Salam 26 Zulkaedah kawan-kawan!
Ahah, dah sampai pun hari Khamis! Apalagi, marilah kita takut-takutkan orang ~_^
Well, I ni katanyakan kalau mengarang cerita seram pun kelakar, so baca ajelah dengan mulut terbuka dan air liur meleleh sampai habis yerk ~_^ Jangan bimbang, tak seram punya. Kita garap style komedi seramlah senang cerita! Nak sampai tahap Suria menakut-nakutkan orang tu lama lagilah. Maklumlah dia pro. Segala jenis hantu BFF diakan... Lagipun ketua hantu, siapa boleh take over sesuka hati. Mahu kena ban masuk blog lepas ni nanti kalau lawan tokey ~_^ Hehehe...
Terima kasih sekali lagi pada Kak Diana yang menulis tentang sleep paralysis ni atau pun cakap Melayu berterabur 'kena hempap' gitu .... Adalah idea I nak menakut-nakutkan orang pulak hari ni!
Sebenarnya tajuk ni I pernah tulis dulu tapi takpa, kali ni kita story mory cerita terbaru bab kena hempap ni. Eh, ah kak ni champion tau bab-bab ni. Tak tahulah depa ni suka betul hempap ah kak tau! Excited dia nak hempap kita. Tak tahulah mengapa! Mak, ada jawapan? ~_^
Apa itu sleep paralysis?
Kalau sleep paralysis tak tahu, kena hempap tau tak kome?
Sleep paralysis ni adalah satu situasi di mana kita akan mengalami ketidakmampuan untuk bergerak, bercakap atau pun menunjukkan reaksi yang sepatutnya dalam satu tempoh masa yang pendek sama ada ketika tidur (hypnagagia) atau pun ketika sedar (hypnopompia). Paling biasa berlaku di antara waktu kita sedar dengan tak sedar.
Okey, sekarang mari mengikuti pengalaman I yang sering kena hempap ni ~_^ (Well, I rasa macam biasa jerk sebab dah kerap sangat kena yerk!)
Kalau tak silap, I mula-mula kena hempap ni ketika di Tingkatan 5 (Ini cerita ulangtayang yerk, rasa dejavu semacam, memang dah ceritalah sebelum ni ~_^) Masa tukan sibuk nak exam SPM. Makanya hari-hari solat hajat. Hari-hari solat berjemaah di surau asrama.
Cerita bermula pada suatu senja yang indah, I sedang berbaring meniarap sambil mengulangkaji pelajaran (baca bukulah!) di bilik pengawas. Bilik pengawas dengan surau asrama tu bertentangan aje. Masa tu tak silap I adalah lagi 2,3 orang pengawas lain dalam bilik tu tengah buat hal masing-masing.
Entah kenapa hati ni tetiba terdetik tak mahu pergi solat Maghrib berjemaah hari tu. Nak solat sendiri nanti pastu duduklah baca Al-Quran dan yasin kat surau sampai solat Isyak. Niat tu dah baik tapi sebab disulami dengan niat tak nak solat jemaah tu, makanya jadi tak berapa baiklah!
Dalam pada sibuk mengulangkaji pelajaran tu boleh pulak I tertidur! Rasa macam baru sangat tidur. You know tak feeling bila kita dah tidur tapi fikiran kita masih melayang-layang macam kita ni dalam keadaan sedar? Masa itulah tetiba bunyi menderu datang ke telinga. Tahu-tahu aje I dah tak boleh gerakkan tubuh badan. Nak pusing badan dan bangun tak boleh langsung. Memang I rasa macam ada seseorang datang dan terkam I dari belakang. Macam dia pegang kepala I dan tutup kedua-dua belah telinga dengan tangannya.
I rasa I dah cukup meronta sehabis daya. Dah cukup menjerit sekuat hati. Malangnya takda siapa yang datang membantu. Masa itu juga I sedar, nak gerakkan satu jari pun tak boleh! Situasi tu memang nampak real sangat. Feelingnya macamlah ada orang masuk dalam rumah, terkam kita, 'senyapkan' kita tak bagi menjerit. Memang I takda pengalaman yang ini tapi selalukan tengok dalam movie omputih. Lebih kurang gitulah...
Bila tak mampu buat apa-apa, I cuba baca ayat Kursi. Tau apa yang I baca?
Allahulaaa...Allahulaaa....
