Friday, October 23, 2015

Malam sebelum majlis di pihak lelaki ^_^

Salam 10 Muharam kawan-kawan!

Cerita kompang lagilah kita hari ni yerk sampai habis ceritera sebab musabab bagaimana I dijangkiti sawan pengantin sebelum ni ^_^

Sehingga hari ini, I masih tak nampak bayang gambar-gambar pengantin ketika majlis tersebut. Dah my anak-anak saudara  'ban' I dari tersenarai dalam grup WA sepupu-sepapat yang mereka ada tu kerana status 'aunty'  yang  I pegang ni,kan! Makanya tak dapatlah I gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar tak bertauliah yang lain. Gambar dari lensa pro photographer lagilah lama nak tunggukan!

Hadap ajelah apa yang ada yerk ^_^

Mari kita kembali berstory-mory malam sebelum majlis di pihak lelaki....

Hari Jumaat sehari sebelum majlis I tak ambil cuti. Kerja macam biasalah. Bukan I menolong banyak pun, makanya tak payahlah susah-susahkan diri nak menyibuk ke sana ke mari. Tapi lepas balik kerja, selesai aje urusan di rumah teruslah I angkut anak-anak ke dewan di mana majlis akan diadakan.

Sampai di dewan pun tak tahu nak buat apa. Bukan banyak benda pun nak dibuat. Setakat masukkan kuih dalam bekas untuk diletak atas meja tetamu, cucuk bunga manggar dan sediakan pahar bunga telur jerk. Kerja-kerja macam ni sebenarnya I tak mainlah. Hahaha....

Dek kerana wedding planner aka my 'anak saudara' (ya, tunang kepada sepupu kesayangan superheroes  aka bakal menantu my sister yang satu lagi) sibuk memanjang ke hulu ke hilir, makanya semua kerja tertangguh duk menunggu si wedding planner datang! Daripada tak buat apa-apa, lebih baik kita menjamu selera ^_^

Bab menjamu selera ni pun ada kisah di sebaliknya. I dok tengok makanan yang terhidang. Tetiba I nampak banyak plastic containers yang belum dibuka. Terfikir jugalah, tak akanlah my sister nak suruh kita orang tapau makanan ni. Tengok makanan yang ada macam cukup-cukup makan aje. Tapi isteri mithali ni tetiba  teringat suami di rumah. Maka, I pun bukalah satu bekas plastik ni dan isikan dengan mi goreng dan karipap untuk suami tercintalah kononnya.

Ketika nak memasukkan kuih dalam bekas, tetiba I ternampak my sister Chik mengangkut semua bekas plastik yang I nampak tadi. 

Aku beli cukup-cukup 30 bekas. Cukuplah rasanyakan... 

Nak buat apa bekas ni, Chik?

Nak letak kuih, letak atas meja jamuanlah!

Tapi tinggal 29 ajelah, orang dah ambil satu tapau makanan tadi!

Huahaha... nasib baik Chik tak marah! I siap cakap lagi nanti balik rumah I basuh bekas tu, esok I masukkan saki baki kuih dalam satu bekas lagi dan letak atas meja jamuan! Hehehe! Kurang asam punya adik, kan ^_^

Dalam pada kita yang dewasa ni menunggu nak buat apa, tetiba I  tengok my sister Ngah dah berkerut-kerut muka ^_^ 

Nak tau apa dah jadi?


^_^

^_^

^_^

Pelamin yang dipasang dah tersilap. Bukan itu yang dimahukan oleh Ngah. Lintang-pukang wedding planner bila kena panggil datang! Diskus punya diskus, akhirnya Ngah akur ajelah bila semua kata pelamin yang siap dipasang tu lebih cantik daripada yang dipilih sebelum ni ^_^ Selesai masalah!

 

Time mak-mak tengah sibuk tak tahu nak buat apa dalam dewan tu, anak-anak memanglah melenjan dengan riang-rianya. My superheroes memang rasa seronok sebab ramai sepupu sebaya yang ada. Bukan selalu dapat lepas bebas dari pandangan Mommy. Berlari dari hujung ke hujung dewan, turun naik tangga dok berlari di atas pentas yang dah siap terpasang pelamin. Selagi makpak masing-masing  tak jadi tarzan, selagi itulah mereka gembira berlari dalam dewan yang luas tu. Tak kiralah hari dah semakin larut malam!

