Si bujang cilik

Salam 3 Jamadil Awal kawan-kawan!

Siapa antara you all semua yang suka ambil gambar bila anak sedang lena tidur? 

Oppps! Bukan selfie ambil gambar sendiri tapi ambil gambar anak ya ^_^

I suka tau. Sebabnya, bila anak-anak sedang tidur, muka mereka tenang dan terasa suci bersih. Suci sesucinya tau! Seronok sangat bila melihat mereka sedang lena diulik mimpi. Tenang hati ni melihat anak-anak setenang raut wajah mereka yang sedang lena ^_^

Kita belanjalah satu gambar si Adik Cute ketika sedang lena ...


Adik Cute sekarang bukan senang nak diajak tidur petang. Kalau tak kena gaya, memang tidaklah dia nak berehat. Main, main, dan main aje kerjanya. Tapi adakalanya kalau kepenatan, dia akan tertidur lena lepas pekena sebotol Milo ^_^

Pun begitu, waktu malam memang senanglah nak suruh dia tidur. Paksa suruh baring, popok belakang sikit-sikit, kejap lagi lenalah. My anak-anak ni sejak tahun ni memang terlena awal. Mulanya I paksa tidur awal sebab masing-masing nak ke sekolah/tadika awal pagi tapi akhirnya mereka tertune waktu tidur sendiri seawal pukul 9-10 malam.   

Ada juga masa-masanya yang mereka terlajak bila tengok Mommy macam beri green light aje nak meligat walaupun dah malam. I pun tengok keadaan juga. Kalau hari cuti, memang I izinkan mereka nak tidur waima pukul berapa sekali pun. Adakalanya Mommy yang tertidur dulu ^_^

Sekarang ni dah menjadi semacam rutin, asal ada cuti aje mesti nak tidur di rumah MakNgah mereka. Tak ada guna dah I memujuk merayu kata sunyi sepi, kasihan Mommy tidur sendirian di rumah, senang aje jawapan diberi,

Daddykan ada! Mommy tidurlah dengan Daddy!

Aduh!

Susah betul nak beri alasan supaya mereka tak tidur di rumah MakNgahnya...

Baru-baru nikan Adik Cute tak sihat, demam panas sampai tiga hari tak kebah. Tengoklah gambarnya selepas baik demam....



Dah biasa tengok anak-anak berbadan 'sado' tetiba bila tengok Adik Cute macam ni kurus, sedih tau hati Mommy yang ini! Macam tak cukup makan aje si kecil ni. Bila dia merengek dan nak bermanja minta didukung, Daddy pun hairan jadinya anak terasa 'ringan'!

Tapi lepas baik dari demam, kerja nak makan aje si kecil ni. Gembira bukan kepalang I tapi at the same time, pun nak marah juga. Kejap-kejap dia kata lapar. Dah pukul 10 malam, dah landing elok-elok nak tidur, boleh lagi tu bangun dan kata dia macam rasa laparlah pulak!

Aduhai, anak!  

My superheroes ni bila semakin membesar, semakin banyaklah kerenah mereka. Adakalanya pandai dah menjawab bila Mommy tegur. Time mood Mommy okey, takpalah. Time mood Mommy tak berapa nak okey ditiup angin puspus, memang kenalah nanti!

Nama aje dua anak lelaki ya, tapi kalau di rumah, tak boleh nak dibayangkan macamana kelam-kabutnya my life ni. Pun begitu, of courselah I bersyukur dikurniakan dua anak lelaki. Siapa yang tak gembira, ya tak?

My superheroes ni kalau in public, boleh tahan jaga kelakuan. Takdalah ya you all nampak mereka ni ligat bukan main. Tapi cubalah mengendap kerenah mereka bila di rumah. Oh, my! Pusing kepala selalu dibuatnya!

