Buat anakanda tersayang....

Salam 18 Zulkaedah kawan-kawan!

Khas buat anakanda tersayang, Luth ...



Hari ini genap usia Luth 9 tahun. Dah besar anak Mommy rupanya. Mommy ingat lagi ketika Luth kecil, Mommy cukup suka menggomol Luth. Badan Luth memang gebu sejak kecil lagi, sayang. Sedap betul kalau dipeluk. Macam peluk bantal erat-erat sambil tidur ketika hujan lebat turun. Nikmatnya... 


Tapi nikmat menjadi ibu kepada Luth lebih daripada itu perasaannya; lebih dari segala apa yang boleh dibandingkan dalam dunia ni. Sejak Luth lahir sehinggalah kini, kasih-sayang Mommy pada Luth tak pernah menurun skalanya, semakin hari semakin tinggi sampai tak terukur dek apa jua sukatan yang ada dalam dunia ini!

Bila Luth mula pandai bercakap, lebih indah lagi rasanya menjadi seorang ibu. Comel aje muka Luth bila Mommy tengok setiap kali Luth mula mengeluarkan patah-patah perkataan yang pening kepala Mommy hendak menangkap maksudnya. Ingat lagi tak perkataan comel yang keluar dari mulut Luth tapi membawa maksud yang berbeza sungguh seperti 'nyamun', 'gedung-gedung' dan 'bapak'? Naik gelak kalau Mommy ingat-ingatkan semula. 

Ingat tak bila Mommy suruh Luth jadi macam Messi (masa tengok World Cup dulu... ya Kak Sal, Mommy kita tengok bola juga dulu tapi tak faham apa pun, menyibuk jerit jerk!) Luth kata Luth tak mahu sebabnya 'kalau dah matuk TV main 'pootball' matamana nak kuar dumpa Mommiikkk!' Comel sungguh....

Pendekata sejak lahir sehinggalah sekarang, tak pernah kering gusi Mommy mengenangkan keletah Luth yang manja. Sudah tentu bila semakin besar, kerap juga Luth dimarahi Mommy. Tapi percayalah, Mommy marah bukan sebab tak sayang. Bukan sebab semakin kurang kasih-sayang pada Luth tapi Mommy nak memperbetulkan mana yang salah. Luth masih kecil, banyak yang harus dipelajari dalam hidup ini. Kalau Mommy tak menegur, Mommy bimbang Luth akan tersesat hala tuju. Bukan ke Luth dah berjanji dengan Mommy mahu menjadi anak yang baik dan mahu menyayangi Mommy seperti mana Daddy menyayangi buvi-jon? 

Walaupun selepas adik lahir Luth rasa terabai dek semua orang di sekeliling, ketahuilah bahawa tempat Luth sangat istimewa dalam hati Mommy; begitu juga buat adik dan Daddy. Mommy sanggup buat apa sahaja demi Luth walau adakalanya perbuatan dan niat Mommy disalah-erti oleh orang-orang yang rapat dengan kita.

Kalau Mommy marah atau menegur Luth, cubalah terima dengan hati yang terbuka. Jangan bermasam muka mahu pun mencemik. Mommy tahu Luth masih kecil lagi tapi Mommy berharap sangat Luth faham. Mommy marah bukan kerana tak sayang Luth lagi. Walaupun sekarang Luth sudah pandai berfikir dan sering terasa hati bila kena marah namun ketahuilah sayang, kasih-sayang Mommy pada Luth tak pernah surut. 

Jangan ditanya berapa dalam atau tingginya kasih-sayang Mommy pada Luth mahu pun adik. Mommy tak tahu ukuran perbandingannya. Menggebu-gebu perasaan sayang itu timbul dalam diri Mommy tapi Mommy tak mampu nak menilai ukuran kasih-sayang itu. Infiniti, Luth. Mungkin Luth tak faham maksudnya sekarang, nanti bila Luth dah dewasa mungkin Luth akan faham. Atau mungkin bila tiba masanya Luth tak mampu menatap wajah Mommy lagi, kala itu Luth akan faham!

