Salam 25 Syaaban kawan-kawan!
Selagi belum masuk Ramadhan, selagi itulah kami sekeluarga berJJCM ^_^
Mengenangkan aktiviti JJCM di sini dan di sana tidak berjalan lancar, makanya kami kembali mencari restoran untuk menikmati chicken chop...
Kali ni kami nak mengimbau nostalgia zaman bercinta dulu-dulu ~_^
Kami ke Restoran Chop N Steak di Kg Bahru. Last sekali kami ke sini masa zaman bercinta-cintun entah bila agaknya. Kalau suruh beri specific date or even year, tak ingat dah ~_^ Maklumlah anak dah dua!
Meh tengok gambar ajelah, malas nak bercerita. I memang begitu, kalau hari ni entri pendek senafas, esoknya panjang bernafas-nafaslah entrinya. So hari ni entri senafas ajelah ya ~_^
Minuman macam biasalah, malas nak ambil gambar. Minuman biasa-biasa sahaja - Teh'o' Ais Limau, Coke, Jus Nenas dan Milo Ais. Jumlah harganya RM14.40.
Makanan di sini not badlah. Nak kata sedap sangat sampai nak datang tiap-tiap malam tidaklah juga. At least, terhapuslah kempunan makan chicken chop tak berapa sedap sebelum ni ^_^
Tetibakan masa tengah menikmati hidangan sambil mengenang sejarah bercinta, my anak bujang tersado si Bubbly Abang menyampuk...
Oh, dulu-dulu Mommy dengan Daddy dating kat sini ke? Takda orang lain?
Apakah soalan....
Dah namanya dating, memanglah berdua sayang oi!
Kalau dah ramai-ramai tu, hilang dah makna dating sambil menikmati hidangan di bawah sinaran lampu malap gitu...
Anak bujang tercomel pulak mogok macam biasalah. Dia mana suka keluar lama-lama. Lagilah kalau dah tertidur dalam kereta. Memang mogok memanjang. Kita pujuk lagi mogok, lagi kuat rengek manjanya.
Tengok ni, suruh bergambar dia boleh kata dia penat sangat!
Tapi cuba tengok lepas makan, bukan main enjoy lagi suruh ambil gambar itu, ini!
Hari yang kami ke sini, memang ada sikit awesome tau. Bila keluar duit nak bayar sesuatu, semuanya macam ni - RM44, RM66, RM222. Di tiga tempat kami pergi keluar duit, itulah nilai yang tertera yang harus dibayar! Magis sangat ~_^
Okeylah, malas nak membebel banyak-banyak!
Kita akhiri entri hari ni di sini.
P.S. Pagi tadi ingatnya nak buat baik sikit. Nampak seorang budak berjualan, panggillah dan tanya berapa harga barang yang dijualnya. Beri duit dan beritahu tak perlu beri baki semula. Tiba-tiba budak tu kata nak habiskan semuanya untuk beli ubat ayahnya berharga RMXX. Lepas tu antara dengar dengan tidak, rasa macam dia bercakap kalau I beri RMXX, bolehlah dia beli ubat sedangkan niat ikhlas tadi sebanyak yang I beri mula-mula. Terkedu pulak rasanya bila diminta begitu. Tapi dek kerana nak cepat, I pun jawablah itu aje seikhlas hati acik nak beri sebenarnya. Dalam hati rasa macam dipaksa pulak sedangkan niat asal kita ikhlas. Masa I berlalu pergi, dia jeling aje. Oh, tiba-tiba takut rasa riak pulak bila sesekali buat baik sedangkan nak tanya pendapat aje. Salah ke I?

Roasted Chicken RM10.90 |
Sizzling Beef Rice RM9.50 |
Chicken Chop RM10.90 |
French Fries RM4.90 dan lupa ambil gambar Mushroom Soup si Adik Cute berharga RM4.50 |
Minuman macam biasalah, malas nak ambil gambar. Minuman biasa-biasa sahaja - Teh'o' Ais Limau, Coke, Jus Nenas dan Milo Ais. Jumlah harganya RM14.40.
