Salam 23 Jamadil Awal kawan-kawan!
Aduhai...
You all ni memang tau!
Eh, nak salahkan orang pulak padahal sendiri yang salah!
Berkaitan entri semalam, yang sebenarnya 'arahan' yang diterima dari 'pengetag' kita, Puan CH, cuma 5 senarai aje. Dalam hati dah niat nak tulis 25 senarai tapi masa menulis tajuk tu, tetiba teringat entah apa filem omputih tu, tau-tau tertulis 10. My mistake!
I memang tak perasan pun sehinggalah baca segala komen and then tetiba mentol dalam kepala menyala terang-benderang!
Awatlah depa ni dok kata 10, 10 ni...
I pun scrolledlah entri banyak kali. Takda pulak I tulis 10, yang ada cuma 5 dan 20 aje ^_^ Pelik tau!
Sampailah DaddyZiyyad komen kononnya I ni tak acilah, tulis tajuk 10 senarai tapi cuma ada 5 aje!
What?
I pun segeralah tengok tajuk entri.
Well, memang pun betul! I pi tulis 10 instead of 5. Padanlah...
Itulah padahnya bila si rabun menaip terlebih laju sambil mulut dok potpetpotpet perkara lain!
So, mistake tu of courselah I dah betulkan semalam ^_^
Back to my topic today...
Well, I guess you all pun taulah yang kami empat beranak ni memang suka sangat JJCM. Kalau terlebih rajin, jauh perginya kami sekadar nak JJCM aje. Lepas tu balik rumah dan tidur. Kalau terlebih malas, tetap jugalah JJCM tapi di KL ajelah.
Paling kerap kami JJCM untuk sarapan atau pun makan malam. Makan tengahari tu selalunya jaranglah. So, pada yang rajin sangat nak menunggu tepi simpang atau melilau dalam shopping malls mencari kelibat I empat beranak tu, silalah beri perhatian pada fakta yang diberi @_@
Err... tetiba pulak rasa glamour ^_^
JJCM ni seronok tau. Selain tak perlu memasak di rumah, boleh mencuba macam-macam jenis makanan yang dimasak oleh chef selain diri sendiri! Enjoy aje makan. Kalau memasak di rumah, memang dahlah penat lepas tu masa nak makan tu selalu aje nak tercekik-cekik dan berebut-rebut.
Nak dahulukan suami dan anak-anak. Nak tengokkan anak-anak menjamu selera. Nak sediakan itu, ini, and by the time kita dapat makan, barulah terasa penatnya alahai. Maka, makanlah cepat-cepat sebab dalam kepala dah dok terfikir lepas ni nak cepat-cepat kemas, basuh pinggan mangkuk dan nak kena buat other tasks yang dah bersusun dalam kepala!
That's whylah I like JJCM, CH ~_^
Tapi dalam seronoknya berJJCM ni ada juga yang tak menyeronokkan tau! Lagi-lagi you all pun memang arifkan dengan cara kami berJJCM. Adakalanya dari rumah nak ke restoran A, tetiba baru start enjin kereta dah berpaling arah nak ke restoran B pulak. Pernah juga dah sampai depan restoran C tetiba rasa tak teruja nak makan dan pi menggoogle restoran D pulak!
Itu memang perkara biasa in my small family ~ tak tetap pendirian bila nak makan!
Pernah satu hujung minggu baru ni, kami plan nak ke Shah Alam sebab kononnya nak pergi Aeon Shah Alam yang baru tu. I dah kata kat HD belum dibuka lagi tapi beria-ialah HD ajak juga pergi Shah Alam. So, off we went to Shah Alam!
Sampai di sana, betullah my tekaan!
Dek kerana takda plan, kita tak tahu nak buat apa dah kat sana! Shah Alam tu kan macam my second homelah, pergi balik macam dekat aje! I nak ajak pi Seksyen 7, cari makan di sana tapi tentulah semua tak bersetuju sebab mereka tau my nawaitu dah ke lain dah tu!
