Salam 28 Syawal kawan-kawan!
Pagi tadi di simpang jalan lama I menunggu untuk keluar. Kereta bukan main banyak. Tiba-tiba satu lady driver ni memperlahankan kenderaan dan beri laluan untuk I keluar. I pun immediately angkat tangan tanda terima kasih ~_^
Tak lama selepas itu dan di jalan yang lain, I pulak menjadi seperti lady driver tadi - beri laluan kepada beberapa kenderaan lain untuk masuk di hadapan. Tak semena-mena, pemandu yang diberi laluan ni, semuanya pun angkat tangan tanda terima kasih ~_^ Itulah, buat baik dibalas baik ^_^
Perkara kecil je pun. Small gesture jerk tanda terima kasih tapi boleh buat I senyum meleret sepanjang jalan ke pejabat. Mudahnya nak buat hati I ni rasa gembira. Apa yang penting bila kita memulakan hari dengan penuh keceriaan, makanya InsyaAllah akan cerialah hati kita sepanjang hari ^_^
Berbalik kisah 'telemovie' semalam yang katanya tergantung jalan ceritanya (penatnya menulis panjang berjela dikatanya tak cukup panjang, nantilah I tulis manuskrip teragung 10000 patah perkataan lepas ni....), malaslah I nak sambung cerita ~_^ Endingnya pun you all dah taukan. Akhirnya hero & heroin selamat bersatu dan dah ada dua anak pun ^_^ Kah3x...
Nak cerita kisah hidup ni dan yang seangkatan dengannya, mestilah berdikit-dikit buka cerita. Kalau habis semua diceritakan pada umum, apa lagi yang tinggal nak buat 'memori indah kita berdua' yang terpahat selamanya dalam ingatan? You all ni kan....
Selepas tamat sesi berhari-raya yang tak seberapa ni, macam biasa baliklah kepada rutin harian. Puasa dan selesai. Raya pun dah nak tamat. Nak buat apa lagi. Buat-buatlah balik ke pangkal jalan, menjalani hidup seharian macam biasa ~_^
Next big event dah tentulah Hari Raya Korban dan juga selepas tu, majlis perkahwinan my nephew a.k.a anak sulung my Ngah a.ka. abang kepada si Afiq (bunyi kompang please....) pada pertengahan Oktober nanti. Oh, ni kira antara nephew terapat dengan I nih! Haruslah I jadi 'tukang sibuk'makan!
Haruslah kalau mak pengantin pakai gold & black, mak saudara pengantin pun nak pakai warna sama juga! Mak pengantin pakai kasut tumit 2inch, mak saudara pengantin nak pakai kasut tumit tinggi 8cm~_^ (Oh, macamana nih! Akak tak cari baju sedondon dengan keluarga pengantin lagi nih! Ni nak pi meninjau kain ela buat baju nih! Tailor nak ke ambil dah nak dekat Raya Haji nih! Nak jahit sendiri kang takut nak buat jubah terjadi mini dress pulak!)
Tapi kita lupakan yang itu dulu kerana belum tentu lagi majlis itu akan masuk dalam blog. Kah3x....
Semenjak bulan puasa, dah lama sangat rasanya tak makan di luar ~_^ Sampai terlupalah macamana nak buat pesanan (nampak betul penuh dengan penipuan statement MD ni tau... )
Kita mulakan makan-makan di luar dengan restoran yang sepelaung aje lokasinya dari our rumah. Yang sebenarnya, kita keluar sebab ada hal lain tapi bila dah keluar tu kan, minda ni sentiasa aje terfikir kat manalah nak memenuhi tuntutan nafsu makan nih!
Walaupun dekat aje, dah lama sungguh kami tak makan di sini. Last sekali rasanya beberapa tahun yang lalu, masa restoran ni baru lagi. Entahlah masa tu Bubbly Abang dah ada ke belum. Rasanya masih baby lagi, tak pun baru 3,4 tahun kot. Serius tak boleh ingat dah...
Masa kami datang pun jam dah pukul 6.30 petang. Pelanggan tak ramai mana pun. Kalau tak silap kami pelanggan kedua kot! Hujan pun renyai-renyairomantik sungguh kalau berdua-duaan suami isteri aje, eh tetiba! I pun segeralah memesan makanan sebab takut kalau lambat nanti mencecah sampai Maghrib pulak kami di sini.