Itu aje yerk. Langsung tak boleh teruskan. Tak tahu kenapa.... Bukan tak ingat tapi memang tak boleh baca langsung. Ayat Kursi tu bermain-main dalam kepala tapi I langsung tak boleh baca! I rasa I cuba baca berpuluh kali tapi tetap tak mampu!
Tiba-tiba I dengar azan Maghrib berkumandang. Tepat saat itu, tiba-tiba aje I mampu gerakkan jari. I pun apalagi teruslah bangkit. Berpeluh-peluh I waktu tu...
Bila I bangun, I tengok my another friends yang ada di situ, rileks aje buat hal masing-masing. Macam takda apa pun yang berlaku! I pun tanyalah ada tak mereka dengar apa-apa. Kata mereka takda pun cuma ada sekejap tu macam nampak I mengigau tapi itu ajelah!
I rasa macam dah lama sangat I dihempap macam tu tapi yang sebenarnya, tak sampai 5 minit pun!
Cerita kena hempap waktu di asrama habis di situ. Lepas tu tak pernah I kena lagi.
Tapi... bila I mula bekerja dan tinggal dengan my sister, again situasi ni berlaku lagi. Bukan sekali dua ya, hampir setiap malam! Terlalu kerap sampai I jadi tak takut pun.
Macam biasalah, kejadian selalu berlaku bila I antara tidur dengan tidak. Rasa macam baru tidur tapi fikiran masih lagi menerewang. Bila nak kena, memang berdesing telinga. Biasanya bunyi desing tu seolah-olah datang sayup-sayup dari jauh dan akhirnya kuat desingannya menyelinap masuk ke telinga. Bila sayup-sayup desingan tu bermula, I siap boleh berkata dalam hati ya - 'Duh, datang lagi!'
Dek kerana kekerapannya, I dah boleh baca ayat Kursi sampai habis sekarang. Boleh baca 2,3 kali lagi kalau 'dia' masih tak mahu lepaskan! I even boleh fight lagi dalam antara sedar dengan tidak tu. Boleh mengamuk marah lagi suruh jangan ganggu. Boleh sekuat hati menjerit tau (tapi of courselah you rasa you menjerit tapi orang keliling dengar macam you mengigau tanpa tau butir bahasanya...) Memang sedaya upaya dan sekuat tenaga I cuba gerakkan satu jari tangan ataupun ibu kaki. As long as you mampu gerakkan satu jari aje dari seluruh tubuh tu, memang akan hilanglah ia...
Mulanya I tak beritahu sesiapa tapi akhirnya dalam sibuk berborak, I informedlah my mother and sister. Merekalah yang bersusah payah cuba mengubatinya. I sendiri tak tahu apa yang my emak dah buat tapi akhirnya ia hilang begitu sahaja. Takdalah lagi menggangu tidur I.
Selepas berkahwin dengan HD barulah I kena semula tapi tidaklah sekerap dulu. Yang I perasan, kalau I tertidur meniarap, memang kenalah. Pernah sekali waktu I kena HD yang terjaga di sebelah terdengar I mengigau katanya. Terus dikejutkan. Mujurlah HD ada di sebelah; bila dikejutkan orang, ia terus hilang ya. I tanya juga pada HD berapa lama I nampak macam orang mengigau. Kata HD, beliau cuma nampak I mumbling aje, tak faham butirnya macam marahkan something tapi badan langsung tak bergerak. Masa tu HD pun tak tahu tentang sleep paralysis ni. Bila I ceritakan, barulah HD tau kisahnya...
Beberapa tahun kebelakangan ni, HD pulak kena. Agak kerap juga. Sampai akhirnya beliau pun tak kisah. Tapi 'ketibaan'nya tu berbeza dengan yang I selalu kena. I selalu terasa macam dihempap, dipegang telinga atau bahu dan biasanya tak nampak apa bentuknya yang menghempap kita tu tapi versi HD berbeza ya. HD nampak jelas dalam alam separa sedarnya. Selalunya HD fikir beliau bermimpi! Ia menyerupai bentuk seseorang. Mula-mula hadir sebagai 'manusia' lepas tu mulalah menghodohkan diri...
Pun sebab dah biasa, HD juga dah tak kisah tapi agak terganggulah dengan situasi macam ni. I pulak jarang-jarang kena sekarang ni. Kalau kena pun redha ajelah. Baca ayat Kursi berulangkali selagi terdaya, nanti dilepaskanlah! 'Dia' pun give up agaknya I dah tak takut lagi!