Sempat siap pusing pasar kat Seksyen 6 tu ke apa tau tak, konon-konon nak beli daging ler... Macamlah kat KL ni takda jual dagingkan! Nasib baik kedai hampir semua tutup sebab dah hampir noon pun dan kalau tak silap masa tu cuti CNY kot.
I ajak pergi Perpustakaan Tun Uda baca buku, tak mahu juga. I ajak pergi Muzium Negeri, pun tak mahu. Ajak pergi SCM, tak mahu gak! Ajak pergi sini tak mahu, pergi sana tak mahu. Tak tahu dah mana part Shah Alam ni yang kami tak terjah lagi. Makanya I surrenderlah. Penat bagi cadangan!
Tiba-tiba kata HD jomlah kita makan aiskrim!
You all tau aiskrim apa yang diinginkan?
Aiskrim kon RM1 kat McD tu!
Sakit jiwa I tau...
Makanya kita drive thru sahajalah kat McD di Shah Alam tu, lepas tu terus patah balik ke KL!
Hebat tak we all? Pergi Shah Alam and drive thru makan aiskrim McD aje!
Tapi untuk menebus rasa tak puas hati drive jauh-jauh pi makan aiskrim McD tu, malam tu kita keluar baliklah berJJCM ^_^
The next incident berlaku baru-baru ni. Berturut-turut pulak tu ~_^
Insiden pertama semasa ke Taman Sri Rampai tu which we ended up at Restoran ZamZam di Jalan TAR.
Insiden kedua selepas balik dari PD, kami ajak Ngah keluar buat grocery shopping. Dekat rumah ada Aeonbig tapi nak pergi yang kat Wangsa Maju punya! Kononnya nanti boleh makan tengahari yang lewat di sana. Lagi pun Ngah kata Aeonbig Wangsa Maju sekarang cantiklah sejak berwajah baru. Macam-maca ada kononnya!
Selesai shopping, masing-masing tanya soalan yang sama to me,
Kita nak makan kat mana?
Orchid Bistro! (Bubbly Abang suggest tapi Daddy dah buat muka tak berkenan!)
Cuba Restoran Ayam Penyet! (Ngah dan HD antara angguk dengan geleng aje I tengok!)
Jom Western ke, Jom Bali ke! (Bubbly Abang dah geleng kepala!)
KFC! McD! (Adik Cutelah ni tapi semua geleng kepala terutama HD!)
Okeylah jom kita pi Ryndu Hot & Grill! (Ngah suka restoran ni...)
Half way nak ke sana tetiba HD suggest jomlah bawa Ngah makan kat Rumah Thai!
Bila Ngah kata okey, apalagi kita pun bertukar haluan dan terus ke Rumah Thai buat kali ke dua! (Actually dah tiga kali kami makan di sini sehingga hari ni...)
Insiden minggu ni lagi best ^_^
Petang Ahad kami menggoogle western food lagi...
Dalam hati nak ke satu restoran di AU2. Sampai di sana tengok punyalah penuh dan takda tempat pun nak parking. So, kita batal plan dan terjah Melawati untuk mencari restoran kedua!
Sampai depan restoran tengok malap ajelah keadaan sekitar. Tak tahulah restoran dah tutup atau pun memang tutup hari Ahad. Dek kerana dah nak masuk Maghrib, singgahlah masjid nak solat dulu. Lepas solat I tanyalah kat HD nak tak kalau kita buat satu round lagi ke restoran di AU2 tu. Kalau ada parking, adalah rezeki kita nak merasa makan di situ. Nak ke tempat lain yang ada dalam senarai, semuanya jauh-jauh. Jam dah nak dekat pukul 8 malam!
Unfortunately, half way nak sampai restoran berkenaan, hujan turun lebat pulak! Kita terjah ajelah tapi bila sampai tengok sama aje keadaan. Penuh! Baik dalam restoran mahu pun parking kereta! So, HD kata jomlah pergi Aeonbig Wangsa Maju aje makan di salah satu restoran yang kita biasa pergi.