Dek kerana asyik sangat bermain, si Adik Cute sampai melecet kaki. Dalam pada I asyik memerhati tiba-tiba tengok si kecil ni berjalan terhenjut-henjut. Bila ditanya mulalah nak merengek kata kaki sakit. I pun beleklah. Aduhai...dah melecet! Macamana nak pakai kasut esoknya! Risau juga takut si Adik Cute buat perangai.

Malam tu pun bukan main suruh tampalkan plasterlah, itulah, inilah tapi tetap maintain jalan terhenjut-henjut! Adik oi, esok nak jadi flowerboy ni, macamana.....

Si Abang pulak sebab nampak 'air sedap' depan mata, bukan main lagi berulang minum. Kalau tak dihalang, rasanya memang dia ajelah yang minum air sedap tu sampai habis sebotol! Tiba-tiba tak lama lepas tu Bubbly Abang datang kat Mommy beritahu perut sakit! Mana tidaknya, bantai makan mi goreng pedas dan air bercawan-cawan!

Aduhai... anak-anak! Kenapalah tak mahu dengar kata ni..... 

Dek kerana kerja yang nak dibuat tak banyak mana, bila tukang buat inai datang apalagi, melurulah masing-masing nak buat inai. Anak-anak saudara I lah.... Emak-emak saudara semuanya malu-malu kucing konon dah kertu nak berinai ni, seganlah ^_^

I pun sibuk menempel sama kat situ tengok corak inai. Dalam hati nak buat. Kejap nak, kejap tak nak. Takpalah, kita dahulukan my nieces yang ramai  tu. Biarlah mereka merasa pakai inai di jari. Kita mak-mak saudara ni dah pernah merasainyakan. Berilah laluan kat orang muda pulak ^_^

Dah hampir habis semua anak saudara I buat inai, barulah I duduk nak buat juga ^_^

Kira I wakil mak-mak saudara yang lainlah ^_^ ( but at the end, one of my sisters pun buat jugak ~_^)

Anak-anak saudara I pulak memang jahat mulut sama macam Aunty mereka ni. Hehehe....

Tangan Aunty ni boleh buat banyak corak sampai penuh tangan!

Eh, nak buat tangan Aunty ni kena tekun! Banyak 'bukit-bukit'kan! (Nak kata dah tualah tu! Memandai aje tang mana agaknya ada urat benjol-benjol, jealouslah tu! )

Masa nilah one of my nephews dok menebeng berbual bicara @_@

Aunty, kita ni dah lama nak tanya tapi selalu lupa!

Apa dia....

Adalah sekali tu kita google 'abang buli adik main game' tau..... (ahah, sampai kat sini aje I dah tau apa yang my nephew ni nak kata...)

Lepas tu tiba-tiba kita nampak gambar Abang dengan Adik! Kita terus pergilah blog tu. Siap bookmarked lagi! Komen bukan main banyak! Kita ingatkan Sara yang tulis blog sebab gambar pertama kita nampak gambar mereka main bowling tau! Rupa-rupanya baca punya baca, aunty rupanyaaaaaaa!!! Aunty ada blog ^_^ (Sara merujuk kepada kakak sepupu kesayangan my superheroes)

Aha, Aunty sekarang memang banyak kawan alam maya ^_^

Lepas tu untuk tidak memerahkan muka dengan lebih hebat lagi, kita tukar tajuklah! Keh3x....

