Wednesday, October 21, 2015

Majlis di pihak perempuan

Salam 8 Muharam kawan-kawan!

Alamak, entah mengapa lemau pulak rasanya hari ni! Bukan hari ni aje, hari-hari sebelum ni pun sama jerk rasanya! Jangan-jangan mood merundum mengarang diari dalam blog dah sampai kot! Tapi yang sebenarnya, I dah mula sakit tekak dan batuk-batuk manja.... Suara pun dah serak-serak basah. Kalau Ella dengar pun boleh menangis takut kalah bertanding karaoke!

Malam ni my sister dan anak lelakinya akan bertolak ke Kuwait. My Ngah akan berada di sana selama lebih kurang 3 minggu. Pandai-pandailah nak hidup pada sesiapa yang berpaut teguh pada my sister ni (Eh, macam kena kat muka I sendiri pulak! ^_^)

Kelas tak my sister ni. Anak yang berkahwin, my sister pulak yang pergi 'honeymoon' ^_^ Mak I dulu pun takda buat kerja macam ni tau ~_^

Oppss...sekarang bercakap dalam blog pun kena sopan-sopan (buat sementara waktu selagi terasa malu)! Sebabnya yalah keponakan dah dapat detect auntynya ni ada blog. Lagi satu, semalam I kena sound direct by HD. Bukan sekali HD terjah blog I ni secara rahsia tapi dah banyak kali. Boleh pulak semalam HD tak berkenan dengan jawapan I untuk banyak-banyak komen yang ada. Katanya bukan main over lagi wifenya ni!

Eh, eh...memang pun macam nikan! Macamlah tak tahu ^_^

Alright, walaupun dah lemau katanya bila tiba bab merapu ni memang tak terkawal keadaan jadinya! I ni bukan boleh jumpa komputer. Kalau nampak keyboard depan mata, laju aje jari jemari menari-nari riang nak merapu!

Meh, kita kembali ke pangkal jalan ya semua ~_^

Kata nak tengok gambar majlis perkahwinankan, makanya I pun sudi-sudikanlah mengwatermark gambar yang ada dalam simpanan dan silalah you all sudi-sudikanlah menelek mana yang patut ya ^_^

Pelamin di majlis pihak perempuan

Ketika pengantin mulai masuk ke dewan. I duduk kat depan sekali sebab itulah gambar dari kejauhan gitu ^_^

Pihak perempuan ada dayang-dayang tapi pihak kami takda. Pihak kami ada flowerboys comel-comel jerk. Hiks! (Jiwa perasan MD tengah meronta ni ^_^)

Tangan dah ketar, ambil gambar pun tak bagus. Kalau tak ketar pun memang tak pandai ambil gambar pun! Ngaku ajelah, MD ^_^


My sister yang kecil molek bersama dengan emak angkat pengantin lelaki

Hehehe...gambar pecah! Apalah si MD ni snap gambar!


L-R : my third sister, her husband, bapa pengantin lelaki dan isteri, pengantin, my Ngah, emak angkat pengantin lelaki dan my Chik. Hujung sekali ada pengapit lelaki aka my nephew juga!


Ini ajelah gambar superheroes dengan pengantin yang I sempat snap ^_^

Yang pasti jangan dicari di mana lokasi MD berada ^_^ Memang semasa majlis ni I satu family  bergambar sekali aje - untuk keluarga pihak lelaki. Kononnyalahkan nanti di majlis pihak lelaki kita nak kuak lentang anak beranak atas pelamin bersama-sama pasangan pengantin tapi...hmmmm.... hampa jerk!

Yang sebenarnya dalam majlis ni I dan keluarga duduk di depan sekali berhampiran dengan meja makan beradap pengantin. Tapi itulah, malas betul nak kuak lentang ambil gambar. Kalau ambil pun bukan pandai sangat macam pro, kan. Lebih baiklah kita enjoy makan. Biarlah tetamu lain yang sibuk selfie ^_^

Lepas ni kita terus ke majlis pihak lelaki pulak ya ~_^


28 comments:

  1. Meriahnya majlis... pelamin pun cantik...
    nasib ada gak terselit gambar hero berdua di celah2 pengantin... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru belah perempuan, Atie. Tunggulah belah pihak MD pulak. Lagi melampau gediknya. Tapi itulah...boleh tak dan nak snap gambar dengan pengantin! Apalah makna majlis kahwin kalau tak bergambar dengan pengantinkan!