Baru nak belok masuk parking Aeonbig tengok kereta bersusun alahai. Surelah takda parkingkan. HD kata tak sanggup nak mencari parking di dalam tu nanti. Makanya doklah masing-masing beri suggestion...
Adik nak burger McD! ... Adik Cutelah ni!
Jom pergi Ryndu! ... Hmm, hmm, tuan blog punya idea!
Mommy, order pizza boleh? ... Bubbly Abang pulak!
Dah lama tak makan mushroom kat Burger King! ... kata HD!
Okeylah, pi Burger King ikut kata Daddy! ... kata Mommy!
Eh, jangan! You nak pergi Ryndu, Ryndu ajelah! Ikut kata Mommy! ... kata Daddy!
Takpa! Takpa! Bukan selalu you nak pilih fastfoodkan! Ikutlah selera you!
Dok itu, ini, itu, sampai tak berkeputusan akhirnya HD gave up terus patah balik ke rumah!
Aha, bapaknya kalau dah marah jangan buat main! Tak pedulilah masing-masing tengah lapar ke apa. Jangan haraplah Daddy nak dengar kata!
Sampai habis minyak kereta okey sebab ke hulu ke hilir tanpa arah tujuan yang betul ^_^
Sampai di area rumah, HD pun kata...
Tengok kat Murni, kalau penuh juga kita pergi restoran western food yang baru buka tu!
Lalu kat both restaurants, dua-dua pun penuh okey. Bingung jap! Nak beri idea lagi nak makan di mana, tak berani dah I. Mahu kena herdik kang nanti!
Bubbly Abang dan Adik Cute memang dah diamlah tak banyak songeh. Takut depa kalau tengok Daddy marah. Daddy memanglah jarang marah ^_^
Tengok Q Bistro, ramai tak...
Pun sama juga! Takda parking, takda tempat pun nak duduk!
Daddy, Upin Ipinlah! .... kata Adik Cute!
Lalu depan Upin Ipin, tutup pulak!

KFClah! Luth kan suka makan ayam goreng! ...sambung Daddy!
Lalu depan KFC, aduhai panjangnya queue nak buat pesanan! Tak sanggup Mommy nak berdiri lama dan tak sanggup kata Daddy nak menunggu makanan sampai. Jam dah pukul 9 malam. Perut dah lapar ni.
Okeylah! Last suggestion! Kita makan kat Secret Recipe aje! ... Mommy beranikan diri beri cadangan!
Maka, akhirnya kuasa veto jatuh kat tangan Mommy juga ~_^
Berdinner lewatlah kami di Secret Recipe dan kebetulan pulak baru terbaca kalau bayar guna Maybankcard, boleh dapat segelas iced lemon tea dan sepotong kek dengan syarat pembelian mestilah RM45 ke atas. Oh, senang jerk tu nak reach target pembelian ^_^
Lepas makan, HD terus masuk kereta. Mogok tetap mogoklah. Esoknya barulah I tanya sedap ke makanan yang diordernya tu. Senang aje dijawabnya ...
Tak sedap langsung!
Sebab tak sedap, haruslah kami JJCM lagi esok petangnya!
Kita try juga nak ke restoran di AU2 tu sebab review bukan main baguskan.
Tau apa berlaku?
'We're closed on Mondays'
Tabah ajelah krew JJCM kami ni ~_^
gigih tau baca entry ni tapi seronok. memang itulah biasa berlaku.pernah keluar rumah dari puchong ke kl nak g makan.pusing-pusing lastnya makan kat kfc dengkil. hahahah.mcm puchong takde kfc.
ReplyDeleteHahaha! Itulah kalau suruh saya menulis panjang lebar, bisa diatur tapi teruklah pada yang membaca. Hanya yang gigih aje yang mampu baca sampai akhir ^_^
DeleteKan! Itu yang buat rasa macam tak seronok. Asal keluar nak enjoy tetiba at the end, satu apa pun tak dapat. Last-last makan kat tempat yang kita tak terlintas pun nak pergi makan pada awalnya!
Memang samalah alasan kenapa kita JJCM hujung minggu Kak Ton.
