Adik ke Ikea

Salam Isnin kawan-kawan!

Ini kisah minggu lepas sebenarnya. I ada ambil cuti sehari setengah last week dek kerana kes si Abang ni lah. Lepas sendiri buat diri menyesal, teruslah cari jalan nak make my superheroes happy especially my Bubbly Abang. Terukkan kena dengan Mommy ...

'Hello Aunties, cuba  teka kita kat mana?'
Tapi masa ni Abang kena sekolah jadi I pergi dengan Adik Cute, my eldest sister and my mom. Puas memikirkan mana nak pergi, my sister pun teruslah bagi suggestion. Dah lama tak ke Ikea katanya. I pun apalagi, ok saja sepanjang masa. Oh, ini bukan trip sebab nak menghiburkan superheroes, ini trip untuk menghiburkan hati Mommy *___*

Jenjalan bersama superheroes pada hari yang lain pulak ... 

Sebenarnya I ni dah lama tak memandu jalan-jalan makan angin. Selalunya tugas pak supir dieksploit sepenuhnya oleh Hubbydearie. Lagipun Hubbydearie kan Malaysian more than me. Tahu aje mana nak tuju, mana short cuts bagai... 

I ni kalau memandu memanjang aje sesat apatahlagi kalau minyak full tank. Lagilah kerap 'kesesatannya'. I just memandu pergi-balik kerja aje. Lain-lain waktu, I jadi mem main arahkan pak supir jangan bawa laju, jaga-jaga speed trap,jangan langgar peraturan jalanraya dan sentiasa mengingati keluarga tercinta bila terasa nak speed bagai nak gila. Tension Hubbydearie kalau sedang memandu dan I ada di sebelah. Disuruhnya I duduk belakang dengan Adik Cute dan tutup mulut ~_^

Adik ni kalau masuk aje kereta kena angin air-cond, teruslah terlentuk. Itu pun bukan selalu. Kalau Adik melasak melampau sangat, lepas tu masuk kereta memang tidurlah jawabnya....

Sebaik sampai Ikea, kenalah kejutkan si bujang senang seorang ni. Macam boss aje duduk kat car seat. Dulu masa mula-mula beli car seat, meraung meronta bagai tak mahu duduk dalam  tu. Bila I kata nak jual aje, tetiba asyik pulak si Adik ni nak duduk dalam car seat. Itupun bila dah 2 tahun lebih baru teringin nak ber-car seat.

Dek kerana hari bekerja, orang pun tak ramai mana. Sampai aje di Ikea, I pun ajaklah my sister and mom terus ke restoran. Makan dulu walaupun sebenarnya kita dah breakfast quite late. Tak kiralah lapar ke tidak, yang penting orang tak ramai dan senang nak duduk di sini.


Inilah rupanya meatballs Ikea yang menjadi pujaan hati ramai tapi for me, so-so aje. Walaupun tak lapar katanya, tetap juga beli 10 biji meatballs. My sis pun tak suka. Makanya terpaksalah I meroyan sorang-sorang nak menghabiskannya. Baru masuk 4 biji dah rasa macam nak pengsan, maka I pun ambil bekas makanan Adik dan sumbat baki meatballs tu bawa balik. Habis cerita ...

Barang-barang dibeli tak perlu tunjuklah ya, nanti riak. Huahahaha.... 

Bukan banyak mana pun membelinya dan I kept reminding my sis, jangan sapu licin, bonet kereta I tu penuh dengan harta karun. Nanti mana nak sumbat kang ...

Tapi sebenarnya I cuma nak cerita pasal Adik yang sibuk 'shopping' di Ikea ni. Tengoklah aksinya 'membeli-belah' ...

'Mana I nak pergi nih, Mommy?'
 
'Wait seminit! I wanna buy something, Mommy!'

'Sakit pulak bahuku nih!'
'Adui! Nak rebeh bahu den nih!'
 
'Wah, cantik arggh...macamana nak masukkan dalam beg ni?'


Kecoh tau Adik ni. Tak mahu kita pegang. Beg Ikea tu pun tak bagi kita tolong. Adik nak sangkut kat bahunya selamba aje tiru aksi orang. Mulanya tak mahu ambil troli sebab Adik ni kan memang tak boleh nampak troli. Tapi tak boleh jadi... letihlah menguruskan si comel ni sorang.

