Monday, February 22, 2016

Puteri Beach Resort, Port Dickson

Salam 13 Jamadil Awal kawan-kawan!

Ingat tak tentang trailer yang I up dulu? 

Ahah, nampaknya cerita itu terpaksalah ditangguhkan kerana beri laluan pada percutian pendek kami di Port Dickson hujung minggu yang baru berlalu ni. Ini pun bukan kami yang plan.

My nephew yang mengajak. Asalnya mereka nak pergi berdua suami-isteri ditemani my sister Ngah tapi bila fikir-fikir balik mati kutulah dok kat PD 3H2M bertiga aje, maka diajaknya kami sekeluarga. My anak-anak aje yang mereka concerned sebenarnya tapi nak bawa my superheroes kenalah ajak makpaknya sekali ~_^ 

Maka, di PD lah kami bersantai di hujung minggu lalu, di Puteri Beach Resort  ^_^


Nampak tak beza 'posing' si Adik Cute dengan Bubbly Abang? Bubbly Abang sekarang tak suka posing untuk blog Mommy lagi. Untuk simpanan Mommy di hari tua pun dia tak suka. Hahaha! Di tangan tu air plain water. Ke mana pun I suruh bawa. Masa ni nak keluar makan malam, bukan baru sampai ya! Gambar tak ikut susunan!




Tempat penginapan diuruskan oleh isteri my nephew. Mereka berdua kakitangan kerajaan, itulah sebab kami tinggal di sini ^_^ Kami empat beranak tinggal bawa badan aje. Mereka berdua masuk awal sehari tapi kami sekeluarga termasuk Ngah bertolak ke Port Dickson pada pagi hari Sabtu.  Sampai di PD pukul 10 pagi macam tu. Sampai sampai aje, my superheroes terus ajak melenjan bermandi-manda di kolam renang. Seronok tau sebab masa ni memang tak ramai orang pun. So kami sekeluarga aje yang bermaharajalela dalam kolam renang ni. Memang enjoy sakanlah my anak-anak!  

Si kecil ni kalau ke mana-mana pun akan suruh snap gambar tapi janganlah snap gambar di tempat yang sama. Komplen aje tau!



Suka sangat I tengok gambar yang ini. Terserlah 'keakraban' dua beradik walaupun hakikatnya tak pernah sunyi dari bergaduh ^_^ I love both of you, my precious babies!




Dah puas mereka mandi-manda, barulah kita naik ke bilik semula. Nasib baiklah di Tingkat 2 aje. Masa nilah baru teringat nak ambil gambar bilik penginapan. 




Pemandangan dari kamar bilik penginapan katanya... Abaikan baju mandi tu. Takda tempat dah nak sidai. 

Dapur takdalah lengkap mana tapi cukuplah. Bukan nak main masak-masak pun di sini. Masak di rumah pun malas! My sister Ngahlah yang bawa kelengkapan makan minum tu. I macam biasalah, dah kata bawa badan aje. Selalu kalau berjalan dengan Ngah, memang semua pun beliau yang sediakan!


My nephew siap bawa dua, tiga tilam angin. Mereka yang booked tapi I, suami, anak-anak dan Ngah yang tidur di dalam bilik. Kasihan alahai pengantin yang tak berapa baru lagi ni ~_^i

Bukan main lagi dia membaca macamlah pandai!

Not badlah tempatnya. Cukup luas walaupun hanya ada satu bilik aje. Itulah, plan asal memang mereka bertiga aje. Ini pun isteri my nephew booked sebab dia kakitangan kerajaan. Dapatlah murah, kalau tak silap RM200 untuk 3H2M. Berbaloilahkan. Bila kata mereka nak ajak I sekeluarga, cuba jugalah book another room takut nanti bersesak-sesak serumahkan tapi malangnya takda kekosongan. So takpalah, setakat nak tidur malam, kita dok serumahlah semua.  Pepandailah nak adapt macamana ...

I sekeluarga memang tak pernah menginap di sini jadi ini our first timelah. For me, berbaloilah dengan harganya but this is only for kakitangan kerajaan. Macam I yang kerja private ni of courselah tak dapat harga kasih-sayang macam ni. Lupa pulak I berapa harga semalam untuk orang yang bukan kerja 'gomen' ...

Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat I ambil ketika di sini ...







Pemandangan dari bilik penginapan kami. Walaupun kolam renang nampak kecil, bila mandi di dalamnya, quite big juga terasa dan dalam. Kolam kanak-kanak tu, airnya hampir sama tinggi dengan pinggang I tau!

Budak-budak memang seronoklah di sini. Ada kolam renang dan juga taman permainan walaupun kecil aje.


Puteri Beach Resort ni terletak sehaluan dengan Ilham Resort yang lebih jauh ke dalam. Banyak juga monkeys kat sini. Sukalah my anak-anak bujang dapat tengok monkeys secara live. Tak payah pergi zoo, kan!

Dari sini juga boleh nampak the new Lexis Hibiscus tau. Bersebelahan aje. Sempat jugalah kami ke Hibiscus meninjau. Dari luar nampak not bad tapi tak tahulah penginapannya macamana pulak. Baru berangan nak tinggal di sini tetiba my sister kata,

Eh, tak naklah akak duduk kat tempat macam ni! Bayar mahal-mahal dok atas air. Buat ombak besar, korang nak lari ke mana agaknya? Tengah-tengah tidur tetiba ada ular air. Ish, takut ler....

Hahaha... memang tau my sister ni! Tapi lepas dia kata begitu, I pun tiba-tiba terfikir and 'terseriau' juga rasanya. Kah3x. 

Seronok jugalah ya walaupun sebenarnya tak merancang pun nak ke sini. Last minute my nephew beritahu ajak pergi dan last minute juga I beritahu my sister, kita on ajelah plan ke sini ^_^

Next time nak pergi lagi tapi of courselah penginapan yang lain pulak. PD ni pergi banyak kali pun memang tak jemu. Janji dapat keluar dari KL sekali-sekala memang terasa awesome!

  




 

 


40 comments:

  1. Dapat bermandi-mandatanpa 'orang lain', jangankan anak-anak, makbapak pun mesti teruja nak mandi sama... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoklah Kakcik bila tak ramai orang. Masa booking katanya penuh (untuk kakitangan kerajaan) tapi bila sampai tengok kolam renangnya kosong aje. Wah, seronok! Cepat-cepat turun. Nasib baiklah sebab sebelah petang penuh orang kerana ada company buat family day di sini!

      Delete
  2. tempat lea pergi hari tulah ni. seronok mandi kolam org takde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, saya ada juga baca tentang penginapan ni di blog Lea. Dah boleh bajetlah apa yang akan kita 'perolehi' di sini dari pembacaan ^_^

      Delete
  3. PD memang best kalau nak bercuti main2 air kan. Hihihi. Seronoknya buat short vacay kak. Rindunyaa nak pergi pantai. Haishh kena buat picnic tepi pantai jugak macam ni. Hahaha ! Bubbly abang dah besar malu dah nak jadi model untuk blog mummy. Hahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak jemulah Nani kalau ke PD ni. Banyak rumah penginapan yang boleh cuba tapi yang penting mestilah dekat dengan pantai. Barulah best percutian!

      Delete
  4. kalau bukan kakitangan kerajaan berapa harganya.lebih mahal dari rm200 ke?/luas jugak la..kalau rm200 berbaloi sangat.pi sana nanti boleh la cari tempat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah, Diana. Yang pasti tak dapatlah RM200 untuk dua malam. Mahu semalam aje kot...

      Saya rasa berbaloi jugalah sebab tempatnya bersih dan keadaan sekitar pun not bad. Bolehlah untuk short vacation, nak merehatkan minda yang serabut!

      Delete
  5. nice jugak tempatnya. Ok..dah boleh masuk dalam list percutian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Not bad resort ni. Pantai pun dekat aje bolehlah berjalan petang-petang menikmati keindahan katanya. Harga pun berbaloi tapi untuk kakitangan kerajaanlah!

