Salam Aidil Adha 2015/1436H

Salam 9 Zulhijjah kawan-kawan!

Hari ni tak berkesempatan nak menaip panjang berjela kerana banyak  tugas menunggu. Hari Jumaat ni I gatal ambil cuti walaupun hari raya kali ni beraya di KL sahaja. Tengoklah macamana, kalau rajin pulanglah ke Batu Pahat hujung minggu nanti. Kalau tak rajin, duduk KL diam-diam aje sudahlah....

Sempena Hari Raya Aidil Adha esok, I ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua kawan di alam maya. Walaupun hari raya ni sehari sahaja kalau nak dibandingkan dengan hari raya puasa, berseronok-seronoklah menjamu selera bersama keluarga tersayang.

Gambar dikidnap dari pakcik google yang pemurah. Tak pernahnya idea MD sendiri ^_^

I tak pasti lagi nak masak apa. Bergantung pada my sister. Kalau my sister tak jadi balik kampung, makanya I anak beranak akan buat muka tak malu pergi terjah rumahnya beraya dari pagi sampai petang. Misi utama sebenarnya nak makan-makan aje ~_^

Kalau my sister nak balik kampung esok (seperti perancangan asalnya) makanya pandai-pandailah I memasak di dapur rumah sendiri untuk dihidangkan di pagi raya. Senarai menu dah ada dalam kepala, tinggal nak laksanakan aje ^_^

So, inilah antara entri terpendek dalam blog ni yerk! Tak danlah nak berceloteh. Ada 4 surat nak kena buat dengan macam-macam kerja lagi ni hah nak diselesaikan sebelum beraya esok!

Again, Selamat Aidil Adha ya semua! Pada yang berhajat pulang ke kampung halaman tu, berhati-hatilah ketika memandu! Tak lari ke mana kampung halaman kalian tu walaupun pemandu F1 bawa kereta umpama kura-kura aje lembabnya. Cumanya, memang jem teruklah kalau kome buat hal nak pandu 20km/j balik kampung ~_^


Comments

  1. Salam aidil adha MD..
    Ira pun cuti hr jumaat.. hehe...
    Di KL pun meriah jgk kan raya haji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha, Ira. Dah habis pun raya baru dapat balas salam ^_^

      Delete
  2. Selamat Hari Raya Aidiladha buat MD dan keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Aiza sekeluarga juga!

      Delete
  3. saya pun cuti juga jumaat nanti
    hari ni malas betul nak keja padahal keja banyak juga ni
    meh tolong saya buat keja yang menggunung tingginya ni MD =)

    selamat hari raya aidil adha. saya rancangan asal balik pahang
    tak jadi juga sebab kesian kat adik2 ipar
    tapi rasa kesian lagi kat saya sebab kena masak besok
    lantaklah jadi rupa apapun, janji confident masak walau rasa tak sedap. hehe
    tak pun MD lah masakkan sekali. kata sayang besan...gelak jahat lagi. wahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, bila nak bercuti tu memang hari last tu malaslah nak buat kerja. Walaupun kerja berlambak, peduli apakan. Bos pun tak kuasa dah nak marah! Hahaha...

      Selamat Aidil Adha, YY walaupun raya katanya dah lama habis! Saya ni aje masih bermood raya sampai nak blogwalking pun malas dek kerja menimbun lepas balik cuti!

      Oh, apa cerita yerk YY masak raya kali ni? Lappy dah sembuh dari penyakit serius ke atau dah pergi selamanya? Eh, ke saya yang dah tertinggal cerita ni!

      Delete
    2. tunggulah saya cite nanti
      tak suspendlah cite sekarang
      mujur juga gambo tu tak sempat transfer dalam lappy
      ada dalam kamera lagi...tunggu mood rajin sampai ye

      tak tahulah nasib si lappy. tak bawa lagi dia jumpa doktor
      tanya lelebih ni, nak belanja lappy ke? =)

      Delete
    3. Amboi, pantang ditanya! Minta sponsor aje. Mentang-mentanglah kononnya nak berbesan. Hahaha....