Makanan di sini not badlah. Nak kata sedap sangat sampai nak datang tiap-tiap malam tidaklah juga. At least, terhapuslah kempunan makan chicken chop tak berapa sedap sebelum ni ^_^
Tetibakan masa tengah menikmati hidangan sambil mengenang sejarah bercinta, my anak bujang tersado si Bubbly Abang menyampuk...
Oh, dulu-dulu Mommy dengan Daddy dating kat sini ke? Takda orang lain?
Apakah soalan....
Dah namanya dating, memanglah berdua sayang oi!
Kalau dah ramai-ramai tu, hilang dah makna dating sambil menikmati hidangan di bawah sinaran lampu malap gitu...
Anak bujang tercomel pulak mogok macam biasalah. Dia mana suka keluar lama-lama. Lagilah kalau dah tertidur dalam kereta. Memang mogok memanjang. Kita pujuk lagi mogok, lagi kuat rengek manjanya.
Tengok ni, suruh bergambar dia boleh kata dia penat sangat!
Tapi cuba tengok lepas makan, bukan main enjoy lagi suruh ambil gambar itu, ini!
'Alamak, Mommy! Sorry eh abang pakai selipar 'jamban'!' Ada ke patut... |
Hari yang kami ke sini, memang ada sikit awesome tau. Bila keluar duit nak bayar sesuatu, semuanya macam ni - RM44, RM66, RM222. Di tiga tempat kami pergi keluar duit, itulah nilai yang tertera yang harus dibayar! Magis sangat ~_^
Okeylah, malas nak membebel banyak-banyak!
Kita akhiri entri hari ni di sini.
P.S. Pagi tadi ingatnya nak buat baik sikit. Nampak seorang budak berjualan, panggillah dan tanya berapa harga barang yang dijualnya. Beri duit dan beritahu tak perlu beri baki semula. Tiba-tiba budak tu kata nak habiskan semuanya untuk beli ubat ayahnya berharga RMXX. Lepas tu antara dengar dengan tidak, rasa macam dia bercakap kalau I beri RMXX, bolehlah dia beli ubat sedangkan niat ikhlas tadi sebanyak yang I beri mula-mula. Terkedu pulak rasanya bila diminta begitu. Tapi dek kerana nak cepat, I pun jawablah itu aje seikhlas hati acik nak beri sebenarnya. Dalam hati rasa macam dipaksa pulak sedangkan niat asal kita ikhlas. Masa I berlalu pergi, dia jeling aje. Oh, tiba-tiba takut rasa riak pulak bila sesekali buat baik sedangkan nak tanya pendapat aje. Salah ke I?
Haha.. soalan abg tu saya pun selalu dpt..naim nazif ni kalau sebut pasal benda atau tempat lama yang diorang belum ada, mulala macam pelik dan marah sebab mama papa tak bawa diorang.. kelakar juga budak ni kan..
ReplyDeleteOh.. tersangsi pulak kat situ ye.. ke apa istilah sebenarnya.. saya faham tu.. kita ikhlas tahap tu tapi diminta2 byat kita rasa mcm tak kena aje.. saya pernah kena dgn budak2. Antaranya anak ceo.. sabar jela.. anak ceo meminta2 dgn orang. Terasa mcm kurang didikan kat situ..r maybe bagi dia duit ni kalau sikit sikit tak de makna.
Samalah dengan si kecil saya tu. Kalau kita bercerita atau tengok gambar dan dia tak termasuk sama, mulalah muncung berdepa-depa kata dia kena tinggal! Hehehe!
DeleteYalah, niatnya ikhlas tak naklah buka cerita. Tapi rasa sangsi pulak bila budak tu minta lebih daripada yang kita ikhlas nak beri. Apa dah jadi dengan niat ikhlas tu tadi? Huhuhu...
entri apa kah yg senafas tu?
ReplyDeleterasanya bernafas2 juga membaca dan menghayati gambar anak2 MD
abang pakai selipar jamban no hal lah
mulut yg makan, bukan selipar
janji kenyang kan bubbly abang?
pagi td, akak pun dah tersentap dgn perangai org kedai makan
terus tak jadi breakfast
puasa je lah sampai lunch nanti
Ini kira senafas boleh baca ni, kalau nafas panjanglah. Hahaha!