Mommy sebenarnya kagum dengan Luth. Walaupun baru 9 tahun, adakalanya Luth berfikir lebih matang daripada usia. Sungguh Mommy gembira melihat sikap Luth. Namun adakalanya Luth memang lebih kebudak-budakan. Nak buat macamanakan sayang, memang pun Luth budak-budak lagi ^_^ Mommy juga yang tak mahu masa berlalu pantas sangat sampai anak-anak cepat membesar. Tak patutlah Mommy komplen kalau anak-anak Mommy bersikap 'kebudak-budakan', ya tak?

Tahun ini, sejak awal lagi Luth dah beritahu Mommy tak perlulah nak buat makan-makan mahu pun menyambut harijadi Luth. Kata Luth, tak perlu membazir. Luth bukan suka kek pun. Nak buat apa beli kek sempena harijadi. Selalu pun Mommy yang over, sendiri pilih kek tanpa Luth macam nak menyambut harijadi sendiri. 

Nak beli permainan pun, Luth bukan sebaya adik yang gembira sakan bila nampak toys. Setakat ni cuma Lego aje yang jadi pilihan. Kerap dah kita membelinya. Tak akanlah harijadi pun nak beli Legokan... baru kelmarin Daddy belikan Lego baru untuk Luth dan adik. Dan pada petang hari yang sama Luth dan adik dapat lagi Lego daripada kakak sepupu  tersayang! Oh, banyak dah sayang Lego kat rumah kita! Tak larat Mommy dok terpijak lagi. Bagus juga kalau Luth tak minta Lego untuk hadiah harijadi ~_^

Luth kata tak payahlah susah-susah sambut harijadi, buat macam Daddy aje - lalui harijadi macam hari-hari biasa aje. Takda yang istimewa. Dan Luth kata lagi,

Mommy buatlah macam harijadi Daddy. Kita tak payah sambut!

Oh...... 

Mommy ni kalau harijadi anak-anak, rasa ralat sangat membiarkan hari bersejarah itu berlalu pergi macam itu sahaja. Daddy lainlah. Daddy dah beri amaran jangan disambut hari lahirnya (tapi Mommy selalu langgar 'perintah' dengan buat makan-makan kecil). Itu pun kita selalu diam-diam pergi belikan kad harijadi untuk Daddy dan letak atas meja komputernya. Nampak tak setiap kali kita buat begitu, muka Daddy nampak terharu sangat? Lepas tu Daddy akan hug anak-anak lelaki kesayangannya! Itu tandanya walaupun Daddy kata tak suka, bila kita mengingati hari lahirnya Daddy tetap terharu!

Mana mungkin Mommy berpura-pura tak mengingati harijadi anak-anak? Luth tak sedih ke kalau Mommy buat begitu? Mommy sedih tau! Setiap tahun Mommy mahu hari lahir anak-anak menjadi hari yang istimewa walaupun tanpa kek harijadi dan hadiah. Makan kecil bersama keluarga kita pun sudah cukup janji hari tersebut disambut tidak seperti hari-hari biasa dalam hidup kita. Ya betul kata Daddy; kalau kita menyayangi seseorang kenalah sayang 365 hari setahun bukannya sehari dalam setahun! Luth pun tahu bukan itu maksud Mommykan...

Tapikan yang paling kelakar sekali bila dua hari lepas, sebelum tidur Luth bertanya pada Mommy sama ada Luth akan terima hadiah atau tidak tahun ini? Bila Mommy ingatkan yang Luth tak mahu apa-apa sambutan, laju aje Luth jawab,

Tak payah celebrate tapi hadiah tak akan tak dapat?

Nak tergelak Mommy dalam hati...

Luth, Mommy dah pergi mencari hadiah semalam. Berpeluh-peluh Mommy mengejar masa tau. Kalau boleh, apa pun yang Luth mahukan akan Mommy tunaikan jika termampu. Macam selalu, Mommy tak minta apa-apa yang menyusahkan pun dari Luth. Sekadar mahu melihat Luth sihat dan jadi anak yang soleh, taat pada ibubapa dan berjaya dalam hidup. 

