Kisah suka-duka di harijadi

Salam 13 Ramadhan kawan-kawan!

Eh, eh... mentang-mentanglah harijadi MD semalam siap ada sambungan cerita lagi hari ni ~_^ By the way, tak sangka pulak TMJ sambut birthday 30hb Jun. Terus I gelap mata kegembiraan. Hahaha...

Biasalah, orang kalau kuat perasan memang macam inilah gayanya! Feeling macam orang nak sangat ambil tahu kisah hidupnya tau! Sila jangan terasa nak muntah kaler-kaler. Batal puasa nanti sesuka hati nak muntah sebab meluat kat MD ^_^

Semalam tengahari my sister called beritahu yang my another sister yang superwoman tu (I pernah cerita tentang my sis ni dalam blog once upon a time dulu-dulu) nak belanja iftar. Di mana? Nanti kita habaq sat gi yerk *_*

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang (Eh, betul ke ni? Ke I pepandai buat pepatah-petitih baru? I ni memang expert bab-bab merosakkan bahasa jiwa bangsa!) kami pun setuju ajelah tanpa fikir panjang. Sebabnya, air masih takda lagi di rumah! Haruslah nak berbuka di luar.

So, kali ini my sister ajak berbuka di Bagan Seafood nun jauh di Tanjung Harapan, Port Klang sana *_* 

I pun apalagi, startlah menggoogle. Maklumlah kalau ada Mami ni, nak makan di mana-mana kena tengok lokasi dan kebersihan tempat makan. HD cerewetlah kalau Maminya ada. Kalau tidak, mana-mana pun boleh lepak!

Duh, google punya google punya google, asyiklah nampak signboard sebesar-besarnya tulisan Cina! Wah, kejang terus otot mulut I! Hilang selera nak berbuka. Dek kerana rasa tak puas hati, I calledlah my sister berkali-kali dok tanya di mana lokasi sebenar!

Eh, dia ni kan... dahlah orang nak belanja makan! Cerewet pulak tu! Letuk kang baru tahu!

Minta maaflah yerk! Bukan sengaja cerewet. Kalau tanpa mak mertua, mana pun I pergi tapi honestly speaking, Chinese food memang I tak berapa suka nak melahap sebenarnya. My brother in law yang satu ni memang suka bangat dengan Chinese food! Itu yang lagi buat I terasa nak pitam. Yalah, buat silap restoran, mahu kena amukan ablasa dengan suami sendiri. Maklumlah masa-masa macam ni, kepentingan ibunya harus diutamakan daripada segala apa pun!

Balik petang semalam I lewat sampai rumah. Kebetulan pulak my kawan suruh datang officenya yang sekangkang kera aje dari my house. Ambil hamper raya katanya... So, I pergilah! I dah informed HD tengahari tu yang I akan ke sana dulu sebelum pulang ke rumah. Okey katanya....

Tiba-tiba, baru nak melabuhkan punggung di pejabat my friend ni, dah bertubi-tubi call masuk! Mulanya HD. Tanya kenapa lambat sangat sebab budak-budak tak bersiap lagi menunggu I balik! Oh, gitu gaya! Seingat I my sister kata nak in-charge tukar pakaian my superheroes! Baru letak telefon, my sister pulak called marah-marah. Tanya bila nak balik, nak tunggu jalan jem baru nak gerak ke apa! 

Aduhai.... susah tau jadi orang tengah macam ni! Pening kepala!

I pun minta maaf dengan my friend, ambil hamper terus bergegas pulang. Memang tak senonoh langsung tau, cepat-cepat say thank you and bye bye and jumpa lagi bila free nanti! 5 minit aje pun nak sampai rumah... 

