Bila Adik Cute tak sihat ...

Salam 24 Rabiul Akhir kawan-kawan!

Arghhh... bestnya dapat cuti panjang di hujung minggu walaupun tak ke mana-mana! Kalaulah setiap bulan ada cuti panjang hujung minggu macam ni, alahai syoknya! Dah tentu rajin aje pergi kerja ^_^

Tapi dah namanya makan gaji, lagi panjang cuti, lagilah malas nak mula bekerja. Standardlah tu ~_^


My anak bujang demam makanya cuti 3 hari baru-baru ni kami tak ke mana-mana pun. Tiga hari juga Adik Cute demam panas  tak kebah. Baru dua hari lepas nampak okey, dah boleh berkungfu-gusti bagai dengan Daddy dan abangnya. Kalau tidak, melepek aje. Boleh tahan perangai ngengada si kecil ni bila sakit. Asyik nak marah! Kuat meragam betul bila sakit!

Bak kata si Bubbly Abang, kalau Mommy ada pilihan samada 1) nak jaga Adik yang suka buat perangai mengada masa sakit atau pun 2) anak Afrika yang kurus melidi dan perut buncit sebab tak cukup makan, siapa Mommy nak jaga?

Of courselah, anak sendiri walaupun mengada-ngada perangainya. Dah namanya emak, tentulah layan aje kerenah anak-anak!

Walaupun si abang meluat tengok perangai ngada-ngada adiknya bila sakit, tetap juga dia 'hadiahkan' buku cerita untuk adik tersayang. Ajak Mommy pergi MPH nak belikan gift untuk adik supaya cepat sembuh. 

Buat masa ni hanya batuk ajelah yang tak hilang lagi. Setiap kali batuk, setiap kali tulah dia nak makan ubat. Kalau tidak, dia akan terbatuk-batuk sampai tak boleh tahanlah kononnya. Entah betul ke, entah dibuat-buat tak tahulah.

Dek kerana baru kebah demam, MakNgah dengan relahatinya 'belanja' beli lego apa hendak! Hingus meleleh ke, batuk ke, nampak lego boleh lupa sekejap sakitnya! Tapi yang tak tahan, dah dibelikan lepas tu merengek sebab tak reti buat. Dok nak marah abangnya sebab tak nak tolong buatkan legonya dulu. Berbulu aje dia bila si abang buat lego sendiri dan bila dah penat, tak buatkan lego si adik. Mulalah bantai merajuk dan merengek atas lantai! 

Nasib baik baru kebah demam, kalau tidak memang kena juga dengan Mommy ni ... Lagi kita manjakan sebab sakit, lagi mengada-ngada jadinya!

Mak-mak memang macam tu. Bila anak sakit, berdoa suruh cepat baik. Pergilah selerakkan rumah macam selalu. Pergilah menjerit buat hiruk-pikuk macam selalu. Tapi bila sihat dan anak mula buat perangai, startlah angin pus-pus menepis-nepis nak marahkan anak-anak ^_^

Lumrah dunia ~_^


Baru hari ni si Adik Cute start ke tadika semula. Enjoy riang ria bergembira betul dia bila dapat cuti seminggu. Maklumlah demam, batuk dan selsema katanya. Itu pun semalam ditanya juga kenapalah nak kena pergi school sebab batuk pun tak baik lagi. I jawab senang aje, kalau tak sayang Mommy, tak payah pergi school!

Terus dia 'Okeylah, okeylah pergilah school esok!'

Hah, nasib baik masih sayangkan Mommy! Maklumlah time sakit, time berkehendakkan sesuatu, Mommy yang dicari dulukan. Eh, tapi I cuak juga kalau dia jawab tak sayang Mommy lagi! Hehehe ....

Rutin dah back to normal. Cuti tiga hari yang lalu bukan dapat berehat pun. Lagi tak cukup tidur adalah. Sakit my badan ni meringkuk tidur kat sisi Adik Cute. Baru rasa macam terlelap tetiba dengar dia merengek, tak pun batuk. Bangunlah dok tengok-tengokkan anak. Sedihkan hati ni bila anak sakit. Tidur pun sekadar tidur-tidur ayam jerk. 

