Tuesday, October 6, 2015

Edisi khas : Keterujaan mak (saudara) pengantin ^_^

Salam 22 Zulhijjah kawan-kawan!

Okey, checklist untuk emak saudara pengantin ^_^

1. Pakaian untuk majlis akad nikah. Checked!
2. Pakaian untuk majlis pihak perempuan. Checked!
3. Pakaian untuk majlis pihak lelaki. Checked!
4. Shawl tiga helai. Checked!
5. Hi-heels hitam. Checked!
6. Hi-heels coklat. Checked!
7. Handbag baru. (Errr...errr...err... patut ke tidak ni? @_@)
8. Lingerie set baru. (Opppssssss!!!)
9. Pakaian anak-anak.Checked!
10. Pakaian HD.Checked!
11. Pakaian flowerboys. (Urusetialah carikan ^_^)

Apa lagi ek? Apa lagi ek yang tertinggal ni ...


Hehehe... tajuk bukan main lagi! Siap ada checklist bagai ^_^ Macamlah dia yang nak naik pelamin. Nak jadi pengantin. Padahal setakat salah seorang emak saudara pengantin aje. Over sangat I ni, kan!

Eh, tapi bukan ke selama ni I memang over memanjang? Tak akanlah dah lama kenal baru hari ni sedar I ni overkan. Tak baik tau menjuih mulut mengata. I can detect that senyuman berkarat from here ^_^


Well, hari yang dinanti-nanti bakal menjelma this weekend. And because of that, of courselah ah kak ambil cuti Jumaat nanti. Hari nikahnya sebelum Asar hari Jumaat ni. Bertempat di mana? Oh, tak bolehlah beritahu nanti ada pulak yang nak mencari ah kak selebriti ni (ke nak cari HD yang katanya macam kembar TMJ zaman dulukala tu?).... ~_^ (Keh3x...perasan lagi gitu... oh, indahnya dunia kalau selalu perasan macam ni!)



Tugasan sudah pun diberi tapi memandangkan emak kepada flowerboy yang vogue ni tak reti diam setempat, makanya dia tak dapat job ^_^ Oh, lega....  Kita tolong tengok-tengokkan candy buffet ajelah sebabnya - senang anak-anak nak makan nanti! Kalau tak, tak habis pulak!

Majlis di rumah pihak perempuan pada hari Sabtu ni akan bertempat di dewan yang sama dengan pihak lelaki. Cuma selang seminggu ajelah. Both pengantin pun sebenarnya bekerja di tempat yang sama. Hahaha... habislah nanti kalau bergaduh suami isteri, semua kawan-kawan sekerja pun boleh detect lepas tu jadi bahan gosip ^_^

Disebabkan majlis pun dah hampir, bukan setakat pengantin dan mak pengantin aje yang gabrah, panik, kalut dan etc.etc. (eh, tak sama ke semuanya?), emak saudara pengantin yang tinggal berdekatan ni pun kena tempias sama tau. Macamlah dia yang nak kena lafaz akad nikah tau ^_^ Sibuk bebenor ...

Bila bercerita tentang majlis kahwin ni, teringat zaman anak dara dulu. Well, masa sebelum bernikah dengan HDlah. Majlis perkahwinan I dengan HD dah basi pun tapi kalau diceritakan, mesti ada aje yang nak baca dan suruh sambung part by partkan, kan, kan.... ! Ya tak jiran sebelah yang merelip? Habis nak tahu full itinerary kita hari pertama berkahwin tau ^_^

Okeylah lupakan majlis persandingan I tu. Ni nak cerita zaman sebelum, sebelum, sebelum tu ^_^ 

Masa tu kalau pergi ke majlis perkahwinan kawan-kawan mahu pun saudara mara, alahai sebaknya rasa dalam hati sebab kita yang vogue ni tak kahwin-kahwin lagi dan dah nak habis satu angkatan rakan sebaya semua dah naik pelamin! Sampai bila nak jadi guest aje? Bila pulak nak jadi pengantin nih....!