I pergilah ambil troli ingat nak masukkan Adik duduk diam-diam dalam tu. Dia punya meronta, semput nafas kita jadinya. Oklah, pulang troli besar kita ambil yang kecil sikit buat letak beg Ikea tu. Boleh dia haip, haipnya tangan I tak bagi sentuh troli. Adik nak bawa troli sendiri. Habis semua punggung orang dilanggarnya, apa dia kisah...say sorry pun tidak! Buat muka comel aje ...

Sebelum balik, isteri mithali teringat pada suami tercinta pulak. Pergilah belikan his favorite curry puff tu. Selalunya I beli sedozen tapi dek kerana Hubbydearie kebelakangan ni sibuk dan tak sempat makan di rumah, I belikan setengah dozen ajelah. See, memang senang nak jadi isteri mithali ni sebenarnya ...

Bila dah settled semua, kita baliklah. Malas nak pergi The Curve pulak. Si Adik Cute ni dah mula buat perangai. Masuk aje dalam kereta sempat lagi 'bergaduh' dengan neneknya. Aduhai, dahlah I ni rajin menempah 'kesesatan' bila memandu, dengan hiruk-pikuk Adik lagi di belakang, pening rasa kepala. 

Lebih baik kita balik, tidur membongkang lagi bestlah Dik!

 

 




Comments

  1. lama dah tak p ikea...kalau p..kami makan currypuff tu..lepas tu beli pun beli barang yang comel2 je sebab takut tak muat keta hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka gak currypuff Ikea ni. Sesekali makan tu sedaplah. Kalau kerap pun, muak gak. Kalau HD takda, memang takda barang besarlah dibeli. Beli yang comel-lote aje...

      Delete
  2. hehehe... cerita kita lebih krg sama jelah MD, KA pun drive p & balik keje jer. lain2 en hubby yg drive, jadinyer bila duk sebelah jd asst driver, mulut ni duk pop pet pot pet bagi tau driver suh slow sikit, hati2 dgn speed trap, itu & ini. sampai driver naik hangin hehehe... sweet je tgk adik tu hah, bukan main lg gaya bershopiing dier yer... neway nuffnang done yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Sejak berkahwin ni memang tak pernah memandu kalau HD ada. Malas pun satu hal juga. Lebih baik jadi mem berceloteh 24-7.

      Adik dah pandai shopping belajar dari Mommylah tu :)

      Delete
  3. Kalau yg jenis suka makan meatball mestilah kata sedap tapi kakak rasa kita sama agak kurenglah sikit. Bukan tak makan tapi kalau nak makan lebih dari 3-4 ketul rasanya dah muak kan..

    Tengok keletah adik aje yg tak muak. Suka betul kakak tengok dia sengih. Cair hati dibuatnya... Jgn leka MD adik ni comel. Org jahat ramai. Heeee... takut kakak. Kalau kakak yg culik tak apa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muaklah, kak. Tak tahan saya. Dengar orang kata, aduh marbelesnya. Bila dah cuba, takdalah excited mana pun...

      Adik ni tak takut orang tapi sebab Mommynya 'triplenofobia', memang tak boleh lepas dari pandangan Mommylah. Kalau akak yang culik, berapa lama agaknya baru nak hantar balik ni? Hehehe....

      Delete
  4. sampai jugak akak ke ikea..
    meatball tu mkn skit pun mmg kenyang..
    tu yg seksa nak habiskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahanlah makan banyak-banyak meatball ni. Tapi akak tak cubalah pulak lain-lain yang orang kata sedap sangat. Nampak macam takda variety aje kat restoran tu hari tu...

      Ni versi Ikea dengan my sis. Sebelum ni dah lenjan ngan HD dan anak-anak. Hahaha.

      Delete
  5. Serious...kita mmg tak pernah rasa meatball IKEA yg katanya mabeles sangat tu... so...so so ajelah yeh...kira tak menyesallah sebab tak rasa yek. Sekali tengok mcm meatball makan dgn coklet...hehe
    Dah taunya peel mana mana budak kecik pun, tak tolak troli suka benau bawak bag shopping tu...adik .....adik....
    Seronok kan bila ada adik beradik keliling rumah boleh bershopping berjemaah hehe... meriah Damansara hari tu!
    Terer lah jugak driving tu namanya ...boleh sampai IKEA....kalau OKje sure sesat barat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. So-so ajelah, OKje. Bolehlah masuk tekak tapi kalau paksa masukkan 10 biji meatballs tu time tu gak, mahu nangis-nangis.

