Isnin Datang Lagi...

Salam Isnin kawan-kawan!

Macamana? Rindu membara tak?


Kat siapa?


Of courselah kat ahkak yang menulis entri ni, kat siapalah lagi...

Maklumlah kalau tak cukup rindu yang membara dalam jiwa, memang I nak masuk 'gua' semula. Agak-agak dah tak tahan rindu pada diri ini, barulah I keluar gua semula ๐Ÿ˜Š

Susahkan kalau berkawan alamaya dengan 'retis' suam-suam air Milo ni! Perasan tak habis-habis! Nak buat macamana, dah tabiat dari muda kuat perasan ๐Ÿ˜‰ Janganlah mencebik mulut, I is nampak from here tau...

Well, kalau dah lama tak menjelma jadi MD di alam maya ni, memang salah satu sebab nilah - sibuk/pura-pura sibuk atau pun memang malas melanda.

Kebelakangan ini memang sebab yang kedua tulah. Entahlah, lain macam malasnya. Melawat online shopping takda pulak malas. Malah, tak pernah pun terasa malas tau! I is konpius sesangat nih!

Dan another fact - yang ni janganlah kome nak gelak kuat-kuat. Sebelum gelak tu, tengok kiri-kanan, depan belakang dulu sebelum nak gelakkan I ya! Manalah tahu ada insan-insan yang kita tak sudi ternampak kita gelak besar, malu weyh! 

Entahlah ya dalam pada malas berblogging, tetiba aje rajin pula I membaca financial news. Rasa dunia macam nak terbalik aje tau!

Selalunya kalau on aje komputer depan mata mesti-mesti nak buka ruangan gosip online and lite-lite news tu kira perkara biasalahkan. Ini tetiba aje teruja baca orang menulis tentang financial tips, latest updates, etcetera, etcetera, memang I pun panik gak ni dengan my latest habit ๐Ÿ˜Š

Takkan lepas ni I nak menulis secara serius tentang kewangankan. Rasa macam tersasar jauh aje daripada kebiasaan.  Ada pulak yang pengsan nanti bila baca! Hahaha!

Ni dah panjang juga menuliskan tapi yang sebenarnya I masih takda mood pun nak menaip entri baru. Ni pun sekadar 'borak-borak kosong' aje. Kalau MD nak menulis entri baru, tak gini gayanya. Corner baring dan jalan berliku, of course mesti adakan! Kalau tidak setebal novel ala-ala Stephen King, memang bukan I lah yang menulis entri. Sila berhati-hati dengan MD celup. Wakakah!

Okeylah, malas nak celoteh banyak! Bukan you all rajin pun nak membaca. Lain kalilah kita berkongsi financial tips...eh, eh, eh.... berkongsi kisah superlite stories dalam hidup ajelah ya!

Jangan serik membuang masa di sini.

Bye-bye sayang-sayang semua! 'A yam' (baca : I'm) okay jerk.... (Eh, dah macam DV pulak rasanya!)

Oh mak hai! Shining nyer lip gloss ^_^

P.S. Eh, ada sambungan lagi! Kata malas nak menaip entri. I baru balik kampung hujung minggu baru ni.  6 jam baru sampai BP ya. Dah macam nak balik beraya punya jemnya highway. 12 tengah malam masuk Pagoh, nasib baik meriah juga kereta. Kalau tak, lagi meriahlah dengan hantu-hantu raya. Kat BP bantai shopping (^_^) and makan nasi beriani I tell you... sodap teringat-ingat sampai ke hari ni. Bukan nasi berianinya tapi soda bandung yang sodap bangat sampai tak lena tidur mengenangnya ^_^ Okay, itu statement menipu ^_^



Comments

  1. Selamat kembali di alam maya MD.. dialu2kan.. cukuplah bertapa di dalam gua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah UA kerana merindui... Hahaha!

      Perghhhh! Perasan memang tip-top gitu saya nih ^_^

      Tengoklah ya kalau cuaca diramalkan mendung esok, saya keluarlah lagi dari dalam gua. Kalau tidak, saya duduk senyap-senyap aje dalam gua tu membuta ~_^

      Delete
  2. Kakcik kalau buka 'berita online', memang selalu tuju ruang gossip je...hahaha...dah malas nak fikir hal dunia kononnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Samalah kita, Kakcik! Tak pedulilah pada umurkan, bab-bab macam ni memang menarik tertarik untuk ditatapi ^_^

      Delete
  3. Weyh mak Ton.... dah keluar ni, telur dah menetas ek haha...
    Wahhhh....kalau Kak Ton dah menceburkan diri dlm hal ehwal financial, mak mmg kagum. Mesti dah menjadikan bisnes nak bawak masuk coklat tu. Kalau dah untung juta juta juta nanti jangan lupa pulak buat GA. Biar sama sama merasa keh kehkeh...

    Nasib mak tak balik kg minggu lepas kalau tidak mmg hazablah mengadap jem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haipppp.... beri salam dulu! Main weyh,weyh aje dia... ~_^

      Kita tak menetas telur ni. Tak mainlah Mak main peram-peram dengan kepanasan suhu badan!

