Salam sayang kawan-kawan semua!
Baru aje bercerita pasal rambut Abang di sini, semalam ketika ambil Abang balik sekolah dia dah beritahu,
Mommy, rambut kena potong sebab hari ni Chen-Laoshi dah tegur. Dia kata dah panjang!
Eh, ada yang tak tahu rupa rambut Temenggong Jugah ya... geng sekampung ni lahir bila ya? I takda pula ambil gambar fesyen rambut Abang bila balik dari sekolah. Memang sedih sayu hati pilu Mommy tengok anak Mommy jadi cam gini... Abang tu dulunya pernah ada satu girl senyum-senyum sambil beritahu dia ini, "Awak ni cutelah!" Itulah punca keseganannya sekarang kalau kena jeling budak perempuan.
La ni katanya dah jadi despatch boy kat sekolah! Maklumlah dia paling tinggi dan paling chubby sekali. Yang lain kecil comel kurus semuanya... Ni, AN ... saya nak komplen kat sini sampai hati cikgu angkat anak saya jadi despatch boy - angkat buku, angkat buah limau dan entah apa-apa lagi.... Eh, AN bukan cikgu sekolah Abang yang I nak over-over komplen kat sini nak watpa pulak nih!
Oppss... cepat brake! Jom kembali ke pangkal jalan. Nak sambung cerita pasal rambut sebenarnya... @_@
Aduhai, penat betul Mommy! Macamlah Mommy yang potong rambut Abang. Sebenarnya Abang ni pergi gunting rambut pun setengah matimerindu meraung. Sampai I terpaksa potong di rumah sahaja, of course itu urusan Daddydearielah. Kalau bagi Mommy yang potong rambut, dengan angin puspus dicampur sebati dengan raungan Abang, memang tinggal kulit kepala ajelah.
Rambut Abang ni cun gila masa kecil sebelum kali pertama kena gunting rambut di kedai. First time dulu siap bawa pergi salon. Seluruh pekerja salon tu mengagah Abang supaya jangan menangis. Macam-macam umpan diberi dek pekerja-pekerja tu langsung tak jalan. Ingatkan gunting kat salon nanti cantiklah sikit rambut Abang. Silap betul, sejak tu tercacak memanjang aje rambutnya dahlah lebat merimbun. Dah macam gangster tak jumpa jalan pulang aje. Nyesal pun ada juga. Habis rambut cun-melecun Abang ditaram dek amoi, owner salon tersebut.
Dah masuk Tahun 1 barulah berani pergi gunting kat barber. First time pergi, bukan main lagilah alahai balik rumah dengan senyum simpul meleret-leret. Tak takut pun. Tak sakit pun katanya ....
Sungguhpun begitu, Abang ni famous namanya di kedai barber ni dek kerana sejak kecil lagi rajin betul anak lelaki si babysitter bawa Abang meronda kawasan sekitar dengan motor (Mommy langsung tak tahu ni, kalau masa tu Mommy tahu, memang Mommy tak hantar dah gi rumah babysitter ni) I jadi pelik orang keliling kenal Abang more than his parents...rupa-rupanya aktif merempit anakanda arjuna beta!
Ini turn si Adik pulak takutkan barber. Baru nak masuk kedai gunting aje dah 'No, no, no.....!' memanjang. Memang takda harapanlah nak bersenang-lenang di kedai gunting sambil membaca paperTamil sementara menunggu anak gunting rambut @_@ Kenangan begitu, elek!
Adik jangan buat main. Kalau kita marahkannya, dia marah kita balik sambil terkial-kial nak memukul antara takut dan marah dipaksa Mommy. Adik ni memang acting over sikit kalau kena marah...
Ingat gambar ni? Masa Abang umur 4 tahun, dia pun ada set doktor-doktor yang sama. Abang punya spek warna hijau tapi Adik pulak warna biru. Sama aje perangai dua beradik ni... I keluarkan sekali lagi gambar mereka berdua pakai spek masing-masing pada peringkat umur berbeza, ya ...
Baru-baru ni, Adik main dengan play-doh. Nak ditampalnya semua roda toy cars yang dia ada dengan play-doh ni. Bila tak dapat, mulalah menangis melalak-lalak macam hilang bini aje rupanya...