DeleteAbang ni memang mode bergaya belum on sepenuhnya lagi. Maklumlah belum ada girlfriend ^_^
Dah kenapa pulak? Rugilah tak sarapan. Minggu depan dah tak boleh sarapan pagi lagi. Bersahur tu lain perkataannya. Keh3x.
Dulu datang berdua sekarang dengan anak anak ye. Hiks :) Nampak sedap tu nanti boleh lah try pergi lepas puasa. Maklumlah puasa ni dua minggu di rumah lepas tu baru balik PJ. Erk.. Kalau Nani kena macam akak tu terkedu jugaklah kan.
ReplyDeleteItulah pasalnya, Nani. Dulu-dulu berdating berdua-duaan aje. Manalah tahu selepas beberapa tahun lamannya dapat datang lagi makan di sini dengan anak-anak!
DeleteOh, sekarang Nani kat Pahanglah ya! Untunglah awal-awal puasa nanti main request aje kat ibu nak makan apa ya!
Owh... yang dalam kapal tu ya. Kak Zai dulu selalu pergi tp sekarang tak pergi dah. Last pergi awal tahun lepas kot merajuk sebab order lambat sangat serve sedangkan kami dah kelaparan.
ReplyDeleteBetul tu, kak. The Shiplah tu. Saya pun selama ni panggil The Ship aje, tak tahu pun nama sebenar. Kata ajelah tempat dating dulu ^_^
DeleteOh, ya ke? Masa saya pergi ni awal lagi. Pelanggan pun tak ramai.
Bila dah rasa terpaksa tu, maknanya dah tak ada keikhlasan. Bagi je ikut seikhlas hati kita... :)
ReplyDeleteKakcik selalu 'lalu' je kat Chop n Steak tu, masuknya tidak... Lain kalilah... :)
Itulahkan, kak. Yang sebenarnya tak mahu cerita pun kat sini takut jadi riak pulak nanti. Tapi rasa betul tak selesa sebab kita niat ikhlas tapi dek kerana permintaan budak tu, rasa macam dah tak berapa ikhlas pulak. Mulalah terfikir 'aku ni kena tipu ke? budak ni serius ke susah?'
DeleteOh, entahlah nak kata apa dah!
Saya nak pergi mencari Moon Kitchen tu, Kakcik tapi sebab dah nak masuk Ramadhan, kena postponelah ^_^
bestnya nampak semua dishes tu
ReplyDeleteMemang better than the last time masa kami makan di Shah Alam tu...
Deletedulu saya n hubby mcm MD jugak...kami selalu masuk chop n steak kg baru ni...dating kat sini...boleh kata tiap minggu makan kat sini sebab sedap sgt western kat sini...tapi bila ada satu hari dia serve makanan kami sejuk dan service lambat, kami mula sakit hati...tapi kami fikir masa tu mungkin masa tu je la...pastu ada dua tiga kali lagi kami datang lagi, tetap la dia serve kat kami makanan yang sejuk dan lambattttt giler service, sampai sekarang reject kedai ni tobat tak nak masuk dah...huhu...
ReplyDeleteOh, ramai juga berdating kat sini rupanya... Yalah, cantikkan view boleh nampak KLCC gitu. Kira bertahan jugalah restoran ni sebab dari bujang sampai kita dah beranak pinak pun masih berdiri megah lagikan.
DeleteOh, ya ke servis lambat? Bukan Wahida aje kata gitu, ada juga komen daripada yang lain kat sini. Saya pun datang awal masa tu. Tak ramai pelanggan. Itu kot sebabnya lancar aje segalanya. Kalau makanan sedap tapi servis tak bagus pun tak berapa bestlahkan!
Mengimbau kenangan silamlah ni. Mesti MD jeling HD dan HD jeling MD dah tu senyum terkenang masa yg lalu. Bezanya sekarang lebih bahagia dah ada dua hero menajdi teman makan dan berbual.
ReplyDeleteLebih kurang macam itulah, kak ^_^ Bezanya kali ni datang dengan anak-anak. Kiranya inilah kali pertama datang selepas kahwin ^_^
DeleteOh, alhamdulillah! Memang bahagia sangat ~_^
oohh heaven sungguh makanan2 tuh..sedapnya...
