Salam sayang kawan-kawan!
Apa khabar hari ni?
Masih lagi drag kaki tu bangun dari tidur and pergi kerja?
Ke I seorang aje yang feeling macam tu? Hehehe...
Hari ni demi menuntutkeadilan satu hari satu entri macam dulu-dulu, makanya I tabahkan hati menaip entri walaupun yang sebenarnya I ditimpa MALAS. Tapi knowing me, malas-malas pun mahu panjang entrinya, ya tak? 😁 (erkkk...hodohnya emoji!)
I masih tak dapat bercerita as usual tentang cerita suka-duka-nestapa everyday life since masa tak mengizinkan. Walaupun kuasa typing I ni kira power juga, tetaplah aura membebel tu belum sampai ke tahap yang sepatutnya!
Okey, ni nak ceritabanyak sikit...
Siapa suka main scrabble? Or siapa pernah suka main scrabble? (Tak payahlah susah-susah angkat tangan, bukan I nampak pun dari sini!)
Eh, ada ke yang tak pernah main scrabble?
Sebelum masuk ke intipati cerita, I nak korek 'parit' kiri-kanan, depan belakang dulu ya 😊
Haraplah bersabar!
Semalam baca entri UA berkaitan diftong dan vokal berganding (See! See! I dah mention nama! Kalau nak tersayat hati luka parah juga, tak tahulah den nak ubati dengan apa cara tau, UA 😃)
Mak, mak sekarang memang beruntung berlipat kali ganda! Asal tak tahu aje apa yang si anak belajar, google ajelah. Bukan susah mana punkan! Dan budak-budak sekarang ni pun, baru Tahun 1 belajar macam esok nak ambil exam nak masuk universiti pulak. Relakslah cikgu...
Cuba tengok my anak bujang tercomel@Adik Cute, asal teacher beri homework lebih daripada 3 buku latihan, dia pun start komplen...
Teacher Caryn ni pun satulah! Bagi homework banyak-banyak! Dia tak tahu ke budak-budak ni penat bila dah balik rumah!
Padahal homework dia sekadar nak tulis dalam chinese characters nombor 3 sampai 5 aje. Tapi yalah, setiap nombor kena buat satu mukasurat dan ada dua lagi homework dalam buku latihan lain! Memang patutlah pun dia komplen sebab masa bermainnya telah 'direntap' dan dipendekkan dek homework teacher beri 😊
By the way, hari ni dia tak pergi tadika sebab dia feels scary sangat sebab Aunty Bakiam@ pembantu tadika itu telah bergurau semalam sambil berkata,
Tomorrow you sleep here okay!
Ahah, terus tak nak pergi school hari ni takut kena tidur kat tadika!
Baguslah! Mommy dah berhabis RM2500 ni, dia pi buat hal macam ni pulak!
Semalam baca entri Datin Mah-Sor (oppssss......typo errorlah! Tapi takpa, kita biarkan ajelah yerk KakG glamour ~_^)
KakG (eiii, apahal pulak nak berahkak-ahkak ni, kitakan muda-muda belia belaka!) kata kenapalah susah nak jadi baik! Solat tak pernah tinggal pun belum tentu diterima Allah! Kenapa?
Sebabnya takda jiwa...
Buat solat main nak cepat selesai.
Buat solat tapi hati tak ingat Allah. Ingat benda lain.
Khusyuk katanya bersolat tapi baru angkat takbir, dah macam-macam 'peristiwa' keluar dalam minda! Dahlah tu, takda satu pun yang ada kaitan dengan solat!
Tapi kecoh nak pahala lebih.... 😊
So, semalam I rasa 'tertampar' sekejap!
Makanya semalam dek kerana Mami nak masak Uzbek rice ball with minced beef I-tak-tau-nama-in-uzbek-so-sila-jangan-tanya-lebih-lebih, makanya I ada ample time untuk bersenang-lenang. So, I pun masuklah bilik kononnya naklah buka helaian AlQuran lepas solat tapi tetiba anak bujang kata,
Mommy, nak lawan scrabble tak?
Eh, jom! Jap eh Mommy nak solat Asar dulu!