ReplyDeleteSatu lagi kalau makan kat rumah, makan mesti tak kenyang tau, yelah ....dah semua pun kita yg nak kena buat kan.
Baiklah lepas ni mak akan pastikan kalau nak menunggu kat simpang ke nak melilau mata ke wajiblah di waktu malam....
Rasanya pernah jugaklah berlaku apa yg Kak Ton cakap tu. Itulah sebabnya kitaorang lebih suka serahkan keputusan nak makan kat mana tu pada Pak Jilapah. Malas nanti kalau banyak bunyi tetiba ada yg tak kena kita pulak yg disalahkan.... So ikut dia jer, senang!Lagi pun dia bukan mcm HD suka ke sana sini demi nak cuba tempat makan baru.
Kalau masak sendiri kat rumah tu memang penatlahkan, Mak. Kak Ton ni walaupun katanya malas, 5 hari seminggu sebenarnya Kak Ton tekun memasak tau. Kalau tidak, kasihan kat anak-anak (bapaknya tak kisah!) ^_^
DeleteKalau dah keluar malam tu Mak lagilah susah mata nak melilau. Gelap. Hahaha!
HD pulak lain macam tau, Mak. Suruh kita buat keputusan sebab senanglah nanti tu nak salahkan kita kalau ada apa-apa yang tak kena. I know dah his taktik kotor tu!
kalau driver okey tak kisah jln mna2 pun.. kalau driver nak moody..mmm..mals nak jalan.
ReplyDeleteMy F1 driver alhamdulillah setakat ni memang rajin bawa kami JJCM. Tapi janganlah buat HD marah, masam mukanya tu nanti boleh spoil mood semua yang terbabit tau. Bukan sepanjang hari aje, berhari-hari lamanya!
Deleteadoiii letih jugak tu MD ulang alik sana sini akhirnya dapat makanan tak sedap..tabah betul memasing kan..
ReplyDeletekitorang memang tak setabah itu..mau muncung sedepa kalo kelaparan..
Kerap dah berlaku macam ni, Zee sampai tak kisah dah pun. Biar sama-sama penat, sama-sama lapar. Pernah juga tau HD mogok marah lepas tu kami terpaksa balik rumah kelaparanlah juga. Kitalah yang terpaksa 'turun padang' mengejut memasak demi keluarga tercinta katanya. Nak gaduh-gaduh malas dah!
DeleteKalau ai.. dah kalau tak tahu nak makan dekat mana, ai suruh chef hb patah balik, biar ai yang masak.. hati tak sakit, badan tak penat semata-mata ke hulu ke hilir cari makanan.. huhuhu..
ReplyDeleteKalau balik rumah, memang sayalah yang kena memasak! Itu yang nak dielakkan tu.
DeleteBiasa dah terjadi perkara macam ni. Tak rasa nak marah dah pun. Hahaha!
Baca n3 MD ni teringat akak cerita kartun sinchan...pi sana pi sini org ramai,parking payah...
ReplyDeleteTapi akak tabek lah MD dengan suami rajin lagi ke tempat seterusnya2...kalau abang mahunya terus balik rumah,makan.
Saya dan suami memang tak suka tempat crowded, kak. Jadinya kalau tengok tempat tu ramai orang, memang kami tak menyinggahlah tapi ada hati lagi tu nak pergi! Itu yang adakalanya berulang tayang juga pergi ke tempat yang sama!
DeleteSetakat ni suami saya memang okeylah. Setakat nak ajak makan-makan, jalan-jalan, sanggup aje HD tu jadi F1 driver, takda mengeluh. Tapi janganlah naikkan kemarahannya, memang kenalah selepuk nanti!
Aduh sakan punya krew JJCM..sadis beul ceritanya..dok baca dengan tekun sampai tak terhafal byk sgt restoren yg disebutnya..last2 cuma ingat murni..sbb sama dengan namaku.hahahaha..