Dalam pada sibuk main, entah macamana boleh segenggam play-doh melekat kat rambutnya! Nasib baiklah kat hujung-hujung. Mommy dah standby gunting nak potong aje hujung rambut tu tapi Daddydearie berjaya menyelamatkan rambut anaknya. Meraung jugalah bila kena sikat ...
Si Abang dulu pun sama juga. Dia lagilah hebat. Gula-gula getah tu nak dibaling ke udara kononnya tetiba tup-tup jatuh atas kepala. Aha, meraung juga bila Mommy menarik gula getah yang melekat di rambut. Lepas tu terus insaf tak mahu main-main lagi! Dah kata jangan berani makan gula-gula getah. Hah, bila melawan cakap Mommy itulah jadinya! Boleh selamba aje dia kata, 'Mommy kata jangan makan gula-gula getah tapi Abang kunyah aje chewing gum tu!' Menjawablah lagi....
Satu malam Abang ajak menonton kartun 'The World of Gumball'. Kata Abang si Richard, bapa Gumball ni ada a bit stupid (tak macam Daddynya yang clever gila katanya...) tapi kesian pulak dalam satu episod tu, Gumball tak peduli kata-kata bapanya tetapi bila bapanya tahu Gumball dan adiknya dalam kesusahan, bapanya berusaha mencari anak-anak untuk menyelamatkan mereka dua beradik. Sambil merah padam hidung dan nak menangis ya si Abang ni bercerita.
Moral of the story - 'Abang tak akan buat MommyDaddy macam tu. Abang sayang MommyDaddy dan tak mahu MommyDaddy susah hati sebab Abang tak dengar kata!'
I dah kata Abang ni dalam hati ada taman luas samalah macam Mommynya. Kalau Daddy, memang nak marah bila anak-anak lelakinya emotional tak kena tempat. Be a strong man! Itu pesanan penaja belah bapa merekalah!
Si Adik pula sekarang ni tengah fasa susah nak tidur. Tak tahulah mengapa. Setiap malam nak tab dok pegang kat sebelahnya. Kalau mood baik, Adik nak pegang sendiri. Kalau tidak, terpengsanlah Mommy pegang tab sampai nak tertidur sekali. Adik main arah aje lagu apa dia nak dengar. Kejap-kejap 'a ba ta' (alif ba ta), lepas tu, 'tanko-tanko' (twinkle-twinkle little star), lepas tu kang 'a pa dol' (pocoyo ala oppa gangnam style) nanti-nanti nak 'ya toyibbah' versi indon. Kang tetiba nak 'a ba ta' balik tapi versi lain pulak. Eh, memang peninglah sebelum dapat menidurkan dia! Silap haribulan, Mommy yang tertidur!
Ini belum masuk 'bual bicara' tiga penjuru lagi nih...Memang nak kena tampal koyok ajelah kepala Mommy ni. Kalau tidak memang nak pitam rasanya...
Eh, eh... akak dah rajin buat caption pulak! Unbelievable!
P.S. dah 2,3 malam dengar Mami macam teresak-esak. Katanya sedih sebab kaki terasa sakit balik tetapi I suspect Mami sebenarnya sedih sebab dah hampir ke penghujung cuti-cutinya di Malaysia ni. Tentu terasa sedih terpaksa berpisah dengan anak kesayangan sekali lagi... Entah bila dapat berjumpa lagi....as a 'loving' mother, I pun boleh rasa kesedihan itu. Kesian pulak rasanya ... *kesat mata yang dah merah*
Baru aje bercerita pasal rambut Abang di sini, semalam ketika ambil Abang balik sekolah dia dah beritahu,
Mommy, rambut kena potong sebab hari ni Chen-Laoshi dah tegur. Dia kata dah panjang!
Eh, ada yang tak tahu rupa rambut Temenggong Jugah ya... geng sekampung ni lahir bila ya? I takda pula ambil gambar fesyen rambut Abang bila balik dari sekolah. Memang sedih sayu hati pilu Mommy tengok anak Mommy jadi cam gini... Abang tu dulunya pernah ada satu girl senyum-senyum sambil beritahu dia ini, "Awak ni cutelah!" Itulah punca keseganannya sekarang kalau kena jeling budak perempuan.