Oh, by the way... mak mertua berpesan, silalah kurang-kurangkan jenjalan cari makan di luar. Lebih afdal kalau masak di rumah. Kalau masak pun, silalah sedar yang awak tu empat sekeluarga aje. Sila jangan masak macam nak ajak orang makan kenduri!
Hiks... nampak gaya kalau HD ikut kata emaknya, makanya punahlah hobi kami yang suka JJCM selalu ni.
Yalah, yalah... akak memang rajin masak sekarang sebab baru aje beli apron baru ~_^
Pagi tadi di simpang jalan lama I menunggu untuk keluar. Kereta bukan main banyak. Tiba-tiba satu lady driver ni memperlahankan kenderaan dan beri laluan untuk I keluar. I pun immediately angkat tangan tanda terima kasih ~_^
Tak lama selepas itu dan di jalan yang lain, I pulak menjadi seperti lady driver tadi - beri laluan kepada beberapa kenderaan lain untuk masuk di hadapan. Tak semena-mena, pemandu yang diberi laluan ni, semuanya pun angkat tangan tanda terima kasih ~_^ Itulah, buat baik dibalas baik ^_^
Perkara kecil je pun. Small gesture jerk tanda terima kasih tapi boleh buat I senyum meleret sepanjang jalan ke pejabat. Mudahnya nak buat hati I ni rasa gembira. Apa yang penting bila kita memulakan hari dengan penuh keceriaan, makanya InsyaAllah akan cerialah hati kita sepanjang hari ^_^
Berbalik kisah 'telemovie' semalam yang katanya tergantung jalan ceritanya (penatnya menulis panjang berjela dikatanya tak cukup panjang, nantilah I tulis manuskrip teragung 10000 patah perkataan lepas ni....), malaslah I nak sambung cerita ~_^ Endingnya pun you all dah taukan. Akhirnya hero & heroin selamat bersatu dan dah ada dua anak pun ^_^ Kah3x...
Nak cerita kisah hidup ni dan yang seangkatan dengannya, mestilah berdikit-dikit buka cerita. Kalau habis semua diceritakan pada umum, apa lagi yang tinggal nak buat 'memori indah kita berdua' yang terpahat selamanya dalam ingatan? You all ni kan....
Selepas tamat sesi berhari-raya yang tak seberapa ni, macam biasa baliklah kepada rutin harian. Puasa dan selesai. Raya pun dah nak tamat. Nak buat apa lagi. Buat-buatlah balik ke pangkal jalan, menjalani hidup seharian macam biasa ~_^
Next big event dah tentulah Hari Raya Korban dan juga selepas tu, majlis perkahwinan my nephew a.k.a anak sulung my Ngah a.ka. abang kepada si Afiq (bunyi kompang please....) pada pertengahan Oktober nanti. Oh, ni kira antara nephew terapat dengan I nih! Haruslah I jadi 'tukang sibuk'
Haruslah kalau mak pengantin pakai gold & black, mak saudara pengantin pun nak pakai warna sama juga! Mak pengantin pakai kasut tumit 2inch, mak saudara pengantin nak pakai kasut tumit tinggi 8cm~_^ (Oh, macamana nih! Akak tak cari baju sedondon dengan keluarga pengantin lagi nih! Ni nak pi meninjau kain ela buat baju nih! Tailor nak ke ambil dah nak dekat Raya Haji nih! Nak jahit sendiri kang takut nak buat jubah terjadi mini dress pulak!)
Tapi kita lupakan yang itu dulu kerana belum tentu lagi majlis itu akan masuk dalam blog. Kah3x....
Semenjak bulan puasa, dah lama sangat rasanya tak makan di luar ~_^ Sampai terlupalah macamana nak buat pesanan (nampak betul penuh dengan penipuan statement MD ni tau... )
Kita mulakan makan-makan di luar dengan restoran yang sepelaung aje lokasinya dari our rumah. Yang sebenarnya, kita keluar sebab ada hal lain tapi bila dah keluar tu kan, minda ni sentiasa aje terfikir kat manalah nak memenuhi tuntutan nafsu makan nih!
Walaupun dekat aje, dah lama sungguh kami tak makan di sini. Last sekali rasanya beberapa tahun yang lalu, masa restoran ni baru lagi. Entahlah masa tu Bubbly Abang dah ada ke belum. Rasanya masih baby lagi, tak pun baru 3,4 tahun kot. Serius tak boleh ingat dah...
