralat tu
Kata suruh sehari selembar entri, ni saya buatlah. Tapi nampak tak kat sidebar tu, tak cukup juga bulan ni 30 entri sebulan tau! I is very the geram bercampur baur dalam hati!
DeleteTak bolehlah nak pura-pura dating berdua-duaan tergediks bersama. Kalau tak kita ingat anak, suami pulak yang ingatkan. Lebih baik dating berempat, lagi bestkan!
Amboi, kalau nak gelakkan orang tu janganlah cakap depan! Gelak belakang aje cukuplah. Ni beritahu dah saya tersayat-sayat dalam hati ni tau ~_^ Takpa, raya haji nanti kita minta maaf balik yerk!