La ni katanya dah jadi despatch boy kat sekolah! Maklumlah dia paling tinggi dan paling chubby sekali. Yang lain kecil comel kurus semuanya... Ni, AN ... saya nak komplen kat sini sampai hati cikgu angkat anak saya jadi despatch boy - angkat buku, angkat buah limau dan entah apa-apa lagi.... Eh, AN bukan cikgu sekolah Abang yang I nak over-over komplen kat sini nak watpa pulak nih!
Oppss... cepat brake! Jom kembali ke pangkal jalan. Nak sambung cerita pasal rambut sebenarnya... @_@
Aduhai, penat betul Mommy! Macamlah Mommy yang potong rambut Abang. Sebenarnya Abang ni pergi gunting rambut pun setengah mati
Rambut Abang ni cun gila masa kecil sebelum kali pertama kena gunting rambut di kedai. First time dulu siap bawa pergi salon. Seluruh pekerja salon tu mengagah Abang supaya jangan menangis. Macam-macam umpan diberi dek pekerja-pekerja tu langsung tak jalan. Ingatkan gunting kat salon nanti cantiklah sikit rambut Abang. Silap betul, sejak tu tercacak memanjang aje rambutnya dahlah lebat merimbun. Dah macam gangster tak jumpa jalan pulang aje. Nyesal pun ada juga. Habis rambut cun-melecun Abang ditaram dek amoi, owner salon tersebut.
Ini si Abang masa 2 tahun (Abaikan background rumah tinggalan emak I nih) |
Ini hasil rambut 'bushy' Abang lepas kena taram dengan amoi hair salon tu....sedih melalak akak tengok hasilnya first time! |
Ini the latest Bubbly Abang in 2014 (bila dah penat) |
Dah masuk Tahun 1 barulah berani pergi gunting kat barber. First time pergi, bukan main lagilah alahai balik rumah dengan senyum simpul meleret-leret. Tak takut pun. Tak sakit pun katanya ....
Sungguhpun begitu, Abang ni famous namanya di kedai barber ni dek kerana sejak kecil lagi rajin betul anak lelaki si babysitter bawa Abang meronda kawasan sekitar dengan motor (Mommy langsung tak tahu ni, kalau masa tu Mommy tahu, memang Mommy tak hantar dah gi rumah babysitter ni) I jadi pelik orang keliling kenal Abang more than his parents...rupa-rupanya aktif merempit anakanda arjuna beta!
Ini turn si Adik pulak takutkan barber. Baru nak masuk kedai gunting aje dah 'No, no, no.....!' memanjang. Memang takda harapanlah nak bersenang-lenang di kedai gunting sambil membaca paper
Adik jangan buat main. Kalau kita marahkannya, dia marah kita balik sambil terkial-kial nak memukul antara takut dan marah dipaksa Mommy. Adik ni memang acting over sikit kalau kena marah...
Ingat gambar ni? Masa Abang umur 4 tahun, dia pun ada set doktor-doktor yang sama. Abang punya spek warna hijau tapi Adik pulak warna biru. Sama aje perangai dua beradik ni... I keluarkan sekali lagi gambar mereka berdua pakai spek masing-masing pada peringkat umur berbeza, ya ...
Baru-baru ni, Adik main dengan play-doh. Nak ditampalnya semua roda toy cars yang dia ada dengan play-doh ni. Bila tak dapat, mulalah menangis melalak-lalak macam hilang bini aje rupanya...
Dalam pada sibuk main, entah macamana boleh segenggam play-doh melekat kat rambutnya! Nasib baiklah kat hujung-hujung. Mommy dah standby gunting nak potong aje hujung rambut tu tapi Daddydearie berjaya menyelamatkan rambut anaknya. Meraung jugalah bila kena sikat ...
Si Abang dulu pun sama juga. Dia lagilah hebat. Gula-gula getah tu nak dibaling ke udara kononnya tetiba tup-tup jatuh atas kepala. Aha, meraung juga bila Mommy menarik gula getah yang melekat di rambut. Lepas tu terus insaf tak mahu main-main lagi! Dah kata jangan berani makan gula-gula getah. Hah, bila melawan cakap Mommy itulah jadinya! Boleh selamba aje dia kata, 'Mommy kata jangan makan gula-gula getah tapi Abang kunyah aje chewing gum tu!' Menjawablah lagi....