'Saya dah bambam sangat sekarang! Hari-hari kena kerahan tenaga pi jogging! Saya is tension tak dapat makan! Baru nak buka fridge, Mommy & Daddy saya dah 'investigate' nak cari apa dalam tu!' |
Masa kami datang pun jam dah pukul 6.30 petang. Pelanggan tak ramai mana pun. Kalau tak silap kami pelanggan kedua kot! Hujan pun renyai-renyai
Sejak tak boleh minum air 'sedap', sesekali dapat minum air manis mesti si Abang ni nak teh ais. Adik macam biasalah kekal dengan minuman Milo kegemarannya. |
Oh, by the way... mak mertua berpesan, silalah kurang-kurangkan jenjalan cari makan di luar. Lebih afdal kalau masak di rumah. Kalau masak pun, silalah sedar yang awak tu empat sekeluarga aje. Sila jangan masak macam nak ajak orang makan kenduri!
Hiks... nampak gaya kalau HD ikut kata emaknya, makanya punahlah hobi kami yang suka JJCM selalu ni.
Yalah, yalah... akak memang rajin masak sekarang sebab baru aje beli apron baru ~_^
Kalau ikut pandangan mata kakcik yang rabun ni, mee tu tengok pun nampak macam tak sedap jeeee... hehehe
ReplyDeleteSalah kamera tu, kakcik ~_^ Masa nampak dalam ada mi bandung, teringin alahai nak cuba. Masa sampai tu pun takdalah seperti dalam khayalan gitu tapi bolehlah. Bila dah rasa sesuap, alahai.... sadis ler!
Deletehahaahaha.,...patut tepek pic apron kak...baru laa leh percaya dgn kata2 mu ituuu heheheeeheh....
ReplyDeletetu la kak, mcm lieya sendiri pun seminggu sekali dua mesti mkan luar kak..saje jjcm ubah selera...makan masakan sendiri pun jemu...lagi satu mem pun nak rehat gak...asek pegang kuali senduk ajek kaedahnyer...ekekeekekekeke
wow kak, jgn potong line mak pengantin kak ooiiii...kang tetamu dtg salah salam kaut kang...akak glem abis diingatnyer mak pengantin heheeheheh....mesti meriah tu nanti...akak kene sumbang satu lauk pengantin tau....soape lagi kak cabar diri sendiri masak ayam golek seri inang ke...udang seri rampai ke hahahaahahaha...
Oh, sekarang nak bukti pulak ~_^ Hahaha....
DeleteAkak ni kalau hari bekerja memang rajinlah masak. Yalah, masak sekali aje untuk dinner. Pagi beli sarapan. Keh3x. Kalau hujung minggu tu selalunya memang terujalah nak masak yang complicated sikit omputih kata tapi dalam mimpi ajelah. Dah keluar semua bahan, lepas tu tetiba malas. Tetiba kedai makan memanggil-manggil namaku tau!
Mana ada potong line mak pengantin. Dah semua anak saudara kata suruh kita 'steal the limelights' katanya, makanya apa lagi..... on ajelah ~_^
Eh, ya ke kena buat sumbangan juadah? Akak tempah cup cakes ajelah, suruh orang buat. Lepas tu akak ngakulah akak yang bersusah payah buat cup cakes tu sampai tak cukup tidur! Bolehkan....
Amboi nama menu meja pengantin... terus akak yang lapar! Nak duduk sebelah pengantinlah nanti kalau macam ni....
Akk plan nak buat bday anak anak time ry haji nanti. Agak agak ada kawan kawan anak yg datang tak.
ReplyDeleteOh, mesti ada! Kalau dah katanya birthday party, mestilah ada yang datang. Makan free kan... Lagi pun, raya haji ramai tak balik kampung. Sediakan ajelah jemputan ^_^
DeleteAssalam kak Ton .....apa kabo? Nampaknya kak Ton dah lupakan mak sejak dpt kengkawan maya baru ni ek....sikit tak WA tau. Nyampah mak...
ReplyDeleteApa ke nama mee tu? Mee asam pedas ke? Haha....
Eleh setakat kena pesan ngan mak mertua tak boleh makan luar selalu, terus merajuk sebulan.... tak berbaloi tau.....
Weyh.....agak agak tak mo masuk blog kisah anak sedara yg kawen makcik baju gold ngan hghhill 8 inci yg terlebih terujanya tu ,tak payah ler cite....kang mak kempunan tak sudah tau nak tgk muka kak Ton
Wa'alaikum salam, Mak....
