Kalut memanjang....

Salam 20 Zulkaedah kawan-kawan!

Oh, I memang stress tau!

You know what happened yesterday?

Unbelievable!

Eh, eh... janganlah serius sangat! Bukan serius pun misterinya... ~_^

Semalam I ada taip satu entri sebelum entri yang ini. Punyalah meriah I menaip panjang berjela. Dah siap teruslah set the time nak publishkan. Kira dah berscheduled nak keluarlah entri tu. Perfect dah! Dalam pada tu, I taip lagi satu entri yang keluar semalam

Bila dah siap taip entri kedua tu, I pun tengoklah kat my dashboard. Skroll punya skroll, tak jumpa ya my previous scheduled entry! Entah bila agaknya I terdelete pun tak tahu. Rasa macam nak menangis aje tapi rasa tak berbaloi pulak!

Bukan apa, penat tau I menaip. Bukan sikit-sikit patah perkataan yang sudah ditaip! Cuma yang I perasan, masa tengah menyusun 'tajuk-tajuk' entri dalam draft tu, tiba-tiba I nampak dua tajuk yang serupa macam entri semalam, makanya I pun tukar tajuk tu ke tarikh semalam dan save. Itu sajalah yang I ingat. Bab delete mendelete tu memang tak perasan!

Ini kiranya kisah semalamlah... dah tak thrill lagi feeling menaipnya (tapi nak juga taip jadi entri masuk blog dan bertambah panjang jadinya...)

Pagi semalam I terlewat bangun. Biasalah bila bendera Jepun berkibar megah, memang liat nak bangun pagi. Malaslah nak menyanyi lagu Negaraku Nihon. Lebih baik tambah masa tidur ^_^  Bukan senang nak dapat! 

Set alarm pukul 5 pagi dan 5.30 pagi macam selalu. Tapi, dua kali alarm bunyi, dua kali I letak dalam dakapan gitu dan sambung tidur. Kononnya nanti lepas 10 minit bangunlah. Sempat mimpi bertunang lagi (Kah3x).Rupa-rupanya terlajak terus sampai pukul 6.30 pagi. Yang sebenarnya I tidur lambat! Pukul 1 lebih baru tidur. Oh, tidak! Tidak! Bukan solat tahajjud ke apa! I sibuk menonton cerita seram Thai kat youtube sampai lenguh tangan ni memegang smartphone! (Kalau pegang tasbih yang YY beri tu adalah faedahnya jugakan tangan lenguh.... )

Apalagi kalau dah lambat memang paniklah. Bila dah panik, terus jadi kalut tak tentu arah. Rutin yang biasa buat pun jadi tunggang-langgang. Pegang ini terlepas, ambil itu terjatuh. Nak ambil yang ini terambil yang itu. Nak buat ini, pergi buat itu. Semua pun tak menjadi!




Tahu ajelah si Bubbly Abang tu, mesti nak sampai sekolah sebelum pukul 7 pagi. Sebabnya kalau selepas pukul 7 pagi, Laoshi dah masuk kelas duk perhati anak-anak murid membaca buku Mandarin atau menghafal ejaan. Jadi Abang tak sukalah datang lambat, nanti Laoshi mesti cakap ' Luth, lambat hari ni!' Itu yang paling tak boleh blah di telinganya!

Nasib baik ada supermak macam Mommynya ni. Pukul 6.49 pagi keluar rumah, pukul 6.56 pagi dah sampai depan pagar sekolah (Pun dia komplen semalam kata bila dia sampai kelas Laoshi dah ada!) 

Aha, kenapa garu kepala yang takda kutu tu?

Konpius tang mana tu?

Oh, tang mandi pagilah tu.... ~_^

Eh, I mandilah! Bab sembur minyak wangi pun sempat. Bab lilit shawl pun sempat (sampai tercucuk-cucuk jari dek brooch'es') Yang tak sempat bab kerja rumahtangga je. Hehehe....