Kami memulakan perjalanan dari rumah pukul 5.30 petang. My sister dan anaknya dah gerak dulu dalam pukul 5.15 petang. Takut jem teruk katanya. Jauh tu Port Klang dari my rumah! Tengok jalan yang jem pun rasa nak pitam. Nasib baiklah I tak memandu. Kejap masuk highway, kejap lagi macam keluar highway. Masuk jalan kampung pastu tetiba nampak highway balik. Bayar tol aje I rasa 5 kali kot. Mana ada short cut, bukan main lagi my suami melenjan! Kalau I yang bawa kereta, haruslah sampai Pulau Ketam rasanya. I memanglah tak familiar tempat -tempat yang jarang pergi. Yang biasa pergi pun adakalanya sesat barat juga ~_^

Bila dah sampai di depan Muara Seafood tu barulah I teringat bertahun-tahun sudah, I pernah sampai ke sini bersama dengan my family ~_^ 

Sebaik aje sampai depan Muara Seafood tu, kami dah hilang punca di mana lokasi sebenar Bagan Seafood ni. My sister and family yang dah sampai terpaksalah suruh my brother in law keluar mencari kami. 

Wah, memang terperosok restoran ni! Kalau tak pernah sampai, memang pitamlah nak mencari! My eldest sister's family pun sesat-barat tak jumpa jalan walaupun guna Waze katanya. My sister yang keluar rumah dulu, kami yang sampai dulu ~_^

Itu pun my another sister dari Putrajaya yang dijemput sama, sampai pukul 8.30 malam pun tak sampai sebab sesat dan akhirnya terpaksa pulang ke Putrajaya tanpa join kami makan di sini.... Kesian mereka tiga beranak. Tentu berbuka dalam kereta aje sedangkan kami 3 keluarga bermewah-mewah makan makanan laut yang sedap-sedap.

By the way, my sister belanja iftar ni bukan sebab harijadi I. Kebetulan sahaja. Itu pun my anak buah bawa juga cup cakes kononnya pengganti kek besar yang tak dapat dibeli sebab my eldest sister menegah, takut my mother in law nampak pulak kita potong-potong kek sedangkan harijadinya sehari sebelum my harijadi takda siapa pun kata apa. Yalah, dah mereka tak sambut even saling mengingati hari ulangtahun pun tidak, bukanlah salah I dan keluarga *_* So, takdalah merasa kek yang katanya disuruh beli oleh my anak buah@Afiq di Kuwait nun...

Itu pun bila Bubbly Abang dok nyanyi happy birthday dalam versi English and Mandarin sambil cium pipi berbelas kali, I dah mula cuak. Tapi malaslah nak berlakon lebih-lebih sangat. Buat penat aje. This is me, suka tak suka I pun tak boleh nak buat apa lagi dah...

Bab makan-makan, I memang tak ambil gambar langsung kerana mood rosak dek sesuatu. Lagi pun ramai keluarga yang ada, malaslah I nak terkinja-kinja ambil gambar makanan. Kalau I letak pun, haruslah terliur. Butter prawn aje besar-besar dan sedap pulak tu. Memang penuh meja dengan makanan aje. Kiranya kenyang bawa sampai ke sahurlah. Itu pun saki-baki ikan kerapu dan jenahak kami tapau masuk dalam peti sejuk rumah I dan my eldest sister ~_^

Balik rumah, terus 'sado' lengan dua belah mengangkat air dari lori Syabas! Tak sia-sia makan butter prawn banyak-banyak tadi ^_^ 'Kakak sado' terlentang kepenatan lepas buat 4 trips dengan dua baldi di kiri-kanan. Aha...jangan ingat I sentiasa jadi perempuan Melayu terakhir yang bersopan-santun jerk!

Awal pagi barulah dengar air pili menitik slowly-slowly dan makin lama makin laju. Of course, I lompat katil bila dengar bunyi air macam selalu! Lega... Alhamdulillah!

Itulah kisah sehari di harijadi tahun ini... 

