Friday, October 2, 2015

Anak-anak tersayang @_@

Salam 18 Zulhijjah dan salam penuh kasih- sayang kawan-kawan!

Aha, hari ni ada panjang sikit ucapannya sebab hati I tengah gembira ni. Hari ni hari Jumaatkan. Esok dan lusa dah cuti. Siapalah yang tak gembira ^_^

Hari ni marilah kita menutup tirai blog ni dengan cerita my superheroes. Kisah anak-anak ni memang tak pernah ada penghujungnya bagi emak-emak ^_^ Ada-ada sahaja cerita yang nak dikongsi bersama walaupun pendapat semua orang tak sama. Ada yang suka, ada yang menyampah dan mengata juga. Macam dia aje ada anak. Macam anak dia aje yang pandai, yang comel dan segala yang bagus-bagus. Betul tak?



Tapi since macam semua orang kata, dah blog ini milik si penulis blog, makanya sukahati dialah nak cerita apa punkan, kan, kan.... Hahaha!

Macam yang you all tahu my anak-anak bujang ni memang tak jauh daripada Lego; baik yang mahal mahu pun yang cheapskate punya. Penuh satu kotak besar I simpan. Mulanya berkotak-kotak juga sebab nak mengasingkan si Bubbly Abang dan Adik Cute punya. Tak tahan tukang kemas jadinya maka I pun campurkan semua. Habis cerita. Tapi mereka dua beradik ni bukan boleh, ada-ada aje punca nak cari pasal kalau disuruh berkongsi. Si Adik Cute ni boleh tahan tau kedekut tapi suka rembat abangnya punya. Manalah tak bergaduh.

Bila dah berperang mulut tu, memang bingitlah telinga. Bubbly Abang membebel marahkan Adik Cute dan Adik Cute menjerit merengek sebab itu aje caranya melawan!

Meh tengok antara hasil kreatiflah kononnya milik Adik Cute ...


 


Ini paling win. Adik suruh ambil gambar sebab Star Wars bawa 'jeep', okey. Ada pengiring lagi ^_^

Oppss! Star Wars kena tahan polis sebab tak pegang stereng kereta masa memandu!

Ini pulak antara hak milik kreatif si abangnya, Bubbly Abang ^_^

 
My superheroes ni walaupun beza umur 5 tahun tapi dah macam kembar aje. Kalau membeli apa-apa untuk mereka memang kena beli sama. Kalau tidak, ada aje yang merajuk terutama si kecil ni. Bukan boleh kalau ada beza sedikit. Cemburu bukan main tapi kalau dia dapat lebih, takdalah pulak komplen apa-apa. Sekarang ni dua belah telinga mendengar pun tak cukup. Apa-apa cerita si Abang beritahu, si Adik mesti nak cerita yang sama juga pada Mommynya. Pitamlah kena dengar cerita ulangan ni... 

Si kecil ni walaupun malas mengemas toysnya tapi ada satu sifat yang sangat bagus -  I ada pembantu sekarang ni di rumah. Kalau setakat nak minta angkat bakul baju kosong, ambil pakaian untuk Mommy lipat dan apa-apa yang boleh ditanggung oleh kudratnya, si Adik Cute mesti offer diri nak membantu. Janganlah tak panggil ya, mahu merajuk sampai menangis-nangis sebab tak dapat tolong! Aha, bab ni Mommy memang cukup lega! Bubbly Abang pun rasa lega juga sebab tak kena suruh di rumah tu! Daddy lagilah suka. Sampaikan tukar baju pun suruh anak ambil masukkan dalam bakul pakaian kotor. Nak minta green tea, cakap aje kat anak suruh hantar mug kat Mommy di dapur minta buat green tea! Hebat tak hebat macam tu ^_^

Silalah percaya juga ya bila Adik Cute ni sekarang suka menonton rancangan kartun Robocar Poli, Hagemaru (sama macam Bubbly Abang dulu-dulu... deja vu pulak I rasa bila menonton ni bersama Adik Cute) dan Lego Friends. Yang paling tak tahan jadi bahan di rumah tu sebab Adik Cute suka Lego Friendslah! Siap suruh I hafal lagi nama-nama karakter Lego Friends ni. Puas diejek si Bubbly Abang kerana Lego Friends tu kan semua girls tapi entah kenapa si adiknya suka menonton.