The latest I kena beberapa bulan lalu tak silap. Masa tu I tengah tidur sendirian dalam bilik. HD pulak di bilik komputer. I rasa macam nampak HD masuk bilik tapi caranya tu ganas sungguh (Mak, sila jangan terbayang yang bukan-bukan pulak!) HD boleh melompat naik atas katil dan terus tidur di sebelah I. I ni sebenarnya tidur tapi rasa kejadian tu berlaku dalam keadaan I sedar tau. I boleh rasa HD bergerak-gerak di sebelah I lepas tu boleh letak tangan lagi rangkul I dari belakang. Tapi I tak nampak pun apa ya, cuma perasaan tu rasa diperlakukan begitu...
Tapi, tapi, tapi... yang buat I syak wasangka bila I dengar bunyi berdesing di telinga....
Sahlah itu bukan HD. I pun sekuat hati menjerit meronta (kononnyalahkan) sampai HD di bilik komputer pun boleh dengar. Again, HD ingat I mengigau tapi memang HD dah tahulah itu memang tengah kena hempap!
HD pun terus pegang badan dan kejutkan I. Bila sedar, berderau darah ni. Oh, dah step up one level yerk! Berani ganggu cara begini pulak!
Until now, takdalah lagi kejadian yang tak diingini berlaku. Sebabnya - yakin dan percaya ajelah pada kuasa Allah! Mereka tu pun macam kita juga ... lagi kita takut, lagilah mereka suka mengacau!
Ahah... tak seram mana punkan! Masih mampu bergelak sakan lagikan ketika membaca entri ah kak ni ^_^ Makanya minggu depan apa kata kita berstory-mory lagi pasal seram sejuk di hari Khamis ~_^

Pernah sekali kena hempap masa sekolah. Tidur time senja memang takleh buat apa.Nak menjerit tak keluar suara.
ReplyDeleteYang saya perasan kalau saya tertidur meniarap memang selalu berlaku. Biasanya memang kalau tertidurlah, yang tak sempat nak baca apa doa sekali pun. Sekarang ni dah jarang-jarang kena. Tak tahulah apa sebab sebenarnya...
DeleteAduhai seram juga bila dah sampai peluk2 dari belakang tu...
ReplyDeleteKakcik pernah juga kena sekali dua. Masa kerja dulu, kena waktu tidur dalam surau pejabat...
Itu kira paling daringlah kena hempap, Kakcik... Biasanya dia terkam dari belakang aje. Puas kita berusaha nak melepaskan diri tapi kuat betul pegangan. Tak boleh nak gerak tapi terasa macam kita di awang-awangan tau, nampak perkara tu terjadi tapi tak nampak apalah cuma merasainya aje....
DeleteAha, dalam surau pun boleh kenakan..memang hebatlah depa ni menghempap tau!
akak hurm hurm macam lain macam je cerita seram akak ni. baik akak pegi berubat dengan mana ustaz. dekat syifa' ke. takut benda tak diingini jadi pulak. ini bukan nak menakutkan tau. tapi kalau dah menyerupai orang tu. takutnya nanti dia menyerupai HD lepas tu dia 'kerjakan' akak. akak ingt HD tapi dia. nauzubillahminzalikkkkkk!!!!!. akak try la berubat. kita risau lah
ReplyDeleteSetakat ni memang belum pernah pergi berubatlah, baik akak mahupun HD. Tapi dulu masa zaman bujang yang teruk kena tiap-tiap malam tu, emak akak bawalah berubat. Memang hilang terus. Lama jugalah...
DeleteHuhuhu..bab tu akak faham. Akak pun takut kalau dia terlebih daring. Masa kena tu kita rasa kita macam sedar tau walaupun sebenarnya kita tutup mata tidur. Menjerit bagai nak rak. Akak ingatlah bila akak sedar itu bukan HD akak punya jeritnya kalau betullah kedengaran, memang kuat rasanya!
Adoiyai kak....seram meremamg bace...teringat zaman anak dare...penah laaa kene.... siyes takut.... tp nak buat camne kene lawan gak...dpt gerak 1 jari pun jadi laaaaa....
ReplyDeleteTp skrang dah xpenah dah.... takut plak bace citer akak nanti jd balik...sbb tu loeya x suke tdo telentang....kene ngiring n peluk bantal...baru rase selamat.....
