Jumaat sudah...

Salam 4 Zulhijjah kawan-kawan!

Tak suka tau kalau ada cuti umum ni... Eh, cuti tu sukalah tapi yang tak suka bila kembali bekerja the next day. Tentu banyak kerja. Dan entah kenapa semalam malas sungguh nak mengarang ceritera abad ini. Ada juga melayari internet masa lunch time katanya tapi buat kerja lain ~_^ Kotnyalahkan mood merundum penangan jiran dah sampai dibawa ke rumah dek jerebu yang melanda!

Hari ni mampu tengok draft yang ada aje. Malas lagi nak mengarang cerita tapi kalau dah mula menaip tu, malas-malas pun mahu 10 000 patah perkataan juga kita hentam menulis tanpa sedar katanya...

Dek kerana semalam takda entri harian, makanya takdalah cerita seram ke udarakan! Kesianlah kat pelopor cerita seram dalam blog, bagilah depa menjalankan kewajipan depa menakut-nakutkan pembaca. I ni sidekick aje... 

Malam semalam kami sekeluarga keluar makan atas jemputan my Ngah selepas Maghrib. Ulangtahun kelahiran my niece. Eh, actually Ngah ni takda anak perempuan pun! Dua-dua anaknya lelaki macam adik perempuan gediknyalah ni (itu merujuk kepada tuan empunya bloglah yerk!) Yang I panggil niece memanjang ni is my sister punya salah seorang bakal menantulah senang cerita. We're close to each other. Adakalanya terlebih rapat berbanding anak saudara perempuan sendiri.

Sebelum meneruskan celoteh, ni nak beritahulah.... jangan diharap gambar majlis makan-makan semalam, kek harijadi, birthday girl punya gambar (pernah keluar pun.. yang kurus melidi main bowling dengan si Adik Cute dulu-dulu....) mahupun gambar makanan semalam ^_^ I ni kalau keluar dengan my sister's family memang tidak kuasa nak mengambil gambar bagai untuk ditempek dalam blog!

Lumayan jugalah acara makan-makan semalam. Ada bawal masak sweet sour, ada ikan siakap kukus, daging masak kicap, kerabu mangga, sup tulang (oh, sedapnya sampailah ni teringat!), seafood tomyam, kailan ikan masin, telur dadar dan pencuci mulut. Bab air ajelah tak sedap. Fresh orange dua jug tapi dengan kulit-kulitnya kot dikisar sekali! Mencebik-cebik muka my superheroes bila minum. Tetiba masing-masing nak minum plain water sampai habis majlis ^_^

Lepas tu adalah juga acara potong kek. HD duduk paling jauh sekali makanya HD concentrate makan aje berbanding kami yang sibuk nak makan kek juga ^_^ Anak-anak I pula dah jadi waiter masa tu tukang edarkan kek dalam pinggan! HD ni kalau takda kena mengena dengan his wife and kids, memang tak kisah pun siapa nak buat birthday celebration. HD buat derk ajelah... 

Yang paling best my superheroeslah. Dua-dua bagi hadiah pada kakak sepupu kesayangan ni. Yang kecil beri bunga dengan coklat dan yang besar beri pen holder berserta jam loceng gitu. Maklumlah masing-masing tak mampu beli hadiah so kenalah terima apa hadiah yang disediakan!

Sebaik selesai ambil gambar mereka beri hadiah kepada kakak sepupu, masing-masing berbisik kat telinga si kakak sepupu. Yang beri bunga dengan coklat minta semua coklat dikembalikan sebab teringin nak makan. Yang beri jam dan pen holder tu minta balik hadiahnya! Makanya si kakak yang prihatin dapat paper bag dengan bunga sekuntum ajelah bawa balik rumah!

Agak-agak nak dekat pukul 9 malam, kami pun balik. Ah kak nak mengejarkan cerita itu (AN aje yang faham...hehehe!) walaupun waktu rehat di pejabat dah siap menonton habis ^_^ Punyalahkan taksub tak bertempat dan tak padan usia katanya.... Okey, I don't carelah apa orang nak kata ^_^

Dalam perjalanan pulang, HD pun kata pada anak-anak nanti bila kakak dah kahwin dan pergi Kuwait, habislah anak-anak takda tempat nak pow bermanja lebih-lebih. Tiba-tiba aje si Adik Cute menangis tersedu-sedu. Sedih sangat kononnya kalau kakak dah takda kat Malaysia nanti!