Hiba sangat tau... (cuba bayangkan heroin filem Hindustan tengah menari dalam keadaan berduka sambil miming mendayu-dayu; macam itulah kita rasa tau!) Tapi dalam pada masa yang sama, sempatlah juga berangan yang konon-kononnya kitalah yang duduk tersenyum atas pelamin dengan pakaian cantik merelip gitu (zaman dulu-dulu pakaian pengantin 'vogue' sangat tau... nasib tak kahwin masa 'zaman dulu-dulu' ^_^) tapi pengantin lelaki di sebelah kabur aje rupanya sebab tak tahu siapa pengantin lelakinya. Hahaha!

Bila sendiri yang nak kahwin, siap beritahu emak lagi tak mahu dah bersanding! Buang masa aje  duduk-duduk atas pelamin diperhatikan semua tetamu sambil memuji mahupun mencela! Hahaha.... perasan tak sudah lagi ni ^_^ 

You all tau tak apa HD cakap pasal majlis perkahwinan kami?

Kalau lama lagi I atas pelamin, tak tahulah macamana! Bus passengers pun tertengok-tengok I masa kita tengah makan beradap kat khemah!

Oittt...tak boleh blah perasannya tau! (samalah macam isteri mithali juga sebab itulah berjodoh ~_^)

Sampailah ni kalau kami berborak tentang majlis perkahwinan (orang lain) dah semestinya HD akan mengimbau kenangannya sewaktu menjadi pengantin lelaki! Sibuklah dok kata kesian kat I sebab kena overshadow dek ketampanannya. Oh, memang tak boleh blah punya statement tau!

Berbalik kepada majlis perkahwinan anak saudara I ni, bukanlah yang pertama sebenarnya. Ini kiranya yang keempat selepas dua anak my Chik dan juga anak lelaki my Teh. I ni cucu pun dah ramai tau sebenarnya ^_^ Tapi dek kerana I ni kan rapat dengan my Ngah, makanya majlis ni akan menjadi lebih bermakna buat kami sekeluarga. Eh, adik perempuan paling gediks tau mestilah I jadi penyibuk paling hebat walaupun setakat emak saudara aje ^_^ Bak kata my emak, I ni dah macam anak sulung my sister, Ngah. Mengadanya melebih-lebih, minta dihempuk dan disekeh aje selalu ~_^

Lepas ni malulah I kalau nak bertandang rumah Ngah and makan-makan. Ngah dah ada menantu perempuan. Nanti apa pulak kata menantu sulung Ngahkan.... Kenalah jaga status emak saudara *_* Tapikan bila difikir balik, apa kira! She is still my eldest sister makanya kegedikan I akan berlanjutanlah sampai kertu. Hehehe!

Apa-apa pun yang penting, sepupu lelaki terapat my superheroes, Abang Afiq mereka akan pulang ke tanahair pada Khamis ni. Oh, memang berlemaklah anak-anak I nanti minta dimanja! Sekarang ni pun bukan main ambil peluang. Asal ada cuti aje nak tidur rumah MakNgah. Lupa MommyDaddy sendiri! Maklumlah lepas ni dah tak dapat nak bermanja-manja sangat dengan Abang Iwan mereka yang akan bertukar status this coming Friday!

And tomorrow, my superheroes kena 'bekerja' ^_^ Rasa macam nak cuti setengah hari ajelah walaupun cuti dah tinggal nyawa-nyawa ikan bilis jerk!

Well, I ni sebenarnya tengah ber'calculate-calculate' gitu sama ada nak buat entri untuk majlis ni ke tidak.