ReplyDeleten sihat sungguh si comel2 kak..selipar jamban pun selipar jamban lah janji xberkaki ayam...kan??? kikiki
Musim kepingin chicken chop dah sampai, memang mencari chicken chop ajelah kerjanya! Lagi pun bulan puasa dah nak sampai minggu depan, memang chicken chop tak masuk dalam senarai berbukalah...
DeleteOh jadinya itulah tempat dating MD ya....wah mengimbau kenangan lalu,mesti terbayang di ruang mata saat ber2 ketika tu kan :-).
ReplyDeleteSelipar jamban pun ok juga,janji abang hensem kan.
Salah satu tempat datinglah, kak. Saya dating tak lama. Setahun lebih aje. So banyak jugalah tempat dating yang lain-lain. Hahaha!
DeleteMasa dating dulu-dulu, kalau makan chicken chop pun tak habis. Kena tinggal kurang satu perempat gitu. Konon kenyanglah (padahal kebulur tahap tak boleh tahan). Tapi sekarang ni kalau makan habis, boleh minta lagi kat partner punya sikit. Hahaha!
Ni entri senafaslah ek? Mak yg baca tak de nafas tau..... sebab nak jawab soklan yg kat bawah tu hihi....
ReplyDeleteCantik jugak suasana kedai makan tu ye Kak Ton siap ada KLCC belakang tu ha. Eleh ....dating duduk dlm cahaya samar kat situ mesti main suap suapkan....kikiki
Tak perlah Kak Ton janji niat baik tu dah ada dan dah buat pun. Yg rasa mcm kurang ikhlas tu kita serahkan ajelah pada Allah.....manusia namanya kan, biasalah tu...
Mak punya nafas pendeklah tu ~_^ Boleh baca senafas aje ni kalau nak dibandingkan dengan entri panjang berjela Kak Ton yang lain. Asal jangan hilang nafas sudahlah. Hahaha!
DeleteOh, memang menggamit memorilah, Mak! Ditemani sinar lampu dari KLCC nun, memang syahdu habis zaman berdating dulu. Nak makan pun rasa-rasa tak lalu aje walaupun tengah kebulur katanya!
Ish, takdalah Mak! Masa tu nak bertentang mata pun malu. Maklumlah, buah hati pengarang jantung tengah makan kat depan. Jeling jangan sampai si dia perasan ajelah yang mampu. Hahaha!
La ni, tak kira dah! Kalau nak makan, dah tak menunggu-nunggu. Makan aje kasi licin sebab lapar ^_^
Sedih Kak Ton rasa. Baru aje feeling nak buat amal tetiba terbolak-balik pulak hati ni dok fikir betul ke apa yang kita dah buat!
Ohh sesekali mengimbau zaman bercinta ni best...
ReplyDeleteNmpk menunya macam best.harga pun murah.
Awat adik cute perangai dah serupa Afia..Afia sejak dh besar ni pun jenis tak boleh berlama.time kita makan time tu la dia sibuk nak berak..sakit perut..nak ajak balik.huhu
Bukan selalu dapat mengimbau zaman cintan-cintunkan, PK. Lagilah kalau budak-budak ni ada, memang potong stim aje nanti aje nanti dek pertanyaan mereka!
DeleteDia memang tak suka keluar rumah. Entah apa yang best sangat duduk rumah gamaknya. Asal masuk kereta, terbongkang tidur. Lepas tu mulalah merengek mengada-ngada. Kalau marah, merajuk! Geram betul!
Nampak best dan xdela mahal sangat.. aummm
ReplyDeleteHarga okey. Rasa pun not bad. Pemandangan pun boleh tahan. Suasana pun damai aje (kalau tak ramai orang). Kiranya takdalah menyesal sangat kalau tersinggah di sini.
Deletepagi2 tgk gambar makanan, lapar lah kak woiiiii..
ReplyDeleteperut dah lah kruk kruk ni.. huhuhu
Cuba tengok dalam drawer kotnya ada saki-baki biskut buat makan sementara tunggu lunch nanti. Hehehe!