Kalau ke mana-mana pun, memang I tak benarkan si Bubbly Abang duduk di belakang bersama Adik Cute. Memang hiruk-pikuk jadinya.  Ada-ada aje yang boleh buat mereka bertekak. Maklumlah si Adik Cute kuat menjerit dan si Bubbly Abang pulak kuat menyakat. Memang tak aman dunia. Sebab itulah Bubbly Abang selalu jadi co-pilot Daddynya. Mommy jadi 'mem' kat belakang!

Sekarang ni bila Bubbly Abang semakin dewasa, memang makin berkuranganlah cerita berkisah tentang dirinya. Maklumlah, dah terasa diri tu besar ^_^ Adik Cutelah yang mendapat perhatian sebab keletahnya memang boleh bikin kita pening, marah, gembira dan adakalanya gelihati.  Namun sebagai ibu, tentulah kasih-sayang terhadap anak-anak tidak berbelah-bahagi; tiada lebih di sana, kurang di sini. Pada emak-emak di luar sana, tentu faham sangat apa rasanya ya ^_^

Hai...entah siapalah dulu ya yang kata I ni pilih kasih terhadap anak-anak!

Opppsss!  

Meh, belanja lagi gambar my bujang bongsu ni. Kalau keluar, bukan main ligat lagi minta snap gambar. Kita ikutkan ajelah ya. Si Bubbly Abang dah melepasi fasa nak minta snap-snap gambar ni. Tunggulah bila ada gegirl dan timbul taman dalam hati. Masa tu rasanya berselfie aje 24-7 sebab nak hantar kat girlfriend ^_^ Alright! Mommy okey aje ~_^ 


Daddy!Daddy! Bila kita nak balik kampung Daddy? Adik nak pakai macam ni!

Adik Cute suruh snap sekali lagi gambar comel katanya... ~_^
Si Adik Cute ni jangan tak tahu, memang kuat perasannya. Sebiji ikut Daddy ^_^ Kalau dia tahu kita bercakap tentang dirinya, memang kembang-kuncup hidung sambil mulut kumat-kamit nak senyum ke tidak. Maklumlah terasa bangga bila diperkatakan agaknya ^_^

Tapi janganlah mengutuk dia ya. Mahu dia mencemik lepas tu membebel tak sudah-sudah sebab dikutuk. Samalah macam dalam kisah yang ini!

So, puji melambung takpa asal bukan keji melambung-lambung ^_^ Dia memang suka dipuji!

Eh, Mommynya pun sama juga! Kalau orang puji, kembang-kuncup hidung menahan bangga diri. Hehehe!

Kesimpulannya, janganlah puji I lebih-lebih, takut terlebih riak pulak nanti ~_^

Aduhai, entah apa punya entrilah yang ini! Yang penting, satu folder gambar dah dikosongkan!  Itu aje motif I update dua entri hari ni yerk ~_^

  




     

Comments

  1. Saya pun suka tengok anak2 tido.. mesti nak kacau ja.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkan tengok mereka lena aje tidur. Rasa nak cubit-cubit pipilah, punggunglah ... Macam best aje kacau anak tengah nyenyak tidur ^_^

      Delete
  2. Bubbly Abg & Si Adik Cute - dua2nya kiut! :D Budak2 ni makin besar makin byk ragamnya, tu yg mengajar kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula pandai bercakap sampai nak masuk sekolah, memang masa paling seronoklah melayan kerenah anakkan. Masa tu semua yang mereka buat pun terasa comel aje. Takda dah anak orang lain yang comel kecuali anak kita sendiri. Hehehe!

      Delete
  3. kesiannnn adik tute tu demam ke
    tapi still tomey lah masih sado tu MD don worryy
    kaknoor pun suka tengok cucu kaknoor tido tapi tak dpt amik gmbar sbb masih dlm buai, bergoyang gambar hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah okey dah, KakNoor. Demam masa cuti tiga hari sempena Thaipusam tak silap. Cuaca pun tak menentu macam ni memanglah senang nak jatuh sakit.