      Delete
  6. eh kak not bad la kak tempat nie...bersih pun bersih...yg penting akak tgk le air muke anak2 akak...ya Allah nampak dieorg hepi dpt cuti2 kak....budak2 ni asal dpt dok hotel yg ade pool mmg hepi le mood dieorg...lieya suke laa tempat nieh...leh laa try nanti ...

    betul ckp akak, kat pd ni byk tempat yg okey...kene rajin survey ajek laaa.... walopun pd jugak tapi ape dehal kak...yg penting anak2 hepi kan kak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akak pun terkejut. Takdalah expect cantik, bersih dan menawankan. Walaupun harga kerja gomen katanya, kita ingat kalau RM100 semalam tu rasa biasa-biasa ajelah keadaannya. Rupa-rupanya far above expectation. Siapa nak bagi tinggal RM200 tempat cantik macam ni. Kira puas hatilah.

      Awak orang gomen bolehlah ushar-ushar tapi katanya susah nak dapat ya asyik penuh aje memanjang. Ini pun kata my sister, menantunya dah booked sejak bulan Nov tahun lepas. Baru ni dapat pergi!

      Bila Lieya nak pergi Hibiscus? Ada heliport okey, bukan helipad ^_^ Nanti boleh naik helikopter 5 beranak ~_^

      Delete
  7. Kakak rasa kalau nak puas mandi-manda buat anak-anak PD memang banyak tempat yg begini. Puas hero-hero MD boleh mandi. Adik tu sengih dia menggoda auntie tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Kakzakie. Kalau pergi PD ni meronta tak nak balik. Seronok main air. Ajak mandi pool kat KL tak best katanya. Si kecil ni pulak suka main air dalam bilik air hotel. Itu ajelah masa boleh main air dengan abangnya lama-lama. Kalau kat rumah, dah kena jerit dah kalau main air. Saya suruh bayar bil air sendiri nanti! Hahaha!

      Delete
  8. murahnya..i keja gomen bolehlah book..tp PD tu 3h2m je dh tak tahu nk buat apa.klu dekat2 bolehlah nk lepak2 hotel pastu berkubang 3h2m smp kecut..tp nk pegi ja dh berapa tol n minyak..macam tak berbaloi je.hehe..tp memang murahlah..kot2 teringin nk ke PD bolehlah masuk listing puteri beach resort ni..

    yg penting anak2 suka..terserlah kehappian muka memasing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeylah awak bolehlah tempah, PK! Awakkan orang gomen ... Kalau kita-kita ni tak dapatlah nak menolong RM200 tiga hari dua malam. Mengaku fakir miskin pun mereka tak bagi diskaun kasih sayang macam ni tau! Hahaha!

      Anak-anak baru balik mandi tapi bila dapat pergi PD, tak nak balik rumah. Belum sampai rumah dah tanya balik,

      Mommy, bila kita nak tidur hotel lagi?

      Aduh!

      Delete
  9. Ohhhh nilah rupanya plan hujung minggu Kak Ton ek. Menyesal tau melilau bijik mata kat MV haru tu.

    Kesian pengantin, dpt berasmara satu mlm jer. Kacau betul Kak Ton tau. Depa ajak ajak angsa pun org tu ngikut jer ceh!

    Gitulah Kak Ton, anak anak semakin lama semakin besar, dah tak suka dah jadi duta blog, lain lah sorang kilauan tak sedo diri tu, mabuk ketum kalau selpie haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti Mak sakit mata sebab tak jumpa Kak Ton kat MV. Itulah lain kali kena beritahu dulu nak pergi mana. Senang Kak Ton nak menjawab, senang juga anak mata Mak tu dok melilau mencari tapi tak jumpa!

      Mak ni kan.. Kak Ton dah bagi peluang semalam tu. Kalau ikutkan HD, hari Jumaat petang tu nak pergi. PD bukan jauh mana katanya. Tapi Kak Ton jeling-jelinglah sambil kata berilah depa peluang berdua-duaan! Hahaha!

      Mak kalau tak diberi minum air daun ketum pun memang mabuk selpie memanjang!