Puaslah memujuk. Akhirnya berhenti menangis. Sampai dalam rumah pun boleh pulak sambung merah mata, merah hidung kembali! I pujuk lagi. Berhentilah lagi menangis! Tengah main lego siap sambung balik semula menangis hiba; sedih sangat dan sayu alahai hati tu kalau kakak dah pergi Kuwait, tak dapat jumpa hari-hari katanya....

Adik Cute yang teruja nak pergi makan sambut birthday kakak sepupu. Minta snap photo lagi nak tunjuk t-shirt Upin Ipinnya. Berpuluhkali yerk ucap terima kasih kat Mommy sebab belikan t-shirt ni!
Aduhai... lama lagi si kakak ni nak pergi Kuwait! Insya Allah, pertengahan tahun depan maybe... Tapi lepas my nephew kahwin (abang kepada Afiq) bulan Oktober ni, 2,3 hari lepas tu my sister and si kakak ni akan melawat Afiq di Kuwait selama 3 minggu. Aha, I dah mula risau sebenarnya takut si kecil ni demamlah pulak tak nampak MakNgah dan kakak sepupu kesayangannya lama sangat!

By the way, masuk aje bulan Oktober ni I akan mula menyibukkan diri dengan persiapan majlis kahwin di rumah my sister. Bukan sibuk apalah, I ni kan mak saudara pengantin yang paling vogue dan muda (kah3x) makanya memanglah kena menyibuk-nyibukkan diri! Majlis di rumah perempuan pada 10hb manakala di rumah lelaki (my sister's house) pada 17hb. 

You all tahu siapa flower boynya? 

Of courselah anak den si Adik Cute ^_^

Tapi paling kesian si Bubbly Abang teringin nak pakai tuxedo pada majlis perkahwinan Abang Iwan katanya.... Jenuh ni ^_^

Apa-apa pun cerita hari-hari kecoh I tu tunggulah sampai tiba masanya yerk. Lama lagi  tu ^_^

 Okey dah... I nak sambung buat kerja semula biar cepat habis! Hari ni hari Jumaat dan yang paling seronok sekali dah tentulah sebab big boss takda dalam pejabat. Anak-anak buah semuanya berpakat mengacau-bilaukan pejabat ^_^










Comments

  1. Pasti segak hero 2 orang tu bertuxedo nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik yalah confirm jadi flowerboy masalahnya si abang terlebih sado, macamanalah nak seiring dengan budak-budak kecil semuanya. Tapi Abang kata kalau tak jadi pun takpa janji dia nak pakai tuxedo. Pengsan!

      Delete
  2. hahahaha.. pow hadiah balik. aduhai kelakar sungguh dua beradik ni. Sedih sungguh adik yer terkenang kakak kesayangan takde dengan dia nanti. Ni boleh ganti jalaluddin hassan jadi pelakon airmata lelaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kat kakak sepupu. Diberinya coklat lepas tu minta balik. Bagi bunga je coklat semua cabut dia nak makan. Si Abang pun sama, dah bagi jam dan pen holder tu sudahlah, siap kata nak ambil balik sebab dia pun nak jam tu. Gelakkan ajelah dah kakak sepupu pun sayang bangat kat depa berdua. Akur ajelah!

      Eh, tangisan air mata dia memang boleh buat part-part tau. Pelik sungguh! Dah berhenti tu berhenti ajelah. Siap ada sambungan di akhir rancangan pulak!

      Delete
  3. Lain pulak muka adik bila rambut dia diselak gitu....nampak dah matured sangat.
    Ohhh.... ni si tunang yg pergi Kuwait hari tu kan.....
    Dah closed banget yek mertua ngan bakal menantu.....senang nak handle! ....

    Ingat Kak Ton cuti semalam.....sebab sunyi sepi jer sebelah rumah. Duk skodeng gak .....tapi tak nampak haha....
    Alah.....tak kisah ler, si HD dah nak join makan makan pun dah untung sangat. Yg penting kita dpt beramas mesra dgn kaum kerabat hihi.....So mlm tadi mesti tidur lenalah kan, banyak ikan berenang dlm perut.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia baru potong rambut. Lepas mandi saya terus sisir rambutnya macam tu. Dia kata tak comel ^_^

      Ahah, yang ni tunang si Afiq. Memang pun kami rapat dengannya maklumlah dia pun cuma ada bapa aje. Manjalah sikit dengan bakal mak mertua katanya. Dengan mak saudara vogue memang macam rakan-rakan sebaya gitu. Hahaha!

      Takdanya Mak cuti. Tapi kerja tetiba banyak lepas tu stresslah tengok boss. Bila dah stress semua pun jadi malas! Makanya takdalah nak jejak blog!