      Saya ikut signboard OKje...kalau tidak memang penuh kesesatan sesaja!

      Delete
  6. muka dah sebijik muka abang dah tu..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak potong rambut ni memang nampak kebulatan mukanya. Barulah serupa Abang-Adik :)

      Delete
  7. Saya pun belum pernah makan meatball Ikea tu… ramai yg kata sedap.. aklau kat sini, danish belasah makan meatball subway aje laa… satu pound dapat 4 biji…. jadi la buat alas perut bila keluar jenjalan :)
    Amboi amboi adik… bukan main lagi gaya shopping tu… wah, blog MD dah ada pembaharuan.. byk gambar dalam satu entry… tahniah tahniah…. teruskan usaha murni MD letak gambar dua beradik cute tu byk2…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak Adik dah pandai berselfie ni, Nur ....

      Saya tak berapa sukalah meatball ni. Setakat kalau lapar nak alas perut tu bolehlah. Tapi kalau beriya nak makan, lebih baik saya makan currypuff. Lagi best.

      Delete
  8. malu nk cakap sy tak pernah masuk IKEA..haha kt kedah ni takdak IKEA if i'm not mistaken..Penang ja ada,. meatballnya tu mmg la tak pernah rasa..tp tgok dr gambar setakat 10bijik tu pejam mata je sy boleh habiskan.hakhak...

    alahai adik,comel gila buat aksi galas beg macam tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak malunya, PK. Saya lagi malu nak cakap, IKEA tu dah macam my second home...Hahaha....

      Tak lama lagi IKEA buka pulak di area Cheras. Memang lagilah saya kerap mengendeng, dok buat tinjauan.

      Lebih baik PK buat sendiri meatball kat rumah. Sure en asben kata lagi best. Muaklah meatball IKEA ni, PK. Kalau tengok gambar rasa macam senang-senang aje nak wallop kasi habis.

      Delete
  9. dah lama tak ke ikea... adik sooo hensem...rasa nak ajak tengok wayg jje...hhheee... akk tak pernah makan meatball glemer tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajaklah Mommynya sekali gi tengok wayang, Msred :) Dah lama tak dapat offer gi tengok wayang nih ...

      Tak rasa meatball ni pun takpa tapi kalau nak rasa boleh aje share dengan tiga boyfriends tu...

      Delete
  10. hahaha.sesat barat ye md kalau jdi mak supir.pakai aje waze. sampei le nanti.hihi

    md, kemain lagi adik ye.dh tu buat muka kiut pulak dok menarik beg ikea tu. hihi.

    mmg bdikari ni.smua nak buat sendiri ye si comel.hihi.

    meatball ikra blom petnah lg mncuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, MD ni kalau bagi waze ke apa, lagilah sesat timur barat utara selatan. Silap haribulan boleh bayar tol pergi utara mahupun selatan nanti :)

      Kalau Mommynya suka shopping, kenalah ajar anak-anak bagaimana nak bershopping penuh hemah...hehehe...

      Delete
    2. Ha..samalah kita MD, saya pun dgn Waze ni tak kamceng la. Asyik recalculate je.. dia habaq 800m saya dah cilok masuk, apa kes.. sesat baratla juga walaupun ada benda tu.. haha...

      Delete
    3. Betul AN. Saya ni kalau bagi alat terpintar pun untuk bantu bawa kereta tetap akan sesat. Saya kalau sesat masuk high-way memang jalan terus ajelah nampaknya....

      Delete
  11. ema pernah pergi sekali ke IKEA...tahun lepas hari raya. Ingatkan raya tak ada orang..tapi sesak sangat... rupaya ramai yg beraya di IKEA ni....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Pernah sekali hariraya balik KL cepat. Ingatkan orang takda, nak juga berhariraya di Ikea. Sampai aje kat sana, punyalah ramai 'geng' beraya macam kita!