      Delete
  10. budak2 klu holiday mmg swimming pool yg dikejar nya. klu tk bagi mau muncung sedepa. mcm anak2 buah & cucu2 lyn, bangun pagi jer dgn tak bfast dah sibuk nak mandi manda. geram kekadang...
    betul kata akak, even PD ni dkt, tapi tak bosan pun pergi. janji dpt lepak especially dgn family...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan mereka memang tak nak keluar dari swimming pool tu tapi akak malaslah nak berlama-lama menjaga anak-anak kat situ. Lagi pun anak-anak akak ikut style Daddy mereka. Kalau dah crowded memang tak ingin mereka nak duduk tempat yang sama! Nampak budak-budak makin ramai terjah kolam renang, terus ajak naik bilik. Bosan katanya ramai sangat. Kena bina kolam renang belakang rumah atokmak depalah gamaknya ^_^

      Delete
  11. seronokkan dpt happy kan anak anak
    dpt melenjan tu kemain suka ye.
    rania x lps mndi pool, takut-takut je gayanya. walaupon suka dengan air.. hiks

    pppssttt: mommy, kalau dari aeon au2 tu, lps bulatan, jumpa traffic light, kan!! lepas sikit aje,kedainya sebelah kiri. banner tu dia pasang ditengah2 gerai. dh duduk baru perasan.

    kalau dari carefour wangsa maju, sebelah kanan. kedai yang hampir traffic light. isnin dorang cuti tau. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila ada anak, memang macam tulah CikSu. Asal anak-anak gembira, kita sebagai makpak pun turut gembira sama walaupun pada mulanya kita pun tak tahu apa yang menariknya nak buat perkara tersebut!

      Anak-anak akak pun dulu masa kecil takut masuk air tapi bila dah lama, kita pulak takut dia tak mahu keluar dari main air!

      Oh, thanks CikSu! Hari tu ada pergi area Aeon AU2 tu tapi terlupa pulak nama kedai. Jenuhlah dok fikir belah mana dari Aeon tu!

      Delete
  12. Not bad kak tmpt nya! seronok kan bercuti dgn family walaupun sekejap. spend a quality time gituu. Kita ni "anak tiri" kak, mcm susah je nak dapat harga kasih sayang peluk cium tu. Kikiki. dlu g PD nampak org main Banana boat. Macam best je. hihi. Tp setuju 200% mmg awesome bila dapat keluar KL sekali sekala. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah akak pun pada mulanya bila tau harga, takdalah expect apa-apa pun. Google juga image tapi biasalah image google ni kadangkala memang tak boleh percaya tau!

      Akak takutlah banana boat dan segala jenis aktiviti melibatkan air ni. Akak tak adventurous orangnya. Dulu masa sebaya Aina dah penat kot panjat segala bukit dan gunung yang ada!

      Delete
  13. Oh betul.. betul ayat last tu paling setuju... asal dpt keluar dr kl... mmg best sesangat.. hahhahah

    Seronok kemain anak2 tu berendam...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Sesekali dapat buat day trip ke atau dapat bermalam di luar daripada KL ni memang terasa segar-bugar, indah sangat nikmatnya.

      Anak-anak saya kalau boleh kena pakai loudspeaker suruh mereka naik bilik. Asyik mandi-manda. Nasib baik mereka pun sama macam Daddy, tak suka bila crowded. Bila budak-budak mula turun nak mandi di swimming pool, mereka automatik nak balik bilik!

      Delete
  14. lengang betul!patut la sakan adik dan abang bermandi-manda.tp saya kadang2 malas nk mandi kolam macam ni kalau ada strict dress code.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestlah, Sal. Akak suka macam nilah. Macam the whole tempat tu kita yang punya! Mungkin juga sebab kami dah booked sejak Jumaat jadi Sabtu pagi tu seronoklah orang tak ramai. Selalunya yang penuh tu hari Sabtu petang bawa ke Ahadkan.

      Delete
  15. no wonder entry latest pendek, ada mukadimah rupanya..ok, nak gali belakang lagi..lama tak dapt blogwalking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni akak tengah terkena semburan virus M, Sal! Entah kenapa mood tetiba terbang di bawa angin lalu. Hahaha!