Oh, ya bukan ke Mommy sudah berpesan banyak kali - Belajar dan terus belajar! Dalam hidup kena sentiasa belajar. Lain-lain biarlah Mommy dan Daddy yang uruskan. Tugas Luth buat sementara ni hanyalah belajar! Tak kiralah nak belajar ikut sukatan pelajaran di sekolah mahu pun belajar tentang kehidupan. Yang penting teruskan rajin belajar ~_^  

Dan Luth pun ada tugas baru tau - kena kuruskan sikit badan yang sado tu. Mommy takut melihatnya. Bukan takut dengan ke'sado'an badan Luth tapi takut mendatangkan mudarat di kemudian hari, anakku! Bukan Mommy sengaja buat perintah larangan makan ikut suka hati, makan selepas makan malam pukul 7, tak boleh minum air manis dan buka petisejuk ikut suka hati. Ada sebabnya, Luth. Luth pun tahukan semua yang Mommy buat sebab Mommy sayang teramat pada Luth!

Akhir kata sekali lagi, Luth ingatlah pesan Mommy selama ini. Walaupun berulangkali Mommy ucapkan, Luth janganlah rasa kecil hati dengan Mommy. Mommy buat semuanya kerana kasih-sayang Mommy pada Luth terlalu melimpah-ruah sehinggakan Mommy tak sanggup melihat Luth bersedih di kemudian hari. Mommy nak Luth hidup gembira selalu tanpa ada rasa sesal.

Selamat Harijadi yang ke-9 buat anak kesayangan Mommy, Luth Adam ^_^















Comments

  1. dear Luth Adam, happy birthday ya.. may all the happiness, wealth and good health will be yours...terharu baca ucapan birthday mami dia ni.. moga abang capai apa yang MD harapkan ya.. insyaAllah yang baik2 kita doakan utk anak-anak kesayangan kita ni..

    ni gamba sebelum abang dibotakkan ke rambutnya cepat panjang? gambar lama kan? saya tgk haritu agak pendek rambut abang, takkan cepat nau panjangnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much, Aunty AN. May my dreams and wishes come true one day...

      Gambar ni gambar lama masa pergi ke kolam air panas tempohari. Sekarang ni rambut dah tumbuh sikit-sikit tapi siksa mata Mommy memandangnya :)

      Delete
  2. enth kenapa rasa sayu juga. Luth kena bca ni...
    leh rasa tau syg sungguh momy dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tahu... one fine day Luth terbaca. At least buat tatapan dia juga suatu hari nanti, kotnya kalau dia rindukan Mommynya :(

      Delete
  3. Hepy Bezday Luth Adam..... Auntie doakan moga Luth sentiasa dalam rahmat Allah dan moga Luth menjadi anak soleh yang dapat mendoakan kesejahteraan mommy dan daddy.

    Jangan hampakan harapan mommy yang nak tengok Luth berjaya. Auntie tau yang Luth memang anak yang baik, Luth dah cukup sempurna untuk Mommy. Dan auntie faham ada ketikanya Luth rasa tak puas hati dengan mommy, itu biasalah Luth, namanya pun budak kecik.....Tapi percayalah tak de mommy dalam dunia ini yang tak sayangkan anaknya.

    Luth sangat beruntung tau .....Luth ada mommy yang sangat sangat sayang kat anaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Aunty jiran sebelah yang suka bergosip dengan Mommy ~_^

      Luth memang sayang Mommy tapi biasalah ada masa Mommy meroyan juga kat rumah. Walaupun Mommy kata tak kisah, kalau kita buat Mommy marahlah.... Mommy kalau dah tukar jadi tarzan, memang totally different tau dari Mommy Luth yang dikasihi. Hahahaa!

      Delete
    2. Hihi....Luth pun pandai bergosip rupanya....

      Delete
    3. Bak kata pepatah... ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke pinggan nasi emaknya ~_^

      Habis tu dah emaknya aje yang kerja dok menghabiskan makanankan memanglah kuah tumpah dalam pinggan sendiri ^_^

      Luth dengan Mommy pun boleh layan gosip tau! Tapi honestly speaking kami tak pernah mengumpat jiran sebelah. Kah3x.