      Yalah, yalah, kita tunggulah sampai mood rajin datang dan ada peluang nak mengupdate blog yerk. Kutunggu sampai tiba saat itu, usah bimbang. Pantang ada peluang mengomen tak akan nak dilepaskan, kan, kan, kan!

      Delete
  4. Replies
    1. Salam Aidil Adha, Nani. Seronoklah beraya kat Pahang yerk...

      Delete
  5. Salam Aidil Adha utk MD dan family... moga semuanya baik2 shaj...
    salam dr bumi Sabah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha, Atie! Dah habis pun raya baru nak balas salam katanya.. Maklumlah mood raya lama sikit kali ni ^_^

      Delete
  6. salam aidiladha MD lama kaknoor tak singgah sini, maafkan kaknoor kalau ada salah dan silap ya
    mesti dah habis kuih raya ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha buat KakNoor di bumi Brunei. Amacam, seronok beraya di sana?

      Kosong-kosong macam selalulah, KakNoor. Alahai, kalau fikir pun apalah ada salahnya ^_^ Bab kuih raya tu nak bagi tau...memang takda buat cuma menghabiskan kuih raya puasa kat rumah kakak saya aje ^_^

      Delete
  7. Walaupun dah lepas, nak wish jugak selamat hari raya aidl adha, MD. Iols kat sini raya simple je... macam tak raya rasanya. Maklum, di perantauan gitu...walaupun hakikatnya masih di Malaysia tapi feel tu takde. Kena balik semenanjung baru rasa dalam jiwa hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeylah, I pun nak wish raya kat you, Nin walaupun I sedar yang raya dah lama habisnya! Hahaha...

      Alahai, kat KL pun apa bezanya. Kami dok makan aje, My kakak dok hidangkan aje. hahaha!

      Delete
  8. Salam aidiladha kak..
    lyn pun amik cuti jumaat. padahal tak kemana pun. saja nak rest kat rumah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha, Lyn. Maaflah lambat membalas salam maklumlah albusy kedaung katanya ^_^

      Delete
  9. Selamat Hari Raya Aidiladha jugak buat Kak Ton, adik cute, bubbly abang dan paling last tentulah TMJ klon katanya.....huh ....

    Patut pun tak nampak komen bombastik, rupanya bizi ek. Mak doa doakan agar Kak Ngah tu balik kg biarkan jiran sebelah kena masak kihkihkih.....

    Dah ada dlm kepala, dah ada dlm kepala, bendanya dah beli kebelum? Kang.....jadi pulak ikan masak rendang kang hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Raya Haji buat Mak dan keluarga Jilap semuanya. Hahaha.... Sebab dah habis raya, tahun depanlah kita postpone bermaaf-maafan semula. La ni jomlah kita bersenda-gurau macam selalu ya, Mak ^_^

      Minta maaflah Mak sebab memang patut pun Mak cemburu dengan Kak Ton yang tak payah masak pagi raya ni. Kak Ton pagi-pagi dah pakai baju cantik melaram pi makan hidangan raya di rumah Ngah tau!

      Simpan dalam kepala ajelah menu tu dah tak jadi nak masak katanya... Keh3x.

      Delete
  10. bertemu kembali MD. saya baru nak bernafas semula. nak ketuk pintu rumah kawan2 yg lama tak dikunjungi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat kembali ke alam maya, Anim. Lama sungguh tak dengar cerita Anim. Kalau Anim mendiamkan diri pun saya tak perasan sebabnya saya pun lemah betul nak blogwalking lately ni.