Tapi la ni ada satu soalan ulangan yang si kecil ni suka tanya dan I dah habis jawapan nak beri, masih lagi dia tak puas  hati. Repeat berkali-kali tau!

Soalannnya ..... 

Jeng! Jeng! Jeng!

Mommy! Mommy! Kenapa Lego Friends boleh cakap tapi lego Adik tak boleh cakap?

Macam-macam jawapan I dah beri tapi dia tetap mengulangi soalan yang sama. Ni mesti kes tak puas hati tau.

Tapi paling class bila dia tengah bermain tetiba I terdengar dia bercakap sendirian ....

Oh, nak jadi Michael Jack-shen eh???

First time dengar terus terpinga and I tanya semula nama siapa yang disebutnya tu...

Takda sapa-sapa! Adik kata nak jadi macam Michael Jack-ass ke?

Oh, alamak ~_^

 





 

 

 

 


34 comments:

  1. Nak buat macam mana..
    Dah blog hak milik penulis.. apa yang dihidangkan. andai tak berkenan, kita tak boleh nak paksa.. masih banyak pilihan sebenarnya kan.. ;)
    Agaknya kalau dak Adik bakal ada dak Baby... eerr.. macam manalah kan tahap kecemburuannya itu.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan... check banyak kali pun memang kita empunya blognya. Makanya kenalah tahan aje, hadam aje apa empunya blog nak cerita. Kalau tak suka, banyak pilihan sebenarnya ^_^

      Oh, kenapa agaknya semua suka sangat nak berkalau-kalau ni? Jawapannya memang tidaklah Aiza ^_^ Penatlah jaga baby. Takda anak perempuan pun takpalah...nanti-nanti dapat menantu pun kira menantu perempuan jugakan.... Hahaha!

      Delete
  2. tu baru dua.. kalau tambah sorang lagi manatau gugirl pulak maka bertambah sebakul lagi mainan mungkin konsep dia berbeza sikit dengan superhero almaklum la heroin katakan. Persoalannya ada ke impian nak tambah lagi MD hahahaha?? Best dengar anak membebel anak saya ni membebel jugak tapi semua dialog kartun. Sampai di adaptasikan kartun2 dia dalam ngomelan dia hari2. almaklum la baru dok belajar cakap katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, tidaklah Suria! Cukuplah dua. Itu pun dah terbalik dunia ni rasanya! Hahaha...

      Dah tak hairan lagi bila orang dok tanya bila nak dapat anak perempuan. Kita ni nak masuk hospital bersalin pun dah malu tau. Apatah lagi nak hantar anak pi sekolah 10 tahun akan datang. Tak payahlah. Harap dapat pergi konvo anak-anak bujang ajelah ^_^

      Budak-budak kalau membebel memang cute aje bunyinya. Kalau kita membebel, disuruh bapaknya senyap jangan banyak cakap tau !

      Delete
  3. Wah.. entry autopublish ni nampaknya.. tuan tanah pasti dh menjelajah kawasan klcc tu dan bawa balik beg2 plastik lawa... kan??

    eh.. minat si naim sama dengan si adik cute nilah.. ada masa rasa stress sebab diorang ni asyik nak beli mainan kartun diorang suka tu tau..