      Delete
  2. Lama tu 3 minggu, abis siapa akan jaga Adik nanti? ops risaukan adik(anak buah) pulak. pattutnya risaukan MD ni ya, entah macam mana jaga diri sendiri 3 minggu nanti ni.. haha, kurusla nampaknya nanti..

    Meriahnya majlis anak buah MD ni, patutla mak sedaranya memang tak sempat bergambar pun, pasti sibuk masa tu ya..lawa baju pengantin pakai tu... lega semuanya selamat dan lancar ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu asyik cuti ajelah, tolonglah kita jagakan Adik Cute. Hahaha!

      Ni pun saya dah mula badan rasa semacam aje. Suara tak payah ceritalah. Husky kata omputih! Kalau dek kerana penat menjaga anak dan rumahtangga boleh kurus AN, dah lama saya gembira aje tak banyak komplen tau! Hehehe...

      Saya masa Adik Cute dan Bubbly Abang masuk dewan mengiringi pengantin pun saya tak sempat snap gambar. Terkesima sekejap tengok anak-anak jadi flowerboys. Maklumlah Mommy depa ni kan memang spesies perasan tak ingat dunia. Bila tengok anak masuk orang ambil gambar sana sini (entah gambar anak kita ke entah gambar pengantinkan...), kita pulak yang rasa macam mak retis! Kah3x...

      Alhamdulillah, lega dah selesai! Kakak saya pun dah transit kat Doha kot sekarang ni. Saya dan anak-anak kenalah hidup berdikari selama 3 minggu. Padan muka saya!

      Delete
    2. haha, jaga anak sendiri yang baru 2 orang ni pun agak mencabar, jadi saya tak sesuaila kalau nak jaga anak orang lain juga, nati kurus kering saya jadinya.. haha sayang lemak tu!

      ha, saya dah tahu kenapa labels dia macam tu ...hahhaha.. ok takpe, sila teruskan usha anda ni..

      Delete
    3. Oh, tak sesuai jadi bibiklah ni.... ^_^ Baru aje nak datang rumah hantar anak :)

      Ish, tak payah tanya lagilah, AN! Tau dah jawapannyakan. Macam ramai peminat jerk. Maklumlah retis antarabangsa katanya :)

      Delete
  3. wah ! menarik gambar happy wedding ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... hasil tangan ketaq macam saya ni, ini ajelah yang mampu. Kalau pro yang ambil, majlis tak menarik pun jadi menarik sangat!

      Delete
  4. jejalan BWalking cari followers..jumpa lana indah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, singgah sini. Rasa-rasanya macam biasa nampak juga kat rumah jiran sebelah saya ni ^_^

      Delete
  5. [ehhh suara dah macam Ella, boleh lah masuk uji bakat pencarian suara sama macam artis tu. Hehehe. Makan ubat MD, sekarang musim orang tak sihat. Hehehe. Wahh meriah sungguh majlisnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husky sangat dah ni, Nani. Kalau silap dengar, dah macam suara Cik Pon pulak. Hehehe...

      Hah, itulah! Ni tengah bantai air lemon+madu. Agak lega sikit, nak bantai french fries McD pulak tengahari ni. Manalah nak sihatkan!

      Delete
  6. wah! meriahnye, nampak grand gitew...pelamin pun besar dan cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat kat dewan, Bunda. Itu yang pelamin dari hujung stage kiri ke stage kanan :)

      Delete
  7. Nmpk.meriah majlis..tp sedih tgok gmbar MD snap.memang semua pun nmpk goyang2 pastu semua pun dr kejauhan gambarnya..konpius kejap sapa yg naik pelamin ni..kok mak sedara nebes lebih dr pengantin.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...PK! Saya ni kan tangan ketaq. Asal pegang kamera jerk, ketaq! Bagilah DLSR, tetap gambar maintain sama jerk kelabu asap ^_^ Lagi satu, kita ni bila di khalayak ramai, memanglah penuh kesopanan dan ketatasusilaan gitu ~_^