Eh, macamlah ada yang sibuk nak membacanyakan! Lagak macamlah blogger ternama yang tulis sebaris ayat satu entri pun berebut-rebut pembaca tegar nak mengomen ^_^

Lebih baik I stop di sini dulu kalau tidak, memang lebih terserlah kemerapuan Kak Ton di hari yang indah tanpa jerebu hari ni ^_^







 









56 comments:

  1. heading baru tu MD.. ker kaknoor yg baru perasan dek mata tua ni..
    wah bestnya siap ada checklist gitu, kaknoor pun tak pernah pulak terfikir nak buat gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah beberapa hari saya tukar, KakNoor. Kira barulah juga. Gambar kat header pun baru semalam ditukar ^_^

      Hahaha...mengalahkan mak pengantin dan pengantin kan saya ni! Saja-sajalah... bukan selalu anak saudara kahwin walaupun ramai lagi yang menunggu giliran dipinang dan meminang ^_^

      Delete
  2. mesti MD dah tak sabar ni nak menunggu majlis tu ngalahkan mak pengantin sure!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... KakNoor ni pun mesti teruja tengok saya terlebih teruja nak menyambut anak saudara perempuan baru. Keh3x..

      Yang buat saya tak sabar sebab ini majlis perkahwinan pertama buat keluarga kakak sulung saya, Ngah. Sayakan rapat dengan anak ^_^

      Delete
  3. I like mak saudara yg over ni kalau biasa2 je mana vogue gitu MD mesti over over sikit baru dapat perhatian hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah havoc sikit, KakNoor. Kalau mak saudara tak havoc mengacau, sunyi sepi majlis nanti. Adik beradik saya memang ramai. So time macam ni memang bestlah kita menyakat satu sama lain...

      Delete
  4. semoga majlis berjalan lancar dan sempurna nya, boleh tak kaknoor request MD???
    belanja lah sekeping dua gambar dngn pengantin nanti ya, kaknoor tungguuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip, KakNoor! Empat sekali komen. Ni mesti teruja lebih daripada emak saudara pengantin tau ^_^

      Itulah tak pasti.... nak belanja ke tidak gambar pengantin. Mak saudara pengantin dan suami yang katanya vogue tu memang tak keluar dalam blog, KakNoor. Itu memang confirmed ^_^ Minta maaflah banyak-banyak ya!

      Delete
  5. wahhh...memang betul2 teruja mak sedara pengantin ni..hihi..siap check list semua... moga majlis di permudahkan ya MD... superhero tu pasti nya segak nanti.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...emak saudara pengantin memang melampau tau perangai. Tapi nak buat macamanakan... biarkan ajelah. Tapi bab kerja, pandai pulak mak saudara pengantin mengelak, menepis bagai ^_^

      Superhero kecil pakai kot ikut pengantin lelaki. Tak tahulah siapa yang lagi glamour nanti - pengantin lelaki ke atau flowerboy ^_^

      Delete
  6. Tulis la MD pasal majlis tu..nak la baca cemana orng johor kawen..eceh!!nampak sangat nipu nya kan??padahal nak menyibuk je...ekekek...tekejut juga baca list atas tu..kemain macam dia pulak yang nak naik pelamin..hahaha..Yang sampai hand bag pun nak masuk list tu dah kenapa?bukan ke nanti mak saudara pengantin ni nanti nak kena singsing lengan pegang bunga telur?


    MD nak tau tak satu resia.. ni..resia la sangt!!sekian lama baru saya perasan kalu saya buka blog MD ni mesti dan2 tu saya tergerak hati nak pasang lagu kat PC ni..sebab entry kan pnjang..lebih sedap bila sambil baca kita sulam dengan muzik latar yang kadang2 macam tak kena je rasa muzik latar nya...