Makanya, Al-Quran dilupakan lalu bermainlah scrabble dengan anak bujang....
Duh, hodoh perangai mak macam ni tau!
Anak bujang tersado tak salah sebab mengajak kerana dia tak tahu pun Mommynya pasang niat dalam hati tapi terang-benderang tanpa disuluh memanglah Mommynya ni penuh dengan kelemahan iman gitu...
Itulah iman setipis kulit bawang katanya...
Kalau time membaca bukan main insaf dalam hati tapi habis aje baca, terus lupa!
------------------------------------------------------------------------
Okey, dah!
Mari masuk intipati tajuk di atas 😉
Alkisah, Bubbly Abang telah 'diheret' sekali lagi tahun ini untuk join Scrabble team di sekolahnya. I pun tak tahulah mengapa. Last year, 'diheret' dek one of the English teachers masuk public speaking. Dek kerana anak bujang I ni lurus bendul, pergi ko-ko tapi tak pergi public speaking, makanya dia kena marah dengan English teachernya. Maka dia simply jerk minta keluar dari public speaking, lagi pun katanya bukan dia yang nak masuk pun!
Kali ni tetiba tengah sibuk dalam persatuan caturnya, tetiba dipanggil ke bilik guru kerana entah English teacher mana pulak telah suggest namanya untuk dimasukkan dalam team Scrabble ni. Pontang-panting my anak sensorang dari Tahun 5 dan yang lain semua Tahun 6. Dahlah perempuan kebanyakannya, dahlah my anak bujang ni nampak aje penuh kesadoan tapi kenyataannya he's a very shy person, memang tak tahulah I berapa lama dia mampu bertahan. Silap haribulan dia minta keluarkan nama lagi dari masuk competition!
Maka satu hari dia telah pulang membawa scrabble board game tu dengan ucapan dari teacher in charge,
Luth, you can take home as long as you want. But bring it to school on Wednesday, okay!
Ah, sudah! 24 jam main scrabble pulak! Maklumlah segala gadgets Mommynya dah sembunyikan celah mana, password komputer dah ditukar, makanya dia takda pilihan!
So, dek kerana anak kena main scrabble, Mommy pun tumpang sekakilah 😊
Tak cukup berlawan guna Scrabble board yang sekolah pinjamkan, kita lawan pulak dalam smartphone. Kita lawan droid pulak 😊
Siapa menang, you guess?
Alkisahnya, Bubbly Abang tengah stress sekarang ni sebab lawan dengan Mommy asyiklah Mommy yang menang. Siap tanya tu apa lagi alphabet yang ada. Siap suggest tu perkataan yang boleh create kalau ada abjad ni, ni mahu pun ini. Manalah tak stress...
Droid lawan dengan Mommy pun kalah. Nak buat macamana... Mommy is clever bebenor 😊
Dalam banyak perlawanan, sekali ajelah droid menang sebabnya Mommy tertekan entah apa-apa kat smartphone tu dek kerana rabun, lantasnya droid diisytiharkan menang! Tak aci!
Tapi ada masanya kita main ngelat juga. Bila dah nak habis dan malas fikir, kita siap google lagi perkataan apa boleh create dengan baki abjad yang ada! Wujud ke tidak perkataan tu sebenarnya...
And nak tahu tak tugas Adik Cute apa?
Tugasnya senang aje. Kalau kita main board game ni, dia cuma tolong keluarkan abjad dari kantung tu aje.
Dik, give Mommy two alphabets!
Dik, give Abang four alphabets!
Tugas dialah tu...
Ada masanya dia siap cakap kuat-kuat,
Nah, Abang punya 'A'!
Eh, Mommy dapat 'B' dengan 'C'!
Punyalah!
Jadi sekarang ni kalau ada masa terluang, memang kami dua beranak main scrabble ajelah di rumah. Daddynya tak join sebab sibuk berborak. Buvijon pun dok pelik entah apa dua beranak ni syok-syok ngadap board game! Adik Cute of course boring sebab takda geng sampai terpaksa main pistol air tembak semut 😊
Eh, dah panjang rupanya bercerita!
Kita sambung esoklah.