      Delete
  4. Happy birthday Luth. Sebak nenek baca nukilan mommy Luth ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Nenek! Eh, tak boleh, tak boleh.... Thank you, Aunty Nur ~_^

      Mommy kita memang suka emosi lebih-lebih. Kalau usik sikit pun dah berjurai air mata :)

      Delete
  5. sat naa...ambil tisu sat. ada habuk masa mata pula...
    tulusnya kasih seorang mak tu...
    memang tak de sape boleh tandingi kasih seorang mak
    sayu hati dok baca coretan ni...hopefully luth adam bacalah coretan ikhlas mummy dia ni
    acik yana pun dah meleleh air mata dibuatnya

    apapun happy birthday ye luth adam a.k.a bubbly abang
    jadi anak yang soleh ye sayang ye
    belajar pepandai...buat baik dengan orang keliling
    sayang dan hormat semua orang...insya allah hidup pun berkat
    jangan lupa DIA yang satu ye
    jangan lupa juga segala pengorbanan baik daddy ataupun mummy
    tanpa kasih sayang diorang, luth tak akan seperti hari ni...ingat ye

    acik yana bukan sesapa...cuma antara orang yang sering membaca cerita kamu
    walau tak kenal in person, terasa agak rapat juga
    next time jangan cakap dengan mummy tak nak kek
    cakaplah nak, pastu bagi kat acik okay? deal ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aunty Yana ni (tak mainlah acik,acik babe.. ni Mommy Luth yang kata ~_^) memang kuat juga beremosi macam Mommy kita yerk! Padanlah segeng. Padanlah Mommy sibuk dok ushar adik suruh tengok gambar anak perempuan Aunty Yana. Ada udang sebalik mi rupanya. Kalau kita, memang kita tak makan udang tu, Aunty ^_^

      Thank you ya, Aunty Yana. InsyaAllah, kita akan belajar rajin-rajin sampai berjaya dalam hidup, jadi anak yang taat ibubapa dan soleh. Mommy selalu kata Mommy tak minta apa-apa pun, minta duit sebagai balasan pun tidak walaupun masa umur kita 4,5 tahun dulu kita dah janji nak bagi Mommy banglo 3 tingkat dengan duit 10 000 x RM10. Pun Mommy menolak tau... (pssttt...tapi Mommy siap ingatkan lagi dalam entri blognya sebelum ni....I can't believe my eyes, aunty.... !)

      Laaa...kenapa tak buat deal dengan kita awal-awal? Kalau tidak, kita suruh Mommy beli kek walaupun kita tak berapa suka kek ni. Eh, bukan ke Aunty Yana pandai buat kek warna-warni pelangi? Hari tu kata Mommy bukan main eksyen lagi Aunty Yana menulis dalam blog pasal kek sedap tu!

      Pssst.... tak nak sponsor kek untuk harijadi kita ke? Tak pun sponsorlah untuk bakal menantu Aunty Yana tu...harijadinya next Nov. Jangan lupa tau! Kita tak beritahu Mommy. Ni secret between the two of us ya, Aunty ~_^

      Delete
    2. acik tak cerahlah nak panggil aunty...hehe
      lebih rela panggil acik...baru rasa rapat gitu...hehe
      eh samalah! acik pun tak makan udang! sep!
      dengan itu, kita secara rasmi dah jadi geng! hehe

      mummy kamu bab duit memang gitu rasanya luth
      bertabahlah ye...tapi kalau ada duit lebih, ko hulur sikit kat acik ye
      kita kan geng kan? hehe

      acik pandai buat kek pelangi aje...kek selain dari tu pandai tengok aje
      mana nak tau hari jadi kamu awal gini
      idak dah deal dah awal2...kek baskin robin tu macam best kan
      next time lah...next time

      ko tunggu ada orang derma 2.6 billion ringgit pada acik ye
      baru acik dengan rela hati sponsor kek
      eh...patut mak kumbanglah lebih sikit usha mak bunga
      ni mak bunga plak nak kena belanja macam-macam
      apa ni...mana keadilannya ni

      Delete
    3. Okeylah, Acik pun Aciklah. Orang nak puji tak nak, nah ambillah ~_^

      Oh, tau buat kek pelangi aje... kek coklat moist, kek red velvet, cheese cake tu semua tak tahulah yerk... Keh3x...tengok keterujaan buat kek macam dah master dah!

      Ni, tak berapa faham ni.... kalau dah tau nak jadi besan, apalah nak berkira sangat. Tak kiralah mak kumbang ke, mak bunga ke. Kalau dah minta tu, buat ajelah. Itu barulah namanya besan yang bagus.

      Baru abang kepada bakal menantu minta belikan kek harijadi, dah komplen berkira. Nanti kalau abang kepada bakal menantu kaya, siapa yang nak tumpang tui? Awak juga.... besan oi....