      Kahkahkah! Cubalah Mak bayangkan Kak Ton jadi financial adviser. Gelap dunia sesiapa yang menjadi client Kak Ton tu nanti. Mak nak ke Kak Ton jadi financial advisor Mak? Gi tanya PakJilap dulu dia setuju tak duitnya Kak Ton yang invest kat shopping mall? Huhaaa!

      Delete
  4. Ada lagi ke gua nak bertapa MD๐Ÿ˜†
    Takut tak keluar2 terus nanti..
    Gi lah bertapa kat batu caves tu..
    Senang sikit nak keluar sbb dah ada train๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batu Caves sesaklah, CH. Kalau saya bertapa kat sana, takut tak jumpa pulak. Hahaha!

      Delete
  5. Ehhhh belum habis key in dah terpost..
    Mcm mana tu..
    Belum habis nak komen..

    CH skrg malas nak tengok news..
    Itu jer ulang alik..
    Biarlah tak tahu apa pun..

    Ehhh lagi satu nak tanya..
    Betul tak nak buah bacang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa. Komenlah lagi. Ni memang kes rindu berat kat saya ni. Hahaha!

      Memang pun. Asyik-asyik news yang sama aje, bosan juga. Itu yang tetiba boleh baca financial news. Terkejut pulak dibuatnya...

      Nak pergi ambil memang tidaklah, CH sebab selalu pun dengan HD kalau keluar dari kawasan. HD tu pulak tahu ajelah, bukan suka buat benda macam ni. Takpalah, bagilah pada jiran tetangga yang dekat. Bacang bukan boleh simpan lama-lama.

      Delete
    2. Ehelehhhh HD punya dijadikan penyebab, kihkihkih...

      Kempunankan...

      Delete
    3. Betul, UA. Saya ni beribu kali pergi Shah Alam tak lepas-lepas tau. Kalau HD takda, nak pergi Shah Alam boleh sampai ke Bukit Kayu Hitam tau!


      Delete
  6. Assalamualaikum Wrmbth & salam isnin dari Maznee

    Semoga makin sihat & berjaya sis

    Akhirnya update juga

    Hehe

    Lama berehat ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Mazni!

      Memang kalau dah malas tu tak boleh nak buat apakan. Ikutkan sangat malas, beginilah jadinya!

      Delete
  7. Isnin tetaple setia datangnya, tak macam awak, kejap tenggelam, kejap timbul, kejap bertapa, eh..bukan kejap, lama bertapa, masuk gua balik, Kang jadi org gua Kang, sape susah..jiran sebelah gak yg susah kan.

    Wah, bagus2x, satu perkembangan sihat dlm menambah ilmu pengetahuan nih, Mana tau dapat jadi financial advisor ke kan, sekurg2nya dah Ada juga ilmu kewangan tu selain ilmu bertapa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul. Hari berganti hari pada masa yang ditetapkan tapi jadi manusia ni biasalahkan. Memanjang aje ikut mood. Ni kira separa malaslah ni, KakG. Kalau spesies rajin, tak kira ribu taufan melanda, panas berdeting, memang sentiasa rajin aje. Eh, komen apakah ini? Konpius pulak walau sendiri yang tulis reply ^_^

      Kalaulah ilmu tu dipelajari sedari muda bagus banyak juga. Ni dah nak dekat senja nan merah baru berminat, kasihan alahai ^_^

      Delete
  8. Hi MD! If you need to take a break and hibernate in your gua, go ahead. Eh, baca financial news? That's the last thing I read even though I am in accounting line LOL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi PH! I don't know why blogging is no more a priority nowadays. Nak kata no idea, masih banyak lagi idea. But then if you do not have the mood to blog, memang tak boleh buat apa-apalah.

      Hahaha! Surprise right? I feel the same too. Don't know why this topic gets my interest nowadays. Bosan baca common news maybe...

      Delete
  9. Sama lah ngn bunda...sejak dah pandai ig ni dok aktif kat ig jer..pastu fb.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik saya takda twitter, IG dan tak aktif di FB. Kalau tidak, lagilah caca-marba hidup alamaya jadinya. Hehehe!

      Delete
  10. Gitu la turun naik mood blogging..
    Dah jadi macam air laut dah..
    Kejap pasang, kejap surut...
    Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni takdanya kejap pasang, kejap surut, Nur. Ini kes dah sentiasa surut, tak pasang-pasang airnya. Hahaha!

      Delete
  11. Hahaha! Kalau online shopping memang hilang terus keyword malas tu. Tak pernah adaaa. Rajin memanjang nak klil macam macam. Tambah pulak dah nak masuk hujung tahun, kemain sana sini buat sales.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik tak Nani kenapa takda rasa malas bila shopping online? Depa pukau secara online ke sampai kita tergoda? Hahaha!

      Akak rasa hujung-hujung tahun macam ni memang lebih afdal duk dalam gua, jangan keluar alam maya. Kalau tidak, terpesonglah niat nak berjimat cermat. Hahaha!

      Delete
  12. rindulah MD oiii dengan celoteh korner baring MD tu, nahhh lipstik tu kalah dato' vida nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auwwwww... ada orang yang rindu bangat rupa-rupanya! Hahaha!

      Itukan kalau zaman baca majalah Mangga ke URTV, itu represents mulut wartawan Juwie. Hahaha!

      Delete

Post a Comment