Tak! Tak! Bukan sambungan kisah scrabble ni. Cerita lainlah... 😉
Apa khabar hari ni?
Masih lagi drag kaki tu bangun dari tidur and pergi kerja?
Ke I seorang aje yang feeling macam tu? Hehehe...
Hari ni demi menuntut
I masih tak dapat bercerita as usual tentang cerita suka-duka-nestapa everyday life since masa tak mengizinkan. Walaupun kuasa typing I ni kira power juga, tetaplah aura membebel tu belum sampai ke tahap yang sepatutnya!
Okey, ni nak cerita
Siapa suka main scrabble? Or siapa pernah suka main scrabble? (Tak payahlah susah-susah angkat tangan, bukan I nampak pun dari sini!)
Eh, ada ke yang tak pernah main scrabble?
Sebelum masuk ke intipati cerita, I nak korek 'parit' kiri-kanan, depan belakang dulu ya 😊
Haraplah bersabar!
----------------------------------------------------------------------
Mak, mak sekarang memang beruntung berlipat kali ganda! Asal tak tahu aje apa yang si anak belajar, google ajelah. Bukan susah mana punkan! Dan budak-budak sekarang ni pun, baru Tahun 1 belajar macam esok nak ambil exam nak masuk universiti pulak. Relakslah cikgu...
Cuba tengok my anak bujang tercomel@Adik Cute, asal teacher beri homework lebih daripada 3 buku latihan, dia pun start komplen...
Teacher Caryn ni pun satulah! Bagi homework banyak-banyak! Dia tak tahu ke budak-budak ni penat bila dah balik rumah!
Padahal homework dia sekadar nak tulis dalam chinese characters nombor 3 sampai 5 aje. Tapi yalah, setiap nombor kena buat satu mukasurat dan ada dua lagi homework dalam buku latihan lain! Memang patutlah pun dia komplen sebab masa bermainnya telah 'direntap' dan dipendekkan dek homework teacher beri 😊
By the way, hari ni dia tak pergi tadika sebab dia feels scary sangat sebab Aunty Bakiam@ pembantu tadika itu telah bergurau semalam sambil berkata,
Tomorrow you sleep here okay!
Ahah, terus tak nak pergi school hari ni takut kena tidur kat tadika!
Baguslah! Mommy dah berhabis RM2500 ni, dia pi buat hal macam ni pulak!
----------------------------------------------------------------------
Beralih ke 'cerpen' nombor dua pulak ya lepas ni baru kita masuk ke tajuk hari ini ...
Semalam baca entri Datin Mah-Sor (oppssss......typo errorlah! Tapi takpa, kita biarkan ajelah yerk KakG glamour ~_^)
KakG (eiii, apahal pulak nak berahkak-ahkak ni, kitakan muda-muda belia belaka!) kata kenapalah susah nak jadi baik! Solat tak pernah tinggal pun belum tentu diterima Allah! Kenapa?
Sebabnya takda jiwa...
Buat solat main nak cepat selesai.
Buat solat tapi hati tak ingat Allah. Ingat benda lain.
Khusyuk katanya bersolat tapi baru angkat takbir, dah macam-macam 'peristiwa' keluar dalam minda! Dahlah tu, takda satu pun yang ada kaitan dengan solat!
Tapi kecoh nak pahala lebih.... 😊
So, semalam I rasa 'tertampar' sekejap!
Makanya semalam dek kerana Mami nak masak Uzbek rice ball with minced beef I-tak-tau-nama-in-uzbek-so-sila-jangan-tanya-lebih-lebih, makanya I ada ample time untuk bersenang-lenang. So, I pun masuklah bilik kononnya naklah buka helaian AlQuran lepas solat tapi tetiba anak bujang kata,
Mommy, nak lawan scrabble tak?
Eh, jom! Jap eh Mommy nak solat Asar dulu!
Makanya, Al-Quran dilupakan lalu bermainlah scrabble dengan anak bujang....
Duh, hodoh perangai mak macam ni tau!
Anak bujang tersado tak salah sebab mengajak kerana dia tak tahu pun Mommynya pasang niat dalam hati tapi terang-benderang tanpa disuluh memanglah Mommynya ni penuh dengan kelemahan iman gitu...