    Bab blog kita kita cerita ikut suka hati kita ni saya teringat yang tak sangka falsafah saya ni ada gak orang berminat bg iklan berbayar. Haha. Yg entry tbaru ni tu la.. haha. Pandai MD teka. Tak sangka betul mulanya.. bukan ramai pun pembaca blog saya..Adalah sikit drp xda apa2 kan.. sedangkan menulis ikut suka hati je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...bukan auto publish ni, AN. Kalau autopublish, pukul 8 pagi dah keluar entri baru ^_^ Ni menaip sikit lepas tu berhenti, lepas tu sambung lagi. Tengok jam dah nak dekat pukul 2 petang baru dapat keluarkan entri baru ^_^ Maklumlah...itu tandanya sibuk ~_^

      Eh, pelik pulak anak sulung awak sama perangai lebih kurang dengan anak bongsu kita ^_^ (ya, ya, bongsulah tu kiranya.... takda dah second bongsu ke apa...hahaha!)

      Ahah, dah agak dah! Memang lain macam ayat yang digunakan. Kalau entri santai hak milik sendiri, ayat-ayatnya ikut sedap mulut aje apa nak ditulis. Tapi kalau orang buat advertorial ni memang lainlah sikit garapannya ^_^

      Apa-apa pun tahniahlah, AN. Dapat juga buat iklan berbayar katanya ^_^

      Delete
    2. Haha. Boleh la melawak pasal anak bongsu tu. Agknya bolehla usahakan lagi tambah barang sorang. Aiii..lari..kang kena baling mop..

      Ala..biasa2 je. Haha.. mula2 saya dpt email tu saya mcm terfikir siapa pengirim email ni..tau tak, masa tu saya syak MD. Sebab namanya lebih kurang nama MD.

      Delete
    3. Kilang dah tutuplah, AN. Tak percaya juga dia .... Bak kata jiran sebelah, malu pulak nanti nak hantar anak masuk tadika 5 tahun dari sekarang. Tahun ni pun dah nak habis. 5 tahun daripada tahun depan lagilah malu!

      Ahah...hebatlah saya kalau nak offer buat iklan berbayar. Produk apalah agaknya saya nak suruh buat advertorial tu ya, AN ^_^

      Delete
  4. ASsalamualaikum MD apa kabar agak nya mesti sdg bersantai2 ni kan
    maafkan kaknoor lama dah tak kesini kesuntukkan masa dik oiii hehee
    mmg begitu lah MD kan minat sensorang tu tak sama walaupun adik beradik
    kaknoor skrg ni menjaga cucu yg baru 2 tahun dan dok belajar ckp
    yang heran dia faham apa yg kita ckp tapi bila di a balas kita pulak yg tak faham
    di suruh ambil barang itu ini dah boleh dah walaupun baru 2 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, KakNoor!

      Saya baik aje. Musim jerebu ni memang bersantai di rumah ajelah, kak... Makan, tidur, makan, tidur aje kerjanya ^_^ Memasak pun rajin ni ...

      Wah, seronoklah KakNoor melayan keletah cucu yerk! Teringat dulu arwah abah dan emak saya bukan main alahai manjakan cucu. Dengan anak-anak itu tak boleh, ini tak boleh, tapi dengan cucu duduk atas riba sambil memandu pun boleh ^_^

      Delete
  5. ewah kak...blog wajah baru ye..oren mata hitamku..hehehe.takpelah, blog sendiri, sukatilah nak tulis pasal apa.tulis pasal anak sendiri ok pe, takkan nak ngumpat anak orang lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...itulah ceritanya bila si luncai mengecat rumah guna Nippon Paint. Lain macam betulkan kejadiannya *_*

      Kan! Kalau tak tulis pasal anak sendiri tak akanlah nak tulis pasal anak orang pulak. Buang karen aje tau! Eh, tulis blog tak pakai karen! Jap, jap nak buka dictionary cari perkataan sesuai ^_^

      Delete
  6. haha..mcm mana star wars nk pegang stereng, stereng pun takde encik polis.. hehehe
    macam2 perihal anak2 ni kan.. apa lagi nak diceritakan kalau bukan pasal anak sendiri..
    nanti bila diaorg da besar, boleh la MD baca sebagai kenangan...