Yang penting kena sekuat hati cuba gerakkan jari. Kalau berjaya tu kira selamatlah... memang takdanya dihempap lagi. Akak selalu kena kalau tertidur... tak sempat baca doakan. Memang kenalah, lebih-lebih lagi kalau tidur meniarap! Memang minta kena hempaplah kalau gaya gitu.
DeleteFuyooooo haibatnya term term kedoktoran sangat tu..... bunyi mcm pegaga jer....
ReplyDeleteOhhh ni kiranya mcm adik beradik ngigau jugaklah ek.....see...see....mak kan dah ckp....abg menurun sapa sekarang ni hihi....
Yelah.... mak mmg dah pernah baca pun sebahagian cite pasal kak Ton kena hempap ni....tp tak per, layan ajelah ulang tayang pun....dah dpt jiran bersawan kan hihi.....
Seingat mak, mak mc pernah kena sekali masa kat hostel dulu.... mmg tak daya nak membaca ayat alquran....rasa meleweh jer jadinya...Ingatkan sebab penat sangat ke apa tu yg jadi gitu....
Yg penting kita dinding diri dgn selalu baca Quraan lah kot, moga dijauhkan benda benda gini...
Mak ni kan memang tak boleh jadi pakar bedahlah! Mengigau dengan kena hempap pun tak dapat bezakan!
DeleteEh, apa kena mengena pulak doktor bedah dengan dua terms ni yerk.... ~_^
Oh, lupa pulak! Mak kan peminat Kak Ton no.1 haruslah Mak dah baca kisah di Tingkatan 5 tu kan... Lagi pun Mak juga kata, Kak Ton dulu-dulu syok sendiri. Kalau Mak tak komen entri Kak Ton awal-awal dulu, memang kesianlah Kak Ton kan...
Sekurang-kurangnya elok juga Mak ulangtayang ni, re-run telemovie macam ni daripada dibiarkan aje blog bersarang sebab sibuk makan kat luar katanya... Huahahahaha.....
Eh, Kak Ton rasa jin pun takutlah nak hempap Mak ni... Tengah sibuk kena hempap tetiba nanti dia ajak berwefie dengan jin. Tak ke jin tu terkejut beruk gayanya.... Hilang selera terus nak main hempap menghempap tau!
Kehkehkeh...... nasib zaman mak kena hempap tu tak de smartphone....
DeleteEh kak Ton perenggan last tu lama lama baca mcm luch lah pulak bunyi..... main hempap hempap pulakkan kita ni hish....udah.... nak balik nak masak....entri baru baca nantilah....
Yang Mak tenung lama-lama tu buat apa. Baca sekali imbas sudahlah! Nampak sangat tau Mak ni suka datang rumah kita bergosip. Huahahaha...
DeleteIsh, Kak Ton tak mahulah komen lebih-lebih pasal statement last tu. Nanti melalut aje. Kalau Mak tak faham apa kata WA aje. Nanti Kak Ton explain yerk ~_^
Eh, Mak masak ke? Egg cheese muffin untuk makan tengahari ke apa?
Weyh...apa yg tak fahamnya....terlebih faham hihi....saja jer sebenarnya idak le lucah mana pun....
DeleteLum lagilah weyh buat egg cheesenya tu... sebab telur mcm dah habis je
Oh, lupa pulak! Mak kan spesies kilauan emas! Tak akanlah tak faham pulak kan ^_^
DeleteAgak-agak pagi ni dah dapat ke belum Mak anak-anak dan PakJilap makan egg cheese muffin ni, Mak....
Ai kak ton.. seram gak kisah kak ton ni.. sampai xleh gerak langsung ya.. banyak kali gak kena tu.. cer kak ton bawa ke ustaz darul syifa.. gerun weh membacanya..
ReplyDeleteMoga2 kes ni tak berulang lagi ya.. anak2 tak kena kan? Sian gak anak2 tu kalau diganggu juga..
Kalau kena memang tak boleh gerak, AN. Mula-mula memang takutlah. Tapi kalau dah kerap sangat, memang takda rasa apa dah. Bila nak kena pun dah tau. Adakalanya kalau saya betul-betul kuat, telinga baru berdesing aje saya terus cuba gerakkan jari tau. Alhamdulillah, kerap berjaya juga makanya tak sempatlah kena hempap saya dah terjaga dari separa sedar tu. Kalau kena juga, saya bantai baca ayat Kursi berkali-kali!