Itulah iman setipis kulit bawang katanya...
Kalau time membaca bukan main insaf dalam hati tapi habis aje baca, terus lupa!
------------------------------------------------------------------------
Mari masuk intipati tajuk di atas 😉
Alkisah, Bubbly Abang telah 'diheret' sekali lagi tahun ini untuk join Scrabble team di sekolahnya. I pun tak tahulah mengapa. Last year, 'diheret' dek one of the English teachers masuk public speaking. Dek kerana anak bujang I ni lurus bendul, pergi ko-ko tapi tak pergi public speaking, makanya dia kena marah dengan English teachernya. Maka dia simply jerk minta keluar dari public speaking, lagi pun katanya bukan dia yang nak masuk pun!
Kali ni tetiba tengah sibuk dalam persatuan caturnya, tetiba dipanggil ke bilik guru kerana entah English teacher mana pulak telah suggest namanya untuk dimasukkan dalam team Scrabble ni. Pontang-panting my anak sensorang dari Tahun 5 dan yang lain semua Tahun 6. Dahlah perempuan kebanyakannya, dahlah my anak bujang ni nampak aje penuh kesadoan tapi kenyataannya he's a very shy person, memang tak tahulah I berapa lama dia mampu bertahan. Silap haribulan dia minta keluarkan nama lagi dari masuk competition!
Maka satu hari dia telah pulang membawa scrabble board game tu dengan ucapan dari teacher in charge,
Luth, you can take home as long as you want. But bring it to school on Wednesday, okay!
Ah, sudah! 24 jam main scrabble pulak! Maklumlah segala gadgets Mommynya dah sembunyikan celah mana, password komputer dah ditukar, makanya dia takda pilihan!
So, dek kerana anak kena main scrabble, Mommy pun tumpang sekakilah 😊
Tak cukup berlawan guna Scrabble board yang sekolah pinjamkan, kita lawan pulak dalam smartphone. Kita lawan droid pulak 😊
Siapa menang, you guess?
Alkisahnya, Bubbly Abang tengah stress sekarang ni sebab lawan dengan Mommy asyiklah Mommy yang menang. Siap tanya tu apa lagi alphabet yang ada. Siap suggest tu perkataan yang boleh create kalau ada abjad ni, ni mahu pun ini. Manalah tak stress...
Droid lawan dengan Mommy pun kalah. Nak buat macamana... Mommy is clever bebenor 😊
Dalam banyak perlawanan, sekali ajelah droid menang sebabnya Mommy tertekan entah apa-apa kat smartphone tu dek kerana rabun, lantasnya droid diisytiharkan menang! Tak aci!
Tapi ada masanya kita main ngelat juga. Bila dah nak habis dan malas fikir, kita siap google lagi perkataan apa boleh create dengan baki abjad yang ada! Wujud ke tidak perkataan tu sebenarnya...
And nak tahu tak tugas Adik Cute apa?
Tugasnya senang aje. Kalau kita main board game ni, dia cuma tolong keluarkan abjad dari kantung tu aje.
Dik, give Mommy two alphabets!
Dik, give Abang four alphabets!
Tugas dialah tu...
Ada masanya dia siap cakap kuat-kuat,
Nah, Abang punya 'A'!
Eh, Mommy dapat 'B' dengan 'C'!
Punyalah!
Jadi sekarang ni kalau ada masa terluang, memang kami dua beranak main scrabble ajelah di rumah. Daddynya tak join sebab sibuk berborak. Buvijon pun dok pelik entah apa dua beranak ni syok-syok ngadap board game! Adik Cute of course boring sebab takda geng sampai terpaksa main pistol air tembak semut 😊
Eh, dah panjang rupanya bercerita!
Kita sambung esoklah.