Malam tu kami pulang ke rumah masing-masing lebih kurang pukul 11 malam. My anak-anak kalau boleh nak tidur dalam dewan jerk, tak mahu balik! Tapi esokkan hari bersejarah buat Abang Iwan, haruslah kita semua kaum kerabat menumpang glamour juga ^_^

Cerita majlis persandingan kena sambung dalam entri seterusnya yerk ^_^


 



 

 

 


40 comments:

  1. Boleh pulak wedding planner tersilap pasang pelamin. Tak dapat bayangkan kalau nak bukak balik pasang yang lain. Heheh. Yang ni pun lawa pelaminnya :) Sebut pasal inai rasanya dah lama tak pakai. Hahahaha. Bukan apa sebab tak dek orang nak tolong pakaikan, kalau buat sendiri buruk sungguh rupa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah macamana boleh jadi macam ni. Asal rancangan sepatutnya lain sikit tapi bila Ngah datang tengok pelamin sebelah malamnya, aduh.... lain sikit ler! Nasib baik mem tak buat kecoh walaupun wedding planner mata dah berkaca-kaca. Takutlah tu....takut kena bertanggungjawab. Hahaha!

      Delete
  2. Malam persiapan majlis memang biasanya bukan bebudak aje yg tak terkawal tapi mak-mak budak pun sibuk dgn agenda. Yg biasa selain buat bunga meja sibuk berinailah..

    Sah dah sekarang anak-anak buah semua akan baca blog auntie mereka:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah tak buat di rumah makanya kerja pun tak banyak. Kita datang makan-makan aje, buat kerja sikit lepas tu berinai. Bila saya nak berinai aje barulah yang lain-lain nak buat kerja. Saya pulak yang kena cop 'elak diri' ! Hahaha.... Tapi saya timing nak melarikan diri memang sentiasa bagus ^_^

      Kalau mereka baca pun kak, tak boleh nak komen. Saya check siap-siap ~_^

      Delete
  3. Waktu kenduri macam ni lah anak2 bebas dari pandangan mata.. dah penat baru terhegeh2 carik kita.. jadi mak tarzan menjerit pun macam dengar lagu siti nurhaliza pada dorang..
    Part berinai tu.. last ai buat masa kenduri adik ipar.. ekekeke.. dok sama menempel.. pakai hujung jari je.. lukis2 ai tak minat.. nak yang old school punya.. ;)
    part blog tu tetiba rasa malu pulak bila dalam family ada yang tahu.. ekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Tapi masa ni kat dewan semua ahli keluarga. Maka I pun takdalah terniat nak berubah jadi bini tarzan. Biarlah mereka nak buat apa. Sesekali lepas bebas macam ni. Dalam dewan aje. Asal dekat aje dengan pintu dewan, memang kena jerit dengan Mommynya ^_^

      I buat yang lukis corak atas tangan aje. Ingat nak buat dua belah tapi macam melampau pulak. Marah pulak nanti pengantin semua pun pakat nak berinai penuh mengalahkan pengantin ^_^

      Delete
  4. Replies
    1. Memang sibuk, Wak! Sibuk urusan diri sendiri ^_^

      Delete
  5. cantik pelamin tu..
    biasa la budak2 kan.. masa tu la mereka nk lepas bebas..
    hehehe.. jadi pemerhati je la mak sedara pengantin ni ye..
    sesekali berinai best gak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa cantik. Nasib baiklah my sister tak tukar balik ke plan asal.

      Mak saudara pengantin yang ini memang kerjanya mudah aje, yang susah tu kita serahkan pada kakak-kakak yang lebih tua ^_^

      Delete
  6. Laaa boleh silap pelamin pulak? Mujur diterima oleh pengantin

    Kaki melecet mau2 dua tiga hari baru betul2 reda pedihnya kan MD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengantin lelaki tak peduli apa. Janji selesai majlis. Yang banyak 'ragam' dah tentu mak pengantinlah. Lagipun semua urusan ni 99.9% bakal anak saudara saya yang uruskan. So kalau tersilap, memang kesianlah kena bahan dengan bakal mak mertua. Tapi nasib baik mereka berdua ngam ^_^

      Memang melecet. Letak ubat tak mahu disuruhnya tampal plaster gambar belang rimau tu. Pagi majlis kenalah pakaikan stokin dulu supaya dia tak meragam!

      Delete
  7. Amboi sakan dia pun buat entry part by part..kan dh terkantoi ada blog..nasib tak kena bahan.huhu

    Awatnya kaki melecet..pkai sandle je kan..tu la bebudak klu dh jumpa geng kita jadi tarzan pun dia tak heran dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat anak saudara nak bahan, kita dah tukar topik. Hahaha!