    Hehe..susah nk jawab soalan adik cute tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Polis pun melampau tau. Asalnya kita panggil jadi pengiring tetiba nak beri saman pulak ^_^ Stereng takda dalam set makanya memang kereta mereka ni semua tak pakai stereng. Lagi pun Star Wars yang bawa tak akanlah nak stereng juga macam manusia biasa gitu ~_^

      Betul tu, Ira. Nanti-nanti mereka dah dewasa, menangis tersedu-sedulah nampaknya baca catatan tentang mereka dalam blog ni. Huhuhu.....

      Kan! Dah kata dah... memang tak retilah nak jawab. Berpuluh jawapan saya beri, tetap juga dia tanya lagi!

      Delete
  7. Buka2 pintu tengok2 blog dah kaler lain..amboih..ni nampak sangt mood memang baik melampau2 nih..

    Budak lelaki memang suka main lego ..tapi anak saya yang perempuan suka lego tau..kalau kawan2 datang rumah , dia ajak main lego budak2 tu tak mau la,dia marah pulak..padahal dia je yang main lego..budak lain tu nak main benda lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kira tengah freedom dahsyatlah ni sampai boleh bega blog dengan jayanya. Tapi itulah masih lagi terkial-kial nak buat itu, ini. Memang sendiri malas belajar makanya tak bolehlah nak salahkan sesiapa!

      Alamak, Maisara! Main lego ni tak feminin tau! Memanglah kawan-kawan tension. Datang rumah nak ajak main barbie doll tetiba dia keluarkan Lego. Hahaha!

      Delete
  8. Comelnye adik cute rajin plak tu... lama akak tak singgah sini....ape kabo besan?....bahaha..tetibe :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...khabar baik! Bab nak berbesan tu kena cakap slow-slow sikit. Ramai tau 'besan' saya dalam ni. Hahaha!

      Delete
  9. Assalamualaikum...
    Ingat lagi tak saya?
    Hahahaha...saya dah sebulan lebih tak update blog...jalan2 blog kawan2 pun tak....:P

    Wahhhhhh..ada koleksi lego Star Wars...yg tua bangka pun ramai buat koleksi tau,bukan budak2 aja...hahaha

    Micheal Jack-Ass? wakakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam!

      Siapa tak ingat? Satu-satu aje kenalan blogger saya yang bergelar doktor ^_^ Hahaha...

      Buat apalah tu DZ lama sangat berhibernasi sampai blog tak berupdate? Tapi bagus juga sebab saya pun sibuk, nak sesat jalan blogwalking pun tak sempat tau!

      Campur-campur koleksinya bukan semua. Ni terlanjur tengah kecoh Star Wars, depa kumpullah. Itu pun entah mana pergi satu set pun tak cukup! Marah sikit aje terus baling bawah kerusi meja, atas karpet. Jenuh betullah!

      Hahaha...hebat tak MJ? Anak saya yang tak pernah tengok rupa MJ pun boleh sebut namanya walaupun sipi-sipi ajelah ~_^

      Delete
  10. Legend betul ar Micheal Jackshen ni, budak 4 ,tahun pun kenal. P Ramlee adik kenal tak Kak Ton?

    Jalan mana hari ni? Ke masih terbongkang atas katil lagi? Takkan dari semalam asyik nak bersemayam jer kerjanya weyh kihkihkih...

    Kalau zaman mak kecik Lego ni mainan anak org kaya kaya weyh. Anak org kg mcm mak ni mmg tak payah nak mimpi lew main lego. Persoalannya ada ke Lego kat Malaysia masa zaman mak kecik????
    Huh....asyik berkuiz jer dari semalam, tak kuasa nak layan.