Dah tamat satu episod. Takda sambungan ya cerita di atas. Ini bukan cerita seram atau love story lakibini nak minta sambung berpart-part. Jangan sesuka nak bagi bintang bawah 5 ya kepada 'sesiapa yang berkenaan'. Huahahaha... silalah terasa nanti kat kotak komen ya, awak ~_^

Ini pula kisah hari Selasa kalau I tak silap ^_^ 

I sibuklah nak mencari buku untuk anak bujang tersado. Setahu I di 'area jajahan berhampiran' cuma ada Kinokuniya aje di KLCC. Aha, ada satu lagi kedai buku agama di Ampang Park. Tapi tak tahulah ada lagi ke tidak. Last I masuk kedai buku tu masa berbuka puasa di Manhanttan Fish Market tahun lepas ^_^ 

Tapi, yang sebenarnya I mencari Kedai Buku Popular. Again, bukan masalah besar pun. Kalau google dah selesai masalah tapi I ni ditimpa penyakit MM (Malas Menular) yang agak kronik. I dok tanya kat geng makan di pejabat ni. Mereka tak tahu pulak. Well, I memang tahu pun antara I dengan mereka, memang I lagi well familiar dengan tanah jajahan sekangkang kera ni! Depa memang tak boleh harap. Selalunya depa yang 'bersandar di bahu' I kalau nak ke mana-mana ~_^

Ada satulah colleague ni yang kata ada cawangan kedai buku ni di Avenue K tapi dia tak pasti. 10 kali I tanya, 9 kali dia pasti tapi sekali yang tak pasti itu jugalah yang I ambil kira! Maka bila takda cara lain, memang kena minta tolong pakcik googlelah!

Oh, yes... memang ada di Avenue K! Tapi tak mahu 100% percaya dengan pakcik google, I telefon nombor yang tertera. Maka berjawablah kemusykilan I yang maha dahsyat ni ~_^

I pun apalagi tengahari tu teruslah memandu ke KLCC. Dek kerana parking kat Avenue K tu ada menimbulkan sedikit syak wasangka, lebih baik I park kereta kat my favorite spot di KLCC. Lantas berjalan kakilah I ke Avenue K .... (bunyi macam penat sangat kan? padahal sepelaung aje jauhnya ~_^)

I ni bab berjalan kaki membakar lemak di badan memang rengsa sikitlah. I mana suka berpeluh ketiak. Sayang air peluh tu  tau! Ketulan lemak lagilah sayang! Kalau boleh, I nak drive sampailah kat depan kedai buku tu di Level 2, Avenue K. Kalau bolehlah... tak usahlah bersusah-payah membayangkan pulak my grey Lamborghini park kat depan pintu masuk kedai buku tu.... aduhai arjuna....!

Setelah puas I mendaki eskalator, akhirnya sampailah juga ke destinasi. Duh, penat sungguh! Sebaik I nampak aje signboard kedai buku tu dari tingkat bawah, hati I dah girang gembira tak terhingga. Apalagi bila in between mendaki tu nampak macam-macam kedai kat Avenue K ^_^ ( I ni jangan tak tahu.. nampak Mynews outlet pun boleh berdebar kencang dada...kah3x)

Tapi sebaik sampai depan kedai buku Popular tu I tengok shutter tutup! 

Oh, ini tidak mungkin! Tak akanlah depa substitute cuti Hari Merdeka sampai dua hari! Impossible! Nehi, nehi! *sambillarilaripakaisariyangditiupanginbulansept*

I pun berdirilah depan pintu masuk tu nak tengok apa ke benda notis yang tertulis. Opss... lupa nak habaq! Kita ni rabun! Tak pakai spek mata memang tak boleh membaca! 

Lantas kukeluarkan spek mata yang dah berjasa selama setahun lebih tu. Nak cari sikit punya payah. Maklumlah handbag memang tak terorganized walaupun ada organizer di dalamnya. Nak ambil spek mata, terambil beg tisu. Nak ambil tisu, terambil 'bil-bil lampau'! Memang suatu penyiksaan kalau nak mencari apa-apa dalam my handbag! 