Alhamdulillah, lega bila Adik Cute dah sembuh dari demam! Lagi-lagi bila dengar sekarang ni dengan macam-macam penyakit, bertambah kecut perut jadinya. Kecil aje hati seorang emak bila dengar pelbagai penyakit yang timbul sejak dua menjak ni. Asal dengar aje, tetiba teringatkan anak-anak.

Suami tak pulak dirisaukan. Hahaha!

   

     

Comments

  1. Macam tu la naluri seorang ibu. Kehendak anak, kesihatan anak dan segala-galanya tentang anak pasti didahulukan walaupun kadangkala dalam hati meronta-ronta bagai terpaksarela... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betullah, Kakcik. Kalau anak-anak sakit, memang emaklah yang merana hati, perasaan dan tenaga ^_^ Harapnya mereka kenanglah jasa kita ni bila dah besar nanti. Nama pun anak, nak dibuat tak tahu pun tak boleh. Lagi-lagi bila tengok masih kecil macam ni. Mengada-ngada pun, tahan ajelah. Dah namanya sakitkan. Cubalah kalau emak yang dah tua mengada-ngada perangai macam budak-budak, entah apalah nasib agaknya ...

      Delete
  2. Udah timbul nampaknya hari ni...
    Mak pun dulu gitu, masa kerja, kalau cuti panjang bukan main suka, tp bila nak naik keje bukan main liat. Kalau boleh nak cuti selang sehari, sehari keje sehari cuti hihi...

    Ye, ye....mak paham jaga anak sakit mmg tak tentu arah jadinya, kalaulah boleh diterangkan keadaan mak jaga anak sakit, mmg kalahlah huru haranya dgn org kat Tanjung Rambutan tu hihi....

    Sama jer Kak Ton, kalau dah nama emak tu, mmg sayu jer hati kita ni, tgk anak tak larat, dan dan tu rasa nak penuhkan permintaan anak. Sepahkanlah mainan penuh rumah pun, mama sanggup kemas hihi....

    So masak ke sepanjang cuti minggu lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni kalau kita tak timbul, laju aje mencari. Rindu eh? Hehehe! Suka sakat. Mesti geram aje tak boleh nak menjawab balik ^_^

      Betullah, Mak. Bukan lagi lama cuti, lagi bersemangat nak bekerja. Lagi liat nak pergi kerja adalah! Mood kedaung sungguh!

      Wah, penat Mak kalau anak-anak atau suami sakit! Kata nak jadi isteri/ibu mithali. Terpaksalah berkorban tenaga, waktu kerja dan sebagainya. Ya tak?

      Mulut jer asyik nak bebelkan anak tapi dalam hati mana adanya menyampah. Seronok adalah melayan kerenah anak-anak!

      Minggu lepas masak celah belum aje Mak di pagi hari sebab tak cukup tidur, bangun pun lewat!

      Delete
  3. Bila anak tak sihat kita nak buat kerja pun jadi tak tenang.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Susah hati ni memikirkan tentang anak. Kalau kita sakit, dah tentulah sakit satu badan. Kalau anak-anak sakit, pun kita terasa sakit sama!

      Delete
  4. Alhamdulillah adik cute dah sihat.. my cucu2 sedara pun dah nampak ok. cuma tinggal selsema jer lagi..
    cuti CNY ni lama kak, takkan tak kemana2.. hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah sihat dah si kecil ni!

      Takda plan langsung, Lyn. Tengoklah apa ceritanya. Apa nak dibuat cuti lama-lama ni. Lyn pulak tak ke mana-mana ke?

      Delete
  5. Kakak rasa sekarang ni musim buak demamlah MD. Anak jiran kakak sampai malam-malam masuk hospital dek panas tinggi sangat. Ingatkan denggi tapi bukan. Kena bawakan adik lebih sikit air masak. Panas sekarang ni. Walau kita duduk dlm sejuk dek aircond tapi sebenarnya panas di luar tu yg kena minum lebih sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risau kak saya bila tiga malam berturut, badannya panas. Hari pertama dah bawa ke doktor tapi demam tak surut. Puas dok letak cool fever, dok lap dengan kain basah, kain basahkan dengan air asam. Habislah semua doa saya baca. Risaunya alahai. Maklumlah sekarang ni macam-macam penyakit timbul. Saya dah nekad kalau hari keempat pun macam tu juga, memang nak pergi check darah dah! Alhamdulillah, lega saya bila demamnya surut!