      HD kalau birthday celebration orang lain tak kisah sangat asalkan bukan isteri mithalinya yang punya projek. Kalau tidak memang kena bertubi-tubilah sakit telinga ni mendengarnya ^_^

      Kalau takda ikan berenang-renang dalam perut pun tetap tidurnya lena, Mak @_@

      Delete
  4. Mesti kacak kuasa dua flower boynya nnt kan?

    Eh adik cute potong rambut ke atau sikat style lain? Nampak lain pulak dlm gmbr ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru potong rambut, LM. Itu yang lepas mandi sisirkan ke belakang. Mulalah buat muka bila suruh kita snap gambar ...

      Delete
  5. ada ke flower boy? nape pelik sangat bunyi nya
    pakai tuxedo? wahhh...mesti handsome bakal menantu i ni
    aisyah nak join jadi flower girl boleh dak? hehe...
    cam mama dia pula yang berlebih

    eh adik cute tu potong rambut ke.
    selalu nampak lebat rambut dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takda pun kita kena adakan juga! Hahaha....

      Yang nak pakai tuxedo tu si Bubbly Abang tapi si flowerboy tak tahulah pakai apa. Tunggulah main sponsor balik dari Kuwait nanti uruskan pakaian flowerboy and flowergirl ^_^

      Oppss.. tak boleh! Aisyah tak boleh lagi. Bukan muhrim. Takut kang tergesel-gesel bahu, bersenda gurau main aum chak pulak dengan Adik Cute di majlis orang. Itu tak bagus.... Hahahaha!

      Memang benar dah kena trim rambut si kecil ni, atas belas ehsan Daddynya yang ohsem jadi tukang gunting rambut. Huhuhu...habis rambut anak I tau!

      Delete
  6. Sakan depa makan besaq potong kek lg..bagi hadiah mintak balik.lawak betui la.hahaha...

    Owhh dah nak kenduri mak sedara pun busy mengalahkan mak pengantin la nmpknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak-budak ni dengan kakak sepupu yang satu tu memang manja. Boleh pulak dah bagi hadiah minta balik. Inilah kakak sepupu yang selalu belikan lego untuk mereka. Asal kata terniat aje, dah tentu dapat! Kalau dengan Mommy, pasanglah niat banyak-banyak dulu baru Mommy fulfilkan. Hehehe....

      Oh, last weekend kita sibuk you mencari kain ela.... Takut sangat tailor kita kat kampung tu tak mahu jahit. Mau kita nangis-nangis berdondang sayang takda baju di hari kahwin nanti ^_^

      Delete
  7. lain pulak rambut adik tuh.. baru lepas potong rambut jer..
    nampak muka dia lain sgt..
    makcik haruslah vogue gitu... kata makcik pengantin kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang baru potong rambut tu, Lyn. Sayang pulak rambut lamanya tu tapi tak tahan tengok depan tu panjang betul sampai tutup mata.

      Hahaha...yes, yes, yes...you are absolutely right ^_^

      Delete
  8. Manja betul adik dgn kakak sepupu dia tu yerp. Jangan nanti nangis2 nak ikut gi Kuwait sudah lah ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang manja pun. Paling senang nak dipownya, kakak sepupu yang inilah. Yang kakak sepupu pun ikut aje kata-kata adik sepupu ni. Sama naik mereka bertiga. Kalau tak anak-anak saya yang rindu kakak sepupunya, kakak sepupunya yang merindui mereka!

      Delete
  9. alahaiiii kesiannya haaaa. jangan nanti bila kakak sepupu dah kawen mintak nak tido sekali dimalam pertama pengantin udahhhhh kihkihkih :p

    mommy kena siap2 sediakan wechat ke skype ke ape ke supaya mereka boleh bersua muka tiga minggu tu nt hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... melampaulah tu nak tidur sekali dengan pengantin! Ada juga yang menangis di malam pertama nanti!

      Oh, bab itu semua dah sedia! Nasib baiklah sekarang ni zaman serba canggih. Kalau tidak, memang saling merinduilah mereka ni :)

      Delete
  10. MD pun boleh tempah sepasang gaun pengantin..
    Mana tau nak bersanding sekali lagi dengan HD..
    Pastu boleh lah adek dan abang sado jadi flowerboy nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...malulah, CH nak bersanding atas pelamin. Pelamin orang lain pulak tu ^_^ HD lagilah. Suami saya tu tak suka kalau jadi tumpuan sebab HD pun kuat perasan macam isteri mithalinya juga ~_^

      Delete

Post a Comment