      Kalau mood baik, memang akak menulis tak kenal penat kata orang Mexico tau!

      Delete
  16. Untung la sapa keje kerajaan kan dapat harga kasih sayang...cantik tempatnye lapang dan bersih..akak pon tak penah gi sini dik tapi penah duk kat Ilham resort tu...bilik dia cantik jugak...siap ada pangkin dgn bantal peluk yg panjang sangat sepanjang pangkin tu la kirenye...2 bilik dgn 3 bilik air...tapi sori harga akak dah lupe pulak berapa sebab dah bertahun2 nan lalu...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah sapa kerja dengan Najib! Errkkk!

      Untuk orang macam kita ni memang tak dapatlah nak berkasih-sayang macam ni murah. Pandai-pandailah bawa diri tu ke tempat yang berbaloi. Ni kalau harga bukan gomen, memang kena pecahkan tabung ayam kot. Hahaha!

      Ilham Resort tu saya nak jugalah pergi nanti sekali. Tapi cuak sikitlah sebab sebelah hutan!

      Delete
  17. Cantik juga dan nmpk selesa berbaloi dgn harga kasih syg buat org gomen. Klu kita2 ni silap2 semalam dh 200 ke atas kot MD? Kami klu nk berehat pun mencarik rumah company je biasanya. Haha dari pas kawen dulu lg la umah company yg dulu tu serendah rm50 je semalam. Yg skrg ni rm100. Kira okey la utk rehat2. Cuma.. Klu dpt banglo besar sgt LM ni penakut. Selalu sgt pintu bilik mandi x blh bukak dr dlm. Dgn air kejap kuat kejap slow. Lampu termati. Ha kau terjerit2 dlm bilik mandi suruh org bukak pintu. Skrg ni ank dh besar dh ramai xde la takut lg sbb dh riuh rendah kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Masa nak pergi tu takdalah expect apa-apa pun, LM. Anak saudara yang pergi dulu tu pun siap komplen kat maknya macam-macam. Microwave takdalah. Biliknya kecillah. Langsir tingkap dapur tu entah apa-apalah. Tapi bila sampai, alhamdulillah, okey aje saya tengok. Cuma berebutlah sikit nak guna bilik air sebab satu aje. Nak book dua bilik dah tak dapat pulak. Katanya bukan senang orang gomen nak book hotel ni. My anak saudara booked bulan Nov tahun lepas, bulan Februari tu baru dapat pergi!

      Delete
  18. betul gak kata nyer, kalau ombak besar, camne?
    dulu aida pernah stay kan legend international. but aida dok kat main building aje. sebab masa tu anak2 kecik.
    tak kuasa nak dok tgh laut tu kan.
    lgpun kalau air surut, busuk la bau laut tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Bila kakak kata macam tu, terfikir pulak. Betul gakkan, sebab bilik jauh atas air laut. Manalah nak lari. Berenang tak pandai!

      Oh, ya! Ada juga kawan saya kata begitu. Dia kenalah duduk kat atas laut masa air laut surut. Memang tak best katanya!

      Delete
  19. Hi Mummydearie...nak tanya..RPP ni puteri beach resort ye coz saya baru je booking x sangka ada rezeki...ok kan bilik & swimming pool? Masa check in ada kena byr apa2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Ini pun anak saudara saya yang booked kerana dia kakitangan kerajaan. Kami ni tumpang masuk aje ^_^

      Bilik dan swimming pool not bad, okey aje pada kami sekeluarga. Bersih pun bersih. Masa saya pergi tu anak saudara dah check in hari Jumaat, so awal pagi Sabtu kolam renang pun kosong aje. Seronoklah anak-anak.

      Bab bayaran tu saya tak pastilah sebab anak saudara saya yang uruskan semua.

      Delete
    2. hi Mummydearie,

      Boleh sy tau bilik ni apartment 2 katil ke? sbb nampak mcm luas.

      Delete
    3. Bilik ni apartment dengan satu bilik tidur aje. Tapi biliknya luas - ada dua single bed dan masih ada ruang lagi dalam bilik kalau nak bentang toto ^_^

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...