Oh, alah.... ada ke time I beria-ia nak beli buku anak, time itulah depa tutup nak check stock kononnya... Pukul 7 petang nanti baru buka balik kata notis yang tertera!

Stress ah kak membacanya tau! Rasa macam serta-merta bertambah power spek mata, semua menjadi blur. Sia-sia bercatwalk ke situ dan mendaki eskalator. Sayang sungguh segala lemak yang pecah terbakar dek aktiviti santai tengahari tu tau. Itu tak termasuk terpaksa skip lunch lagi. Tak sanggup nak menuruni eskalator pulak!

Kita cari lif lagi afdal walaupun lifnya alahai jauh terceruk. Lagi scary bila I aje bunga dikelilingi 2 kumbang. Tak sampai 5 minit pun dalam lif tapi terasa macam forever lif  tu  nak turun tau! Itulah zaman sekarang ni kena selalu think negative dengan orang sekeliling walaupun depa takda niat apa-apa pun kat kita! 

Dek kerana mengejar masa, I pun patah balik ke KLCC. Dah terlanjur sampai lebih baik terjahlah juga Kinokuniyakan. Dan berabad rasanya tak sampai sini! Maka menapaklah I sekali lagi dari concourse level ke level yang paling atas di mana terletaknya Kinokuniya. Menyesallah pakai  tumit tinggi! Lutut gigil oi!

1 jam lunch break bukan boleh dapat apa pun. Menuju ke destinasi dan mencari parking pun dah makan masa. Memang tak danlah nak meninjau lama-lama! Dapat apa hendak teruslah balik. 

Yang bestnya lepas bayar parking teruslah menuju ke kereta. Penat tau I tekan kunci tapi kereta tak bunyi. Ingatkan dah rosaklah kunci kereta tu. Baru aje nak buka kereta manually barulah I perasan kenapa kereta I tak berbunyi pun.

My grey Lamborghini kat sebelah kereta tu yerk. Yang I teruja bangat nak buka pintu kereta orang tu apahal?

Al-tamat riwayat retetan rutin harian Cik MD kita untuk hari ni. Akan bersambung merapu bila ada kesempatan ~_^

(Kena buat gaya gini sekarang nak tutup entri, kalau tidak ada aje yang komen kata cerita tergantunglah, cerita tak fahamlah! Yang sebenarnya depa memang suka komplen pasal I tau. Maklumlah I ni kan DIVA! Huahahaha.....silalah muntah, ada kita kisah @_@)

 



 

 

 
 

 



 




Comments

  1. kita pulak rasa penat membayangkan kepenatan kakak MD terkejar sana sini.. Kalau ke Ampang Park tu jangan lupa singgah kedai depan pintu masuk hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn.... yang baca rasa penat inikan pulak yang mengalaminya ~_^

      Ohhh... memangnya kalau ke Ampang Park itu salah satu tempat untuk diterjah, Suria. You know, I know ajelah yerk apa yang dicari kat dalam tu ^_^

      Delete
  2. ayat akhir tu seperti ditujukan pada daku plak...hehe
    i lap u lebih tau. tu pasal perasan aje tau ni tak kena, tu tak kena...hehe
    dah improvement walau nak tau juga apa jadi pada kereta yang salah tekan tu
    apa tak terjerit ke dia...hehe
    pastu dapat ke tak beli buku nya ni...ish...tergantung lagi cite ni

    aritu kita p juga avenue k tu, tgk dinosaur kat situ
    tak berapa bestlah kat situ kan...
    tapi memang tak jauh daripada klcc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bukan ayat akhir aje nak bagi terasa, yang kat tengah-tengah tu pun memang khas nak bagi terasa tau, YY. Hahaha! Gurau jerk, jangan pulak berguling atas karpet kat pejabat sebab geram yerk!

      Kalau nak lap I juga, maknanya next time masuk top 10 pengomen tegar kena belikan tuala Good Morninglahkan... senang sikit kerja lap mengelap ni ^_^

      Kereta orang tu bukan macam kereta Lamborghini kita. Mana ada bunyi. Alarm dia cheapskate jerk. Hahaha! Sukahati aje nak ngumpat kereta orang!