    Jap lagi adik dah nak besar dah....mesti rindu dgn keletah adik. Baik bikin tambi sorang lagi....mak teringin nak tengok kak Ton htr anak tadika ler 5 tahun lagi hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan... Itu yang buat kita terkejut bila dengar Adik Cute sebut 'Michael Jackshen'. Rasanya masa Adik Cute lahir, MJ pun dah takda. Eh, yakan? Lupalah bila MJ ni meninggal dunia!

      Hujung minggu tak boleh jalanlah Mak sebab sibuk di rumah kakak satu hal. Hal yang lain pulak sebab jerebu. Tapi last week pergi jugalah bawa budak-budak ni ke taman sekejap. Tengok okey sikit jerebut rupa-rupanya bila balik rumah tengok bukan main hebat lagi IPU. Peliklah bacaan IPU ni kadang-kadang!

      Dulu kita pun tak kenal Lego. Tak pernah main pun sebab gegirl mana ada main Legokan, Mak! Kita main batu seremban, lompat galah gitu... Hehehe!

      Oh, Mak janganlah ingatkan tentang tumbesaran anak-anak. Mestilah nanti rindu tapi tetap tak kuasa ya Mak lepas 5 tahun nanti nak hantar anak pergi tadika. Oh, tidaklah, tidak!

      Persoalannya, nak masuk hospital bersalin pun dah rasa segan semacam tau ~_^

      Delete
  11. Hahahhahaha! Part yang dia tanya kenapa lego dalam tu boleh bercakap & lego dia tak boleh bercakap tu kelakar. Comel je soalan dia. Sel sel otak dia tengah berhubung ni tu pasal tanya macam macam. Anak buah Nani pun suka tengok Robocar Poli,tiap kali datang rumah asyik nak tengok cerita tu je. Dia ingat sepanjang hari ada kartun tu je agaknya. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kata Lego Friends tu kartun sebab itulah boleh bercakap tapi legonya tu toys maka tak boleh bercakaplah! Eh, tetap juga hari-hari repeat soalan yang sama. Naik muak dah dengar soalan aje. Hahaha!

      Si kecil ni sebab tak tahu membaca akan suruh kita check kat info bila agaknya kartun kegemarannya akan on air lagi. Tiap-tiap hari pun macam tu sekarang, berebut channel kegemaran dengannya!

      Delete
  12. Bab berebut mainan ni jgn cakap lah MD..
    Anak2 akak pun mcm tu..
    Tak tahan bila bergaduh tu..
    Kita mak2 ni yg pening kepala..
    Adatlah org MD.. bila tak ada anak perempuan .. siap tanya..
    Kenalah sabar byk2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangnya kalau ada anak lebih dari seorang ni begitulahkan, CH. Tak menang tangan dibuatnya. Macamana mereka yang ada anak ramai dan hampir sebaya yerk. Memang pengsanlah kalau gitu gayanya tapi selalunya kalau dah mengalami sendiri, tak juga pengsan dengan perangai anak-anak ni ^_^

      Itulah, takda anak orang tanya. Ada anak orang tanya. Ada anak lelaki aje pun orang tanya. Ada anak perempuan aje pun orang tanya. Ada dua-dua anak lelaki dan perempuan pun orang tanya juga. Makanya, kita senyum ajelah sambil beri jawapan-jawapan yang agak bernas ^_^

      Delete
  13. alahaiiii comelnya lego2 itu.. teringat zaman kecik2 dulu. ada gak main lego mcm ni. cuma tak secanggih sekrang jer..
    betul lah kak.. anak akak ni dah mcm kembar, lama dah perasan. tapi tak tertulis2.. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, awak main juga lego ya? Akak masa kecil dulu memanglah tak main lego. Sibuk goreng 'bunga raya', goreng 'rumput', main jadi pelayan restoran, tak pun main galah panjang dan batu seremban. Tak pun main ceper ^_^

      Memang kena layan macam kembar. Kalau tidak, ada aje yang merajuk!