Tak! Tak! Bukan sambungan kisah scrabble ni. Cerita lainlah... 😉
bleh pndai english satu family
ReplyDeleteAhah, betul tu! Boleh mahirkan diri dengan perkataan baru ^_^
DeleteScrabble ini salah satu game yg ada di rumah kakak MD
ReplyDeleteKami buat tema. Contohnya tema sport; so semua word mesti berkaitan sport. Vegetables semua mesti berkaitan vegetable. Siapa memang dia boleh pilih tema. Itu style kakak sekeluarga. Boleh cubalah syok tau...:)
Oh, ya ke Kakzakie buat macam tu lagi interesting? Nantilah nak cuba. Mesti lagi cepat si Bubbly Abang mengeluh. Mommy pun tak boleh bersabar kalau ambil masa lama sangat nak build new word!
Deleteamboi! panjangnya cerita, tak padan dengan tajuknya yang seketul ajer.
ReplyDeleteAdik dah 6 tahun mestilah bertambah homeworknya. tulisan mandarin pulak tu, kan byk cabang2...hihi. Adik ada buat hal di sekolah ke sampai pembantu tu suruh tidur di sekolah esoknya, MD?
eh bukan MD jer yg rasa tertampar dgn entry kakG semalam, saya pun terasa tau! tapi belum buat tindakan apa2 lagi...haha. adoii hai, tak tahulah kenapa.
saya pernah main scrabble tp dah lama sangat. di bangku sekolah lah agaknya. sekarang otak dah beku. entah boleh ke lagi nak menyambung huruf jadi perkataan. bagus ya MD anak-beranak main permainan macam ni, boleh asah otak berfikir...^_^
KB, dalam blog kita ni tajuk tak membawa maksud apa-apa. Kadang-kadang tajuk takda kaitan pun dengan jalan penceritaan. Ni macam ala-ala David Teo buat filemlah, syok sendiri memanjang. Hahaha!
DeleteAdik mana boleh dibebani dengan homework yang banyak sebab dia cuma tahu nak main aje setiap hari. Tapi sekarang ni bagus tau. Hari-hari nak pergi sekolah sebab nak cepat pandai. Kalau dulu memang hari-hari tak nak pergi sekolah. Sawan ponteng tu dah hilang. Semalam tu sebab takut dengan aunty yang kata kena tidur sekolah, itu yang terus tak mahu sekolah!
Tamparannya sekejap ajelah, KB. Kalau lama sikit mungkinlah ada perubahan positifkan ^_^
hhahahaha~ best kan main scrabble nih.. haritu la.. balik kampung.. anak yang sulong baru darjah 1.. memang tengah syok mengeja.. kat kampung ade scrabble.. memang bagus untuk latih tubi budak2 zaman sekarang membaca / mengeja..
ReplyDeleteMemang best bila lama tak main. Tetiba aje jadi addicted sampaikan kat pejabat kalau ada masa terluang pun nak main! Jenuh!
DeleteAnak pun dah mula suka sebabnya kali pertama main, dia kalah. So dia beritahu cikgu dia takda experience pun main scrabble ni. La ni dah expert, dah pandailah create perkataan-perkataan ohsem!
Dah lama tak main.. yang terbaru last year tersalah beli.. beli yang in BM.. huhuhu.. marah dak Kakak.. sudahnya tersadai menda tu.. :(
ReplyDeleteBM pun BM lah, kalau dah start main mesti best jugakan, Aiza. Habis segala perkataan tetiba keluar dalam kepala sebab nak menang!
DeleteLong story, MD :) Anyway, I malu malu cakap I have never played Scrabble >.<
ReplyDeleteI mana reti tulis pendek-pendek, PH. Ini pun sebab malaslah I tulis panjang macam ni. Kalau I rajin, you can print out my entries as a novel you know ~_^
DeleteHa3, Yalah2 akak datang dah ni, sebenarnya siang tadi dah baca sepintas lalu memandangkan mood ntah ke mana, berlalu jer pergi tanpa tinggalkan sebarang kesan, dengan erti kata lain pandang dari luar pagar..
ReplyDelete"Ya Allah syukur kepadaMu, dimakbulkan doa hamba ini, terpahat jua namaku di sini, aamiin.. "
Terima kasih banyak2 MDku sayang, terselit juga entri untuk akak di sini walaupun tuan rumah katanya "Ditimpa Penyakit MALAS", barulah terasa diriku begitu dihargai..
