Salam 9 Zulhijjah kawan-kawan!
Hari ni tak berkesempatan nak menaip panjang berjela kerana banyak tugas menunggu. Hari Jumaat ni I gatal ambil cuti walaupun hari raya kali ni beraya di KL sahaja. Tengoklah macamana, kalau rajin pulanglah ke Batu Pahat hujung minggu nanti. Kalau tak rajin, duduk KL diam-diam aje sudahlah....
Sempena Hari Raya Aidil Adha esok, I ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua kawan di alam maya. Walaupun hari raya ni sehari sahaja kalau nak dibandingkan dengan hari raya puasa, berseronok-seronoklah menjamu selera bersama keluarga tersayang.
I tak pasti lagi nak masak apa. Bergantung pada my sister. Kalau my sister tak jadi balik kampung, makanya I anak beranak akan buat muka tak malu pergi terjah rumahnya beraya dari pagi sampai petang. Misi utama sebenarnya nak makan-makan aje ~_^
Kalau my sister nak balik kampung esok (seperti perancangan asalnya) makanya pandai-pandailah I memasak di dapur rumah sendiri untuk dihidangkan di pagi raya. Senarai menu dah ada dalam kepala, tinggal nak laksanakan aje ^_^
So, inilah antara entri terpendek dalam blog ni yerk! Tak danlah nak berceloteh. Ada 4 surat nak kena buat dengan macam-macam kerja lagi ni hah nak diselesaikan sebelum beraya esok!
Again, Selamat Aidil Adha ya semua! Pada yang berhajat pulang ke kampung halaman tu, berhati-hatilah ketika memandu! Tak lari ke mana kampung halaman kalian tu walaupun pemandu F1 bawa kereta umpama kura-kura aje lembabnya. Cumanya, memang jem teruklah kalau kome buat hal nak pandu 20km/j balik kampung ~_^
Hari ni tak berkesempatan nak menaip panjang berjela kerana banyak tugas menunggu. Hari Jumaat ni I gatal ambil cuti walaupun hari raya kali ni beraya di KL sahaja. Tengoklah macamana, kalau rajin pulanglah ke Batu Pahat hujung minggu nanti. Kalau tak rajin, duduk KL diam-diam aje sudahlah....
Sempena Hari Raya Aidil Adha esok, I ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua kawan di alam maya. Walaupun hari raya ni sehari sahaja kalau nak dibandingkan dengan hari raya puasa, berseronok-seronoklah menjamu selera bersama keluarga tersayang.
Gambar dikidnap dari pakcik google yang pemurah. Tak pernahnya idea MD sendiri ^_^ |
I tak pasti lagi nak masak apa. Bergantung pada my sister. Kalau my sister tak jadi balik kampung, makanya I anak beranak akan buat muka tak malu pergi terjah rumahnya beraya dari pagi sampai petang. Misi utama sebenarnya nak makan-makan aje ~_^
Kalau my sister nak balik kampung esok (seperti perancangan asalnya) makanya pandai-pandailah I memasak di dapur rumah sendiri untuk dihidangkan di pagi raya. Senarai menu dah ada dalam kepala, tinggal nak laksanakan aje ^_^
So, inilah antara entri terpendek dalam blog ni yerk! Tak danlah nak berceloteh. Ada 4 surat nak kena buat dengan macam-macam kerja lagi ni hah nak diselesaikan sebelum beraya esok!
Again, Selamat Aidil Adha ya semua! Pada yang berhajat pulang ke kampung halaman tu, berhati-hatilah ketika memandu! Tak lari ke mana kampung halaman kalian tu walaupun pemandu F1 bawa kereta umpama kura-kura aje lembabnya. Cumanya, memang jem teruklah kalau kome buat hal nak pandu 20km/j balik kampung ~_^
Salam aidil adha MD..
ReplyDeleteIra pun cuti hr jumaat.. hehe...
Di KL pun meriah jgk kan raya haji..
Salam Aidil Adha, Ira. Dah habis pun raya baru dapat balas salam ^_^
DeleteSelamat Hari Raya Aidiladha buat MD dan keluarga..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidil Adha buat Aiza sekeluarga juga!