      Buku si Abang tu tak dapatlah dibeli tapi beli buku cerita pulak kat Kinokuniya. Eh, bukan buku ceritalah, non fiction pasal sains ^_^

      Oh, yang pi tengok dinosaur tu kat Avenue K lah yerk? Cepatlah cerita dalam blog. Kita ada juga teringin nak pergi tapi biasalah bertangguh aje. Kalau tak best, malaslah nak jenguk.

      KLCC tu kan dalam tanah jajahan kita. Tanya jerk apa, kita tahu.

      Eh, ya ke kita tahu semua? Dah lama tak pergi merayau kat KLCC! Sejak Selasa lepas!

      Delete
  3. 1. kalau dah bunyi alarm tapi tidur balik memang menempah nak bangun lewatlah jawabnya
    2. handbag kakak pun lebih kurang sama isinya entah apa-apa
    3. kakak pun takut kalau dlm lift yg ada semua lelaki - rasa macam lama betul pintu nak terbuka kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Kalau dah sedar, matikan alarm pastu tidur balik memang nak cari nahas. Tapikan yang pelik kalau HD kena keluar rumah awal pagi, mata saya ni celik aje walaupun tak cukup tidur. Kalau tidak, bila alarm bunyi aje rasa macam tak cukup tidur sesaja!

      Bab handbag tu memang tak dapat nak menolonglah, kak. Ada organizer pun tak guna, sama macam takda je kekdahnya. Tetap bersepah. Tetap juga cari apa susah nak jumpa dalam handbag tu. Lagi kita terdesak mencari, lagilah tak jumpa! Macam-macam ada!

      Saya ni selalunya berani. Dah berada dalam situasi tu barulah tetiba timbul rasa takut. Sama juga macam parking kereta. Gelap ke apa, selalunya saya berani. Bila dah parking nanti nak balik baru timbul takut! Hehehe....

      Delete
  4. alahaiii sesaknya dada baca entry ni kak... terkejar2 sungguh..
    normally klu dah bunyi alarm tuh sila lah gbn, klu tak, mmg terlanjak.. selalu dah jadi pd diri sendiri.. hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Yang mengalaminya lagi sesak dada tau ^_^ Selalu gak main terkejar-kejar macam ni. Nak buat macamana. Masa itu terhad. Kalau dapat dikejar-kejarkan, haruslah jawabnya mengejar masa ~_^ Hahaha!

      Itulah adakalanya memang malas betul nak bangun bila alarm berbunyi. Especially bila cuti hujung minggu lebih daripada 2 hari ^_^

      Delete
  5. Wah hebatnya? Bgn lwt camtu sblm pkl 7 blh kluar umah dah?

    Wahh kagum. Klu LM meraung la.. Nk capai roti sapu jem pun ketar2 tgn klu dh lewat. Lg la ulang alik dapur tu carik tupperware dpn mata x jmp:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak macam awak, LM. Walaupun terjun katil, sempat goreng mi, goreng itu ini. Saya ni kalau kata terlambat, memang semuanya pun beli aje. Tak dan nak buka api gas gitu... ^_^ Selalu pun memang ada simpan stok roti kedai kat rumah. So kalau terlambat memang berbekalkan rotilah anak kita ni, LM ^_^

      Delete
  6. fuh.. nape masa call tu tak tanya masa bukanya.. huhuhu..
    part last sekali tu yang best.. sib baik tak berbunyi kereta orang tu kan. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I penuh konfiden gila yang kedai buku buka macam biasa. Manalah tau dia nak check stock pulak hari tu. Actually masa call tu I tanyalah betul ke ada cawangan kat Avenue K. Bila budak tu kata ada, I terus ucap terimakasih dan letak telefon. Member pun tak sempat nak kata apalah! Padan muka I juga ^_^

      Alarm kereta orang tu rosak kot, itu yang tak berbunyi. Kalau berbunyi, naya juga I nak lari ke mana sembunyikan diri. Cepat-cepatlah masuk kereta sendiri dan terus keluar dari parking. Hehehe...

