Happy Birthday, My Boy ^_^

Salam 10 Safar kawan-kawan!

Sepatutnya entri ni di-up-kan semalam sempena hari ulang tahun kelahiran Adik Cute yang ke-5. Kalau ikut my kebiasaan, memang tepat pada waktu dan hari kelahiran Adik Cute sepatutnya ada satu entri dedikasi khas untuk my anak-anak bujang ^_^ 

But then nak buat macamana, keadaan tak mengizinkan semalam. Walau bagaimanapun, I tetap juga berjaga sampai 12.01 pagi pada Nov 9, demi nak wish, hug and kiss si Adik Cute walaupun birthday boy dah lama lena dibuai mimpi ~_^ 

Aha, jangan ditanya mengapa I tak update blog  beberapa hari ni. Jawapan pun dah ada dalam entri sebelum-sebelum ni. Ini pun celah belum aje mengupdate ~_^

I tersangatlah sibuknya dua hari pertama minggu ni dan semalam I bercuti pulak sempena hari ulangtahun anak bongsu. Makanya tahu ajelah kalau dah di rumah tu macamana tugasan hariannya. Nak sentuh laptop, memang takda masa. Nak update guna smartphone, janganlah harap. Rabun beb ^_^

Kerjaya 'surirumahtangga' ni memang jauh lebih sibuk berbanding lain-lain kerjaya dalam dunia. Presiden US pun boleh kalah kalau nak dibandingkan kesibukannya! Nak buat macamanakan...

Things to do list berlegar-legar dalam kepala walaupun malam dah larut dan mata dah mengantuk. Never ending punya ceritalah kalau berkisar tentang kerjarumah ni...

Again semalam I jadi gurubesar sekolah dan tadika. Anak-anak dicutikan ^_^ 'Meronta-ronta' guru tadika Adik Cute suruh hantar si kecil ni ke tadika sebab nak praktis tarian. Mommynya apa peduli, dah namanya dia yang jadi prinsipal. Memang hancurlah dunia tadika dikerjakannya ^_^

So semalam pagi, kita mulakan dengan breakfast di luar rumah dengan anak-anak, Ngah dan juga Chik yang kebetulan datang ke KL ^_^ Selesai sesi mengumpat tiga beradik sarapan, I, Mak dan Ngah bawa my superheroes ke Aeon. Cari something untuk buat majlis makan-makan kecil untuk harijadi Adik Cute. Dah tahu nak buat makan-makan, sampai ke pagi harijadinya masih tak tahu nak sediakan makanan apa. Oh, masak tidaklah! Malas den ... ~_^

Bawalah juga anak-anak ke Molly Fantasy - tempat wajib untuk perabih duit kalau tiba harijadi anak-anak. Since hari tu harijadi Adik Cute, mintalah apa sahaja. Mommy and MakNgah tak kisahhhhhh..... 

Balik dari Aeon, kami pergi beli kek harijadinya. Lepas tu barulah balik rumah sekejap. Dalam pukul 4 lebih, I keluar lagi pergi beli KFC dan Dominos. Dah itu yang disenaraikan oleh Adik Cute. Dia dah bebel suruh sediakan kek, KFC dan pizza! Senang bangat kerja Mommy.... ~_^

Buatnya dia request nak mi bandung, soto ayam, nasi impit berserta kuah lodeh, kuah kacang dan rendang ayam, tak ke havoc dunia MakNgah Mommynya nanti kena sediakan!

Ngah pulak keluar pergi membeli mi rebus dan sate. My sister Chik nak gorengkan mi tapi kita kata jangan buang masa dan tenaga. Kita beli aje habis cerita. Lagi pun bukan jemput sesiapa pun, sekadar family Ngah dan Chik aje!

Birthday boy memang dari celik mata awal pagi tu sampailah ke acara potong kek selepas Maghrib tak berhenti-henti membebel kenapalah lama sangat ambil masa nak suruh dia potong kek nih.... 

Sepatut-patutnya pagi masa dia bangun tidur tu dah terhidang kek depan mata untuk dipotong. Hadiah-hadiah semua dah siap susun ^_^ Aduhai...

Maka membebellah dia dok sound semua orang berdekatan supaya siapkan semuanya cepat sikit untuk sambut birthday dia....

Nah belanja satu gambar aje...


For my birthday boy, Luqmann Uzair, semoga kekal comel and manja busyuk-busyuk dengan Mommy ya! Mesti sayang Mommy macam takda orang lain lagi dalam dunia ni untuk disayangi ~_^

Dan doa emak untuk anak-anak rasanya lebih kurang sama aje ~ semoga Adik Cute jadi anak yang soleh, baik budi pekerti, taat pada ibubapa, sentiasa dilindungi-Nya dan cerahlah hendaknya masa depan!