Semalam tu akak gurau jer, idok pernahpun terasa hati atau apa2 yang berkaitan, lagipun akak berblog sekadar suka2, tak terniatpun untuk mengejar glemer gitu.. ~_^
Hahaha! Saya pun bukan take it seriously komen sebelum ni tapi dah disebut-sebut terasa macam 'diriku tak begitu dihargai' tetiba timbul pulak rasa sedih. Makanya, kebetulan entri di sana sesuai benar nak dibuat sambungan dalam entri di rumah sini, apa salahnya!
Deleteyeahhh saya pernah main scrabble, best2 hehe
ReplyDeleteBestkan bila dah main! Selalunya waktu rehat saya tengok drama Korea satu episod di komputer tapi la ni sambil makan sambil main scrabble kat smartphone. Punyalah best!
DeleteTapi... kalau dapat baca AlQuran satu mukasurat lagilah best! Hehehe!
Entry ni tak gaya malas lah. Hahah! Nani ni pun sekarang malas berganda ganda. Apehal entah mood asyik kelaut dalam. Heheh. Amboi adik cikgu cakap macam tu terus takut nak ke sekolah esoknya ye. Biasalah budak budak kan. Scrabble ni memang dah lama sangat tak main, wah lepas ni power lah bubbly abang main scrabble.
ReplyDeleteEh, ini entri gaya malaslah Nani! Tapi ni gaya malas akak. Kalau gaya malas Nani, silap haribulan sepatah ayat aje. Hahaha!
DeleteGurau ya, Nani! Jangan ambil gurauan akak seriously pulak! Susah duh nanti kalau bertambah dosa!
Seronok dapat main scrabble. Tunggu Adik Cute besar sikit dan Daddy terbuka hati nak join sekaki, bolehlah main empat beranak. Barulah best sikit!
Hihi, rasa tertampo kejap ye. Awat tak rasa cam lama sikit tamparannya><
ReplyDeleteSamalah, mcm UA..dah singgah smlm, tapi tau jelah keje cikgu tadika cam den ni, baca time sibuk ngn bebudak, bila tergelak sorang tu nnti budak tanya, ticer tgk apa, ate takkan den nak jwb tgh baca entri lawak antarabangsa kan, so sambil buat bekfes ni sambil ambik kesempatan ngomel kat sini.
Okehla den twrima dgn hati separuh redha dpt panggilan tin mah sor tu walaupun den pakai tudung tau, hang tu tlg doa sama moga satu hari terbukak hati dia tau.
Wah, harapnya hujung taun ni si comey tu can speak mandarin yek, lengkap jadi kuarga antarabangsa from parit jawa to uzbek><
Den tak penah Scrabble ni, penah dengar je. Sok si bubbly abang dah terer bolehla buat scrabble yang islamik plak, baru aunty nak join
Itulah pasal! Tamparannya sekejapan aje. Ingatkan berpanjangan. Satu hari pun tidak! Ini kerja syaitan ke atau memang kerja diri sendiri yang tak cukup terima tamparan gamaknya?
DeleteManalah tahu kotnya hari-hari kita seru namanya tetiba dia teringat nak berubah ke arah kebaikan walaupun takda apa yang sinonim dengan apa yang kita seru ^_^
Harapannya macam itulah. Kalau tidak, pitam omaknya kat pagar sekolah tahun depan bila anak tak boleh cakap Mandarin. Omak nak pitam siap-siap sebelum cikgu sekolah tanya ada ke pernah hantar anak pergi belajar Mandarin ^_^
Oh, yalah! Yang BM adalah. Yang jawi tak tahu pulak ada ke tidak scrabble ni yerk. Kalau ada bagus juga. Semua bahasa kita balun! Maklumlah keluarga international katanya!
Acik pernah tengok je anak2 main tapi tak pernah main MD.seronok pulak baca..pandai adik cute he he..budak2 balik sekolah penat
ReplyDeleteBest Acik main ni bersama keluarga kalau ada masa terluang. Dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan gitu ^_^
DeleteHehe.. Entry malas2 pun panjang ye.
ReplyDeletePandainya komplen adik cute..haha..
