Genap 9 tahun sudah....

Salam 18 Zulkaedah kawan-kawan!

Hari ini, tanggal 2 September 2015, genaplah my beloved anakanda, Bubbly Abang atau separuh  nama sebenarnya, Luth berusia 9 tahun. Sekejap sungguh ya masa berlalu. Walaupun sudah 9 tahun pengalaman bersalin kali pertama itu berlalu, sehingga kini pun tak pernah lupa dalam ingatan saat dan tika melahirkan si Abang ni.



Macam I kata dalam entri ni, setiap tahun sejak dah pandai berblogging bila tiba hari lahir anak, I akan menulis entri khas buat anakanda tersayang. Kalau teringin nak tengok gambar-gambar Bubbly Abang sejak lahir bolehlah ke entri ni. Kalau nak baca surat terbuka khas buat anakanda tersayang untuk tahun lepas, bolehlah terjah ke sini pulak ~_^ I pun kadang-kala bila tiba syok sendiri, baca juga entri yang sama buat mengubat rindu tatkala mengingati saat-saat indah ketika anak-anak masih kecil berbanding kini ~_^

Seperti yang pernah diceritakan, proses kehamilan dan kelahiran si Bubbly Abang amatlah mudah. Walaupun dalam masa 24 jam terpaksa melahirkan dek kerana air ketuban dan pecah, tetap juga lebih mudah berbanding si Adik Cute. Entah bila lahir, entah bila kena vacum, entah bila berjahit, entah bila ditolak keluar dari labour room pun I tak sedar. Of course I sedar masa dihulurkan baby ke dakapan buat kali pertama sebab masa tu I ingat I menangis bila tengok anak!

Yang I sedar bila doktor berbual dengan HD dan diberitahu kalau in another 15 minutes Abang tak keluar juga kena tolak ke operation room. Dalam pada mamai mendengar mereka berborak, tiba-tiba I dengar HD kata baby nak keluar (coz banyak darahlah...)  

Thanks to  epidural, I langsung tak rasa apa-apa pun!

Rugi? Memang rugi! Tak dapat merasai sebenar-benarnya pengalaman bersalin. Untung pun untung juga, jimat kos menjerit dan melalak dalam labour room menahan sakit. I ni kan penakut bila dok dalam hospital! Hahaha!

Walau apa pun keadaannya masa itu, I cukup bersyukur dengan kelahiran Bubbly Abang. Setiap saat dan detik yang dilalui selepas itu memang sungguh indah dalam ingatan. Bertuahnya diri kerana berpeluang menjadi seorang ibu. 

Melaluinya sendiri barulah kini I faham perasaan dan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang yang bergelar ibu. Semoga I tabah menghadapi segala dugaan sebagai seorang ibu tanpa sedetik pun terbit rasa ingin mengeluh dan mengharapkan apa-apa pulangan daripada si anak; sekadar balasan kasih-sayang yang seadanya selagi hidup dikandung badan, sudah cukup memadai. Kasih-sayang dan doa dari anak-anak itulah yang akan menceriakan hari-hari mendatang yang dipinjamkan Allah buat seorang hamba bergelar ibu ini.






Comments

  1. hepi bday bubbly abang!!
    Hope you love your new age. It loves you because it looks good on you. Happy Birthday.

    Jemput singgahmuda sentiasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Aunty Sue ~_^ Bubbly Abang kena pergi sekolah hari ni. Mommy tak dapat nak memontengkan anak macam tahun lepas ^_^

      InsyaAllah, nanti saya singgah yerk!

      Delete
  2. Selamat Hari Lahir buat dak Abang..
    Happy birthday to you..
    eerrr... auntie takde hadiah nak bagi.. bagi kiss je boleh..?
    muaaaaahhhhhhhhhhh..
    Moga sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian and ajak mommy jumpa auntie ye.. ;)
    .. ekekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Aunty Aiza. Kiss pun bolehlah. Muka kita memang chubby hanya untuk dipeluk cium. Hahaha!