I love you so much my dear baby boy *_*








Comments

  1. Happy Belated Birthday Luqman Uzair ! Heheh. Tudiaa meriah dengan macam macam makanan nak sambut birthday :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdalah juga macam-macam yang disediakan Nani. Dapat emak jenis pemalas, memang semua pun 'readymade' aje senang. Nasib baik anak bujang akak pun memahami sikap Mommynya yang jarang berada di dapur ^_^

      Delete
  2. alahai adik cute a.k.a Luqmann Uzair..happy birthday sayang.tak sedar dah 5 tahun kan MD. hensem & comel sangat...excited nak sambut birthday kan..tak sabor2 dah dia... untungnya! hari jadi adik cute boleh mintak apa saja... yahooo... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam baru semalam aje si kecil ni lahir tau, Atie. Tahu-tahu semalam dah 5 tahun umurnya. Janganlah cepat sangat membesar, nanti saya rindu pulak akan keletah anak-anak masa kecil! Biarlah dia bermanja, bergurau-senda lebih-lebih sikit ^_^

      Wah, jangan ditanya nak apa! Semua pun dia nak! Pengsan ler!

      Delete
  3. Baru tukar font ek Kak Ton.... Rasa mcm besar lain macam pulak fontnya. Dah naik power ke? haha....

    Hepy Bezday adik cute yang sangat cute....Aunty pun doakan doa yg sama mcm mommy ye. Adik memang memahami mommy sangat sangat, semua yg segera segera je yang dimintaknya haha....

    Awat lambat sangat potong kek Kak Ton? Kesian adik tak sabar. Tapi yelah kan takkan tengahari tengahari nak makan kek pulak ek. Muak weyh hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinda ni... biarlah besar font kanda suka. Senang baca:)

      Delete
    2. Happy birthday adik.
      Semoga apa pun juga impian menjadi kenyataan.
      Bahagia dunia dan akhirat.

      Delete
    3. Taklah, Mak. Memang tetiba Kak Ton rasa font ni besar gila. Memang bestlah sebab jelas, terang dan nyata tapi naya jugalah diri ni dek kerana dari jauh bos boleh nampak font text ni. Nasib baik dia tak reti baca BM.

      Mak kecilkan sendirilah font tu. Kak Ton ni pun bila dah besar sangat fontnya, letih pulak nak skrol sampai habis. Hahaha!

      Itulah anak yang soleh dan taat pada ibu(bapa). Dia tahu Mommynya memang malas nak ke dapur, makanya dari awal dia dah minta hadiah, kek, pizza dan KFC aje. Dibedalnya pepperoni piza tu dua beradik jerk. Memang favorite merekalah!

      Eh, nak potong kek mestilah lepas maghrib. Barulah semua dapat merasa. Kalau potong siang buta, Kak Ton ngan anak aje yang melantak. Ini pun Kak Ton terpaksa bawa KFC fried chicken seketul dan saki-baki kek ke pejabat untuk breakfast n lunch tau. Dah anak nak potong kek aje, makannya bukan banyak mana pun!

      Delete
    4. Terima kasih, Kakzakie. Harapannya pun begitu jugalah. Jadi mak-mak ni sebenarnya, permintaan pada anak-anak tu bukan untuk kepentingan diri sendiri. Untuk diri mereka jugakan, kak ^_^

      Delete
  4. wah birthday celebration untuk dia ye..besar dah si adik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya tahun ni takda jamuan makan-makan (kecil) ni sebabnya si masa birthday si abang hari tu, makan di luar aje empat beranak. Tapi si kecil ni bukan main bebel macam-macam nak masa harijadinya. Lepas ni kena back to fair and square. Kalau sambutan untuk abang macam ni, adik pun macam ni juga. Takda berlebih-lebih ^_^

      Delete
  5. hepi birthday Adik Cute...lain kali mintaklah sate ke, pavlova ke..hehe. semoga makin hensem dan ramai makwe kat tadika nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, no! Janganlah Dik minta bukan-bukan. Mommy ni pun bukan rajin membuat, selalu pun meminta juga pada yang simpati. Hahaha!

      Nasib baik menu makannya senang betul. Semua pun dibantai fastfood. Tinggal nak keluar duit ajelah. Tapi kalau duit tu digunakan untuk masak menu, penuh meja rasanya... Nak buat macamana, dapat Mommy pun ala-ala retis dan malas ke dapur ^_^

      Delete
  6. hepi beday hensem boy!! stay hensem okeyyy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youlah, aunty ^_^

      Hah, stay handsome tu memang Mommynya pun menyokong penuh ^_^

      Delete
  7. Hepi bday adik..

    psttttt: akak ingatkan MD masak2 & jemput kami rakan2 blogger terutamanya jiran sebelah ntuk memeriahkan majlis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Lama lagilah kejadian macam tu nak berlaku, UA. Kalau nak suruh saya ni masak-masak, alahai... Lagi baik saya tempah dengan kawan-kawan blogger yang boleh bergelar chef. Lagi afdal rasanya ^_^

      Delete
  8. wow kfc pizza tu best2

    nasib tak mintak lemang ye tak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia minta lemang, saya katalah lebih baik kita sambut birthday sekali harung dengan raya. Itu pun bukan saya yang buat lemang, saya beli aje. Lain-lain biar kakak saya uruskan. Saya ni bab dapur memang lemah betul kepala lutut. Bab jalan cari bahan tu takdalah pulak lemah kepala lutut ^_^

      Delete
  9. First time reading yours. It is lovrly.
    Adik tu pun lovely.