Tp mmg boring pun tulis huruf sama bnyk2.. 😁😁
Syok main scrabble ni..tp ira da lama x main. Masa sekolah je main. Blh la cari nnt, main dgn anak2.
Smga bubbly abg tak tarik diri la ye.. All the best.. 👍👍
Ini memang malas tapi tak tahulah kenapa boleh jadi panjang berjela macam ni, Ira. Kalau rajin, lagilah tak boleh bayangkan betapa panjangnya entri jadinya ^_^
DeleteBest! Best! Sekarang ni dah ketagih pulak. Lawan dengan komputer!
Entry malas pun bukan main panjang... Kalau entry rajin, mmf berjkali kali datang baru boleh khatam... kikiki
ReplyDeleteDah lama tak buka board game ni... entah dalam kotak mana pun tak tahu... huhuhu
Dulu masa ikuti kelas English kat Bradford, cikgu2 siap ajar guna teknik scrabble ni laa... kreatif sungguh la cikgu2 kat sana... peringkat uni pun masih guna games utk belajar... hihihi
Entri malas pun kena datang berkali-kalikan? Hahaha!
DeleteItulah yang buat saya malas nak taip entri rajin-rajin tau, Nur ^_^ Susah nanti!
Bestlah kalau dah start main balik scrabble ni. Rasa macam addicted pulak! Suka bila dapat bina perkataan baru!
malas malas kak menaip... habis seketul biskut aina makan,muehehehe! seronok main scrabble kan kak. blh develop minda gituu game ilmiahhhhh. hihihi ala sian adik cute xde yg melayan ye. besar skit blh regu dgn bubbly abg lawan mommy =P
ReplyDeleteItu baru seketul, Aina! Maknanya takdalah panjang sangat entri akak ni. Kalau panjang mesti habis setin biskut tukan! Hahaha! Ni kiranya akak kena up lagi keupayaan untuk menulis lebih panjang ^_^
DeleteNantilah dah besar sikit bolehlah Adik Cute join kita main scrabble, tak payah pi susah hati dok tembak semut lagi...
Dah mummy je menang mana boleh jadi kan...tingkatkan usaha bubbly abang untuk kalahkan mummy.
ReplyDeleteNi dia nak main sampai menanglah tu. Nak kasi dia menang, macam tak rela pulak walaupun anak sendiri. Hahaha!
DeleteNasiblah hari ni tak sambung pasal scrabble...kalau tidak jenuhlah dengar cerita dia menang aje tak habis habis...
ReplyDeleteSebenarnya eloklah dia main ni kan Kak Ton dpd dia main game. Ada jugak faedahnya. Alah Kak ton pun suka kan sebenarnya, tak payah nak menebeng sebelah mami ngan Bang Ton.
Tulah Kak Ton apa yang Kak Mah cerita tu mmg menyentap jiwa yang membacanya .....Tapi namanya manusia, kadang tu insafnya sekejap aje. Bila solat, berangan lagi, rakaat pun naik lupa huhu
Hahaha! Cemburu ke sebab tak main scrabble? Cemburulah tu... Pi lah merempit kalau cemburu ^_^
DeleteMemang pun. Dah tak tahan tengok dia duduk depan laptop. Bukan main menekan keyboard mengalahkan Mommynya menaip entri untuk blog. Sama naik lajunya jari-jemari!
Itu pun betul juga. Senang sikit nak buat-buat sibuk dalam bilik. Kalau tak nanti difikirkan kita tidur aje dalam bilik. Hehehe!
Kan! Tapi itulah Mak, sentapannya sekejapan aje wujud dalam diri. Lepas tu back to normal kata omputih! Leka balik!
scrabble tu kira pun suka. tapi kalau main dalam malay la. kalau English tak berapa nak suka sangat hahahaha. kesian adik cute. mommy kidnap geng dia hihihihi
ReplyDeletehuuukkk betol la kan bila start je solat angkat takbir mula la macam2 benda berlalu dalam kepala ni haaa. dan dan tu nak keluar nya pun!!!!
adik cute mesti fobia bila dengar kena tido tadika tu. budak2 kan hikhikhik