Moga tahun depan, Insya Allah lebih banyak memori indahnya ~_^








 

Comments

  1. Mami tak kata apa-apa ke tentang makan2 dan makanan kat tempet tu? :)

    Apa2 pun memang seronok dapat berkumpul adik beradik beramai2 makan bersama dan tak payah keluar belanja... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan semalam tak berapa pedas sangat so takdalah kena pada anak tekaknya. Tapi saya telah introduce 'menu' simple - jeruk betik yang bubuh cili padi tu. Beria-ia Mami makan sama naik dengan menantu :)

      Wah, sesekali dapat berkumpul dengan keluarga dan makan-makan besar memanglah seronok sangat rasanya, Kakcik! Bukan senang ahli keluarga saya ni nak berkumpul. Itu pun kakak saya dan keluarganya dari Putrajaya tak jumpa jalan maka terpaksa patah balik ke rumah sebab dah lewat. Adik lelaki dan keluarga pulak tak dapat datang...

      Delete
  2. ala kak MD, share jelah kek kecik tu dengan Mami mertua.huhuhu.memang indah memori tahun ni tapi kesian dekat family yang sesat tu.mesti sedap ni, kalau tak mana berbaloi tol sampai 5 kali.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek kecil itu telah dilahap oleh anak-anak akak. Setiap kali ambil kek, diciumnya kita konon sebab kek Mommy tapi mereka yang teringinkan...

      Sedap tu boleh tahanlah. Sampai hari ni terbayang-bayang butter prawn tu, Sal. Menyesal tak makan habis satu pinggan hidang gitu ~_^ Kesian juga kat keluarga kakak yang dari Putrajaya tu, berbuka dalam keretalah nampaknya mereka. Tapi takpa, abang ipar akak kata nanti invite mereka pulak satu keluarga :)

      Delete
  3. ooo p port klang, mana sama dengan klang MD
    jauh lagi port klang tu
    awat p jauh sangat tu, saya pun jarang ke sana
    sebab tempat tu agak jauh ke dalam...gerun

    mujur orang belanja kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke Port Klang jauh dari Klang? Ingatkan sepelaung aje. Kalau saya roger, mesti YY sampai. Itu yang 'biarlah rahsia' ~_^ Tengok lori kontena bersimpang siur atas jalan jadi takut pulak YY. Nasib baik bukan saya yang memandu. Penat oh duduk dalam kereta keluar masuk highway.... Habis kawasan kampung orang pun kita bantai lalu...

      Memang susahlah nak jumpa tempat makan ni kalau tak tahu, jauh terperosok ke dalam. Tapi bila nampak ada kolam memancing macam nak duduk berjam-jam dulu. Hari dah makin lewat maka gerak baliklah. Nasib baik sampai rumah lori Syabas nak menunggu minta 'sado'kan badan tau! Hilang lemak dan kolesterol tadi :)

      Delete
  4. ai yang baca entry terasa semput dibuatnya.. rasa macam rushing tak sempat nak rehat.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah I tak letak gambar. Takut semput bercampur dengan terliur pulak *_*

      Delete
  5. Assalamualaikum,
    baca sampai habis dengan mengahnya....mmmm puan sado lagilah mengah terlari2 sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa' alaikum salam!

      Alahai, kesiannya membaca sampai mengah yerk! Nak makan minum sambil membaca tak boleh pulak. Anyway, terima kasih kerana baca sampai habis! Bab sado ni sebenarnya tak payah pergi gym. Kalau air takda 14 hari, cukup sado dah body tu ~_^

      Delete
  6. kesian yang tersesat tu..gambar restoran pun tak de ke MD?gambar kaki meja ke??hahahha..

    MD,entah2 mami pun tak ingat tarikh harijadi dia tu tau..Orang tua bukan ingat benda2 macam tu..hheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang langsung tak ambil gambar, Diana. Pitam dah keluar masuk highway, masuk jalan kampung bagai :) Eh, lupa pulak nak ambil gambar kaki meja ~_^

      Entahlah, mungkin juga! Setahu saya mereka memang tak pernah ucap selamat ulangtahun ke apa. So saya pun diamkan ajelah...