Satu malam Abang ajak menonton kartun 'The World of Gumball'. Kata Abang si Richard, bapa Gumball ni ada a bit stupid (tak macam Daddynya yang clever gila katanya...) tapi kesian pulak dalam satu episod tu, Gumball tak peduli kata-kata bapanya tetapi bila bapanya tahu Gumball dan adiknya dalam kesusahan, bapanya berusaha mencari anak-anak untuk menyelamatkan mereka dua beradik. Sambil merah padam hidung dan nak menangis ya si Abang ni bercerita.
Moral of the story - 'Abang tak akan buat MommyDaddy macam tu. Abang sayang MommyDaddy dan tak mahu MommyDaddy susah hati sebab Abang tak dengar kata!'
I dah kata Abang ni dalam hati ada taman luas samalah macam Mommynya. Kalau Daddy, memang nak marah bila anak-anak lelakinya emotional tak kena tempat. Be a strong man! Itu pesanan penaja belah bapa merekalah!
Si Adik pula sekarang ni tengah fasa susah nak tidur. Tak tahulah mengapa. Setiap malam nak tab dok pegang kat sebelahnya. Kalau mood baik, Adik nak pegang sendiri. Kalau tidak, terpengsanlah Mommy pegang tab sampai nak tertidur sekali. Adik main arah aje lagu apa dia nak dengar. Kejap-kejap 'a ba ta' (alif ba ta), lepas tu, 'tanko-tanko' (twinkle-twinkle little star), lepas tu kang 'a pa dol' (pocoyo ala oppa gangnam style) nanti-nanti nak 'ya toyibbah' versi indon. Kang tetiba nak 'a ba ta' balik tapi versi lain pulak. Eh, memang peninglah sebelum dapat menidurkan dia! Silap haribulan, Mommy yang tertidur!
Ini belum masuk 'bual bicara' tiga penjuru lagi nih...Memang nak kena tampal koyok ajelah kepala Mommy ni. Kalau tidak memang nak pitam rasanya...
Anak Mommy yang super lasak dan super cute-tak-mampu-nak-marah-kat-dia |
Superhero aka buah hati Mommy yang selalu 'melodrama' |
P.S. dah 2,3 malam dengar Mami macam teresak-esak. Katanya sedih sebab kaki terasa sakit balik tetapi I suspect Mami sebenarnya sedih sebab dah hampir ke penghujung cuti-cutinya di Malaysia ni. Tentu terasa sedih terpaksa berpisah dengan anak kesayangan sekali lagi... Entah bila dapat berjumpa lagi....as a 'loving' mother, I pun boleh rasa kesedihan itu. Kesian pulak rasanya ... *kesat mata yang dah merah*
mestilah sedih MD..jauh..bukan dapat jumpa selalu kan..
ReplyDeletemasa anak2 kecik pun acik potong sendiri je rambut dia orang..bawak masuk bilik air..letak dalam besen yang ada air..mulakan operasi..dapat buat rambut temenggung juga pun dah ok dah masa tu
Hahaha...kalau potong sendiri tu Acik memang jadi Temenggung Jugah ler gamaknya!
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteOhh lebat rambut abang tuh..gigihnya kalau kene potong sendiri..
Kak, trim yg rambut seluk tepi..even cpt pjg, mungkin nampak kemas sikit..
regards,
Triplesmiley
Salam Sofia,
DeleteNi cikgu dah sound seharusnya kena gunting rambut sekali lagi. Takut tersilap fesyen rambut, merana si Abang pulak nanti. Maklumlah pemalu orangnya :)
Masa anak kecik macam pening nak melayan tapi sebenarnya seronok kan. Tapi bila dah besar panjang macam HD tu kesian mummy dia dah sedih bila tiba penghujung cutinya kena berpisahlah pulak.. kakak pun kesian bila MD kata dia teresak kata sakit kaki tapi sebenarnya sedih nak berpisah...
ReplyDeleteSepanjang Mami di sini, memang nampak sangat kerinduannya nak membelai anak yang jauh di mata nih. Kadang-kadang sebagai ibu, saya pun rasa kesian. Adakalanya, rasa cemburu pulak kita tak dapat perhatian sebegitu dari si suami :)
DeleteKasih ibukan, kak... sehingga ke akhir hayat *sedih pulak*
lawak je bila mummydearie kata rambut Abang ala2 bushy gitu. Hehehe.. Pastu boleh plak dia jawab pasal makan chewing gum tu. Tapi betul la, dia tak makan, hanya kunyah.