Delete'Puas kubertanya dalam hati ke manakah kau menghilang... Ingin kuWA tapi takut mengganggu kosentrasimu melantak di open house....'
Hahaha....
Pandai majuks eh... Ingatkan dah seronok berjimba kat luar sana sepanjang Syawal ni sampai tak ingat kat kawan-kawan alam maya. Blog pun suram jerk. Jomlah kita tukar template sama-sama kasi vogue, Mak oi....
Mi tu namanya Mi Bandung tapi buat kat KL bukan di Muo tapi entahlah kenapa rasanya macam makan ikan masak gulai asam pedas pulak dah...
Oh, warna tu untuk rumah belah perempuan Mak...Kita nak 'steal the limelight' juga katanya.. biar depa semua tak nampak pengantin... Keh3x... Rumah kakak kita warna coklat cair kot...Eh, ya ke... lupa pulak nak double confirm ~_^
Sebab itulah mami pesan kurangkan jjcm sebab contoh macam inilah. Tengok catalogue macam sedap sekali dtg alahai kita punya lagi sedap. Tapi sesekali kena juga keluar makan luar kan sebab kalau nak buat semua resepi yg teringin nak cari bahan dah satu kerja. Kakak tiap minggu janji anak cuti sekolah aje memang makan luarlah...
ReplyDeleteMami kata membazir duit kalau selalu makan di luar. Kalau masak dengan jumlah duit yang sama yang kita keluarkan untuk makan di luar, dapat makan sehari 5x. Banyak jimatnya ~_^
DeleteKadang tu tengok menu di rumah naik muak, apatah lagi si tukang masak. Nak juga beralih angin suruh orang masakkan untuk kita pulakkan, kak...
Salam my dear. Siannye mee bandung jadik gitu.
ReplyDeleteTau x.. Sejak pindah sini LM sgt kecewa bila order mee bandung dpt mee kuah rasa masam. Pekat na rasa sos cili. Wei wei weii geram betul!
Tekak johor saya ni kata mee bandung rasanya manis dan tak boleh ada sos cili atau hirisan tomato atau apa jenis asam jawa asam keping pun. Mmg saya mengamuk klu tny ada mee bandung? Dia kata ada. Dpt2 mee kuah masam:(
Tp si suami tetap kata .. Sape suruh order mee bandung kedai kelantan? Sobss i yg salah jugak rupanya.
Dkt putrawalk area umah LM ni je ada satu kedai yg mee bandung dia sedap. Licin kuah tu kena hirup.
Berbalik pd si abg kena diet. Kesian kan? Maisarah dulu dr kecik bambam smpi la year1-2. Mmg LM dietkan sbb doc kata dia punya saluran pernafasan makin sempit klu dia makin gemuk sbb tu kerap asma. Tiap hari kebetulan blm winter masa tu, LM paksa dia g swimming hari2. Masa kat doha lagi masa tu. menangis2 dia takmo gi klu penat. 1/2 jam pun jadik la. beriya pujuk dia. Suruh kayuh beskal.. Pastu puasa mkn ayam. Smgu sekali je ayam kot masa tu. hihi cam kesian tp terpaksa.
Betullah, LM memang susah nak cari mi bandung sedap kat kota metropolitan sangat ni katanya.... Selalunya kalau ternampak dalam senarai menu, saya tak beli sebab rasa memang tak menepati piawai anak tekak orang Johor ni tapi hari tu entahlah, tak tahu nak makan apa. Cuba, try, test ajelahkan.... tetap gagal...
DeleteSatu macam rasa kuahnya tapi saya tetap habis makanlah. Nak kena hempuk tak mahu makan lepas beria-ia order. Kang kena balik jalan kaki pulak ke rumah ~_^
Abang ni masih takda masalah kesihatan tapi itulah tengok beratnya makin naik, dia makin suka tapi kita makin derita pulak rasanya. Kalau apa-apa berlaku dah tentu kita sebagai emaknyalah yang kena. Itu pun sikit-sikit HD asyik salahkan saya sebabnya urusan anak-anak patut saya yang jaga. Boleh gitu...
Sebelum jadi lebih teruk, kenalah dia berusaha sikit. Tapi Abang ni selalu ngelatlah. Kat rumah kita tak bagi, kat rumah MakNgahnya dia bantai makan! MakNgah pulak tak sampai hati bila dia buat muka comel ala-ala kucing Parsi bila nak makan sesuatu. Nak tak nak, bagi juga!