      Delete
  12. dah lama tak ikea... isyh rindu gak ler.. tapi takder benda nak dibelipun... ikeatu memang slalu ramai orangnyer.. banyak beno duit oran gmalaysianikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak datang sebelum Subuh, memang sentiasa penuh. Orang Malaysia ni memang kaya-raya :)

      Kalau tak membeli, tengok-tengok pun best gak, Cho :D

      Delete
  13. Assalamualaikum..

    Hahaha sofia ni smpi skg xpnh try la meatball ikea tu..even dh pg berkali2..sbb asyik ramai..mst la sofia serabut jadinya..so xpelah..

    Comel adik sungguh2 die dgn beg ikea tuh ke hulu ke hilir

    Haha kak...akk bagus la..kalau sofia..sofia nih kalau drive kepala hangin ..adik2 sofia gaduh dlm kete..penah je sofia berhenti kete..kalo kat kg, sofia suruh die turun jln kaki..hehe kalo tak turun mmg sofia akn stop kete tepi jln..selagi tak diam mmg xgerak..hehehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Akak pun baru nak cuba. Kebetulan pergi masa hari kerja, takdalah crowded sangat. Banyak kali nak cuba tapi memanjang aje orang ramai. Pening kepala. Dengan keletah anak-anak lagi.

      Adik ni memang gini gayanya Sofia. Terlebih aktif. Terlebih berani. Sekarang ni dah pandai cakap, membebel aje. Sama kekdah macam Mommynya meroyan dalam blog :) Hehehe...ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan...

      Huh, Sofia lagi brutal ni! Akak takdalah berhentikan kereta. Habis tu dah anak ngan mak akak main rebut-rebut kat belakang (mak akak ada alzheimer sekarang ni, perangai pun macam kanak-kanak riang) takkan nak suruh mereka turun pulak. Keh3x.

      Delete
  14. aih, sampai hati ur sister tak suka meatball ikea. lamanya tak makan meatballs tu. rindu banget.

    hahaha.. yg si adik tu ye-ye je nak bershopping. comel sgt gayenye.

    hoih, sama la plak pesen tak tau jalan yg bleh membawa kepada kesesatan ni. hehehe... biasanya dulu waktu bujang, kalo takde kwn yg tolong bwk gi mana2 mmg i dok je melangut kat umah. skrg dh kawen pon sama, kalo mat azghul tak cuti, gitu jugak la endingnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So-so aje I rasa meatballs ni..takdalah meroyan sampai mengidam bagai tu. Kalau ikut pendapat orang ramai, memang marbeles aje bunyinya. Lama nak cuba tapi sentiasa crowded. Sib baik my sis bagi idea berahi, eh berani untuk kita berlibur di Ikea masa hari bekerja. Dapatlah merasa meatballs nih...My 'western partner' kat rumah tu pun tak kata apa bila I bagi rasa sikit baki tu...

      Adik tengah belajar bershopping. Senang nanti nak ikut Mommy bila besar sikit. I ni kalau setakat Shah Alam tu berpuluh kali dah sampai tapi kalau drive sendiri, setiap kali pergi setiap kali sesat. Memang glamorlah kiranya... Nilah bahananya masa kecik dulu masuk kereta aje tidur sampai kena marah arwah abah.

      Delete
  15. Selalu saya la lupa belikan utk husben tp dia x pernah lupa. Acane? Hehe...

    ReplyDelete
  16. Yelah tu.. lebih baik balik tido je ye? Pasti ayat tu kalau disebut sebelum jelajah Ikea tadi, mmg tak ikhlas.. haha..

    bagus apa Adik nak berdikari masa kat Ikea tu. Taklah lenguh nak kendong kan? Haa..tapi faham2.. tempat luas n orang ramai, kita lak risau ya..
    Adik nampaknya mewarisi kepandaian Mommy dia dalam shopping tu.. mana kuah nak tumpah kalau tak ke nasi kan? Ada juga geng shopping walaupun anak lelaki.. hai saya nk tgk antara anak syaa ni yg mana leh buat geng shopping nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada aje kat belakang Adik, tukang snap foto. Tapi si Adik ni memang pantas so kenalah lebih berhati-hati. Saya ni kan super freaking mom, mana boleh anak-anak jauh dari saya lebih dari semeter :) Kalau takda dalam radar 1 m tu, memang saya kecoh terjerit terpekik :)

      Delete

Post a Comment