Deletesaya pun cuti juga jumaat nanti
ReplyDeletehari ni malas betul nak keja padahal keja banyak juga ni
meh tolong saya buat keja yang menggunung tingginya ni MD =)
selamat hari raya aidil adha. saya rancangan asal balik pahang
tak jadi juga sebab kesian kat adik2 ipar
tapi rasa kesian lagi kat saya sebab kena masak besok
lantaklah jadi rupa apapun, janji confident masak walau rasa tak sedap. hehe
tak pun MD lah masakkan sekali. kata sayang besan...gelak jahat lagi. wahahaha
Ahah, bila nak bercuti tu memang hari last tu malaslah nak buat kerja. Walaupun kerja berlambak, peduli apakan. Bos pun tak kuasa dah nak marah! Hahaha...
DeleteSelamat Aidil Adha, YY walaupun raya katanya dah lama habis! Saya ni aje masih bermood raya sampai nak blogwalking pun malas dek kerja menimbun lepas balik cuti!
Oh, apa cerita yerk YY masak raya kali ni? Lappy dah sembuh dari penyakit serius ke atau dah pergi selamanya? Eh, ke saya yang dah tertinggal cerita ni!
tunggulah saya cite nanti
Deletetak suspendlah cite sekarang
mujur juga gambo tu tak sempat transfer dalam lappy
ada dalam kamera lagi...tunggu mood rajin sampai ye
tak tahulah nasib si lappy. tak bawa lagi dia jumpa doktor
tanya lelebih ni, nak belanja lappy ke? =)
Amboi, pantang ditanya! Minta sponsor aje. Mentang-mentanglah kononnya nak berbesan. Hahaha....
DeleteYalah, yalah, kita tunggulah sampai mood rajin datang dan ada peluang nak mengupdate blog yerk. Kutunggu sampai tiba saat itu, usah bimbang. Pantang ada peluang mengomen tak akan nak dilepaskan, kan, kan, kan!
Salam Aidiladha :)
ReplyDeleteSalam Aidil Adha, Nani. Seronoklah beraya kat Pahang yerk...
DeleteSalam Aidil Adha utk MD dan family... moga semuanya baik2 shaj...
ReplyDeletesalam dr bumi Sabah :)
Salam Aidil Adha, Atie! Dah habis pun raya baru nak balas salam katanya.. Maklumlah mood raya lama sikit kali ni ^_^
Deletesalam aidiladha MD lama kaknoor tak singgah sini, maafkan kaknoor kalau ada salah dan silap ya
ReplyDeletemesti dah habis kuih raya ni kan
Salam Aidil Adha buat KakNoor di bumi Brunei. Amacam, seronok beraya di sana?
DeleteKosong-kosong macam selalulah, KakNoor. Alahai, kalau fikir pun apalah ada salahnya ^_^ Bab kuih raya tu nak bagi tau...memang takda buat cuma menghabiskan kuih raya puasa kat rumah kakak saya aje ^_^
Walaupun dah lepas, nak wish jugak selamat hari raya aidl adha, MD. Iols kat sini raya simple je... macam tak raya rasanya. Maklum, di perantauan gitu...walaupun hakikatnya masih di Malaysia tapi feel tu takde. Kena balik semenanjung baru rasa dalam jiwa hahaha!
ReplyDeleteOkeylah, I pun nak wish raya kat you, Nin walaupun I sedar yang raya dah lama habisnya! Hahaha...
DeleteAlahai, kat KL pun apa bezanya. Kami dok makan aje, My kakak dok hidangkan aje. hahaha!
Salam aidiladha kak..
ReplyDeletelyn pun amik cuti jumaat. padahal tak kemana pun. saja nak rest kat rumah hehehe
Salam Aidil Adha, Lyn. Maaflah lambat membalas salam maklumlah albusy kedaung katanya ^_^
DeleteSelamat Hari Raya Aidiladha jugak buat Kak Ton, adik cute, bubbly abang dan paling last tentulah TMJ klon katanya.....huh ....
ReplyDeletePatut pun tak nampak komen bombastik, rupanya bizi ek. Mak doa doakan agar Kak Ngah tu balik kg biarkan jiran sebelah kena masak kihkihkih.....
Dah ada dlm kepala, dah ada dlm kepala, bendanya dah beli kebelum? Kang.....jadi pulak ikan masak rendang kang hihi...
Salam Raya Haji buat Mak dan keluarga Jilap semuanya. Hahaha.... Sebab dah habis raya, tahun depanlah kita postpone bermaaf-maafan semula. La ni jomlah kita bersenda-gurau macam selalu ya, Mak ^_^
DeleteMinta maaflah Mak sebab memang patut pun Mak cemburu dengan Kak Ton yang tak payah masak pagi raya ni. Kak Ton pagi-pagi dah pakai baju cantik melaram pi makan hidangan raya di rumah Ngah tau!