ReplyDeleteYang mami tu sedih2 bukan pasal anak dia je, tapi menantu mithali dia dan juga2 cucu2 comel dia jgk kot.
Takdalah, Lyd. Jauh dari mithali menantu Melesya nih... kadang-kadang tu bila dah tak hipokrit, memang angin puspus tak dapat disembunyikan lagi. Tapi merasa jugalah duduk ngan MIL walaupun tak selalu. Entah bila Mami dapat jumpa anak lelakinya lagi...sedih pulak saya....
Deletecane pon rambut abg, tetp chomels gitu... hhee.. dahlah putihgebu
ReplyDeleteAbang dok tanya kenapa kulitnya gelap berbanding Adik, Mommy dan Daddy. Abang kata dia tak boleh jadi Uzbek sebab dia gelap :) Kesian pulak saya dengar ...
Deletelebat rambut anak2 akak.. mmg kena barber kasi settle..
ReplyDeletetapi mmg budak2 tkut nau nak potong rambut. ntah apesal..
mami tu sedih nak tinggalkan akak sekeluarga.. bkn selalu pun dtg...
Uh, lebatnya memang mengancam. Azab pulak tu bila nak pergi gunting. Abang dah ok sekarang, leh lah bersenang-lenang dengar lagu Tamil kat barber shop. Adik ni, nak masuk dalam kereta mainan gunting rambut pun tak mahu lagi :(
Deleterambut abang tu lebat, sebab tu nampak panjang, macam si abdul kecil sayalah. setiap 2 minggu mesti p potong berbanding abangnya sebulan sekali
ReplyDeletep/s sayu lak baca ending part. sayu nak tinggal anak, menantu dan cucu di malaysia tu
Rambut Abang kalau jatuhkan duit syiling 20 sen ke, 50 sen yang baru tu for sure siksa nak cari :) Lebat yang amat!
Deleteset doktor2 ! hahahaha...
ReplyDeleteteringat anak saya seret stetoskop saya atas lantai! nasib baik mommy nya perasan
Anak saya ni time beli set tu ajelah dok letak kat telinga, check heart beat Mommy bagai...pastu dibalingnya entah ke mana. Eh, doktor mesti nak pakai spek bulat ni yek!
DeleteAduh.....macam mana MD tahu saya selalu suruh budak yang paling tinggi dan agak berisi dalam kelas tolong saya hantar barang ke bilik guru? Haha.. kebetulan, samalah.. kalau dlm satu kelas ni, Syafiq the monitor yang juga merupakan budak paling cepat buat kerja dan betul jawapannya mmg jadi mangsa saya.
ReplyDeleteMami sedih nak pisah dengan menantu, anak dan cucu2nya... bukan dapat jumpa selalu pun lepas ni..
kelakar juga si abang ni. Pandai jawab....ni mesti mengikut perangai mamanya..
Sampai hati, AN. Kalau AN jadi cikgu anak saya dah tentu saya datang menyangsang...hehehe...hari tu cikgu suruh angkat buah limau untuk diberi kepada budak2 yang menghantar buku ke bilik guru (anak saya tidak, cuma tukang angkat kotak limau mandarin aje) pastu tak diberi satu pun limau tu kat anak saya. Panas telinga saya... beg sekolah pun sampai aje kat gate hingga ke rumah, Mommy yang angkat tiba2 kat sekolah kena 'angkat berat'. Harus tak saya komplen? Hahaha....dasar mak emo tahap gaban, cikgu pun geram aje kalau dapat komplen!
DeleteHaha.. patut komen kalau Abang rasa menyusahkan. Syafiq yang jadi penolong saya ni memnag dia yg minta nak tolong, jadi saya tak rasa bersalah bwrkali2 kacau abang syafiq yg hensem ni.. ni pun satu cara nak didik anak2 supaya rajin(nilai murni). Yang lain,bila tgk syafiq rajin, yg lain pun ak juga tolong lain kali.
DeletePendapat sayalah gitu. Boleh je angkat sdiri, tapi nak latih anak2 yg rebubg ni lebih alert kepada persekitaran. Tapi mungkin drp pandangan mak, nampak anak dipaksa pulak ya.. betul gak tu..