      Delete
  7. Jauhnyaaa gi berbuka puasa. Heheh. Nani kali ni tak jejak lagi mana mana restoran kecuali kfc. Hahaha :P Boleh pulak bulan puasa mengidam nak makan kfc. Adoii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun sebenarnya kurang Nani tahun ni berbuka di luar. Kalau tahun-tahun sebelum ni, memang setiap hujung minggu melenjan buffet Ramadhan. Cakap aje hujung minggu rajin memasak tapi yang sebenarnya lagi malas sebab hari-hari bekerja kena memasak!

      Eh, sedap ke ayam kicap meletup tu ~_^

      Delete
  8. huuuu kesiannya yang tak dapat berbuka sekali tu. mesti frust!!! tapi apakan daya ye tak. hihihihi

    mami akak xde kata pape ke pasal celebrate tu? kenapa dorang tak celebrate dan ingat mengingati? ehhh sory terbanyak tanya pulak hahahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesianlah kat kakak dan keluarganya yang dari Putrajaya tu. Dah malam, lagilah tak nampak jalan. Jenis old skol pulak yang tak reti guna googlemap ke waze!

      Mami tak perasan pun sebab mereka bawa cup cakes aje. Habis anak-anak akak kerjakan. Lagipun bila bercakap bahasa kita, tak fahamkan. Selamatlah di situ :)

      Entahlah, Kira. Ucap selamat pun tidak, itu yang akak pelik. Kalau sambutan tu fahamlah kalau tak suka. Tiup-tiup lilin bagai tu lagilah kita faham. Tapi tak nak wish bagai tu memanglah kurang memahami :)

      Delete
  9. Lyn yg duk klang & shah alam ni pun bercinta nak ke port klang sana.
    byk construction & lori besar..
    tapi mmg best mkn kat situ... mewah seafood habaq hang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok lori besar-besar tu memang takut sungguh. Nasib baik bukan akak yang memandu. Kalau tidak asyik buat aksi mengelak aje dalam kereta ~_^

      Makan memang sedaplah. Mewah sungguh dengan seafood ^_^

      Delete
  10. jauh jugatu berbukanyer.. kalau akak memang takler kot... ni kira dasattu...
    akak tak penah lagi sampai bagantu.. duk dengar orang ceritajer.. mungkin suatu hari nanti..
    kesian adik MD yang dari Putrajayatu yerk...
    memang letihlerkan. tak ambikler gambo... selamat hari jadi walaupun terlewat mengucapkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jauh sangat dari rumah kami. Kena tempuh jem lagi. Kejap dalam highway, kejap lagi tengok dah laluan trunk road. Lori kontena pun banyak alahai. Maklumlah kawasan Port Klang katanya. Seriau alahai!

      Saya pernah beberapa kali ke Muara Seafood ni tapi yang Bagan tak tahulah, tak pernah pergi. Ini pun kakak saya belanja makanya kami tak tahu berapa banyak kakak bayar. Makanan memang penuh satu meja tambah satu meja untuk 5 orang kanak-kanak!

      Oh, yang di Putrajaya tu kakak saya juga! Memang kesianlah sebab tak dapat makan bersama. Lain kali kata kakak yang belanja, nak bawa mereka makan luar juga. Saya terus suggest, lebih baiklah makan di Putrajaya sebab kakak saya yang itu memang tak reti nak bergps, waze, google map bagai nih!

      Terima kasih, Cho. Dah makin tua dah saya ~_^

      Delete
  11. Wah...makan besar tu. Jauh ke port klang sana. Alaaaa MD, tak letak gambar pon tak per. Bila baca jer butter prawn besar2 tu dah terbayang dah. ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konon-kononlah di bulan puasa tak mahu letak gambar takut orang terliur. Tak baik pulak ^_^ Padahal.... pemalas sebenarnya nak ambil gambar bila dah berkumpul bersama keluarga :)

      Tapi seriu, butter prawnnya sedap. Sampai la ni teringat-ingat di masa lalu tau ~_^

      Delete
  12. Hape??????????/ Hari Jadi sekali dengan beloved mil? Pergh!!!! Baru faham kenapa tak boleh potong kek. hihi....So masa Hari Jadi Mami HD tak beli kek ke? Menantu dia? Buat tak ingat haha......