      Mommy kita pemalu orangnya walaupun kuat bercakap tak reti diam. Kena paksa banyak kali baru Mommy nak jumpa tapikan Daddy kita lagilah tak suka jumpa orang. Hahaha!

      Delete
  3. Selamat hari lahir, abang bubbly. Semoga menjadi anak yang soleh dan baik dan penyejuk/penawar hati ibu.
    p.s. MD, our boys sebaya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Aunty Nin ^_^ Memanglah kita sebaya dengan anak Aunty tapi Mommy kita for sure tak sebaya Aunty kot ~_^

      Delete
  4. Happy birthday to Luth..
    Moga jadi anak soleh yang sentiasa menbahagiakan dan menyayangi MD dan HD :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Aunty Nur ^_^

      Memanglah niat kita nak jadi anak yang baik. Moga Allah sentiasa bukakan hati menjadi insan yang baik ^_^

      Delete
  5. ya Allah dah besar anak bujang akak.....

    selamat hari lahir hensem boy.....moga jadi anak yg bijak, sihat, soleh dan sentiasa dalam lindungan Allah taala....moga cemerlang dunia akhirat....

    pstt same la kite kak ...anak pertama kene vacum sbb tak reti meneran....tapi mia ngan dayyan teran sendiri ...wohooooo rase hebat hahaahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar dah kan, Lieya. Huhuhu... terasa cepatnya alahai masa berlalu!

      Oh, thank youlah, Aunty Lieya yang comel dan cantik ni! Mommy kita suka betul tengok bento anak-anak Aunty tapi kalau Mommy buat, kelakar aje tengoknya ^_^

      Hahaha..bab tak reti meneran tu janganlah cakap kuat-kuat! Malulah orang dengar!

      Oh, kalau berjaya meneran sendiri rasa hebat ek, Lieya? Tak tahu pun akak tau... Tapi la ni dah terlewat nak mencuba. Keh3x.

      Delete
  6. Sama bulan kelahiran dengan Sudden Attack....
    Saat dan detik kelahiran setiap anak memang jelas terpahat dalam kotak ingatan seorang ibukan Kak Ton. Happy bila tengok zuriat hasil kasih cinta lahir sihat ke dunia....tambahan lagi pulak anak sulung, berganda ganda terujanya.

    Tahniah Kak Ton.
    Kak Ton memang seorang ibu yang baik dan penyayang. Beruntung abang dan adik dapat mommy macam Kak Ton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah istimewanya ibukan, Mak. Kalau ada 10 anak pun tetap juga ingat selamanya saat melahir dan membesarkan kesepuluh anaknya. Tahu apa suka, apa bencinya. Cuba kalau suruh menghafal tabiat 10 orang asing yang takda kena mengena dengan kita, memang payahlah!

      Oh, Kak Ton ni adakalanya garang juga dengan anak! Kalau tak dengar kata, memang jeritan mengalahkan bini Tarzan. Eh, Mak tak pernah dengar ke Kak Ton bertempik kat rumah meleraikan perbalahan? Keh3x...

      Delete
    2. Telinga mak dah immune kak Ton...sebab dah biasa sangat dengar bunyi pitching tinggi, bukan setakat menahan jiran punya volume jer, volume diri sendiri jugak...

      Delete
    3. Hahaha...kadang-kadang sampai tak tahu volume yang tinggi tu milik siapakan, Mak - milik Mak ke atau milik jiran sebelah. Dah sama aje bunyi kekdahnya...

      Tapi volume Kak Ton lebih lembut dan nyaring kot. Maklumlah suara Siti Nurhaliza katanya... Huahahaha....