      Pakai selipar jepun aje dalam dewan tapi entahlah ligat berlari dan bermain dalam dewan tu kot. Maklumlah selama ni kena kurung kat rumah aje kalau Mommy mereka ni ada di rumah. Itu yang tak ingat dunia. Jenuh juga nak pujuk pakai kasut. Dahlah spesies tak suka pakai kasutkan!

      Delete
  8. Nasib baik kakak MD tu puashati dgn pelamin tu..
    CH tengok pun cantik..
    Kalau buat kat dewan mcm tu lah.. tak ada kerja sgt nak buat kan..
    Mcm kakak CH dulu buat kat rumah kenduri.. memang byk kerja yg hendak dibuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula Ngah nak marah juga sebab bukan pilihannya tapi bila dibelek ditelek berkali-kali, nampak yang ini lebih cantik. Pelamin asal tu tak banyak berbeza dengan pihak perempuan!

      Nasib baiklah CH tak banyak kerja nak buat. Kalau kat rumah ni memang kena bergotong royong, rewang buat itu inikan....

      Delete
  9. kaknoor tertarikss part berinai tu ada ke tangan aunty tu berbukit2 kaknoor bayangkan cemana tu MD ?? tk kan urat berbukit hehe adoii la mcm2 juruinai tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...belum lagi berbukit-bukau tangan saya ni, KakNoor. Belum sampai masa. Tapi anak-anak saudara saya memang mulut jahat. Hahaha...Mereka dengki tu sebab aunty mereka nak join berinai sekali. Paling tak boleh blah, saya dah pilih corak tetiba salah seorang niece saya pilih corak tu. Katanya ingatkan aunty tak nak berinai. Saya tetap juga buat corak yang sama. Kah3x.

      Delete
  10. boleh pulak salah pelamin ye.. nasib cantik yg sebelom ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, sikit pun bezanya tapi nasib baiklah mereka tak minta rombak ikut plan asal. Saya rasa ni pun dah cantik!

      Delete
  11. pelamin yang sepatutnya tu warna apa..saya nampak pelamin ni memang cantik..Tak buat kat rumah la kenduri ni ye..buat kat dewan memang senang tapi yang tak best tak boleh baring2 sambil tengok anak2 saudara masuk kan telur dalam kotak..heheheh

    Habis la..lepas ni ramai la skodeng blog MD..kena tulis sopan santun ayat skema la nampak nya..hahah..saya pun ramai saudara tahu saya tulis blog smpai kan ada benda yang saya tulis tu diaorang ingt saya kata kat diaorang...mula nak masam2 muka..padahal kisah diaorang tu saya tak ambik tau pun..kalau tak buat nak buat apa nak terasa..kan??lagipun hidup saya bukan ada diaorang je..saya ada jiran2,kawan2..tak kuasa la nak tulis pasal diaorang yang tak rapat dengan saya ni.diaorang ingt diaorang tu artis ke nak tulis pasal diaorang...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang sepatutnya tu belakang pelamin ada lain sikit. Tapi bila dibelek semula, pelamin yang sepatutnya tu lebih kurang aje dengan pihak perempuan sebabnya catering mereka guna sama!

      Memang semua buat kat dewan. Malam tu kami datang konon nak selesaikan kerja yang belum selesai. Rupa-rupanya setakat berkumpul adik beradik aje. Maka, dah sampai dewan, lebih baiklah kita berinai dan makan-makan ^_^

      Mula-mula aje, Diana. Lepas tu tunggang-langgang baliklah saya merapu semula. Hahaha... Kadang memang macam tu, tetiba rasa tak best bila keponakan sendiri tau kita ada blog. Macam tak lepas aje apa yang kita nak merapu meraban tukan. Tapi dah lama-lama nanti, kita back to normallah ^_^

      Delete
  12. Tak de idealah weyh nak komen......
    Mak suka sangat kalau buat kat dewan macam ni Kak Ton. Tak payah nak berkecah rumah sangat hihi....Saudara mara datang pun tak payah nak menyinggah rumah, terus jer balik rumah memasing hihi.....