      Delete
  7. Amboii layan filem Thai dekta youtube sampai satu pagi. Hahaha. Nani sekarang pukul 10 kalau boleh nak tido dah. Penat benauu sekarang. Hihihi. Ehh Nani pernah set lima alarm tapi haram, satu pun tak bangun. Haaha. Masa set alarm kemain beria set dalam minda esok kena bangun awal, last2 lambat jugak. Baru tahu dekat Avenue K ada kedai buku. Hahaha. Selama ni sokmo pegi Kinokuniya tu.

    psssst, Nani tengah buat master dekat UM sekarang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Jumaat memang selalunya macam itulah, Nani sebab Sabtu tak kerjakan. Bolehlah tidur pukul 4,5 pagi. Akak pun ada masanya pukul 8 malam tak boleh buka mata. Tapi jadi mak-mak ni Nani bukan senang nak tidur dulu sebelum anak-anak dan suami! Siksa weyh...

      Oh, student Masters rupanya! Bagus! Bagus!

      Delete
    2. Hikhikhik. Muda lagi baru 24, sambung belajar lah dah tak nak kawen lagi. Hahahah !

      Delete
    3. Oh, memang mudalah, Nani. Akak dulu masa umur sebaya Nani baru nak habis degree. Korang untung sekarang. Dulu-dulu walaupun tak jadi doktor belajar sains aje sampai 6 tahun tau! Penat dah belajar, itu yang malas nak sambung. Ingatkan dapat kahwin cepat rupanya tak juga. Hahaha.... Padanlah muka tak nak sambung sampai ke PhD kan!

      Kipidup Nani. Kalau rasa tak nak kahwin lagi, sambung terus sampai PhD gitu. Kalau dah kahwin nak sambung pun apa salahnya. Yang penting RAJIN ~_^

      Delete
  8. Haha.. satu hari yang cukup sesak dan kelam kabut tu MD.. hihi, yang bab hampir buka pintu kereta orang tu, saya tak pernah buat lagi walaupun kalut betul..setakat nilah.. yang pernah saya buat ialah memandu tanpa sedar.. penah tak? Contoh ada kerja banyak, kena singgah ke bank r supermarket dulu, tiba2 saya tersedar bila dah sampai ke depan pagar rumah.. mulalah mengucap panjang sebab macam mana leh tak sedar tak singgah ke tempat yang ada dlm rancangan td. Huhu..
    Hebatla gitu, sempat sampai sblm kul 7 gak walaupun bangun lewat.. memang supermak ni.. kalau saya agaknya tak mandi tu.. haha.. yang mandi awal pun bukan selalu nk sembur perfume r pakai lipstik merah pun.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah jugalah sebelum ni kes yang sama. Dok sibuk nak buka pintu kereta orang~_^ Kiranya sejarah berulang kembalilah...

      Eh, saya pernah buat macam tu! Tau-tau dah sampai rumah! Sebabnya - saya berangan masa bawa kereta sampai terlupa mana nak tuju. Sedar-sedar dah sampai depan rumah!

      Rumah dengan sekolah anak saya tak jauh mana. Kata Abang, walaupun Mommy bawa kereta sama aje km/hr dengan Daddy tapi tak tahu kenapa Daddy lagi cepat daripada Mommy! Sebab itulah dia nak keluar rumah pukul 6.30 pagi sebabnya dia kata saya ni bawa kereta slow ^_^

      Saya lambat macamana pun mesti mandi pagi. Saya lebih sanggup punch card merah daripada tak mandi pagi. Hahaha....

      Delete
    2. Haha.. budak2 ni tahu apa bandingkan antara HD dan MD ya.. tahu mana yang ok antara mak ayahnya, mana yg diorang boleh try..