    Selalunya saya akan rasa tak puas hati bila entry saya baca habis dulu sebelum lagu..hahahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada kahwin kat Johor, Diana. Kahwinnya di KL aje. Nama pun budak KL, lahir di KL. Takdalah kot ikut rasmi orang Johor ^_^

      Hahaha...macamana? Havoc tak mak saudara pengantin sorang ni? Macam dia aje yang nak ke majlis perkahwinan anak saudara. Macam dia aje yang ada anak saudara. Hahaha! Itulah, handbag tu yang macam errrr.... patut ke show off handbag baru. Keh3x. Nak buat macamana kalau dah ditakdirkan ada mak saudara 'lorat' macam ni ^_^

      Eh, mana ada! Kita tak kena buat kerja. Takda job sesuai sebab tak reti diam setempat ^_^ Itu yang kena jaga candy buffet tapi entahlah rasa macam malas aje, nak berkepit dengan HD jerk rasanya... mengimbau kenangan silam ~_^

      Oh, baru ni nak beritahu rahsia! Dah terlewat sangat tu. Habis tu selalulah frust sebab entri habis sebelum lagukan! Ke selalunya lagu habis sebelum entri saya? Kalau tak cukup panjang, silalah beritahu. Nanti saya perpanjangkan semua entri. Lagilah hebat meroyan. Tapi kalau ya pun nak pasang muzik latar, janganlah ambil lagu Bollywood. Tak sesuai dengan jiwa penulis tau. Mana nak ngam lagu latar dengan entri nanti ^_^

      Delete
  7. ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee semangatnye MD!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa... macam kita yang nak kahwinkan padahal ini bukan kali pertama pun melihat anak saudara naik pelamin! Over gitu. Nak buat macamana....

      Delete
  8. Lingerie tu perlu ke mak sedara......;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, perlulah! Takkanlah pengantin aje perlu ada lingerie set baru. Kah3x....

      Delete
  9. Fuyooooo......kenapa sikit sangat checklistnya, katanya mak sedara pengantin. Haruslah berjela jela....minicure, pedicure, makeup, bulu mata, mandi klorok, berbekam ......ha jangan lupa pulak...kang tak naik seri pulak kang. Maklum le dah berbelas tahun, haruslah dah kusam dan berkarat haha.....

    Kak Ton....tapikan mak mmg dapat rasakan keterujaan Kak Ton tu tau. Yelah kekadang mmg kita ramai anak sedara, tp bila anak sedara atau kakak yg rapat dgn kita buat kerja kawen, mmg kita rasa over tu berlebihlah....mcm mengalahkan pulak mak pengantin ek ..... terasa terlampau gitu.....kikiki....

    Eh....betul tu kak Ton mak mmg suka kalau kak Ton cerita pasal kak Ton kawen dulu dulu.....tambah lagi tempek gambo barang sealbum dua, mmg mak sudi membacanya walaupun 100 episod weyh!






    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, sikit eh Mak? Ingatkan kalau lebih 10 tu dah banyak. Kalau untuk pengantin perempuan memanglah lagi panjang. Kak Ton nak berbekam buat apa... Kak Ton dah 'basi'. Sajalah nanti hari majlis tu kita pun nak 'memikat' suami kononnya macam first time jadi suami isterilah ....

      Ahah! Aha! Ni mesti fikiran Mak dah jauh merewang tak sepatutnya! Itulah susahnya orang awet muda ni. Terlupa dia dah kertu. Asyik otak kuning aje tau ^_^

      Kak Ton dah tau dah! Dalam ramai-ramai kawan, memang Maklah yang akan setia menongkat dagu sambil membaca kisah malam pengantin Kak Ton tau! Opocot!

      Apa barang gambar kahwin sealbum dua, kita kasi satu external hard disk lah bagi Mak pinjam. Manalah tau Mak nak tengok sebelum tidur ^_^

      Delete
    2. Elehhhh.....anak rehersal (malas nak check spelling) dia pun sebok nak cuti!!