Sejak lepas Ramadhan kurang makan luar... Dok hadir tu rumah terbuka je... Jimat... Hehe
ReplyDeleteUntunglah banyak rumah terbuka boleh pergi, Maria. Saya tahun ni tak berapa sangat ke open house. Jemputan pun kurang. Itulah orang beraya, kita bercanda di tepian pantai. Siapa yang teringat nak jemput ~_^
Deleterupa dah ada...tak sangka rasanya non hado.hehehe. Amboi pesanan ibu mertuamu menusuk jauh ke kalbu. Bertabah ye...
ReplyDeleteMacamana nak kurangkan JJCM ni, Sal! Cuba ajar sikit ~_^ Takkan 7 hari seminggu kena masak. Satu hari dua kali masak aduhai...kertu tangan akak ni nanti. Tak anjal lagi kulit kat tangan tau! Kah3x.
DeleteNani sokmo JJCM hujung minggu. Kalau weekdays pun tak amsak jugak, hadap makanan yang ada dekat kafe tu je lah. Hahahah
ReplyDeleteAdatlah tu student macam Nani. Weekends tu nak keluar release tension, penat belajar katanya. Akak ni pun sama. Selalunya JJCM hujung minggu tapi adakalanya datang meroyan, weekdays pun ada juga pergi JJCM!
Deletetime kenduri kahwin, haruslah kita yg lebih vogue kak, kalah pengantin. Tapi jgn sampai org tak cam lak mana pengantin, mana makcik pengantin. haru kang kena bersanding lagi sekali.. hahaha
ReplyDeletebagus idea mami tu kak.. mkn kat rumah lagi afdal.. bersih & sedap even main campak2 jer.. hehehe
Takut jugalah kalau pengantin kalah. Kesian dia...dahlah majlis kahwin grand sekali seumur hidup katanya :)
DeleteNi tak pergi cari lagi kain ela. Malas betul nak redah jem dan pergi membelek kain. Takut nanti tema ke mana, kita ke mana. Kain bertema pengantin tak beli, kain corak lain pulak yang kita dok sibuk teruja :)
Sesekali nak juga JJCM. Kalau hari-hari masak kat rumah, stress tukang masak!
Rupa tu adalah macam mi bandung tapi bab rasa memang macam asam pedas. Nasib baik tak jumpa ikan dalam kuah tu ~_^
ReplyDeleteLaa...ingat geram tengok air Milo....
nak komen pasal benda lain tapi tergelak nak gelakkan part akhir tu...hehe
ReplyDeletesaya memang jarang dah makan luar
tapi bab masak banyak tu, kita samalah. sep sikit!
tak reti langsung masak sikit, mesti ada balance.
nanti kalau mychintahati tanya, ayat cover line saya jawab, besok boleh bawa bekal! wahaha
moh kita berjiran, boleh selalu tukar lauk..hehe
pastu nak komen pasal apa ye...ooo kompang
terus tetiba ternyanyi, kompang dipalu, pengantin baru...jeng jeng =)
ala...tak akan sikit pun tak boleh letak dalam blog
nak juga tengok kemeriahan...ish MD ni
rupa makanan tu tak semegahlah...
tengok gambo pun tau tak sedap =)
Hahaha... disebabkan pesanan penaja macam nikan, bila kita makan di luar, lepas aje bayar bil terus mengeluh ^_^ Tetiba rasa menyesal! Masa buat keputusan nak makan di luar tu takdalah pulak terfikir apa-apa. Tapi memang betul pun, dah banyak kurang. Tau ajelah HD. Kalau Mami berpesan memang nak diikuti sentiasa. Just imagine ya YY, menu ayam langsung takda di rumah sejak Mami balik sebab Mami suruh kurang-kurangkan menu ayam. Ayam kat Malaysia ni katanya gemuk-gemuk kena inject. Sebab itulah tak elok untuk si Abang. Langsung saya tak beli ayam tau. Kalau beli pun, malas nanti kena tazkirah dengan HD!
DeleteOh, bercerita pasal kompang dipalu, I ni tengah berfikir lagi nak pakai sedondon ke dengan keluarga pengantin. Kita ni mak saudara pengantin pun.... anyway, kain sampai la ni belum beli lagi. Memang pakai mini dress buat sendirilah nampak gayanya macam ni....