Simpan dalam kepala ajelah menu tu dah tak jadi nak masak katanya... Keh3x.
bertemu kembali MD. saya baru nak bernafas semula. nak ketuk pintu rumah kawan2 yg lama tak dikunjungi..
ReplyDeleteSelamat kembali ke alam maya, Anim. Lama sungguh tak dengar cerita Anim. Kalau Anim mendiamkan diri pun saya tak perasan sebabnya saya pun lemah betul nak blogwalking lately ni.
DeleteSalam aidiladha MD even dah lepas. Kita masak rendang ayam sekor raya haji haritu.
ReplyDeleteSalam Aidil Adha, Fiza. Dah lepas pun dah lepaslahkan. Saya pun baru hari ni ada peluang nak membalas komen ^_^
Deleteamboi kak, lamanya menghilang.nak ucap selamat hari raya aidiladha, hari Tasyrik pun dah habis. Apa-apa pun, saya doakan akak dan famili hepi selalu..tak kisah la kat Batu Pahat or kat Kolumpo. jaga diri ye musim jerebu ni
ReplyDeleteAkak letih makan hidangan raya, Sal. Hahahaha!
DeleteAkak raya kat KL aje. Yang berdolak-dalik nak balik ke tidak tu, my Ngah. Kita ni tunggu keputusan Ngah nak balik ke tidak sebab nak tahulah kena masak raya ke tidak. Huhuhu!
Terima kasihlah Sal sudi mendoakan akak sekeluarga yerk :)
LM raya kat rumah sendiri. Kali kedua beraya qurban kat sini sejak pindah sini. Tp yg bestnya ayah bonda dan adik2 ada sama raya dgn kami
ReplyDeleteSejak emak saya tinggal dengan kakak ni rasanya dah banyak kali kot kami beraya di KL. Selalunya ke rumah kakak sulung tulah sebab emak di sana. Cuma sekali aje saya kena masak, tahun lepas ^_^
DeleteAnyway, thanks ya LM atas jemputan!
MD, mu masak apa di pagi raya korban? hehehe *hint hint tajuk entri blog seterusnya*
ReplyDeleteHahaha...jangan jealous ya, Syida! Kita tak kena masak di pagi raya. Yeah! Selamat sekali lagi. Selagi kakakku ada, memang kakaklah yang kena masakkan untuk adiknya sekeluarga. Hahaha!
DeleteHaha.. lama nau cuti tak menulis ni kak ton ? Katanya beraya kat kl je, nape diam ni? Tak nampak update ingatkan dh balik Taskent .. haha..
ReplyDeleteItulah cikgu... Kak Ton kena panahan mood raya tak over lagi! Hahaha!
DeleteSebenarnya sibuklah AN dengan kerja. Asal cuti aje mesti lepas tu tak sempat nak sedut oksigen puas-puas. Inikan pulak nak berblogwalking!
Kalau balik Tashkentlahkan, setahun sebelum balik dah kecoh dalam blog nak pi melawat PIL tau ~_^
haha, bahaya gak kalau kecohkan awal2, kami terliur nanti, kang kena bg hadiah pulak kat kami..
DeleteKalau dah dikecohkan tu memang kena bagi souvenirlahkan! Hahaha.... Kalau takda bunyi tu maknanya lambat lagilah nak pergi ke sebelah sana ^_^
DeleteSalam Aidiladha.baru nak ucap tak semegah betul besan ni..ke dh cancel nak berbesan?hahaha
ReplyDeleteSalam AidilAdha, PK. Kita pun baru hari ni dapat menyambut salam raya tau. So, takpalah. Still on lagi. Dalam senarai lagi. Hahaha!
Deletesalam aidiladha kak. kami kat sini raya dua hari. dapat cuti umum dua hari *saje nak tayang hahahahaha :p
ReplyDeleteSalam AidilAdha, Kira walaupun raya dah takda lagi. Hahaha...
DeleteEh, akak ambil cuti terus dapat 4 hari cuti berehat tau ^_^
Raya dah habis tapi post-raya tu yang teruk, Diana. Terkangkang kiap kat pejabat tau. Entah mana datangnya kerja pun tak tahu. Masa sebelum cuti tu takdalah pulak tinggalkan kerja menimbun. Itu yang konpius bangat!
ReplyDeleteSalam Aidiladha buat MD sekelurga walaupun dah terlewat ye MD..
ReplyDeleteSalam Aidil Adha buat CH sekeluarga juga walaupun raya dah lama habis. Hehehe....
Delete