    It is me from:
    http:biarlembuyanglembu.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, thank you! Nanti kalau ada masa, akak pergi singgah ke blog Adam pulak ya!

      Delete
  10. Happy belated birthday Luqmann Uzair. Semoga menjadi insan soleh yang beroleh kejayaan di dunia dan sejahtera di akhirat. InsyaAllah. Aamiin...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kakcik.

      Amiinn! Harapnya apa yang kita mohon pada Allah tu dimakbulkan hendak-Nya. Jadilah anak-anak yang beriman dan taat pada ibubapa. Bukan banyak pun permintaan kitakan, Kakcik!

      Delete
  11. Replies
    1. Thank you very much ya, MK ^_^

      And, thanks again for dropping by...

      Delete
  12. Happy belated birthday adik cute..
    Semoga terus manja dgn mommy ye..
    Org lain pedulik kan..
    Kemain lagi mommy tu kan hahaha..

    Dah terbentang depan mata kek tu..
    Mahu tak membebel si adik cute..
    Maghrib baru nak potong..
    Berganda membebel lah kan..
    Ish ish mommy lambat kan adik..
    Camna nak sayang mommy sorang je ni 😆😆😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, yalah! Penat Mommy melahirkan, membesarkan dan menjaga dengan penuh kasih-sayang sampai melimpah-ruah. Mestilah nak sayang Mommy paling lebih juga!

      Nasib baik kali ni dia puas hati dapat potong kek sendiri. Selalunya dia kerja potong kek harijadi orang lain! Rasanya lepas ni bolehlah tahan gian nak potong kek tu sampai the next birthday. Hahaha!

      Sibuk CH... buka aje mata teruslah tanya mana hadiahnya, mana keknya. Dah tahu harijadinya kenapa tak beli kek awal-awal! Membebel aje. Ikut siapa, tak tahulah ~_^

      Delete
  13. selamat hari lahir luqman uzair, semoga menjadi anak yang soleh, cmeerlang dunia akhirat dan sentiasa dalam keredhaan Allah swt.

    5 tahun dah ye, sama dengan anak saya yang nombor 2 tu ..beza lahir sebulan saja ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, AA. Kejap aje dah 5 tahun. Kalau tengok rupanya sekarang, memang jauh beza masa 4 tahun sebelum ni. Nampaklah makin chubby, makin tinggi dan makin dewasa ^_^ Rindu pulak zaman babynya! Aduhai...

      Delete
  14. happy belated birthday utk adik cute MD
    laaaa nampaknya nak sama hari jugak birthday adik cute dengan anak kaknoor lah
    macam serasi gitu, klau dekat boleh sambut sesama ni
    semoga menjadi anak soleh dan patuh kepada kedua orang tua ya adik cute cayangggg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KakNoor.

      Laaa... ya ke? Kalau dekat boleh sambut bersama. Lepas tu boleh suruh KakNoor aje yang uruskan kek harijadi dan menu makan-makan. Saya tukang sambut tetamu ek. Hahaha!

      Delete
  15. Hepi besday adik cute, mmg cutelah adik ni,mak paknya pun mesti cute kan;)
    Adik cute thn depan kena mta mommy masak sendiri plak tau, kata kt mommy sbg hadiah harijadi, ingat tau ajaran makcik nih><

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Entahlah makpaknya cute ke tidak! Selalunya anak-anak aje yang cute, makpak semua dah kecut dah ^_^

      Oh, ho! Minta-minta bukanlah dalam masa yang terdekat ni Adik Cute buat request macam tu! Tersiksa jiwa raga Mommynya nanti!

      Delete
  16. Ala.. sorry la Luqman.. aunty ni kepelupaan sungguh skrg ni . Hari tu dah baca entry ni, taip mesej sikit si baby dah menangis, jd ingatnya lepas tu nak tulis semula.. tp sampai kesudah lupanya.. banyak nau urat putus agaknya.. kelupaan asyik menjadi jadi je skrg ni.. stress jadinya..

    Semoga adik cute, Luqman ni sentiasa diberkati Allah dengan kesihatan yang baik, keceriaan peribadi, kebahagiaan serta kejayaan dalam hidup ya.. moga jadi anak yg membahagiakan mommy dan daddy ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai lah, Aunty! Kalau dah cikgu tu, terserlah gaya penulisan cikgu-cikginya tau!

      Aunty dah ada baby ni, memang kengkangan masa tu perkara biasalah. Banyak urusan nak diselesaikan, ya tak, AN?

      Terima kasihlah banyak-banyak masih lagi sempat tinggalkan ucapan untuk anak bujang saya ni.

      Delete

Post a Comment