      Delete
    3. Eleh, Mak kata ajelah Mak tu rindu kalau sehari tak dengar Kak Ton membebel ^_^

      Delete
  10. Edisi khas..kalau anak sendiri yang nikah camne lah MD nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kalau anak sendiri yang berkahwin memang tengoklah... 100 episod edisi khas - pra majlis, masa majlis berlangsung dan post majlis. Semua lengkap, Mar ^_^

      Delete
  11. tu diaaaaaa checklist akakkkkk...kalah pengantin niiiii ekekekeekek...tapi ye laa kalo lieya pun mcm akak...tak mo kalah kene nampak mengerlip setaraf ngan pengantin dan mak betul pengantin kan kak ekekekekeekek

    kak amik gambar byk2 tau nanti...nak tgk.... mesti m eriah punye weeding nieh....

    kak, ckp ajek tarak guna...meh tepek pic kawin akak...auwwwwww...nak tgkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....ade berani tak kak....sejenis cabaran niiiii tau kak hahahaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik akak tak sibuk cari cincin untuk majlis nikah, majlis belah perempuan dan majlis belah lelaki. Menangis HD nanti sebab anak saudara akak kan ramai. Kalau setiap kali majlis akak meroyan nak cincin baru ikut pengantin perempuan, memang tersedu-sedulah HD bawah meja komputer nanti ^_^

      Oh, pandai! Ni nak suruh kita menyahut cabaranlah yerk! Tak boleh keluar lagi gambar pengantin. Orang tua kata, kalau dah basi, tak eloklah nak show off, show off gambar kahwin lama-lama. Hahaha!

      Delete
  12. Kalaulah Kak Ngah MD baca entri ini dia mesti terkejut. Hairanlah sebab dia yg jadi mak mungkin checklist tak sebanyak adik bongsunya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Ngah baca ni memang dia geram sebabnya ~ adiknya ni kerja curi tulang. Orang panggil ajak pasang langsir, lepas dah siap pasang baru sampai! Sampai pun nak makan jerk. Hahaha!

      Delete
  13. betul ke dh x jerebu arini ye mak., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan semalam tu, Wak. Semalam, semalamnya... eh, kelmarin! Tengok dari dalam jendela pejabat ni nampak elok jerk cuaca ^_^

      Delete
  14. Amboi mak sedara pengantin kemain busy sediakan pakaian ye..

    Mesti byk gmbr nnt kan? Hehe

    Err bab bertandang umah ngah tu takpe lah MD. selagi ada tempat bermanja terus je lah bertandang sana nak2 klu ngah masakkan asam keladi ke.. Kan? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...nak buat macamana LM. Mak saudara pengantin memang over tak ingat dunia sebenar! Terima ajelah hakikatnya....

      Gambar memanglah banyak. Kuak lentang, kuak dada, kuak terbongkang, semua pun ada tapi macam biasalah, kemungkinan besar tak masuk dalam ni. Gambar superheroes ajelah buat tatapan cukupkan ~_^

      Oh, itulah... fikir-fikir balikkan, peduli apa. Mak saudara depa ni memang spesies ngengada macam ni. Kena terima hakikat jugalah kalau dah masuk dalam keluarga ni ^_^

      La...LM! Tetiba teringat nak suruh Ngah masakkan lodeh. Lodeh Ngah masak sedap. Tapi kalau la ni dok request memang kena hempuk dengan belakang periuk ler nampak gayanya!

      Delete
  15. Nampaknye ko tak keseorangan sebab akak pon same je over cam ko gak....hahaha....6 bulan lagi anak buah akak nak kawen baju akak dah siap beli dah...kuikuikui...siap haku menangis pilu lagi lepas pengantin dah selamat nikah....hahaha...padahal mak pak pengantin lek2 je....hahaha...over btol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... ni tetiba nak guna peribahasa 'buku bertemu ruas'. Sesuai tak? Sesuai tak? Hahaha!

      Itu nasib baik anak buah nak kahwinkan...buat baju 6 bulan sebelum. Kalau sendiri kahwin, setahun sebelum baju pengantin dah siap tau ^_^

      Hahaha...bab menangis pilu hiba syahdu di hari kahwin orang lain tu rasa macam memang over. Kalah mak pengantin. Sure mak pengantin pun sentap macam ni sambil dalam hati berkata-kata ~ Anak aku yang kahwin, dia pulak yang bantai menangis hiba! Cis! Potong stim hiba ajek!