DeleteSayakan kalau keluar berdua, memang resah gelisah memanjang sekarang ni. Tak syok rasanya dating berdua kalau anak-anak takda! HD pun sama. Mulalah kejap-kejap sebut nama anak. So takpalah dating berempat ^_^
ReplyDeleteSaya suami isteri adakalanya memang suka mengenang tau tapi bila suami ingatkan, saya yang selalu terlupa fakta. Hahaha!
seronok tu dapat makan dengan anak2 sambil mengimbau kenangan masa bercinta dolu-dolu..takpelah tak ingat tarikh dan tahunnya yang penting masih ingat dengan orangnya hehehe...saya pun kuranlah ingat tarikh2 macam tu
ReplyDeleteye lah kalau dah diminta macam tu rasa tak ikhlas pulakkan tapi takpe kita bagi je ikut seikhlas kita nak bagi kan
Sesekalikan. Memanglah seronok. Anak-anak pun banyak pulak soalannya nak tanya. Dia kat mana masa tu. Kenapa keluar berdua aje, etc.etc...
DeleteSedangkan anniversary pun boleh terlupa, inikan pulak tarikh berdating kat tempat macam ni. Hahahah!
Sekarang ni macam rasa tak ikhlas pulak sebab kita dok fikir budak ni bercakap benar ke tidak. Apa-apa pun harapnya niat ikhlas kita tu diterima Allah jugalah...
amboii MD..dok mengenang tempat dating lama na..hihi..seronok gak bila bawa anak-anak ke tempat kita dating dahulu... Chicken Chop nya nmpk sedap lah!
ReplyDelete**erm yg bab nak sedekah tu, susah jgk kan?.. skrg ni banyk jadi mc tu lah... terbantuk kekdang niat kita yg ikhlas memula tu... betul @ tidak budak tu nak beli ubat, wallahualam..kan.... huhu
Hahaha! Sesekali apalah salahnya ~_^ Tapi itulah susah betul nak mengenang zaman bercinta depan anak-anak ni. Potong stim tau, terus takda rasa romantiknya lagi!
DeleteKat sini lebih betterlah chicken chopnya berbanding dengan sebelum ni. So tercapailah hajat nak pekena chicken chop sebelum puasa ni.
Itulahkan. Kadang-kadang kita ni cuba nak berniat ikhlas tapi ada aje halangan. Sebenarnya malas nak buka cerita tapi nak jugalah tanya pendapat kalau terkena begini, nak buat macamana agaknya!
wah! bawa anak-nak p restoran tempat dating dulu
ReplyDeletefewittt. hehe. saya dulu pun ada niat nak bawa
sekali restoran tu dah tutup! haha
suami saya kata, sebab kami dulu pelanggan tetap diorang
sekali dah tak p. terus melingkup restoran...hehe.
nampak menarik menu dan dekorasi dia
emm...bila nak bawa kami pula? hehe
susah juga persoalan MD ni
kadang tu juga satu ujian buat kita
nak cite panjang pun, bukan orang yang arif
keikhlasan ni hanya ALLAH aje yang tahu
tapi takpelah MD, janji dah betul niat tu
Kecohlah depa. Langsung tak boleh re-act zaman dating-dating dulu tau. Kacau jerk di pertengahan romantika d amor gitu ^_^
DeleteLa, napa pulak kita orang nak bawa you orang berdating kat sini? Sila jawab! Hahaha!
Itulah, niat seikhlas-ikhlasnya tetiba kena 'lempang' dengan permintaan macam ni. Terus tiba-tiba berdolak-dalik jadinya. Harap-harap Allah Maha Memahami hendaknya niat sebenar kita...
ooo tempay kenangan mommy n daddy ye
ReplyDeletesaya baru sekali ke sini . suka dgn deko deko kedai dorng.lain dr yg lain, kan !!
tunggulah rania besar sikit, blh lah ke sini lg.. bukan ape suasana nya mmg sesuai utk org berdating gituu..
yg pntg niat kita md..Allah Maha Mengetahui, kan !
Hmmm, hmmm... yalah tu, CikSu ^_^
DeletePemandangan menarik dari sini tapi saya pun dah lama tak pergi sini. Itulah first time pergi selepas berkahwin ^_^
sure mengimbau kenangan lama kan..
ReplyDeleteseronoknya.. skrg ni dating kena lah bawak anak2. hehhe
Sekarang dating tak boleh berdua. Mesti berempat. Kalau tak, tak seronoklah ^_^
Delete