Adik Cute dan Anais, si Adik Gumball ^_^

Salam kawan-kawan!

Sejak dua menjak ni rasa macam malas aje nak bangun pagi. Sejuk😁 Dah jadi tabiat, sejuk macamana sekali pun memang mandi dengan air sejuk, takdanya nak mandi air panas ke apa. Langsung tak rasa segar tau pepagi mandi air panas. Tapi lately ni baru sentuh air dengan jari telunjuk aje dah menggigil satu badan. Kalau tak kuat semangat, memang rasa nak skip aje mandi pagi. Hahaha!

Kalaulah tak perlu pergi kerja dan hantar anak sekolah di pagi hari, bestnya alahai.... boleh sambung tidur semula 😁 Tak dapat sarapan, no hal. Kita brunchkan terus, jimat sikit masa untuk menyediakan sarapan dan makan tengahari. Untungnya alahai jadi surirumahtangga. Time table boleh manage ikut kemahuan sendiri. Tak mainlah nak mengejar punch card setiap pagi!

Dalam ni pun boleh posing okay! Silalah tiru gaya Adik Cute bila membeli-belah yerk ^_^
Ya Adik Cute memang tembam sekarang ni sebab itulah dia paksa kita bawa dia exercise setiap hari. Nak kempiskan perut yang buncit katanya...

Buat CH, awat tak  terserempak dengan kami sekeluarga di Aeon Mall Shah Alam? Hahaha!

Berbalik pada kisah semalam, I sempatlah 'interview' Adik Cute sekali lagi tentang baby keluar dari tapak kaki. Inilah jawapannya...

Itulah Adik nak tanya... Mommy boleh tolong jaga tak?

Eh, Adik punya baby buat apa Mommy nak jaga! Mommy jaga Adik dengan Abang je. Baby-baby ni Mommy malas dah nak jaga!

Kalau macam tu, Mommy tolong buatkan susu boleh?

Pun tak kuasa! Buatlah sendiri. Mommy malas nak jaga baby lagi.

Adik tak pandai buat susu. Hah! Mommy ajar Adik buat susu boleh?

Pun tak boleh. Belajar sendiri! Jaga baby sendiri. Adik yang nak babykan!

Adik sukalah Mommy ada satu adik lagi macam Gumball tu! Gumball ada Darwin dengan Anais.

Anais tu gegirl lah, Dik! Adik nak adik perempuan ke? Nanti kalau ada Adik, Mommy dah tak sayang Adik dah!

Ya ke? Kenapa pulak? Tapi Adik nak baby boy!

Itulah pasal Mommy kata Mommy nak jaga Adik dengan Abang aje. Kalau Adik ada baby, jagalah sendiri!

Adik, Anais tu nakal! Lagi pun kesian Mommy kalau ada baby lagi. Nanti perut Mommy kena belah lagi. Tak kesian Mommy ke? 

Oh, ada strong supporterlah 😃

Jadi, itulah kisahnya tentang 'baby'nya yang boleh keluar dari tapak kaki. Bukan I yang beri idea tapi dia sendiri yang cakap. I tak komen apa-apa pun tapi bab nak ada baby baru tu, silalah berhentikan niat di situ aje. Tak kuasa den, dah tua 😉

By the way, bukan main ramai minta Adik Cute beri baby satu. Makanya I nak komersialkan projek producing babies dari tapak kaki ni. Sapa nak, bayar kat I dulu RM10, 000. By next year, billionaire ahkak terus! Hahaha!

Comel tak 'Baby Anais'? I  tak suruh ya. Dia yang perasan kata dia comel sangat kalau pakai cekak rambut macam ni!

And my anak bujang kekal tersado sepanjang zaman baru-baru ni balik dari sekolah sambil bercerita...

Mommy, hari ni ada timbang berat dan ukur tinggi...

Berapa tinggi?

154 cm.

Ohhhh.... lagi sikit dah nak sama tinggi dengan Mommy ler... Berat berapa?