DeleteAlhamdulillah, anak-anak rasanya tak kenalah!
Benar kita berpegang pada Allah. Namun kena ingat dik yg syaitan dan jin juga ada. Kita tak nampak mereka dan janji syaitan selagi belum kiamat dia akan goda anak-cucu Adam. Jadi nasihat kakak sebgai org tua. Baik inform mak hal ini usah ambil ringan. Kakak ada sepupu yang anak dia sering kena begini kini akhirnya jadi macam tak betul (tak siuman) sebab ayahnya org Tabligh selalu keluar, sepupu kakak pulak cikgu tak ada masa nak selalu jenguk anak di asrama. Akhirnya jadi serius bila anak itu boleh berbual sendiri hingga bawa ke psychiatric masa tu baru form 2 aje. Akhirnya kena keluar asrama berubat sampai ke Ust. Haron Din tapi katanya dah payah sebab dah terlalu lama (bayangkan dari form one dia kena). Sekarang dah anak dara 20an kesian tau... bagai ada teman bercakap especially kalau waktu kita semua dah tidur..
ReplyDeleteBukan nak takut-takutkan tapi kita kena usaha mencegah sebelum menjadi yg tak diingini.
Eh, ada kejadian lebih teruk macam ni ke, kak? Takut pulak mendengarnya. Saya ni takdalah risau mana sebab sekarang pun jarang kena hempap ni. Tapi HD tu kesian sebab selalu terganggu tidurnya. Bila dah macam tu, teruslah tak boleh nak lena tidur. Pernah juga saya syorkan pada HD suruh pergi berubat. Manalah tau kotnya jin tersuka, lain pulak jadinya nanti. Buat menakutkan aje kalau difikir-fikir macam tu.
DeleteKata emak saya, arwah bapa saya dulu pun rajin kena hempap. Tak tahulah macamana jin ni memilih mangsa. Nak kata arwah abah tak alim orangnya, tak mungkinlah... Masa kat asrama dulu, kawan sedorm saya tu warak budaknya pun kena. Katanya sebagai peringatan untuk mengingatkan kawan-kawan yang alpa yang duduk dalam dorm yang sama. Entahlah saya pun tak pasti kebenarannnya!
seramnya lahai baca! dahlah kita tidur sorang-sorang.kalau jadi apa,, tkde orang kejutkan.kena cari teman cepat-cepat nih..hehe
ReplyDeleteKena cepat cari temanlah tu maksudnya, Sal. Takut kalau tidur seorang diri tetiba kena hempap. Tapikan kalau ada partner di sebelah pun bukan mereka dengar. Sedap tidur alahai...
DeletePernah sekali la kena... Tapi tu la mujur ingat nak baca ayat kursi.. Kejap je la kena... Skrg ni dh khwin ada anak.. Sepanjang masa pasang rukyah je.
ReplyDeleteBerlakunya sekejap aje tapi selalu terasa macam lama sangat sebab badan tak boleh gerak agaknya. Dulu-dulu saya langsung tak boleh baca ayat Kursi tu tapi sekarang kalau kena, alhamdulillah boleh baca sampai habis.
Deletehuhuhuu seram la juga sebab saya tak pernah lalui benda ni... tang nampak macam manusia then slowly menghodohkan diri... mmg seram weeeiiiiii... huhuhuhu
ReplyDeleteLebih baik berdoa jangan kena. Saya ni kalau tertidur, leka sikit aje memanglah kena. Tapi alhamdulillah sekarang ni dah kurang...
DeleteBia kena hempap ni..
ReplyDeleteRasa tak boleh nak buat apa kan MD..
CH dulu rajin gak kena hempap..
Smpi takut nak tido..
Bila amalkan doa tido.. ayat kursi.. tiga qul.. alhamdulillah.. tak de lagi kena hempap.. CH kekadang tu mcm ada org tarik ibu jari kaki.. seram..
Memang betul, CH. Siksa nak gerakkan walau satu jari aje pun. Dulu memang selalulah kena kalau tertidur dan tak sempat baca doa. Lagi-lagi kalau tidur meniarap. Memang kenalah!
Deletesy selalu kena bnda bnda macm nih...berdesing lubang telinga..kekadang dia bunyi macam sama ketawa dgn langsuir..................saya percaya bnda2 mcm nih mmg wujud tapi jgnlah kita terlalu taksub...Nauzubillah !