Budak-budak mana pandai komplen kat cikgu. Takut! Lagilah baru Tahun 2. Alahai AN... kalau dapat mak yang over protective mmglah gini gayanya. Tapikan saya ni fikir juga... Semua cerita dari mulut anak saya sahaja. Cerita sebenar dari mulut cikgu memang saya tak tahu..so tak boleh kata apa juga. Budak-budak kadang-kala tak boleh percaya 100% apa kata mereka.... Hah ni baru bagi inspirasi nak mengarang novel pasal kes anak saya masa di tadika dulu....eh dah cerita ke belum ek....lupa plak!
DeleteKA tgklah, apa jua fesyen rambut anak2 MD ni maintain encem gitu.. ala sapa lagi nak puji calon menatu kalau bukan calon mak mertua kan MD hehehe
ReplyDeleteHahaha.... nak juga dengar pendapat selain besan atau bakal mak mentua! Ni besan yang satu pun dah lama tenggelam tak timbul mesti bakal menantu sibuk mengacau :)
Deletekesian abang abis ditarah rambut abang tuh...tapi tetap comey abang ni tau...pipi tu rasa nak cubit tau..putih gebu...makin besar makin hencem nih...
ReplyDeleteLizzz.... I miss you! Cam lama aje tak nampak? Hehehe....
DeleteSedihlah Lizz sebab rambut Abang dulu soft dan cantik macam rambut Korean artist lagi.... tetiba ditaram terus tercacak macam duri landak. Seksa nak trim selalu....
masa kecikniler seronoknyer tengok perubahan diaorang.. suka tengok gambar main doktor2tu .. hampir serupa...
ReplyDeleteala sedihnyer hati ibu dan anak yang akan berpisah tak lama lagikan..
Gambar jadi doktor tu kebetulan sungguh. Lepas tengok gambar Adik baru teringat gambar Abang. Terkial-kial mencari gambar yang sama :)
DeleteSaya ni dah sedih siap-siap. Nanti mereka dua beranak memang confirmed sedih. Takut saya pulak yang terlebih emotional nanti.
lebatnya rambut.
ReplyDeletealolo suwitnya. semoga berjaya jadi doktor satu hari nanti aamiin
si abng mesti peramah kan. mcm md
Dua-dua takda cita-cita nak jadi doktor buat masa nih. Si Abang nak jadi business boss (businessman) sign check aje kerjanya. Si Adik nak jadi home designer kot :)
DeleteYang over peramahnya si Adik... si Abang ni dengan Mommy kuat keletah tapi pemalu. Kalau cakap pun tak keluar suara,sopan alahai....
Buruk betul rmbut abg dikerjakan amoi tu.haha..tp rambut abg sekarang mmg lawa..lebat dan mengembang,macam aiman rambut dia kerinting lebat..tak sggup tgok klu rambut dia panjang..tak dpt nak merasa berstylo fesyen2 rambut ni..style mawi je sesuai utk dia..jimat sket masa nak ke kedai gunting rambut selalu..
ReplyDeleteUwahhhh...janganlah kata begitu, PK! Terkenang kenangan silam. Sedih meroyan saya bila tengok rambut Abang yang lembut lurus tetiba jadi tercacak keras kejung di tukang salon yang glamor tu. Sekarang ni rambut Abang dah turn dark brown. Nasib baik lembut lagi... Sekarang ni Daddynya yang tolong trim rambut anak, cepat sangat panjangnya. Sesekali aje pergi barber.
DeleteAnk i yg no 2 tu pun sama time kecik kecik. Nak potong rambut jenuh meraung. Nasib la adik dia ok pulak.
ReplyDeleteApa yang ditakutkan pun tak tahu. Mungkin juga dua beradik ni geli bila rambut yang digunting tu jatuh atas tangan, atas badan kot :)
DeleteYelah.....mmg tak perasan sapa tu Temenggong Jugah...biaq pilah hehe....
ReplyDeleteAbang ni muka dia lebih kurang je ngan adik....( yg sangkut beg coklat tu adikkan...)
Rasanya semus udak kecik mmg takutlah nak potong rambut...budak budak ni dulu pun takut gak....
MD mami tu tunggu menantu melesya tu offer... ' mami extend jerlah duk sini sampai akhir tahun tsk pun terus je duk ngan kami' hehe.....amacam?
Darah tinggilah saya kalau nak duduk bersama! Sehari, dua boleh. Sebulan, dua boleh lagi (tapi tak selalulah kan...) Setahun, dua, saya memang meroyan hari-harilah nampaknya!
Delete