      Seronok KakNoor bila tengok anak-anak sedang terlena. Rasa tenang aje hati. Wah, KakNoor sekarang ni dah tak ingat anak ya, ingat cucu aje ^_^

      Delete
  4. Kita geng!Saya pun suka tgk anak2 time tdur... mmg nampak lena dan suci je muka mereka... kalau marah2 sebelum tu... bila tgk muka dorang masa tidur, mesti rasa bersalah sangat2... huhuhu

    Budak2 mmg suka dipuji... sama dgn anak2 saya... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Seronok aje bila tengok mereka tidur lena. Rasa tenang betullah hati. Memang betul tu Nora, kalau tengah marah pun, terus hilang marah tu tengok muka mereka yang suci bersih tu!

      Delete
  5. Alahai siannya adik....nampak cengkunglah jugak tang rambut tu haha.... Budak budak kalau demam mmg cepat turunnya, maklumlah tekak rasa pahit memanjang.

    Sebab tulah mak ni jarang cite pasal anak anak sebab memasing anak anak dah teruna dara. Makanya mehlah cite pasal laki bini yg dah dekat nak expired hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurus tau anak kita. Kita bukan boleh kalau anak kurang sado ni. Kalau terlebih sado pun kita susah hati juga ^_^ Mak memang tau. Asal kita cerita pasal anak, dia mulalah nak masuk jarum nak cerita pasal dia lakibini. Nyampah!

      Delete
  6. waktu anak2 tido memang suci mulus je mukanya..waktu baby suka snap..sekarang dh kurang..lg suka snap aksi2 comel mereka..tmbh pulak anak dara skang dh pndai posing.hehe..

    anak2 suka tido dirumah ngah memang bestlah mommy daddy selalu boleh honeymoon..silap2 boleh proses adik untuk adik cute n bubbly abang.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tak tengok gelagat anak-anak PK. Maklumlah I is sibuk katanya. Nak kata mabuk macam orang tu, tidaklah pulak. Mabuk makan adalah! Hahaha!

      Oh, tidaklah lagi PK! Cukuplah kukatakan dua sahaja. Putera-putera pun takpalah. Kita redha. Nak honeymoon tanpa hasil pun okey juga bah ^_^

      Delete
  7. lagi2 klu baby tidur, mau nak digomol2.. sweet sgt. klu bole takmau bagi dia tidur sweet2 gitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahkan. Lagi nampak lena, lagilah nak mengusik. Cubit sana sini. Hug and kiss tak berhenti sampai terjaga kadang-kala!

      Delete
  8. betul..betul..bebudak tido memang seronok tengok..lasak macamana pun, tapi tetap nampak innocent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mereka tidur tu rasa tenangnya alahai muka. Hati kita pun terus jadi tenang walaupun masa tu tak berapa nak tenang rasanya dok berfikir macam-macam hal duniawi ^_^

      Delete
  9. Raya tahun ni boleh lah balik kg daddy tu Adik Cute..
    Boleh nanti mummy update entri dari Ubzeks tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda plan lagilah, CH. Anak-anak memang belum pernah ke sana. Mak mertua aje yang dah tiga tahun berturut-turut datang ke Malaysia. Mak mertua suka ke mari, kita lagilah suka dok kat sini aje!

      Delete
  10. Hehe LM pun suka snap pic ank time dorang tido.

    Ank kurus mak mmg sakit hati rasa mcm nk salahkan diri sepanjang masa sbb ank makin kurus. LM dah malas nak fikir nape syafiq x debab2. Janji dia dh nk mkn pun dah syukur .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkan bila tengok mereka lena tidur. Rasa aman aje dunia kita yang hiruk-pikuk selepas tu. Lagi lena tengok mereka tidur, lagi rindu rasanya bila teringat balik memori masa mereka lebih kecil daripada sekarang!

      Adik Cute pun tak banyak makan, LM. Kadang-kadang habis sepinggan dua nasi (tak banyak pun nasinya macam kita orang dewasa ni sekali makan), adakalanya dua tiga suap aje dia makan lepas tu kenyanglah seharian!

      Delete

Post a Comment