      Delete
  14. Suka hatilah kita nak cerita pasal anak kita..tak suka tak payah masuk blog kita kan.haha emo tak..

    Suka betul ya superheroes berdua ni dengan lego..kt rumah sy sebijik lego pun takde..anak tak minat lego ke sy yg tak pernah belikan.entah.hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah manusia rambut aje lebih kurang sama hitamnya (sebelum di dye okey...) hati lain-lain citarasanya. Tapi peduli apakan, dah nama pun blog kita. Suka hati kitalah nak meroyan pasal diri sendiri dan keluarga. Tak suka sudah... tapikan cerita macam ni ramai yang suka sebenarnya. Hahaha!

      Memang itu ajelah yang ada di rumah, PK. Setakat inilah. Lain-lain mereka tak berapa suka pun!

      Delete
  15. Kalau bercerita pasal anak2 ni memang tak pernah habis. Lagi pon saya suka baca pasal cerita anak2 orang lain jugak ☺

    Banyak koleksi lego abg & adik. Anak saya pon suka lego. Tapi selalu dihancurkan oleh adik² dia. TU yang jadi gaduh adik beradik. Pening hemak menengoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam tukan sikap mak-mak ni. Seronok berkongsi kisah anak-anak dengan kawan-kawan. Bukanlah katanya kita nak menunjuk anak kita itu, ini tapi rasa macam seronok aje bila dah keluar kisah anak-anak ni....

      Patutnya lepas dah siap tu biarlah letak ada base plate tu tapi budak berdua ni dipatah-patahkan lepas tu kalau tak puas hati baling sana-sini. Itu yang buat geram sangat!

      Delete
  16. assalamualaikum...salam sejahtera...kepada anda semua
    moga bahagia! eh2...tetiba ternyanyi pkak =)

    kak ton...datang menyinggah ni
    hidanglah sikit neslo ais ke...sedap sikit nak lelama kat sini =)

    sape...sape..yang tak suka. mereka dengkilah tu MD wei
    suka hatilah kan nak cite apapun...blog kita kan
    kalau u cite lain, maleh pula i nak singgah nanti..hehe

    part bergaduh tu..samalah dengan anak saya pun
    nama pun adik beradik,
    tpi itu tidak sama sekali mengurangkan hasrat untuk punyai keluarga besar! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni memang kes lebih teruk perasannya ni! Nasib baik tak jadi mak saudara pengantin dalam masa terdekat! Duh, peninglah kepala nak berbesan macam ni gaya. Siapalah agaknya yang lagi over di majlis perkahwinan anak-anak nih!

      Kalau setakat Neslo ais tu, pi lah dapur buat sendiri. Buat satu jug terus senang cerita. Tak payahlah kejap-kejap nak masuk dapur rumah besan yerk! Kalau nak makan ke, nak terguling ke, nak kuak lentang ke, buat ajelah tapi sendiri mau ingatlah ni rumah besan yerk! Jangan over sangat sebab besan pun memang dah over. Kalau dua-dua over, kesian anak-anak pulak nanti ^_^

      Itulah... sukahati kitalah nak corner baring masuk Penang keluar Perlis shortcut pergi Terengganu pastu baru balik KL kan.... kita yang keluar duit @_@

      Ish, jangan macam tu! Kita kan besan, ambil hati tu afdal tau! Kalau kita merapu sekali pun, hadam ajelah.Datang jangan tak datang. Nanti kenakan sekatan kat anak perempuan hang tak bagi balik rumah maknya baru padan muka. Silalah dengar sikit cakap mak mertua anak perempuan mung itu yerk ^_^

      Okeylah , bab ni kita give up dah! Awak nak luaskan lagi empayar production house awak tu, go ahead. Kita dah tak mahu teruskan bisnes lagi. Kita dah tutup pun kilang tu ~_^

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...