Terus tunduk memandang lantai!

.... macam biasalah, mana pernah beratnya turun. Kalau turun pun adalah beberapa mg je kot. Tak sempat penimbang tu nak calculate berat yang hilang! Lepas tu nombor di penimbang naik balik! Terima kasih kepada Mommy/MakNgah jugalah sebab menghidangkan ayam goreng dan nasi putih setiap hari!

Errr... by the way, Bubbly Abang malu dah sekarang kalau kita mention beratnya. So keep it as a secretlah within the family aje 😍

Nah belanja satu lagi gambar buah hati pengarang jantung MD sempena pertama kali dapat naik MRT 😄

Jangan tinggalkan komen Bubbly Abang semakin sado ya, nanti dia tersayat hati dan perasaan. Hahaha!





Comments

  1. Adik cute tetap la cute sampai bila2.abang pun cute jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tembam dah sekarang ni, Acik. Hari-hari nak pergi 'mengeluarkan peluh' sebab nak diet dan kurangkan kebuncitan perut ^_^

      Delete
  2. Betullah Kak Ton sekarang ni asal pagi je hujan, mmg bukan calang calang jugak nak mandi pagi tu sebenarnya. Nasiblah mak boleh mandi zohor sekali haha....

    Gumball tu cerita apa sebenarnya? Mesti cite kartun kan. Patutlah tak tahu. Kalau nenek kebayan pun dah layan cite kartun, tak taulah nak cakap apa lagi dah hihi....

    Wuii...kat stesyen MRT mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tak, Mak? Memang tersiksa jiwa-raga mengenangkan nasib kena mandi sebelum Subuh, Mak...

      Gumball tu bukan cerita untuk spesies nenek kebayan. Tu kartun untuk mereka yang berjiwa muda aje macam... SAYA! Hahaha!

      Gumball tu ada adik ke abang nama Darwin dan adik perempuan namanya Anais. Bapaknya Richard dan emaknya Nicole. So budak berdua ni suka sangat compare family mereka dengan GUMBALL ^_^

      Itu yang tak cukup korum sebab Gumball ada adik perempuan Anais sedangkan dalam dunia nyata keluarga Rahmanov takda anak perempuan. Kahkahkah!

      .... kat Stesen Taman Pertama!

      Delete
  3. Dua2 comel dan kacak. Nanti bila abang dah meningkat usia, pandailah dia 'cantikkan' bentuk badannya macam anak-anak bujang kakcik tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, Kakcik. Sampai ke hari ni takdalah pulak dia teruja nak nampak smart. Maybe takda girlfriend lagi kot ^_^

      Delete
  4. Sekarang ni musim tak menentu kan? KL tiap2 hari hujan (tapi i suka sebab sejuk dan takde jerebu), kalo kat kampung i kat Pahang tu, panas terik.

    Ayat yg tulisan hijau tu BUbbly abang ke yg ckp?

    I sebenarnya.... tak tau apa itu gumball dan anais. Jap lagi la i gugel. I komen dulu ye. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak berapa sukalah hujan ni, Lyd sebabnya I ni jenis messy; selalu aje tak reti nak guna payung. Payungkan anak pun basah!Kasihan betullah mak macam nih; tak reti nak memayungi insan tersayang gitu. Hahaha!

      Yang hijau tu Bubbly Abanglah. Dia dah mahir sikit. Hari tu tengok Gumball flashback kisah makpak mereka tetiba dia pun explained kat adiknya, "Dik, ni masa parents Gumball kahwin. Masa kahwin both parents mesti attend hari kahwin anak-anak mereka" Hah, tepat gitu ^_^ walaupun adiknya tercengang tak faham apa pun!

      Oh, sila merujuk kepada jawapan komen Nenek Kebaya@ Makcik HainomOKje kat atas tu, I sudah beri penerangan siapakah gerangan Gumball ni ^_^

      Delete
  5. Ai suka dgn cuaca skrang ni..
    Mengingatkan gloomy weather dua tiga tahun lepas..
    Rasa nak buka cari semula lite jacket...
    Hahhaaha...