ReplyDeletemakan kt SR tu boleh makan kek je la kot.makanan lain hampeh tak sedap.huhu
Hah, jangan tengok cerita dalam entri blog aje! Kena tau juga belakang tabir macamana. Lagi-lagi si pembuat keputusan ni tau. Memang selalu aje orang nak cari salah-silap. Makanan tak sedap pun kita yang kena padahal yang menggooglenya orang lain!
DeleteSaya setuju. Saya pekena olio sepinggan RM20++ kot tapi rasanya so-so aje. Next day kita pekena olio yang betul-betul kaw ^_^
Kalau tak decide dari awal sebelum keluar rumah gitulah jadinya. Kalau nasib baik dpt yg selesa/sedap, kena yg tak kena di tekak mesti nyesal.
ReplyDeleteKak, family saya ni empat orang jerk tapi kecohnya mengalahkan nak bawa family 10 ahli keluar makan tau!
DeleteTakda maknanya kak tau mana tempat nak dituju. Kecohnya tetap sama. Kadang tu dah tau nak makan mana tapi itulah tetap juga tetiba eh,eh,eh, jom kita pi situ hari ni! Boleh berdolak-dalik lagi tu ^_^
Hah, post-JJCM pun penting juga. Kalau tak sedap, memang mengeluhlah jawabnya!
saya ngan hubby pun suka JJCM...especially saya la, suka try macam2 menu...tapi tahun 2016 ni kami plan berjimat cermat, sebab dah tak sanggup makan sedap tapi sudahnya bayar pulak gst yang mahal...grrrr...
ReplyDeleteBest pergi JJCM ni salah satu sebab tak kena masak! Penatlah masak 5 hari seminggu. Eh, macam beria-ia aje saya memasak kat rumah tu ya!
DeletePergilah Rumah Thai tu. Harga murah dan takda GST tau! Hari tu saya makan berenam pun tak sampai RM100. Terkejut gegirl tengok bil murah gitu!
Bila masuk bab nak pilih tempat makan memang macam tu kan. Dari nak makan dekat kedai A boleh pulak tetiba decide nak makan dekat tempat lain. Hahaha. Kadang kadang dah tahu esok nak jjcm malam ni kemain google tempat makan dah siap decide bagai. Esok tu ke tempat lain. Hahahaha. Nani ni pun dah kurang makan dekat SR kecuali kalau nak beli kek je ke situ. Hehe. Murni memang selalu full house kak. Nani kalau nak pergi, hari ahad sebab dorang bukak petang. Boleh lah tunggu depan kedai siap2. Hahahahaha !
ReplyDeletePadahal dari awal kita dah plan pun nak pergi tempat tu tapi adakalanya tu boleh pulak berpaling arah! Memang tak bolehlah nak salahkan siapa-siapa. Kalau sesekali berlaku takpa juga, tapi kalau dah selalu, memang kena redhalah, Nani!
DeleteSR tu pada akak yang sedap kek aje, lain-lain kurang. Tapi akak suka juga olio kat SR ^_^
bersungguh saya baca. ingatkan insiden apa tadi. rupanya mencari JJCm....hahaha ok mungkin semua sebab yang diceritakan aRz lebih memilih makan dirumah :p
ReplyDeletebagi syarat pada wife...dia masak, arz tengok anak....so makan di rumah ja....
Hahaha. Kasihan alahai! Saya ni kalau menaip entri memang tak reti berhenti. Takda gambar pun takpa. Tapi jenuhlah orang lain nak membacanya!
DeleteBagus macam ni tau. Isteri memasak, suami jaga anak. Tapi anak-anak saya dah besar, so memang tak jaga masa saya memasak pun takpa. Tapi itulah, mak-mak ni kalau nak tahu memang spesies kuat 'tercekik' masa makan semuanya! Ada-ada aje halnya tau!
pergh payahnya klu nak JJCM gitu..