      Delete
  16. Ehh mama pegi gambar header..ke dh tukar header simole dimple gitu.kejap je holiday dah berubah header. makin bertambah kegedikan MD ya.hahaha..
    Cjecklost kemain berheels bagai dua pasang kasut over sangat smp handbag pun perlu baru.

    Afia nk mkn plak..nti smb komen.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah PK. Pi berlibur aje... kita dah godek template kasi tukar baru ler... Baru jerk lagi ^_^

      Hahaha...nasib baik direct to the point. Saya memanglah gedik sejak dulu lagi. Nasib baik tau, takdalah sampai terkejut nak mengutukkan....

      Afia ni memang potong stim bila ibunya blogwalking rumah besan tau! Ni nak kena babat si Afia ni. Kalau orang tua tengah syok mengutuk, jangan kacau ler!

      Delete
  17. CH pun sama teruja kalau anak saudara kahwin MD..
    Tapi tak ada lah sampai buat checklist macam MD tu :D
    Selalu nya kita orang buat Checklist siapa yg perlu menjaga sesuatu dimajlis tu nanti..
    Selalu nya CH ni kena jaga gift utk tetamu yg hadir tu..
    Kena peka ni sebab takut ada yg terambil lebih..
    Teruk nanti tak cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah lain macam keterujaannya, CH. Mengalahkan sendiri yang nak naik pelamin! Eh, tapi nanti nak jugalah 'jejak kaki' atas pelamin. Ambil berkat orang tua kata. Hahaha....

      Sebenarnya bukan yang pertama pun tapi sebab ini kakak yang paling rapat dengan saya, keterujaannya lain macam. Mak pengantin pun tak macam ni. Pengantin apatah lagi *_*

      Saya tak suka duduk setempat. Macam biasalah guna alasan anak lasak. Kena perhati anak. So dok kat candy buffet sambil jamu anak-anak makan. Hahaha!

      Delete
  18. Kasut ada 2 set..
    Lingerie baru pi mintak kat HD..haha

    Mana aci jaga candy buffet ! Patot jaga hal ehwal basuh periuk...wakakakaka..

    Sila buat entry utk majlis tu...DAN TEPEK GAMBAR banyak banyak....kan katanya tak busy, jaga candy buffet jeeee....so usung kamera ya ke sana ke mari...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena beli sendirilah semua, DZ. Dah namanya mak saudara pengantin mengada-ngada. Anak saudara naik pelamin, dia yang sibuk buat checklist. Kalau suruh HD beli, mahu kena hempuk kang! Orang lain nak kahwin, orang lain yang over, orang lain pulak yang kena keluar duit ^_^

      Eh, aci tak aci! Mak saudara pengantin yang ini boleh request dia nak buat apa tau. Kalau dia kata nak duduk goyang kaki jer, memang dapat punya job tu. Mak saudara terapatlah katakan! Hahaha...

      Gambar for sure banyak. Itu memang confirmed! Yang tak confirmnya adakah gambar akan masuk blog. Hahaha.... Nanti saya usunglah kamera tapi gambar anak-anak dan majlis aje yang masuk blog kot. I kan celeb gitu....gambar mahal tau ~_^

      Delete
  19. Ha ahlah....macam mak sedara yang nak kawen... : ) Tapi memng seronok kan bila ada ahli keluarga kita nak naik pelamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Itulah namanya mak saudara gedik ^_^

      Kalau ahli keluarga terapat yang buat majlis, memang kita rasa seronokkan. Mengalahkan majlis sendiri :)

      Delete
  20. Lingerie pon nak baru. Mmg nak vogue luar dalam ni. Heheh.

    Soalan i yg sebelum ni pasal anak sedara lelaki atau pompuan yg nak kawen tu, i dah tau dah. Nephew la kan. Tergelak i baca pasal HD u yg kuat perasan tu. Tapi kalau org tu mmg betul2 hensem dan dia nak perasan, kita rasa mcm nak maafkan je. Tapi kalo yg tak berapa hensem tetibe selalu je nak poyo diri sendiri hensem tu yg meluat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumlah, bahangnya terasa sama. Bukan setakat pengantin aje perlu lingerie baru. Hahaha!