    Sampai Port Klang pukul bape kak Ton? Kira sempatlah ek berbuka menghadap butter prawn.....Mami macmana? Selesa ke tak tu?

    Mak kandung ikut sekali tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ucap tidak, nak beli kek apa. Sambut pun tidak. Mereka memang macam tu. Keluarga merekalah kot. Keluarga lain kat Uzbekistan tu kita taknalah bertanggungjawab gaya mana meraikan hari lahir kan.... Tapi dengar adik perempuannya di US tu hari anniversary, harijadi pandai aje makan kat restoran!

      Of courselah menantu buat tak tahu aje. Konon-konon tak pernah diberitahulah bila harijadi mertuakan! Kelas tak?

      Kami sampai Port Klang dalam nak dekat pukul 7 petanglah. Kira sempatlah berbuka dengan hidangan yang sedap-sedap. Ngah satu keluarga sampai beberapa minit selepas waktu berbuka. Yang satu lagi kakak tu terus tak muncul sebab dah sesat-barat tak jumpa jalan terus mereka patah balik ke Putrajaya!

      Emak saya pun ada. Ikut Ngahlah macam biasa. Emak saya okey aje sebab emak tak hairan pun berbuka apa dah emak banyak lupa dari ingat! Mak mertua pulak takdalah komplen apa lepas makan cumanya tau ajelah my suami tukan...dia yang over-over komplen itu-ini. Geram betul!

      Delete
  13. Kesian pulak yg dari putra jaya tu tak dapat nak berbuka bersama..
    orang sana kuat mkn pedas ye MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah takda rezeki kakak saya yang dari Putrajaya tu. Tapi takpalah mungkin kakak dan abang ipar yang belanja ni akan belanja mereka sekeluarga pulak makan lepas ni :)

      Oh, orang sana tak tahan pedas tapi mak mertua saya ni yang suka pedas-pedas. Makanya saya pun taramlah cili padi banyak-banyak mana dapat :)

      Delete
  14. alhai air xda pulak
    dh rasa thn lps.thn ni alhamdulillah

    ramai kakak mommy.los ni mommy kena tulis kakak 1,2,3.sng nk ingt hihi
    siannya family kakak dr putrajaya tu kan

    mmm, di manakah lokasinya tu.
    mcm jauh je mommy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena juga. Ciksu. Tiga harilah senang cerita dari Sabtu malam sampai Selasa awal pagi. Nak nangis rasanya tengok air takda. Siksalah bila ada keluarga ni. Lagipun sebab saya aje yang fobia lebih-lebih bila air takda, saya ajelah yang meroyan nak angkat air sampai penuh segala bekas. Yang lain-lain tukang guna aje!

      Jauh tu, Ciksu. Di Port Klang sana. Tapi makanannya memang sedap. Ingat nak mengulang lagi lepas puasa tapi tengokkan keadaan jalan yang penuh lori bersimpang-siur, ish ngerinya alahai!

      Delete
  15. saya rasa tak salah kot klu anak buah tu beli kek n letak lah nama md dan mami . tentu dia teruja bila org m'sia meraikan utk dia . bkn slealu pun dia dtg kan ... saya dapat membayangkan kemewahan lauk pauk tu . bila sebut seafood , dah dpt agak apa menu . kat mana2 pun lbh krg je . cuma harga je yg x sama . saya dah pernah sampai kat port klang tu ... alhamulillah , ada gak bantuan air dr syabas ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD kata mereka sekeluarga memang tak pernah sambut birthday, potong-potong kek bagai. Tiup lilin lagilah jangan tunjuk katanya... So, kita ikut sahaja. Nanti kalau lawan cakap suami, siapa yang berdosa? Hahaha...

      Lauk-pauk memang mewah sebab my brother in law yang ini kalau belanja makan, memang tak ingat budget ke apa. Main bantai aje order apa nak! Kenyanglah kita orang malam tu. Bersempena dengan birthday saya pulak... Alhamdulillah!

      Delete

Post a Comment