      Delete
  6. alaaaa kesiannya adik cute ni haaa. mujur badan tak susut kalau tidak lagiiiii susah hati. abang mesti dah berbulu sgt yang sampai suruh mommy buat pilihan tu kihkihkih. tapi cuaca skang kan. org dewasa ni senang kena penyakit. tambah hormon tengah tak stabil ni sobssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susut banyak sebenarnya, Kira. Masa demam tu kalau kita dukung alahai ringannya. Akak ni kalau anak-anak kurus melidi, memang risau dalam hati. Ni tengah sedap makan lepas dia baik demam. Lega akak tengok dia berselera nak makan semula.

      Delete
  7. Memmang musim demam sekarang ni. Lecturer Nani pun dah tiga kali kelas cancel sebab tak sihat sihat lagi. Alhamdulillah adik dah sihat. Sweetnya abanag ajak belikan buku untuk adik. Hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca tak menentu mungkin penyebabnya. Tapi bila macam-macam penyakit timbul, bila demam sikit pun kita dah mula bimbang. Apalagi kalau anak-anak yang demam, Nani. Lagilah tak senang duduk dibuatnya!

      Sibuk dia nak cari hadiah untuk beri Adik supaya cepat sembuh. Bab bayar hadiah, Mommylah yang kena!

      Delete
  8. alolo..sweetnya abang, belikan buku untuk adik!auntie sal pun nak demam gaklah camni.hehe.ala, buat apa pergi school, semalam kan dah pergi,takkan nak pergi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau aunty Sal demam, beritahulah kat Mommy yang ini! Nanti dia uruskan penghantaran coklat dengan kad bertulis, 'Ikhlas dari Bubbly Abang' ^_^ Agak-agak rasa nak demam, beritahu siap-siap. Hahaha!

      Hari ni pun tak pergi, Sal. Katanya kalau dah 4 hari pergi, hari ke 5 tu tak payah sebab bila guna jari sebelah kira hari bersekolah, ibu jari tu sentiasa tertutup makanya tak payahlah sekolah (ibu jari melambangkan hari Jumaat okey!)

      Delete
  9. Dania pun x sihat ni...berjangkit dengan si Qhaira....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musimlah, SA. Risaukan kalau anak sakit. Lagi-lagi kalau takda depan mata kita.

      Delete
  10. dlam pada boring tgk lagak adik yg mengada2 tu , sayang gak kat adik beri gift buku . dah namanya adik beradik kan . bila dah tua nanti susah senang , adik beradik juga yg berkongsi kan ... tabah sungguh MD menjaga anak yg buat perangai bila demam . saya x dpt bygkan klu saya ada anak dan terpaksa hadapi semua tu . dah nama budak kan . klu org dewasa blh je thn sakit kepala , panas badan dan batuk . klu blh nak je mak minta pindahkan sakit anak pada dia kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang sayang adiknya tapi kalau bertemu, memang takda kerja lain. Asyiklah nak bergaduh. Sorang suka mengacau, lagi sorang suka menjerit. Pening kepala walaupun ada dua aje anak di rumah!

      Nak buat macamana, Vee. Dah namanya anak. Kalau sakit memang kitalah yang teruk. Tak dijaga, eh sayang pulak. Anakkan... ^_^

      Delete
  11. Alhamdulillah adik dh kembali sihat.. tapi perasan tak, budak2 demamnya lebih 3 hari atau 3 hari oaling kurang? Maka paling kurang 3 hari la mama mami kena susah hati.. doc kata mmg biasa 3 hari kalau melarat baru kena bimbang, hush.. geram je dengar ayat tu kan? Dia tak tahu kita ni kalau anak tak sihat mulala tak senang duduk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risaulah AN bila demam tak kebah-kebah. Hari pertama demam dah bawa pergi klinik. Memang temperaturenya tinggi. Tapi bila hari kedua demam, hari ketiga pun demam, arghhhh...susahlah hati ni memikirkan. Lebih-lebih lagi sekarang ni macam-macam penyakit yang timbul. Risau pulak!

      Delete

Post a Comment