ReplyDeleteMemang wujud. Kena percaya cumanya yang susah buat kita percaya bila kita tak nampak dengan mata kasar. Macam saya selalu kena tapi merasa aje, tak pernah nampak. Cuma terasa kena hempap, terasa bunyi berdesing tu datang tapi tak pernah nampak apa ke bendanya. Bagus jugalah kalau tak nampakkan!
Deletepernah jugak zaman2 dulu kena kak.. tak tau lah mcm mane nak gerakkan bdn semula..
ReplyDeletebaru2 ni Lyn ada baca artikel, klu nak telentang, make sure letak bantal kat atas bdn.. so else, kita tidur lah mengiring ke kiri.. sunnah Nabi kan..
Akak selalunya tak pernah tidur terlentang. Tak selesa. Mesti nak mengiring. Tapi itulah yang selalu kena hempap ni bila tertidur meniarap. Maklumlah lupa segala doa nak baca sebelum tidur. Baru semalam kena lagi Lyn tapi kali ni macam mimpi pulak. Boleh dengar bunyi aircond satu macam kruk krak nya lepas tu terasa macam bentuk perempuan. Macam biasalah memang tak nampak apa sebenarnya. Perasaan aje. Tapi tahulah kena hempap bila badan tak boleh gerak!
DeleteMD.. Kejadian yg last tu sgt bahaya. Jumpalah org yg pandai dan usahakan berubat . LM ada pengalaman yg tu . X syok nk cerita sini sbb takut yg bawah umur baca nnt. Nk call MD tgh kerja la pulak. Br 4 lbh. Gigil jari baca kisah ni. Jgn lupa nk tido baca apa yg patut. Sentiasa buat pendinding diri ye. Jin syaitan ni mmg tak habis2 nk ganggu kita ni kan.. Hurmm
ReplyDeleteBaru ni saya kena lagi tau, LM. Biasanya kalau saya tertidur. Tak sempat nak baca doa apa-apakan. Kali ni rasa lain macam 'keberaniaannya' menakutkan saya. Saya faham apa yang LM cuba nak sampaikan. Saya pun takut juga sebenarnya. Nantilah ada masa kita WA lah. Nak bercakap di telefon waktu pejabat ke, masa di rumah ke, memang susah. Fully occupied kita ni emak-emak. Ingat nak juga call LM semalam lepas baca komen ni tapi takutlah mengganggu rutin harian dengan baby Ariznya lagi.
DeleteTahu pasal benda ni Alhamdulillah tak pernahbkena la selama 32 tahun hidup ni.jin meman tak suka sy agaknya..dh perangai pun macam jin.hahaha opss guraubje jangan amik serius..
ReplyDeleteTp klu benda ni terjadi kerap n menganggu jangan ambil mudah ye..bawak2lah berubat..
Ish, takut PK kalau bila baca komen ni. Mulanya rasa macam okeylah takda masalah, kita dah berani. Bila baca semua komen terasa pulak ngerinya. Manalah taukan lain pulak kerjanya mengacau! Ish, minta dijauhkan Allah!
Deletekenapa time baca bab HD tu dok nak terbayang benda lain ni...hehe
ReplyDeleteok2...serious. cite kena hempap ye
rasa macam penah baca cite ni dulu
jab pikir...penah tak kena hempap tak...emm...yang ghaib ni kan...emm
cam ada...emm...tak ingat lah...hehe
I faham ~_^ Eh, nasib baik terbayang aje tau bukan serius benar ^_^
DeleteKalau takda lagi bagus, kalau ada, ahah, bolehlah share pengalaman tu. Kalau tak kena memanglah rasa macam alahai betul ke tidak yerk! Saya ni memang suka gelakkan kakak saya tau kalau ada bercerita pasal hal-hal alam ghaib ni. Bukan tak percaya, percaya! Cumanya bila tak nampak dengan mata kasar ni mulalah suka nak buat bahan jenaka katanya. Bila dah kena barulah tahu macamanana...
Alahaiiii..seram lah pulok. Alhamdulillah, so far tak pernah kena lagi. Minta dijauhkan lah.
ReplyDeleteJanganlah kena. Menyiksakan jiwa raga aje tau. Siksa nak mencuba gerakkan walau ibu jari sekalipun!
Delete