ReplyDeletesorang nak itu, sorang nak ini.. Lyn klu dlm group WA mmg byk lah restaurant yg keluar, end up sebelum pergi kena finalised. tak boleh tukar lain. So far tak pernah lagi buat hal memasing
Memang selalu pun payah tau, Lyn. Dari rumah kata nak pergi sini, dalam kereta tetiba bertukar plan pulak. HD punya style, kita tak boleh tersebut, mesti HD pun berdolak-dalik nak memandu ke mana. Padahal kalau ikut kuasa vetonya, boleh aje tuju mana yang disukai.
DeleteAPa benda yg HD rder kat Secret Recipe yg tak sedap langsung tu?
ReplyDeleteBanyak betul cdgn tempat makan dalam family u ni MD. Nampak sgt kaki makan ni semua. Heheheh.
Apa ek yang HD order malam tu? Nasi gorenglah kalau tak silap tapi lupa apa nama penuhnya kat SR. I pun dulu pernah order mi sup ke apa ek, pun tak sedap kat tekak I lah! Pendekata, kat SR ni makan kek aje yang best!
DeleteHahaha... baru you tau ke?
mr.asben ok, best la.
ReplyDeletemine? tak brape suka berjalan tanpa arah.
kalau da 1 tempat, tempat tu la dituju.
if not nanti dia hangin :(
Setakat ni husband saya okey aje. Lebih-lebih lagi kalau nak pergi makan. Kalau berjalan ke luar KL tu pun suka juga tapi lately dah pandai kata penat drive kereta. Isteri mithali pulak kalau ada suami, memang tak reti memandu tetiba ^_^
DeleteKami ni kalau dah nekad keputusan dari rumah nak ke tempat A pun boleh lagi berubah haluan, Diana! HD tu lagilah tak boleh kalau dalam kereta tercakap nak ke situ, ke sana, memang tetiba dia berpatah arah tau!
ReplyDeleteSaya pun tak suka mamak ni tapi si Bubbly Abang dan HD suka betul. Seorang suka mi goreng mamak dan seorang lagi suka nan tandoori. Nak suruh saya buat nan kat rumah memang tidaklahkan!
stress lak saya baca . atas jln raya , perut lapar , keputusan muktamad x de pastu ada yg marah-marah . klu saya , terus je pi beli barang dapur , balik umah masak je apa yg ringkas ... cian kat bebudak yg lapar tu ... meh meh meh ...
ReplyDeleteHahaha. Saya kalau dah stress, memasak sendiri tu tak termasuk dalam kamus ya!
DeleteSelalu pun macam ni, Vee. Dah jadi kebiasaan. Adakalanya okeylah, boleh dihadam lagi. Adakalanya boleh jadi bahan bertekak. Tapi jaga-jagalah, kalau driver dah mengamuk, memang terus tak dapat makan ^_^
Kira confirm xleh ikut akak klu pegi makan hahahahaha. Sebab pesen kalau dah sebut lapar tu mmg lapar tergedik2 la xblh nk tahan dah. Selagi blm sebut lpar ok boleh lagi nak mencari kedai mana pilihan hati hihihihi. Tp tula selalunya klu kami xde arah tuju nk makan last sekali mesti makan dekat rumah je jugaknya :D
ReplyDeleteKalau tak biasa memang tak boleh join the grouplah, Kira. Mahu kebulur dalam kereta aje jadinya nanti. Nasib baik juga kalau ada kata sepakat akhirnya, kalau tidak memang kena melangkah 'longlai'lah balik rumah tidur! Hahaha!
Deletekalau saya gini keadaannya, mau migraine
ReplyDeletedah ler lapo, boleh pula time tu juga bertukar cadangan
stres...stres...stress...haha
tapi kelakor p shah alam semata-mata nak makan aiskrim aje...haha
gelak guling-guling saya
Sebab itulah kita senang nak stress, awak...
DeleteDahlah semua keputusan kita kena pikul, lepas tu kalau ada silap dah tentu-tentulah kita juga yang kena!
Ahah, itu memang epik! Sampai Shah Alam boleh pulak tak tahu nak buat apa semata-mata kerana Aeon Mall belum buka lagi. Janji dapat makan aiskrim kon RM1 McD kat Shah Alam pun dah okeylah daripada terus patah balik rumah. Hahaha!