    Budak budak haruslah terover seronok, main tak de sapa marah, sebab memasing emak tgh bizi gossiping sambil mengimbau kenangan berinai dulu dulu...

    Camne boleh tersilap pelamin tu, sian Sara. Nasiblah Ngah pun boleh tolak ansur jugak, kalau dibuatnya Ngah keras kepala nak jugak pelamin yg dia pilih! Mau berpeluh Sara tu....





    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, nanti bila anak-anak Mak nak kahwin, Mak buat kat dewan ajelah. Senang cerita. Mak pun ada banyak masa nak berdandan sebagai mak pengantin. Tapi kalau buat di rumah tu Mak, bab rewang tu yang seronok. Bab kecoh-kecoh tu yang best. Ingat dulu masa kakak-kakak saya kahwin 7 hari sebelum orang kampung dah mula datang rumah, nak rewang, nak pasang pelamin bagai. Seronok sangat masa tu. Sekarang ni kurang sikit seronoknya walaupun macam-macam ada!

      Entahlah macamana salah pasang. Tapi yang ini lagi cantik daripada yang asal!

      Delete
  13. Dahsyat tak dahsyat blog Kak Ton, front page tu pencarian google!!! Pergh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa... kalau Mak google Mummydearie, memanglah Kak Ton keluar dulu dalam google ^_^ Cuba Mak google Hainomokje pulak, memanglah Mak dalam carta teratas ^_^

      Delete
    2. Yelah.....mmglah...tp sekarang ni anak sedara kak Ton cari keyword abg buli adik terus keluo blog Kak Ton....tak ke pemes tu!
      Suka lew tu

      Delete
    3. Oh... itu ke? Lupa pulak Kak Ton ^_^ Yalah, yalah... Kak Ton agree ajelah. Kak Ton memang famous @_@

      Delete
  14. Pelamin yg tersilap pasang tu bole tahan cantik gak dik....bab inai corak2 tu hakak sekali ponbtak penah buat tau dedulu kawen mak andam pakaikan inai style dulu2 je tepek kat jari pastu tepek bulat kat tapak tangan....sikit punye lenjan adik cute main sampai abis lecet kaki bagai....kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha...sebab zaman-zaman kita kahwin dulu takda inai corakkan, makanya melepas geramlah kita kali ini ^_^ Wah, cantik tau corak tu di tangan saya tapi nak buat camna, tuanempunya blog ni kedekut gambar katanya :)

      Delete
  15. blog ni nampak macam lain sikit...ke saya yang dah lama tak datang.busy le mak sedara pengantin.lawa je pelamin tu, tapi matching ke dengan bunga pahar yang dah ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, Sal semenjak dapat kakak baru yang baru injak 13 tahun tu dah mula nak lupakan akak yang glamour kalah retis ni tau... Akak is kecikkkkkk no hati hah! Hahaha!

      Nantilah akak up lagi gambar-gambar dari tangan amatur yerk. Masalah negaranya dalam simpanan akak takda gambar pengantin tau. Gambar akak suami isteri jadi pengantin adalah. Nak tengok? Nak tak?

      Nak ke tak nak tengok jawapannya tetap tak dapat tengok! Kah3x.

      Delete
  16. boleh plak salah pasang pelamin.. cam pelik jer..
    klu salah kena lah bukak & pasang balik kan...

    ermmm time org kwin, sure masing2 sibuk pakai inai...
    Lyn plak yg tak suka.. kecuali kwin nnti kena pakai gak.. terpaksa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin rekabentuk lebih kurang sama. Itu yang boleh tersilap sikit tu. Yang penting pelamin pihak lelaki cun macam mak saudara pengantin lelaki. Kah3x.