      Delete
    3. Bab memandu memang saya kalah. Bab tahap kegarangan pun saya boleh tahan. Kira ni saya punya weakness yang anak-anak nampaklah....

      Delete
  9. Pening2 lalat baca dari atas sampai bawah.macam nak tahu sgt jalan cerita novel ni tapi tulah smp time ending mesti hampa.hahaha

    Sy kalau keja opis hoir selalu lewat sbb ada org tolong punchkan..haha nasib tak print finger..klu tak mmg rela tak mandi.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standardlah PK penulis novel thriller macam saya! Intro aje semua plot cover masuk ending, tuptup dah habis. Tercari-carilah plot cerita tu ending kat manakan... Hahaha...

      Kita mana boleh tolong punch. Ada nanti dapat surat cinta! Tapi saya dulu-dulu memang tak kisah. Merah pun merahlah asalkan lambat tak lebih 3 jam setengah setahun! Nanti kena potong cuti setengah hari ^_^ Maklumlah bos pun baik teramat, ambil peluang aje mana dapat. Hahaha!

      Delete
  10. Jap jap...mak nak bayangkan macamana kelam kelibutnya Kak Ton kalau sempat lagi hantar abg sebelum pukui 7.....hihihi
    Memang le kalau dah panik, semua benda pun berterabur. Tak suka mak panik nyampah tau.....Itulah pentingnya ketenangan kan....

    Itu namanya takdir Kak Ton.... nak bagi Kak Ton tercungap cungap kot hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kelam kabutlah, Mak. Kalau Mak bayangkan mahu Mak pun jadi kelam-kabut nanti buat kerja kat rumah tu ~_^

      Tak bolehlah nak cool kalau dah panik ni. Semua pun silap. Semua pun tersalah buat. Bawa kereta pun gigil sebenarnya bila dah panik ni. Itu yang selalu kena marah dengan HD. Harapkan lesen aje berzaman lulusnya...

      Takdir? Sampai hati tau Mak ni.... suka tau tengok Kak Ton tercungap-cungap. Nasib baik kali ni takda adegan jatuh tertonggeng lagi. Kat KLCC tu bahayalah kalau jatuh tertonggeng. Boleh masuk Harian Metro nanti ^_^

      Delete
  11. kita boleh bayang kekalutan akak itu. dengan high heels nya lagi. dengan kecewa nya lagi kan. popular tu sampai hati buli buli hakak kita haiihhhhhh

    kak. draft entry tu kan. ce akak scroll balik entry bawah2 dalam dashboard tu. takut dia tersorok dalam tarikh yang akak ubah tu. ce cuba taip balik tajuk entry tu dekat search kot kot terjumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngengada tau akak ni, Kira. Hari biasa pakai selipar aje kalau keluar tapi hari luar biasa macam ni pergi pakai high heels. Sajalahkan tempah masalah ^_^

      Akak yang silap. Masa called tu akak cepat-cepat cakap okey letak telefon padahal budak yang menjawab tu tengah ter'err', 'err' tak tahu nak cakap apa. Maybe dia pun nak beritahu kot yang ada stock check hari tu tapi tak sempat. Padanlah muka akak, kan!

      Akak dah scroll habislah tapi takda juga. Maybe akak terdelete tak perasan. Maklumlah akak ni selalu syok sendiri waktu mengarang entri. Tengah syok-syok sendiri tu lah agaknya terdelete ~_^

      Delete
  12. Dapat kubayangkan kepenatan itu, Kalau bangun lewat pepagi memang kelam kabut lah dibuatnya.

    Macma mana lah boleh silap keta MD. Tak pakai cermin mata ker ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah terlewat pagi tu memang macam-macam hal yang tak didugalah berlaku. Itu baru 2 anak. Kalau ada 4,5 anak tak tahulah macamana gayanya I ni tau! Memang rasanya terus berhenti kerja. Tak dan nak buat semua. Hahaha!

      Oh, kalau berjalan memang tak pakai spek. Maklumlah kita rabun orang tuakan. Masa nak membaca aje perlu spek ^_^

      Delete

Post a Comment