      2.6 billion ringgit tu sikit sangatlah. Ringgit dah turun nilai. Apakata minta orang tu derma 2.6 billion USD? Barulah sekarang juga ngaku besan!

      Delete
    4. ni sape yang reply ni
      nampak sangat mummy dah conquer tau...

      wei...2.6billion ringgit pun boleh buat saya tak tidur seminggu tau!
      saya kesian kat penderma tu, tu pasal bagi ringgit pun saya redha aje
      agak dia baca tak huh si penderma tu, nak tinggal no akaun ni...

      Delete
    5. Eh, last time I checked ni memang blog Mommy, belum pindah milik kepada Bubbly Abang lagi. Dia cuma tumpang ucap terimakasih aje atas ucapan gitu. Yang lain-lain, Mommylah yang harus menjawab.

      Ni tak puas hati lagi ni kenapa? Last time I checked, memang tradisi dalam blog ni kalau ada orang mengomen, pengomen terakhir tu mestilah tuan blog.

      Dan last time I checked... eh, penatlah dok repeat ayat sama! 2.6 billion tu tak boleh masuk bank kat Malaysia. Nanti kena kejar IRB. Lebih afdal kalau cari penderma yang nilai matawang guna USD, Cik Kiah oi... Kata nak kaya cepat!

      Nak tulis no akaun ya...nanti jap sat no... I pi bayar Google supaya ranking blog ni terus naik ke no.1. Barulah penderma obersi tu nampak no.akaun penerima derma ni ^_^ Faham tak? Tak faham eh? Takpalah....belajar lagi dengan orang lain yerk ~_^

      Delete
  6. Happy birthday luth yang comel angat..
    Moga jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat kelak. .
    aamin ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Aunty Tihara ~_^ InsyaAllah, kita cuba jadi anak yang baik, yang soleh dan akan belajar rajin-rajin!

      Delete
  7. Percayalah MD kalaulah bubbly abang baca bila dia dah cukup matang mahu luruh airmata dia. Mana ada ibu lupa tarikh lahir anak dia. Marah ibu kerana sayang, sedih ibu juga kerana sayang.

    Happy birthday buat anakanda Luth Adam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni saya tahu dia belum pernah baca apa-apa dalam blog ni. Selalunya dia tengok gambar-gambar dia dan adiknya aje. Pelik juga dia macamana gambar semua masuk blog :) Dia tanya saya tak jawab pun, senyum aje.

      Nanti-nanti nak juga suruh dia baca. Nak tunjuk aje, biarlah dia nak baca habis atau tidak sukahatilah. Takda paksaan di situ ~_^

      Terima kasih, Aunty Zakie untuk ucapan harijadi ^_^

      Delete
  8. Happy birthday Luth Adam..
    Sedap nama dia..
    Semoga jadi anak soleh, taat pada kedua ibu bapa.. semoga cemerlang dunia & akhirat..

    Kalau luth baca ucapan mommy dia ni, mesti nangis.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Aunty Ira!

      Mommy yang pilih nama. Haruslah sedap ~_^

      Hahahaha...entahlah si Abang ni menurun tak beremosi macam Mommynya! Kalau tak, buat penat Mommy aje buat dedication. Kah3x....

      Delete
  9. panjangnya amanat mami..memang penulis berjiwa kental..hehehee..
    pepon hepi besday luth..moga menjadi anak yang soleh dah juga kebanggaan mami daddy satu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy kalau diletakkan keyboard depan mata, memang laju aje. Keyboard warrior pun kalah setakat nak menaip komen-komen tu tau!

      Terima kasihlah untuk ucapan harijadi tu, Aunty Zee ~_^

      Delete
  10. Sanah helwah Luth..
    Semoga menjadi anak yg soleh..
    Sila lah print entri mommy ni ye..
    Panjang amanat tu Luth..
    Auntie baca pun .. sepuluh kali telan air liur :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Aunty CH!

      Mommy kalau menulis mana tahu berhenti ~_^

      Huhuhu...penat kita menulis amanat haruslah letih membaca CH sampai tertelan-telan air liur!

      Delete
  11. besar nanti dia baca ni memang boleh nangis la...Selamat harijadi abang..nak bagi hadiah pun abang cuma suka lego..Dah tu mommy cakap lego dah banyak..apa kata Abang minta pegi legoland je kat mommy??heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah dia pun hati tisu macam Mommynya.... Mommy memanglah emosi berlebihan tak tahu nak salurkan ke mana.