      My husband memang salah satu spesies yang paling kuat perasan dalam dunia ni. So, I dah tak hairanlah. Bayangkanlah, masa majlis pihak perempuan, HD sibuk tanya takda siapa ke dok perhatikan dirinya? I was like ....oh meng...cmonlah...ni bukan majlis awak pun! Hahaha!

      Delete
  21. Wah baru perasan header baru yang cukup lawa ni.. kat mana tempatnya ni? Takpernah ku jumpa ni.

    Hamboi2 kemain over edisi senarai mak sedara dia ni.. siap barangan dalam pun yang baru termasuk dalam list wajib untuk majlis anak buah ni ya.. ni baru anak buah dia kawin. Kalau dia punya anak sendiri kawin rasanya 3 bulan sebelum memang tak lena tidur ni. Macam2 nak buat masa tu. List masa tu bukan 10 lagi tapi dah jadi 100 atau lebih agaknya.

    Betul ke statement malu kat atas tu? Ke saya yang salah baca? Haha.. MD lepas ni malu nak sokmo ke rumah Ngah bawa tupperware ksong? Haha.. kita tengok ya.. rasaanya tak mungkin tu.. kot2 menantu Ngah ni rajin dan pandai masak, lagila kerap bertamu dan makan2 kat sana tu nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun baru tukar minggu lepas, AN. Kat Taman Tasik Perdana. Dah cantik taman ni sekarang. Dulu-dulu masa saya pergi berbulan yang lalu, takdalah cantik macam ni ^_^ Nanti kalau jerebu takda, turunlah ke KL berposing dengan NaimNazif kat sini. Kalau Papa N nak posing ala-ala pengantin dengan isteri tercinta pun boleh juga ^_^

      Hahaha...itulah pasal! Ni baru anak saudara. Kalau anak sendiri tak tahulah macamana. Nasib baik juga takda anak perempuan. Kalau ada, memang gugurlah semua rambut sebelum majlis ^_^

      Entahlah AN... tengoklah macamana. Kalau tak tahu malu masih menebal dalam diri, memang takdalah apa-apa yang berubah. Tetap juga bawa mangkuk tingkat. hahaha!

      Delete
  22. Pehhh dia punya list kalah pengantin. Hahahaah Seronok kan bila ada anak saudara / family terdekat nak kahwin, boleh tumpang terujaa sekali. Hikhik :D Nani in sha allah bulan dua tahun depan ada sepupu kahwin. Hahahah. Bukan Nani :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pun tak sampai separuh dari list pengantin tau, Nani. Kalau pengantin, memang banyaklah lagi ^_^ Bak kata jiran alam maya akak, mandi clorox semua pun wajib buat!

      Time majlis memanglah seronok. Lepas tu nanti barulah terasa penat. Tapi untung sekarang. Ada catering bagai. Kalau zaman dulu-dulu aduhai....jom rewang 7hari7malamlah kita :)

      Itu akak tak hairan sangat. Yang Nani punya majlis tu bila? Akak nak datang ni kalau berjemput! Nak melaram lagi ^_^

      Delete
  23. but to be honest, mmg selalu2 nya makcik2 pengantin yg over tak kira majlis pengantin belah mana pun. hehehehe. bkn selalu pun kan. sesekali tunjuk ke over an tuh.. hahaha

    klu luar jer over, dlm pun sure kena over gak.. sbb tu ada list lingerie. lawak akak ni.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah Lyn. Kononnya nak mengimbau kenangan silam pada yang pernah melalui. Tak sedar diri tu emak saudara aje. Hahaha!

      Akak ni tengah cuak. My Chik di kampung tu dah naik KL semalam tapi tak berjumpa lagi. Takutnya alahai kalau Chik tak bawa baju. Habislah akak kena melaram dengan 2pc suits aje nanti. Hehehe!