      Hadap ajelah gambar yang ada yerk ^_^ Kalau nak tunggu pro photographer, tahun depanlah baru keluar entri majlis nih ^_^

      Delete
  8. Siap ada dayang lagi bawa hantaran ye MD..
    Nampak grand sungguh majlis tu..
    Happy sungguh si abang dgn adik, dpt bergambar dgn pengantin..
    Kalau tahu jadi mcm tu..
    Mahu masa di majlis pengantin perempuan ni MD dah tergolek terlentang bergambar kan.. ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini sebelah perempuanlah. Belah pihak lelaki tak berdayang-dayang ^_^ Kami tak cukup kainlah kalau nak berdayang-dayang ni ^_^

      Superheroes saya, orang lain belum bergambar, mereka dah bergambar dulu cuma MommyDaddy mereka aje 'lembap' nak kejar pengantin! Pengantin depan mata ajak bergambar pun kita jual mahal. Hahaha!

      Delete
  9. Wowwww..... ni perkahwinan golongan bangsawan ni sepatah kata Daddy Ziyyad hihi...
    Sekarang ni mmg biasa trend dayang ngan hulubalang tu kan Kak Ton.... Kalau jadi mak pengantin, berpeluh jugak tu nak sponsor baju huhy....

    Huh.... Kak Ton ni kan, letak gambo pun mcm tak letak tau.... Dahlah kecik, jauh pecah pulak katanya. Nyampah tau!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Belah kami tak cukup hulubalangnya. Lagi pun kalau nak sponsor semua, memang tak pi honeymoonlah my sister. Hahaha!

      Kan Kak Ton dah kata, tangan Kak Ton ketaq! Lagi-lagi di khalayak ramai bila Kak Ton perasan semua mata memandang pada Kak Ton (bukan pengantin) HARUSlah tangan Kak Ton lagi ketaq! Hahaha!

      Delete
  10. Besonye dewan pelamin pon cantik cam perkahwinan artis....hakak pon bersetuju sangat dgn pendapat kawan kite kat atas ni "mak kite sokong ko 100% tau" kualiti gambo amat tak memuas kan lebih2 lagi bilabtakde gambo tuan punye blog dalam ni....kahkahakh....larikkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, pantang diberi kebenaran masing-masing nak komplen pasal photographer yerk ^_^ Maklumlah photographer yang ini tak belajar sekolah tinggi, tangan pulak kertu, dah tu bila di khalayak aje memang perasan over makanya malu menebal dalam diri. Sebab itulah gambar jadi macam ni (tapi takda orang pun memang gambar tak cantik juga!)

      Cara komen dah macam juri AF jerk kekdahnya. Hahaha!

      Delete
  11. awat gambo tak berapa nak clear
    tak nampak sangat muka pengantin
    i pun cam yang lain...nyampah tau gambo tak clear ni
    tak kisahlah nak kedekut gambo sendiri pun
    ni gambo pengantin pun nak kedekut..agak2 lah
    menyampah tau! eh berapa kali nyampah dok sebut ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sajalah tu.... kalau nampak jelas, nanti ramai pulak nak belek. I knowlah...thats whylah I kasi kabur sikit. Teknik snap photo untuk amatur ni kalau nak tahu ler....

      Ish, nasib baik ada tempek gambar tau! Buatnya kita nak buat macam selalu entri takda gambar lagi haru nanti. Imagine jerklah sampai ke bulan camna muka pengantin dan keponakannya ^_^

      Eleh, nyampah-nyampah pun bermug-mug Neslo ais rumah kita dihabiskannya tanpa segan silu @_@

      Delete
  12. dah selamat majlis belah pengantin perempuan...
    kualiti pic jer tak memuaskan.. nervous makcik pengantin yer..
    yg penting pelamin cantikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....mak saudara pengantin kalau di khalayak ramai memang nebes mengalahkan pengantin tau.... Itulah tangan pengko kot ^_^

      Delete
  13. Tahniah, legakan bila majlis dh selesai.....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Cikna! Memang lega sangat-sangat bila majlis dah selesai. Pengantin lagilah legakan ^_^

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...