      Akak dah lama tau tak pakai inai. Sekali dapat corak inai yang cun di tangan, terasa macam baru kahwin semalam pulak ^_^

      Delete
  17. laa...semalam boleh plak tertinggal post hak ni
    ada cite pasal pelamin rupanya! uish...uish...tak perasan
    ni gara-gara tuan rumah suh buat neslo sendiri lah ni...
    kita ni kalau dah duduk maleh noo nak bangun...
    pastu ada ke patut tetamu kena buat sendiri...usih...uishh...

    eh ni cite pasal pelamin kan...awat terkomen pasal neslo plak ni
    nasib nak singgah kejab aje...banyk rumah lagi nak kena p ni
    lagipun rasa cam tak best rasa neslo rumah ni
    balik dulu ye...k bye! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sibuk beno melayan tetamu kita semalamkan, itu yang tak perasan! Kalau tidak, mahu banyak lagi komen nak kena approve ni, nak kena jawab ni. Maklumlah tuanpunya blog nak reply komen guna pembantu kanan katanya.... ~_^

      Ini bukan sembarangan tuan rumah, okey! Ini kan bakal besan. Laaa... buat ajelah macam rumah sendiri. Tak akanlah itu pun nak ajar. Dahlah anak dia nanti kita yang kena ajar bancuh Neslo, dengan emak-emaknya sekali nak kena ajar tatatertib berada di dapur rumah orang! Ish! Ish! Ish! Tak sesuai langsung nak diajar! Tak comel rasanya!

      Ha'ah...awat kita pun terbabas sama reply komen ni. Ini bukan cerita Neslo eh tadi? Laa.... silap reply komen rupanya! Buang tenaga batin jerk macam nih tau!

      Menyampah...dah habis air kat rumah kita dikerjakan, baru nak kata tak sedap. Eeee.... rasa nak gigit hujung tudung aje tau!

      Delete
  18. Alahai camne leh salah pelamin btw pelamin tu lbih krng je ngan pelamin Cikna time bertandang ritu,huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lebih kurang sama aje rekabentuknya! Lagipun both pihak pengantin guna khidmat yang sama. Mungkin berlaku salah faham di situ. Tapi takpalah yang penting pelamin yang dah tersilap ni pun tak kurang hebatnya. Takdalah mencacatkan majlis ke apa!

      Delete
  19. Dah ke dapat gambar pengantin tu? Dah seminggu berlalu ni.. haha.. bolehla buat entry sambungan ni....
    Haha, time tu juga tertangkap ambil bekas ya. Huhu. Mujur akak tak marah ya.. yang pasal pelamin terailap tu kiranya rezki la ya.. dah salah tapi dapat yang lagi lawa.. ni memang nampak lawala.. mesti gambar lawa2 tu.. buat kenangan terindah pd pengantin baru ni..sukala saya tengok pelamin ni. Bunga2 pun lawa tu..

    Ya ke pasal abang buli adik tu? Wah.. jab lagi saya nak cek pak google juga, ... wah.. makin glamer ni MD weh.. syabaas betee.. haha.. macam tak biasala MD, anak berlaris sana sini masa kat tempat orang ramai ya.. haha.. tu yg mama ni pun boleh berpeluh ketiak lkalau lama kat tempat kenduri.. adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampailah ni tak dapat lagi, AN. Siapa yang saya nak harapkan. Si wedding planner dah lama kat Kuwait tak ingat nak balik. Pro photographer belah perempuan dah bagi gambar tapi takdalah banyak sangat gambar kami. Gambar saya lagilah takda! Sebelah pihak lelaki pulak tak tahu apa cerita sebab bila kakak saya takda rumah, memang tidaklah saya jejak rumah kakak ni!

      Hahaha...sangatlah nak jadi isteri mithalikan. Habis di majlis orang pun asyik teringat nak tapau makanan untuk suami. Sebenarnya malas memasak rahsia disebaliknya!

      Pada saya okeylah pelamin yang ada ni. Cantik juga. Takdalah majlis tergendala sebab pelamin tak menarikkan!

      Entahlah, AN. Anak saudara saya kata macam tulah dia menggoogle sampai ke blog saya. Eh, bukan...dia nampak gambar anak-anak saya itu yang dia terus ke blog saya!

      Delete

Belajar

Salam kawan-kawan! Hari ini dah masuk hari kedua peperiksaan UPSRkan. Walaupun my anak tidak menduduki peperiksaan besar tahun ni, rasa...