      Pandai pun, Lyn! Kalau nak lagi canggih, satu set girdle & corset dalam tu kena ganti sekali ^_^

      Delete
  24. Amboiiii...hover tau makcik pengantin ni. siap lingerie set baru tu...hehehehe...Kalau anak yang kawin nanti macam mana lah yerp ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Cuba bagi tau.. bila lagi kita nak hover? Time nilah, time kita dah lama berlalu. Hahaha!

      Kalaulah anak sendiri yang kahwin, memang tak lenalah tidur malam memikirkan senarai tau ^_^

      Delete
  25. haiii mummy siap ada checklist bagai nih mcm pelik je....ke tak puas bersanding dulu dulu nih..ahahahahhhahahhahaahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya sawan pengantin ^_^

      Yalah, dulu-dulu punya majlis kahwin tak gah macam zaman sekarang ni. Siap photobooth bagai, bercandy buffet dan macam-macam pelamin cantik. Dulu-dulu pakai mak andam, sekarang pakai make up retis. Keh3x....

      Akak hari ni pi kerja penuh ukiran di tangan tau~_^ Aha, havoc ke tidak jadi mak saudara pengantin!

      Delete
  26. mak ai dia punya checklist mengalahkan pengantin!
    handbag..lingerie pun masuk list? adusss...mummy sape ni
    tapi bagus juga u camni MD...
    senang sikit i jadi mak pengantin perempuan..semua dah ada orang pikirkan
    goyang kaki ajelah nanti...best tu...hehe

    alamak neslo ais habislah...minta tambah MD
    lama lagi nak bertapa kat sini ni
    eh...biskut2 tak ada ke? air aje dari tadi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah...dah namanya mak saudara pengantinkan! Bukan selalu kejadian macam ni berlaku tau. Tapikan anak-anak saudara I banyak lagi yang menunggu masa nak dinikahkan. Makanya, keterujaan mak saudara depa nan sorang ni akan berleluasalah nampaknya. Memang kerja datang menjangkit ajelah dalam 2,3 tahun ni :)

      Eh, ni untuk majlis kita aje! Majlis belah-belah pihak(s) perempuan (errr...maklumlah bakal menantu I kan ramai dalam senarai menunggu ^_^) sendirilah tanggung. Apa kena mengena pulak. Selagi anak tak berakad nikah, selagi tulah kita belum berbesan tau. Huahahaha!

      Dah kata tadikan, buatlah macam rumah sendiri. Pergi buat sendiri kat dapur. Jus oren letak umbrella pun ada kalau nak. Tengok gaya kuak lentang tu memang lama lagilah dok kat rumah I ni tau.....

      Cheesecake SR ada dalam petisejuk. Kalau tak nak yang manis-manis, apakata you tanak nasi sendiri kat dapur yerk. Rendang daging, dalca, ayam masak merah, kerabu mangga, tomyam seafood semua ada atas meja! Tak nampak ke?

      Delete
  27. lima org atas saya kahwin , dok menyibuk siang mlm ampai ada kes tak tidur semalaman , makanya , saya mmg tahu kekalutan nak buat majlis kahwin . maka saya ampaikan pesanan penaja pd mereka , bila sampai time saya nanti , saya tak nak buat apa2 . saya nak jadi raja berhari2 . bukan sehari je ... hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bab menyibuk tu takdalah. Bab sawan aje, tersawan sama. Hahaha!

      Malam nak majlis tu sibuklah juga apatah lagi anak-anak kita nak jadi flower boys katanyakan. Lagilah menyibuk tak ingat dunia!

      Kalau awak nak kahwin Vee, nikah aje kalau tak nak penat ^_^ Lepas tu jadilah raja berhari-hari macam yang diimpikan.

      Eh, my wedding pun simple aje tau! Takdalah budget RM25juta. Kah3x!

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...