      Terima kasih untuk ucapan harijadi tu, Aunty Diana!

      Ni cara cakap memang dari awal tak mahu bagi hadiah ni. Hahaha....

      Legoland tu memang sentiasa bermain di mulut tapi entah bila Daddy nak bawa ke JB pun tak tahulah! Macam jauh sangat! Geram betul....

      Delete
  12. happy birthday abg aka Luth...
    Semoga menjadi anak yg soleh & sentiasa membanggakan mummy & daddy..
    esok2 dia dah besar akak bagi dia baca entry ni.. sure touching kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks again, Aunty Lyn!

      Entahlah touching ke tidak, nama pun budak lelaki. Kalau anak perempuan tu ada peluang nak ada hati tisu macam Mommynya. Emotional sungguh!

      Delete
  13. selamat hari jadi Luth.Semoga menjadi Abang dan Anak yang baik. Dengar cakap Mommy dan Daddy ye...semoga berjaya mengurangkan kesadoan badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kak Sal yang kecil molek ni ^_^

      Err... Kak Sal ucap selamat harijadi jerk ke? Hadiah takda? Kata kerja ligat di pejabat mesti OT claim pun banyak ni..... tak nak campak baling sikit ke sini ke? Hahaha....

      Delete
  14. Ohhh Luth namanya. Sedap. Hehehe. Happy Belated Birthday Abang. May Allah shower you happines :D
    Sicerely,
    Kakak Nani :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah siapa yang bagi nama... Mommynyakan.... *adariakdiwajahkuwalaupunorangtaknampak*

      Thank you, Kak Nani ^_^

      Yang ni memang Luth kena panggil kakak. Pengomena yang lain tu semua pangkat acik-acik. Keh3x...

      Delete
  15. Selamat hari jadi
    Luth. Moga jd ank soleh buat ibu ayah. Mana blh x sambut.. Terkilan tau hati si ibu klu x raikan hari lahir ank kandungnya

    Luth pun pelat juga ye MD dulu? Ank2 LM rasanya adik ad je x pelat. Lain smua pelat dan jd jenaka kat org lain. Kdg2 sentap gak bila ada jiran main2 kan syafiq yg ckp pelat. Dah LM dulu kecik2 pun pelat., tak kisah pun ank pelat nnt dia pandai sendiri sebut lama2. Syafiq skrg ni dah mula ckp slow2 utk kurangkan pelat dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Aunty LM ^_^

      Betul tu, LM. Walaupun tak buat besar-besaran, sekurang-kurangnya adalah makan-makan kecil meraikan ulangtahun...

      Dulu pun pelat juga si Luth, begitu juga adiknya. Tapi sekarang si Adik Cute pun dah tak pelat lagi cuma cakap tu macam keretapi kalau berceloteh. Penat 'pasang telinga' tau!

      Alahai, LM...biarlah apa orang nak kata. Seronok apa dengar budak cakap pelat. Dengan kita-kita sekali adakalanya terikut walaupun tahu tak elok buat-buat pelat ikut budak-budak ^_^

      Delete
  16. Baru tau nama abang. Luth Adam. indahnyaaaaaaa nama dia. Luth sayang mana boleh mommy tak sambut. kalau nak tau setiap tahun setiap hari pun mommy tak pernah lupa sakit dan dugaan mengandung dan bersalinkan Luth tau. biarlah nampak mommy macam syok sendiri pun janji mommy puas hati dengan pencapaian diri sendiri. sementara ingat masih kuat untuk ingat setiap hari bahagia si anak

    huuuuuu dak kita pulak teremosi sekali ni haaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy memang ralat tau kalau harijadi anak-anak tak bersambut. Tak potong kek takpa janji ada sambutan special sikit on that special daykan...

      Hahaha...Mommy memang pun selalu syok sendiri, Kira... tak mampu dah nak berubah katanya ^_^

      Delete
  17. Panjangnya surat karangan mommy ni utnuk Luth Adam. Touching plak baca. Happy belated birthday luth.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy memang pantang kalau suruh tulis surat ni. Sejak dulu lagi pun macam ni masa zaman tulis surat cinta. Hahaha!

      Delete

Post a Comment