    Untung abang jadi supporter tegar mama..
    Kesian adik jadi mangsa..
    Dah la tak dapat Anais...
    Minta lagi dengan mama yer AdikCute..
    Mana tahu mama ubah fikiran..
    Aunty on your side :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, rindu Bradford nampaknya ni ^_^ Lama lagi ya nak berwinter kat Malaysia. Itu pun kalau adalah. Hahaha!

      Awat lite jacket aje, sejuk bebeno tau sekarang! Hahaha!

      Adik tak nak Anais, dia nak baby boy! Tapi no problemlah sebab baby tu pun dia tunggu keluar dari tapak kaki dia. So no hal. Mommy tak involve apa-apa pun!

      Delete
  6. hahaha lawakla Adik Cute. Bukan main petah dia mintak tolong mama buat itu ini. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang rajin bercakap macam Mommynya. Hahaha!

      Delete
  7. Oh! Adik Cute is so so cute when he put on the cekak rambut hee..hee..hee.. So dia nak adik lah tu...but ya lah, MD. Going through pregnancy and then jaga baby, very mencabar! Anyway, if it is God's will, we will see another adik cute. Maybe one that can wear pink ribbons *wink* *wink*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, no morelah, PH. Umur sudah sampai limit. Enough with the boys. Itu pun dalam kelam-kabut my life macam si Nicole, emak Gumball ^_^

      Delete
  8. Kat sini sama jugak, asal pagi je hujan.. Asal hujan je pagi sampai ke petang sudahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim hujan gamaknya sekarang. Sejuk sangat sampai meresap ke tulang hitam gitu...

      Delete
  9. Betul lah sejuk sangat skg ni sebab selalu hujan malam kat Johor ni juga...kalau boleh memang nak mandi tengahari je.:-)
    Alala semakin comel adek ...tang senyum tu yang mahal.
    Tinggi dah abang ya ,dah lebihkurang makcik dah ni....dah bujang anak MD sorang ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata ada juga tempat yang banjir ya, kak...

      Untunglah akak dapat mandi tengahari macam jiran kita tu. Sebab itulah saya balas dendam, hujung minggu lewat sejam dua bangun lepas tu lepak-lepak atas katil dulu baru merangkak bangun. Kalau tak keluar rumah, memang mandi pun masa nak solat Zohor nanti. Hahaha!

      Abang ni tak nampak tinggi sebab badannya berisi tapi bila sesekali timbang rupa-rupanya dah nak menghampiri ketinggian saya!

      Delete
  10. Oh, Gumball tu Kira katun fevret dorangle yea, punya minat smp nak baby baru yea, pastu siap produce dari kaki ek, manalah budak Comey tu dpt idea camtu ek? Imaginasi luar sempadan menjangkau bulan bintang kan dik. Baby apa yg kuar kot tapak kaki tu dik? Oh, nak bby boy ek.

    Musim hujan pun hujanlah, best jug, sejuk jer, takyah guna acon, kipas, jimat lektrik, yg malas mandi aka sekalikan mandi waktu zohor tu dah Kira jumaat waktu, jimat air gitew kan, takpelah dia tak kojo, anytime boleh Mandi kan mak, pastu dok umh takdo sapo nak tya dah Mandi ke blm, kita gi kojo kalau Tak Mandi mau melekit dua ketiak, kan.

    Takpelah bubbly abg tu, sok dah besar pandailah dia trim bagi sadokan bang. Buat masa ni, makanlah dulu,mwehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira salah-satu kartun favorite merekalah. Kebetulan pulak keluarga si Gumball tu lima orang. Itu yang mereka berdua kata bestnya kalau keluarga kita macam Gumball. Tapi si Anais tu nakal bedo'oh ^_^

      Untungkan jadi macam jiran. Tak payah kejar punch card. Tak payah susah-hati nak kena sampai pejabat sebelum waktu pejabat. Apa nak buat dulu, ikut suka hatilah. Nak landing atas sofa dulu, nak makan ubi rebus dulu, takda siapa yang memerhati.