      Delete
  7. eh hari ni ke birthday bubbly abang! happy birthday cayang!
    wah dah besar ye, 9 tahun dah...nanti tau2 aje dah nak kawin =)
    gambar dia masa baby comel sangatlah! sebiji macam adik cute =)

    macam tulah jadi mak ni kan
    setiap benda penting dalam kehidupan anak tu, mesti kita ingat sampai mati
    lagilah detik bersejarah, saat anak tu lahir
    berapa berat, masa lahir, wad berapa...semua tu boleh ingat
    kecuali rasa sebenar sakit bersalin...kita ingat sakit aje
    sejauh mana rasa sakit tu tak ada sape ingat...kuasa ALLAH kan

    p/s-memang minta epidural ke time tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari inilah hari istimewa Bubbly Abang ~_^ Sejak ada blog ni memang rajin sungguh buat dedikasi untuk anak-anak. Untuk suami jerk takda. Dah sendiri tak benarkan, nak buat macamanakan. Hahaha...

      Betul tu, YY. Itulah saya kata, kalau ada 10 anak, sepuluh-sepuluh tu pun kita boleh ingat satu-satu tarikh istimewa, kisah istimewa merekakan. Sendiri menanggung sakit pun boleh terlupa paras berapa menahan kesakitan tu. Saya lagilah, dua-dua anak kena epidural. Yang Luth ni memang tak rasa langsung. Puas dok fikir tang mana sakit bersalinnya. Tapi bab si Adik Cute, memang dari awal tahu pregnant sampai melahirkanlah rasa sakit. Maklumlah first time rasa sakit. Yang betul-betul first time dulu tak rasa langsung ~_^

      Bukan saya minta. Takda pengalaman dan tak sempat belajar. Bunting pelamin ~_^ Makanya bila doktor pakar kata 'patient I mesti ambil epidural!' kita pun agree ajelah. Lagipun saya ni penakut tahap gaban tau kalau masuk hospital. Apa lagi bab bersalin macam ni. Memang kalau takda epidural, saya punya melalak tak tahulah macamana nanti. Jenuh HD nak handle ^_^

      Delete
  8. Alhamdulillah dah besar Luth..
    Semoga menjadi anak yg soleh ye Luth..
    Anak CH pulak lahir 4 september.. Jumaat ni..
    Tak dapat nak celebrete sebab CH gi kursus 3 hari .. Ahad baru balik..
    Dia dah minta banyak kali buat kan kek coklat MM tu..
    Daya ke tidak nak membuatnya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, membesar dengan jayanya. Terima kasih kepada Mommy yang selalu aje tak sampai hati bila anak-anak nak makan apa-apa!

      Tak dapat buat hari Jumaat ni boleh aje buat hari lain,CH. Setakat nak buat kek coklat MM tu saya rasa sapsapsoi aje bagi CH kan. Kalau saya ni lainlah, yang senang pun saya rasa susah nak buat. Spesies malas kata omputih ^_^

      Delete
  9. alamak, terbaca entry selepas ni dulu..
    tapi takpe... happy birthday abg once again...
    moga baik2 saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah, Aunty Lyn ~_^

      Saja je nak test power tulis entri panjang-panjang dua kali sehari ^_^

      Delete
  10. amboi Abang Luth, entry special hari jadi sampai2 kali. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah... siapa tak kenal Mommy Abang Luth ~_^

      Kalau dah bercerita dan beremosi tu, mana pandai berhenti. Siap ada sambungan gitu :)

      Delete
  11. Dah besar dah diaaa. Omei je budak dua orang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Kak Nani sanggup tunggu kita orang besar, bolehlah kita couple. Hahaha ....

      Delete
  12. Dah 9 tahun dah abang. Berapa berat abang masa lahir MD? Saya tak pernah merasa epidural lagi. Seram plak rasa nak cucuk2 b-elakang badan nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ni masa lahir ringan aje - 2.96kg. Tak cukup bulan pun sebenarnya. Tapi sekarang janganlah ditanya berapa beratnya, mahu terkejut chimpanzee nanti tau.

      Saya dua-dua pun epidural. Sebab itulah berlagak kata tak ingat pun apanya yang sakit. Huahaha!

      Delete

Post a Comment