      Delete
  11. ni dah habis raya ni...tak habis lagi ke raya nya??amboi..sakan nya dia raya..ke MD dah pening2 lalat sebab bedal daging korbang banyak??ekekek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya dah habis tapi post-raya tu yang teruk, Diana. Terkangkang kiap kat pejabat tau. Entah mana datangnya kerja pun tak tahu. Masa sebelum cuti tu takdalah pulak tinggalkan kerja menimbun. Itu yang konpius bangat!

      Delete
  12. Salam aidiladha MD even dah lepas. Kita masak rendang ayam sekor raya haji haritu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha, Fiza. Dah lepas pun dah lepaslahkan. Saya pun baru hari ni ada peluang nak membalas komen ^_^

      Delete
  13. amboi kak, lamanya menghilang.nak ucap selamat hari raya aidiladha, hari Tasyrik pun dah habis. Apa-apa pun, saya doakan akak dan famili hepi selalu..tak kisah la kat Batu Pahat or kat Kolumpo. jaga diri ye musim jerebu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak letih makan hidangan raya, Sal. Hahahaha!

      Akak raya kat KL aje. Yang berdolak-dalik nak balik ke tidak tu, my Ngah. Kita ni tunggu keputusan Ngah nak balik ke tidak sebab nak tahulah kena masak raya ke tidak. Huhuhu!

      Terima kasihlah Sal sudi mendoakan akak sekeluarga yerk :)

      Delete
  14. LM raya kat rumah sendiri. Kali kedua beraya qurban kat sini sejak pindah sini. Tp yg bestnya ayah bonda dan adik2 ada sama raya dgn kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak emak saya tinggal dengan kakak ni rasanya dah banyak kali kot kami beraya di KL. Selalunya ke rumah kakak sulung tulah sebab emak di sana. Cuma sekali aje saya kena masak, tahun lepas ^_^

      Anyway, thanks ya LM atas jemputan!

      Delete
  15. MD, mu masak apa di pagi raya korban? hehehe *hint hint tajuk entri blog seterusnya*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...jangan jealous ya, Syida! Kita tak kena masak di pagi raya. Yeah! Selamat sekali lagi. Selagi kakakku ada, memang kakaklah yang kena masakkan untuk adiknya sekeluarga. Hahaha!

      Delete
  16. Haha.. lama nau cuti tak menulis ni kak ton ? Katanya beraya kat kl je, nape diam ni? Tak nampak update ingatkan dh balik Taskent .. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah cikgu... Kak Ton kena panahan mood raya tak over lagi! Hahaha!

      Sebenarnya sibuklah AN dengan kerja. Asal cuti aje mesti lepas tu tak sempat nak sedut oksigen puas-puas. Inikan pulak nak berblogwalking!

      Kalau balik Tashkentlahkan, setahun sebelum balik dah kecoh dalam blog nak pi melawat PIL tau ~_^

      Delete
    2. haha, bahaya gak kalau kecohkan awal2, kami terliur nanti, kang kena bg hadiah pulak kat kami..

      Delete
    3. Kalau dah dikecohkan tu memang kena bagi souvenirlahkan! Hahaha.... Kalau takda bunyi tu maknanya lambat lagilah nak pergi ke sebelah sana ^_^

      Delete
  17. Salam Aidiladha.baru nak ucap tak semegah betul besan ni..ke dh cancel nak berbesan?hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AidilAdha, PK. Kita pun baru hari ni dapat menyambut salam raya tau. So, takpalah. Still on lagi. Dalam senarai lagi. Hahaha!

      Delete
  18. salam aidiladha kak. kami kat sini raya dua hari. dapat cuti umum dua hari *saje nak tayang hahahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AidilAdha, Kira walaupun raya dah takda lagi. Hahaha...

      Eh, akak ambil cuti terus dapat 4 hari cuti berehat tau ^_^

      Delete
  19. Salam Aidiladha buat MD sekelurga walaupun dah terlewat ye MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha buat CH sekeluarga juga walaupun raya dah lama habis. Hehehe....

      Delete

Post a Comment