      Ish, memang tak bolehlah pergi kerja tak mandi pagi. Berdebu rasanya. Kahkahkah!

      Delete
  11. Apa2pn abg dan adik tetap hensem di mata UA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ^_^ Ni kira macam statement ambil hatilah ya, UA. Anak bujang tersado saya tu sekarang dah pandai malu. Kalau kena kutuk, mulalah muka merah padam tunduk memandang lantai. Segan katanya!

      Delete
  12. aik adik dah besar minum susu lagi ke? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak minum susu dah tapi minum Milo. Itu pun masih lagi dipanggilnya susu. Cakap dengan dia tahun depan kena berhenti minum Milo dalam botol sebab nanti kawan-kawan ejek. Boleh dia kata takpalah, bukan minum kat sekolah pun!

      Delete
  13. Amboi gigihnya sis mummy dearie melayan kerenah anak anak ni

    Dapat naik MRT sama sama pertama kali pun jadi kenangan kan sis

    Benda benda kecil yang kita buat bersama sama

    jadi kenangan sepanjang hayat untuk mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Komen ni sampai tepat masa ^_^ Kebetulan pulak hari ni nak keluar entri tentang MRT *_*

      Betul tu, dengan anak-anak ni semua pun jadi kenangan. Pi tangkap semut api pun nak diabadikan juga tau. Maklumlah, anak-anak cepat membesar. Bila mereka dah besar panjang nanti, semua tu jadi kenangan terindah buat kita mak-mak ni...

      Delete
  14. ye lah sekarang memang hujan hari2 nak mandi pagi tu memang bercinta tapi samalah kita tetap nak mandi air sejuk sebab tak puas kalau mandi air panas.

    alolo cutenya adik cute tu bercekak, bubly abg yang sado tu ehh makin hensemlah berat tu takpe nanti boleh turun tu, tapi adik cute tu baguslah dah tahu perutnya dah buncit rajin nak pergi bersenamkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak bolehlah kalau tak mandi pagi. Rasa lain macam aje. Sejuk ke tidak, tetap juga kena mandi. Saya memang tak suka mandi air panas, tak terasa pun segar-bugar lepas mandi. Biarlah menahan kesejukan seketika...

      Saya yang nak cari cekak rambut tapi dia tengok saya belek, dia pun ambil satu letak kat kepala. Katanya cute gila kalau dia pakai. Memang sahlah perasan ikut belah Daddy ^_^

      Delete
  15. Bila MD anak beranak ke AEON tu..
    CH last pergi.. puasa tu hari jer..
    Pastu tak pergi pun 😆
    Mmg tak jumpa pun lah kita..

    Oh itu kisah baby tapak kaki ye adik cute..
    Tak merasa juga abang nabil baby boy ni hihi😁

    MD abg tu mkn ayam apa..
    Kalau organik or kg ok lagi..
    Sebab ayam biasa tu byk suntik hormon..
    Anak kawan baru ni kena operate sebab ada ketumbuhan dlm perut..
    Doktor mmg tak bagi mkn yg mengaktifkan tumor ni..
    Skrg ni mcm2 sakit datang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah dah lama juga tu,CH. Lupalah bila, maklumlah dah tua ^_^ Tapi masa tu macam ada four seasons punya deco.

      Ayam biasa aje, CH. Bukan yang organik punya. Tapi itulah hari-hari pun nasi putih dan ayam goreng/ayam masak merah/ayam masak lemak. Saya yang tengok pun tak boleh tahan dah!

      Kalau ikut-ikutkan memang takut. Tapi kalau tak diberi, nak makan apa pulak si abang ni. Semua pun tak mahu. Memilih yang amat!

      Delete

Post a Comment